Tadi aku ke Parit Buntar untuk membayar bil. Maybank2U yang aku daftar seminggu lalu belum mesra lagi dengan bil-bil yang aku harus bayar. Aku benci ke bank membayar bil atas dua sebab. 1)Terpaksa keluar duit cash. 2) Susah parking.
Hari ini aku terpaksa parking belakang bangunan & sebelum enjin kereta mati aku merungut sendiri kerana susahnya mencari parking tambah lagi dengan cuaca panas menikam tulang sum sum. Aku keluar & mata aku terlihat satu keadaan yang buat aku dalam keadaan bersalah.
Belakang bangunan tersebut ada dua (atau tiga) tong sampah besi yang besar dan seorang ibu & anak’nya sedang menyelongkar mencari sesuatu. Mereka selongkar sampah!
Anak’nya masih kecil dan tidak berbaju. Dalam panas tengahari menyelongkar mencari sesuatu dalam timbunan sampah. Aku sangat berharap mereka tidak mencari makanan. Aku anggap mereka mencari tin atau barangan terpakai berharga lain untuk di’jual semula.
Aku berjalan ke bank dengan 1001 perasaan. Sebentar lagi aku akan hulurkan duit ke cashier bank. Mereka di’belakang sana entah makan entah tidak hari ini. Masa menunggu giliran aku habis’kan berfikir untuk kembali kepada mereka selepas ini dan hulurkan sedikit apa yang aku ada.
Bila aku kembali, mereka tiada. Mungkin sudah ketemu apa yang di’cari atau hari ini bukan hari mereka. Bodoh rasanya bila memikirkan aku boleh ada ragu-ragu dalam soal ini bila kali pertama melihat mereka.
Kau, yang membaca entri ini pastinya mampu memiliki internet dan itu aku tandakan sebagai taraf hidup yang cukup baik (hanya 22% penduduk dunia memiliki akses internet, kau bertuah ‘kan?). Ambil masa hari ini untuk renung kali terakhir kita membantu mereka yang tidak mampu untuk mencari sesuap nasi.
Bantu aku untuk membantu mereka, setiap komen dalam entri ini akan membawa nilai RM0.25 & jumlah’nya selepas 24 jam akan bersamaan dengan nilai yang akan aku sumbangkan ke badan kebajikan yang akan di’tentukan kelak.
Fakta Menarik: 2.7 billion penduduk Bumi hidup dengan duit kurang USD$2 sehari dan lebih 800 juta orang akan tidur dalam kelaparan; 300 juta adalah kanak-kanak.
Entri ini di’tulis bersempena dengan Blog Action Day 2008 dengan tema Kemiskinan. Tulis tentang pengalaman anda berkaitan kemiskinan dan/atau buat sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Sedikit tindakan anda hari ini mungkin mampu mengubah dunia.
Comments
63 Comments so far. Leave a comment below.bagus idea ko nei. semoga ramai lagi tampil tuk membuat sumbangan komen.
okeh penyubiru.. ko da ade share 25sen ;p
count me in
semoga apa yang cube disampaikan kau mendapat perhatian semua pihak..
wah.. x tau pon blog pon ada Day sendiri…
4 tahun aku kat USM, Parit Buntar.. xder plak aku perasan org cam tuh..
pi belakang Maybank.. bukan betul2 belakang la.. kalau perasan restoran Cina, area situ.. =) ko try duduk 24jam tgk, mana tahu terserempak =)
ok laa..0.25sen lagi utk di dermakan~ usaha anda sgt baik~
niat yang baik….
hati kau sungguh mulia mael..
RM0.25 diberi lagi..
oh.. kat sana.. ke.. nanti aku try usha.. mana tau.. tetibe jadi reporter pulak.. 0.25sen ku.. untukmu..
nah RM0.25.. ko jangan tak beri duit-duit ni kat badan kebajikan, mael.. nanti perut ko makin buncit..
aku dengan baik hati menambah RM0.25 untuk badan kebajikan yang mael janjikan.. ingat mael.. ko jgn tak bagi.. tuhan bayar cash sekarang ni
Patut kau bagi terus masa jumpa tadi kan? :(
RM0.25
kucing, aku rasa niat ko tinggal komen ni dah lain da.. dan aku tak tahu apa masalah ko..
*jgn risau la kucing.. esok aku bikin live screenshot*
p/s – jgn jd anonymous yg takut telurnya di’patuk burung (ayat Beck)
Termasuk aku dah berapa ehh?
Macam ni, aku UP lagi sebab aku rasa aku pun nak join ko buat amal dalam program realiti nie Mail.
Setelah ko totalkan jumlah hasil kutipan derma ini, aku akan beri jumlah yang sama untuk tujuan ini.
Apa macam?
:D
cantik mael. masih ada manusia yang berhati mulia begini. aku akan sahut seruan kau…
Termasuk ko 14 komen x RM0.25 = RM3.50 (tak sampai 3 jam)..
Wokeh Rohaizad.. kul 8.30malam esok aku akan totalkan semua sekali.. terima kasih Rohaizad kerana turut serta..
*org ini macam la kita nak cari..*
“sesuatu” yg sgat baik + cool..
gud job..
Tahniahlah bro..
betul kadang2 kita terlupa insan2 yang camtu..
dua puluh lima sen, salam buat insan-insan yang memerlukan PEACE
jadi spam tuk rm 0.25…orite???
kalau aku comment 2 kali jadi 50 sen ke. hehe
bagus idea ko ! aku sokong…. hehe
yep.. 2X bermaksud 50sen.. tp elakkan komen spam & merapu2 atau lari topik =) biar 25sen itu berbaloi dan ada makna..
dua puluh lima sen.
harap sampai pd mereka.
aku sokong 100%! dan salute spring utk ko!
25 sen..25 sen..nice promotion..
tak kira berapa nilainya..besar atau kecil..yg penting hati mau ikhlas..tp, idea ko ni nmpk menarik lah…kelas..
“p/s – jgn jd anonymous yg takut telurnya di’patuk burung (ayat Beck)” ayat power ooooooo….
hang nyer hati mmg baik la bro.. aku akan support hang drpd belakang..
walaupon aku jarang komen kat sini..
tp untuk menderma ini..aku komen la gak kat sini..
tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima..
25 sen daripada aku.
tak terfikir plak cara ni mael…bagus…
teruskan…
Bagus cara kau ni.. sebenarnye aku dah lama berniat untuk dermakan sebahagian dari pendapatan nuffnang aku kepada badan kebajikan.. tp kene tunggu sikit hari lagi.. ape kata aku serahkan pada kau utk kau campurkan sekali dgn kutipan ni baru kau serahkan pada mereka.. amacam?
RM0.25 dari aku…
MrKay – Welcome to the club!!!
ya.. aku pun nak mengomen sambil menderma… teruskan usaha murni ko nie mael..
chaiyok mail..
rm0.25
hrp smpai pd mereka yg memerlukan..
@mrkay xde masalah =) nnt malam bila final total, aku war2kan sekali siapa nk bg dana tambahan.. he he.. thank Mr.Kay!
@fabregas err.. support dr tepi boleh? belakang2 ni sensitif.. ha ha
hai pedat hensem! hai mastura la la laa! =)
Bismillaahirahmaanirraheem.
Hi Mael I’m in.
OK kalau awak nak menderma dermalah pada MAKNA
Kesian diorang terutama wanita yang menghidap kanser payu dara. Good post !!
tak sabar aku untuk melihat live screenshot dari mael si kodok hitam ni.. hari ni dah 16…. mana live screenshot ko tu kodok?
ps: aku sememangnya sejenis binatang yg berwarna hitam dan gemuk, tak perlu untuk menjadi anonymous.
sumbang!
terima kasih semua! entri baru telah di’naikkan dan terima kasih sekali lagi.. =)
*juga kepada yg ragu2 akan niat aku, henti2kan la..*
betul tu mael…lepas ni aku harap tak ada lg insan2 yg rasa ragu2 usaha murni hang tu..
**mael orgnya sgt baik
nah..25 sen daripada aku..ko patut baca pasal freegan kat blog aku…dh 2 kali aku jumpa orang selongkar tong sampah cari makanan…bukan cari benda2 terpakai atau tin kosong untuk dijual…
@Mael : I menderma pd MAKNA. every month aku potong certain amount from my credit card to MAKNA
@lihe4hire dah, aku baru tau gelaran tuk org ni freegan.. td pagi.. he he =) bagus ko tiap bulan buat amal… insyaAllah makin murah rezeki ko nnt..
*pemurah rakyat Malaysia ni sebenarnya..*
Jangan Main Belakang.. betul la mael..
kalo support dr atas bleh??
=) niat murni tu…
jarang2 sangat boleh menderma dalam blog.. ^^
Nak turut serta.
Syabas krn membuat entri ini. :)
satu usaha yg baik.insyaAllah ada reward dia nanti.yg penting kita ikhlas.
nah,rm 0.25 sen dari aku.
alhamdulillah….
ehm, benar. saya juga perlu berbuat sesuatu. :)
salam..sy di sini ingin menderma gak 25 sen..insyaallah dlm ms terdekat, akan ku sahut cabaran mu oh tuan blog..hehe isyaallah..
… aku sokong 100%, tahniah mael dan kawan-kawan lain yang membuat sumbangan secara tak langsung!
satu yg aku nampak bila aku buat gini, ramai penulis komen yg sebelum ni xpernah ada.. silent reader eh? =p
insyaAllah.. siapa2 yg nk buat perkara sama, aku alu2kan sgt.. next mungkin aku akan buat sempena raya haji.. harap di’murahkan rezeki..
ok bos….aku support ko…..fight utk kemiskinan….hur3x
Ochen interesno
awak memang seorang yang amat memahami…
Merci pour le soutien, comment je peux vous remercier ? cialis Je ne crois pas. acheter cialis
Excusez que j’interviens, mais je propose d’aller par une autre voie. acheter viagra generique vente viagra viagra
Il est dommage que je ne peux pas m’exprimer maintenant – je suis en retard pour la rencontre. Je reviendrai – j’exprimerai absolument l’opinion sur cette question. cialis 5mg pas chere j’ai pensГ© et a Г©loignГ© le message cialis
j’ai Г©loignГ© cette idГ©e :) acheter viagra generique acheter du viagra viagra
Merci pour le soutien, comment je peux vous remercier ? viagra sur le net viagra sur le net viagra sur le net