Bila penaja menseni’kan filem kita

7sumolah01.jpgMalam tadi aku berkesempatan menonton buah tangan terbaru dari Afdlin Shauki, dan aku rasa aku antara manusia terakhir menonton filem Malaysia - Singapura - Thailand - Jepun ini, Sumo-lah.

Maaf’kan aku Afdlin Shauki, tetapi menurut pandangan peribadi aku yang haram tak tahu apa-apa tentang seni perfileman, Sumo-lah terlalu sarat dengan adegan yang mengetengahkan penaja. Celcom & Ogawa terang-terangan di’paparkan hampir di’setiap adegan. Kadang-kadang, aku rasa ada adegan yang tidak signifikan dengan jalan cerita filem. Contoh’nya ketika Kodok pulang dari sekolah, dan bertanyakan tentang tugas promoter, apakejadah’nya di’tampilkan promoter yang super seksi di’kedai sebelah.

Idea Afdlin Shauki tampak asli di’permulaan cerita. Pembukaan cerita yang sememang’nya ‘Afdlin Shauki’, aku suka tu. Tetapi bila semakin dalam, penaja semacam menguasai kreativiti Afdlin Shauki dan krew-krew lain’nya. Mereka punya satu tugas khas untuk memikirkan bagaimana mahu menyelitkan banner sponsor di’celah-celah adegan. Bagaimana mahu tampilkan kerusi urut Ogawa dengan bergaya. Bagaimana mahu menunjukkan yang Celcom 3G sangat canggih & clear walaupun kau berada jauh di’Jepun sana.

Ambil contoh filem Transformer, mereka juga ada penaja, Chevrolet & Visa Mastercard jika tidak silap aku. Lihat bagaimana mereka blendkan elemen penajaan dengan jalan cerita begitu cantik sekali. Chevrolet Camaro di’tampilkan dengan penuh bergaya sebagai Bumblebee dan Visa Mastercard di’gunakan dalam suasana humor yang sangat menarik perhatian penonton. Aku harap penerbit/pengarah/jurukamera/pencacai filem semua dapat belajar & lebih kreatif dalam soal ini.

Dengar cerita, filem Diva lagi dasyat penangan penaja’nya, ye ke?

advertlets_10.JPG

Ini lagi satu kes aneh, bila aku periksa akaun Advertlets aku pagi ini, aku tengok mereka sudah letak’kan earning dalam bentuk lebih kompleks & panjang. Kau kira tengok, 10 titik perpuluhan di’belakang. Dan, sekarang aku makin berminat mahu tahu bagaimana mereka kira’kan earning kita. La la la. Aku mahu tahu. Siapa boleh jawab?

56 Comments

Wah.. Aku Jadi Orang Pertama Tulis Komen. Bestla Aku.. Ape² Aku Tetap Sokong Afdlin Shauki Walaupun Banyak Kekurangan Yang Kita Dapati Dalam Sumolah. Beliau Adalah Seorang Yang Brani Dalam Membawa Filem Melayu Ke Satu Arena Setapak Ke Hadapan. Tak Ke Molek Tue.. Sokong Jangan Tak Sokong Industri Perfileman Negara. Huhuhu..

aku sokong tu.. sangat aku sokong.. tetapi aku takut Qai, Afdlin akan hilang kuasa ke’atas kreativiti sendiri bila di’sogok dek penaja.. itu je.. :)

harap’nya tidka jadi begitu..

suka dan teramat gemar lakonan aflin..kelakar dan bersahaja…dan sanggup menambahkan berat badan yang sememangnya dah berat tu untuk sumolah

sama la ngn filem Diva baru baru ni.. ade ke patut siap ckp “lagipon rangkaian maxis meluas” hai xkreatif langsung.. tp aku rase adflin takut ngn penaja kot kalo die xbg boom ogawa ngn celcom tu.. mungkin lepas ni xdpt la penaja tu lagi.. biasala malaysia ni kolot skit.. aku kerja kat company cina. bile design sesuatu, font utk company,no telefon,alamat dieorg mesti bg impact yg besar, striky color?? kalo x design aku tidak di approve!!

saya rasa kiraan earning dia nih bermula dari cpm dia kot… saya pun tgk apasal banyakkan digit.. hehehe.. dia bermula dari 10 titik ke belakang… hehe

lupe la nak bg tahu iklan adverlets ko specialla.. geram aku dan aku ingat lihat ape video tu.. dan aku juga klik.. hehehe.. byk nyer earning ko..

apa beza dengan teranfomer.?? e-bay jugak asyik di sebutkan…kejadah dier teranfomer bleh bukak ebay.?? wahahahahahaha…

aku punya dvertlets pun sama…aku rasa earning kau bukan 74.8331676541, tetapi 7483316765.41..wahahhaha..aku punya pun sama…sampai bayak sangat no2 kat belakang tu….aku rasa derang silap letak perpuluhan laa…

erkk..mana komen aku.?? adakah kena bann.?? adakah kau bann komen dari aku.?? T___________T

perhatian ye untuk semua.. sistem Wordpress aku yang sendiri kurang faham, telah detect komentar dr adila, abdfatah & beberapa org lagi sebagai spam.. aku tak tahu kat mana mahu setting kasi lepas.. mahu tak mahu.. aku akan approve manually komentar yang perlu masuk ke’dalam sistem penapisan air.. he he.. maaf ye?

hahha… earning 41 sen aje? kenapa jadi begitu banyak nomor perpuluhannya?

kalo dah gitu memang penaja yang menguasai filem tersebut.siapa yang bleh halang lagi kalo takder penaja? hanya terpaksa mengikut skrip penaja…

adesh… banyak kerja pulaklah nampaknya mael kena buat yer? terpaksa approve secara manual pulok?
apohalpun kena komen elok2 laa pulok…

gini aje la mael saya cadangkan mael letakkan kembali cathca nomor laluan tu… itu lebih baik rasanya buat masa ni…macam mana kawan2 semua???

saya tak kisah nak kira nomor ke nak captchai ke lantak laa… jangan detect spam sudah. kang tak pasal2 masuk black list dari wordpress. wordpress memang anti dengan spamm…

are you spammers?? dan alikisahnya ke tong dram spang gold cost jawabnya…

ehehheehhe…ok²..aku ingat kau sudah bann aku dari rangkaian mohdismail-dot-com dan menggagalkan usaha aku dari berkongsi 3/4 populariti aku..ehehhe.

by the way….tak nak cuba spam karma 2 kau?? boleh tahan la protection dier….

(aku backing Afdlin) Afdlin terpaksa buat semua tu atas kehendak penaja, kalau ko teliti afdlin ada sindir penaja dalam filem tu, “kalau celcom taja sumo, logo dia nak letak mana? kat cawat?”-Radhi Khalid

last2 penaja rugi filem ni bertembung Spiderman 3, tak balik modal haha, mesti taubat pasni

haha rm74.++++++++, agaknya lepas syiling 1 sen ada nilai lagi rupanya, peh silibus baru ni.

patutla mael…beratus komen den hantar…tak naik..
ingatkan dah memang kena bann dah dari mael.com nih…
so..kena tunggu approve dulu la baru ada komen tu yer
sian kita kan…sankai, fatah

filem afdlin mmg best.
unsur lawak la byk..kalo ade yg serius dan berseni lagi best..

oo advertlets..aku nye akaun pun jd pelik..rm95.++++++
aku ingt da jd berjuta td..huhuuu…

Betul gak, aku punya advertlet ada 3 titik perpuluhan, tapi takdelah sampai 9/10 titik perpuluhan….Tak kisah la, janju ada masyuk sudah…

rekemen ke tgk sumo-lah?

walau macammana pun, saya tetap sokong filem chief kodok..filem afdlin menghiburkan dan dlm masa yg sama memberi pengajaran..

Dah lama tak buka adverlets..mmg terkejut tengok titik perpuluhan yg banyak tu, semalam mengajar adik buat matematik, pun confuse dgn titik perpuluhan..itulah balasan kalau asyik kira guna kalkulator, sampai otak pun beku..

aku tak menontonnya lagi lps dgr cerita2 yg xbest dari member2 aku.

aku sukakan filem afdlin tapi jgn bila kreativiti dipermainkan penaja, tak seronok kalau dtgk..

byk nyer duit adverlets korang ader 74 la 95 la.. akunye skit jer.. aku nyer **.121 xde pon sampai byk mcm tu.. entah entah korang nyer fraud clik kot.. :P

Sumo-lah..aku masih belum tgk..tapi ada aku dgr Afdlin dah merajuk gara-gara birokrasi terhadap filem nih.Kalau pasal penaja banyak tuh aku tak leh komen pasal belum tengok..

Filem nih penggambaran nye dibuat kat area aku nih,dan tourist guide derang adalah member aku..hehe

tak tgk lagi cite tuh…
bila nak jumpa ni bang..

haa.. ko xberpeluang ke nak peluk perut seksi Afdlin Shauki? he he

heh.. fraud click itu Advertlets lebih tahu.. aku pernah kena potong beberapa puluh ringgit kerna fraud click.. :) he he

heheh.. hari ini berbicara sama salah seorang org dalam Advertlets, maka aku faham sudah kenapa jadi begitu :) he he..

tengok’lah.. aku rekemenkan untuk belajar sedikit sebanyak budaya Jepun & motivasi mereka.. dari sudut lain, filem ini banyak mengajar tentang hidup.. :)

jap, nak cek earning aku jap.. :P

sempat layan derang jalan2 je..makan2…tengok krew buat shooting..menarik2..hehe

apsal aku nye earning RM0.32 je..hahaha

patut la aku punya comment dulu x kuar mula² tu…

oh betapa kerugiannya kena potong dek fra-ud itu. jangan sekali2 mengulanginya untuk masa depan yang lebih aman…

alaaa takder penaja macam mana nak buat filem? sebahgiannya dari penaja jugak. kan kan kan…???

haha… kena blok oleh wp dah….

kalo takder tanda titik tu dah tentu lagi terkezut. kena letakkan titik kat depan dan ke depan sedikit lagi. advertlets nak bagi bonus sen-sen-sen pulak ke??

haha… mael kena approvelagi ke?

afdlin shauki? memang bessssssssssst dengan cerita yang penuh pengajaran. meh kita kupas lagi citer jepun tersebut dari segenap segi pengajarannya…

Tak tgk lagi cerita Afdlin ni, mungkin tajuk cerita tu dah malas orang nak tgk? Aku terbaca yg Diva ni ratingnya ‘0′. Walauapapun penaja mesti nak tgk produknya ditaja dengan kehendaknya.

Earning aku ada lah .. sikit, tapi tak clear lah. Nuffnang punya lebih senang faham so kau akan lebih tahun nak buat apa. BTW, sejak 2 menjak ni aku dah bosan dgn afdlin shauki, tak tau kenapa.

dia sudah jadi stereotipikal.

aku hantar emel komplen pada advertlets hari isnin. sebab cpm (impresi)aku tinggi tapi nilai cpm rendah.

sepatutnya dengan cpm 5000 aku akan earn 8.80 tapi mulai 18 julai mereka telah turunkan kadar cpm..

setakat skarang (hari ini julai 18, 11.45mlm)impresi blog aku 5681 tapi earning cpm baru 0.66 sen..

erm..advertlets telah kurangkan nilai cpm, mari ramai ramai kita komplen.

ntah.. aku pon **.278 he. xde la sampai byk mcm tu. jeles gile.. hoho.

aku rasa aflin shauki better skit dalam menyelitkan penaja berbanding filem Castello suatu ketika dulu. Kalau penah menontn, filem Castello lagi sarat dengan biskut julies sampai aku rasa nak muntah darah. Sampai waktu penjahat masuk rumah nak bunuh isteri Castello sempat lagik masuk dapur makan biskut Julies. huhuhuh…

Apapun aku suka Sumolah. Ossu ossu ossu
;)

sama la kita wawa.. hehehe.. xpe usaha lagi..

Kesian Afdlin…..

Tersekat kreativitinya kerana penaja..

MAEL..lama x post..haha..well,thinking like bisnesman bro..either u like or not..sponsorship mmg main peranan penting..sbb budget nak buat filem bukan murah woo..simpan duit 2 tahun pun x dpt buat satu filem..nasib ada sponsorship…ada org suka..ada org x suka..terpulang..hehe..tiket wayang tetap laku mcm ulat tuh..

kalau lu tgk apprentice..all projects ada sponsorhip..blh dikatakan adat la skrg.. kecuali mael letak banner besar2 anti filem ada penaja..hehe

fuh…anti filem ada penaja…
dalam filem, tisu pun ada yang sponsor…inikan pula baju, dan segala jenis macam kelengkapan…
filem …rasanya tak ada yang tanpa penaja…semua ada penaja…cuma depens macam mana dorang nak highligh diorang nyer brand la…kalau yang terover sangat tu…sepnajang filem, memang nampakla dia tu sebagai sponsor…

eh..chevrolet jadi penaja ke dalam transformers? kalo visa tu nampak jugak nk promote tu..

hehe.. sejak dua menjak ni korang perasan tak afdlin shauki dah kurus? (sila rujuk gambar beliau di blog)
afdlinshauki.blogspot.com. ada satu gambar esklusif yg memang dia ni kurus.

juga kalau korang berkesempatan add la id YM beliau. maka korang akan rasa kepelikan bila berborak dengan dia. 10 soalan ko tanya. dia akan gumpal menjadi satu jawapan. seperti (akan,tak,mungkin,tengoklah) wakakaka..

aku akan suka filem dia walau mcm mana bentuk, rupa dan gaya sekali pun.

aku rasa filem SUMOLAH ni, iklan terlalu banyak disebab kan dia suka berBLOG yang mana suka menepek iklan diseluruh blog beliau. maka elemen ini di adaptasikan kedalam filem sumolah.

heh.. letak la sini Bob id YM! Afdlin Shauki.. he he :)

aku & rata2 rakyat Malaysia suka filem dia dan aku harap tak la hilang ke’afdlinshauki’an dalam filem2 beliau dengan kehadiran banyak penaja.. kan?

:)

itu kereta kuning berbentuk sangat gagah perkasa & anggun mempersona itu, Chevrolet’lah.. hehe

heh.. penaja untuk filem tak salah.. tapi kan Jowey, cara mereka blendkan iklan tu jangan’lah nampak terlalu kaku & di’buat2.. hehe.. apprentice nampak real kerna semua projek yang di’jalankan relate secara terus kepada penaja :)

kalau filem pun dah macam iklan…baik tengok tv kat rumah tu yang berlambak iklan…mujurlah time tengah blogging ni tak keluar iklan…kalau tidak ade monitor kena smash ni…

aku punye pun camtu jugak… dan telah menambahkan duit dlm akaun aku sebanyak RM9

semuanya telah ditaja dengan sepenuh hati tajaan mereka dan mereka menjadi downline yang terpaksa ikut-ikutan… wahahaaaa…

adesh… kena approve lagi…

takper laaa janji duit dapat dari penaja setiap kali nak buat filem. mana nak cari penaj lagi jika tidak dengan syarikat telco… huhuhuuu…

satu juta beb! jutawan merdeka tm pulak tu…

iklan dan tv memang takleh nak pisahkan. apatah lagi iklan dengan filem yang perlukan tajaan yang banyak. mana nak cari duit kalo takder penaja. takleh nak tengok tv kalo takder penaja untuk buat iklan…

iklan ubat nyamuk pun ok jugak…

tak kiralaa nak tengok dia approve otomatik jugak tak seronok pulak rasanya takleh tengok komen otomatik terpapar…

wah… begitu sekali.

tapi takper laaa mael, sabar aje laaa jika dah begitu peraturan oleh tuan punya gergasi blog wordpress… terpaksa akur aje laaa…

apohalpun mohon maaf banyak jika komen2 yang bertalu2 ini memberikan kesan kepada kwan2 yang lain jugak.

habis tu nak buat macam mana mael?

…dah hidupnya filem tu kena ada penaja, macam mana mereka nak gunakan segala elemen yang ada dari persekitarannya itu untuk buat filem jika takder penaja…?

mereka akan buat iklan secara tidak langsung dan secara terangan. itu menjadi kebiasaan laa tu untuk mengaut keuntungan yang lebih berganda dari tontonan para masyarakat peminat filem tanahair dan luar negara…

tu le..
kalau iklan melampau tak best le kan…

iklan advertlets ikut target yang tertentu untuk para bloggers semua. ada yang banyak dapat dan ada yang sedang merangkak dapat. lain citer laa dengan mael tu… mengalir macam air paip dapatnya… huhuuu

eh..blog saya yang tak popular pun dapat earning gak?
he he..

Best gila mamat ni review filem Transformer.

Transformer Movie Big Secret Revealed

Dia cakap US President penagih dadah. Kah..kah