Blog & Perkembangan Sains Dunia

Hari ini aku baca 2 artikel dari 2 orang penulis di ScienceBlogs yang mana menyentuh isu ‘Menulis blog adalah aktiviti negara kelas pertama’. Mereka memandang bukan dari sudut bilangan blog yang di’hasilkan, tetapi berapa banyak blog yang memberi manfaat kepada manusia sejagat datang’nya dari negara membangun. ScienceBlogs merupakan sebuah tempat di’mana penulis-penulisnya menulis isu berkaitan sains & teknologi tulen yang menurut hemat aku tiada di Malaysia.

Jennifer Jacquet yang mengelola kolum Shifting Baselines menyatakan jika blog adalah suatu alat yang termaju untuk menyebarkan maklumat, kenapa ia tidak diterapkan di negara-negara membangun supaya ilmu saing & teknologi dapat di’sampaikan dengan lebih berkesan. Ini bukan kerana tiada hubungan internet, di negara membangun pasti’nya kafe internet wujud di’mana-mana bukan?

Carl Zimmer yang menulis untuk kolum The Loom juga berasa hairan kenapa negara-negara membangun yang kebiasaan’nya meriah dengan pembangunan biologikal seperti Indonesia, Ecuador & Tanzania tidak mempunyai saintis yang boleh menulis blog dan menyampaikan hasil penemuan dengan lebih cepat kepada masyarakat & seluruh dunia amnya.

Pada pandangan aku, di Malaysia khususnya, menulis blog masih di’anggap suatu aktiviti libur yang hanya dilakukan oleh anak-anak muda. Para professor & saintis di Malaysia selalunya hanya menunggu acara-acara rasmi anjuran kerajaan ataupun antarabangsa untuk mengetengahkan penemuan atau ciptaan mereka. Dunia bergerak pantas & trend beginilah sebenarnya yang membuatkan banyak hasil saintis Malaysia tidak dapat di’komersialkan olehpelabur-pelabur berpotensi dari luar.

Saintis & pendidik perlu mula menulis blog. Orang negara-negara kelas pertama menunggu khabar dari sini.

Akan Datang : Cara Termudah Jana Duit Melalui Blog dengan Technorati & Google (tanpa perlu membeli e-book) 

Popularity: 12% [?]

There Are 29 Responses So Far. »

  1. sebab kat sini ramai kedekut ilmu kot :-D tapi ko tak, sebab tu ada yang akan datang tu hehe..

    aku tunggu yang akan datang itu, pastikan datang, jua waktunya… saat ditunggu.. hahahah…

  2. hehehe..bg aku.kerajaan sendiri yg keco2 penyalahgunaan blog ini btol x?.

  3. yep.. kerajaan memberi persepsi negatif terhadap blog kerana banyak orang di’luar sana tidak tahu :)

  4. kerajaan takut dgn bayang2 sendiri….

  5. harap je ada MSC bla bla berkenaan ICT.tp anak2 muda yang berkecimpung dalam dunia ICT dipandang negatif.konon membahayakan kerajaan.

  6. btol tu. kerajaan memberi persepsi buruk terhadap blogging. aku setuju saintis n semua2 perlu start tulis blog. dan lagi bagus kalau dlm bhasa malaysia - boleh dimanfaatkan oleh rakyat kita sendiri.

  7. orang yang bijak ialah orang yang suka berkongsi ilmu dgn menulis
    sebab tu nak tengok kredibiliti pemimpin tengok berapa banyak dia tulis buku atau jurnal

    tapi….
    kalau buku & jurnal pun tak mampu nak tulis

    tulis lah blog

  8. dulu aku pernah tulis dalam blog untuk membandingkan
    berapa orang pemimpin kerajaan yang ada blog?ini sebagai medium untuk berinteraksi dengan rakyat dan menilai daya pemikiran mereka (susah sangat nak jumpa)

    tapi kalau nak cari blog pembangkang cukup mudah, banyak sangat

    kami nak baca pemikiran kamu wahai pemimpin! tapi kalau tak menulis blog macam mana kami boleh faham.

  9. kalau tak blog pun, ada website yang di’update secara berjadual pun da ok :) rakyat jelata boleh tahu apa perkembangan sains Malaysia & ini boleh menimbulkan minat kan?

    Tak la budak2 kita asyik layan Friendster siang malam.

  10. mungkin saintis2 yang menulis blog ini yg dipanggil blogger professional oleh KERAjaan tu. yang lain2 tu sumer amatur. hah!

  11. aku tak nafikan saintis2 dan profesor2 kita banyak yang bertaraf dunia dgn pelbagai penemuan yg terkini. Cuma mungkin untuk menulis di blog satu perkara yang masih asing bagi mereka.

    Mungkin kita pun perlu bertindak dgn menyedarkan prof2 kat u kita..

    sekadar pandangan..

  12. derang buat research untuk kebanggaan derang sendiri.derang x bangga anak malaysia pandai dalam ruang maya.

  13. ehem2..mail2..cepat letakkan ads terbaru..mine dah letah dah

  14. Tapi mungkin juga mereka tak terdedah dengan kepentingan menggunakan blog sebagai medium memperkenalkan penemuan terkini. Sape lah tak bangga jadi rakyat mesia. Aku pun bangga walaupun aku tak puas hati dgn keadaan di mesia ni.

    ps- mael,hang dah tukar header baru ke?comey sey.

  15. bukan saintis saja boleh memblog….
    guru, lawyer, majistret, arkitek atau sesipa boleh memblog kalau diorang rasa ada input yg boleh dikongsi bersama…
    tapi ada ke yg nak baca blog camtu? aku pernah jumpa (dan ikuti jugak blog sesorang) yg berkongsi input tentang buku-buku yg dia baca… buku tersebut ditulis oleh orang² seperti pengarang akhbar, menteri, ahli politik dan sebagainya… setiap entry dia, hampir tiada komen dr pembaca… aku merumuskan yg org tak suka baca blog camni… aku rasalah…

  16. mungkin ramai yg baca tapi tahap pemikiran mereka masih belum dapat memahami betul2 apa yg cuba diterangkan. nak komen pun mungkin dah blur..tapi bole jadi jugak xde org nak bace.cara penyampaian die bosan kot…haha

  17. erm. di Malaya ni masih perlu masa untuk ahli akademis untuk melepasi perantara di antara cara tradisi dengan teknologi. masih ada pemisah.

  18. yep.. keypoint di’sini, penyampaian yang bosan.. he he
    kadang2, ada juga blog yang berinformasi di Malaysia ni, tapi penyampaian’nya meleret2 dan kdg2 jauh menyimpang dari apa yang kita nak..

    :)

  19. sebenarnya tak perlu ramai pembaca untuk blog seperti ScienceBlog sebenarnya.. mereka patut menumpukan untuk menulis isi kandungan yang menarik & berinformasi supaya generasi muda ada hala tuju kalau mencari maklumat kan?

    :)

  20. comey ye? ada macam Elyana x? ha ha

  21. Kita bukannya tak boleh, tapi masih ramai yang tak tahu fungsi blog. Aku kenal beberapa pakar yang pakar dalam bidang masing-masing. Tapi kebanyakkan article yang ditulis dihantar ke tempat2 seperti article city.

  22. Tapi tak boleh nak salahkan kerajaan kerana membeci blogger, badan2 yg berkaitan spt persatuan doktor2 .. persatuan lawyer2 … dan juga persatuan loyar buruk seperti kau dan aku .. perlu lebih proaktif dlm hal ini.

    Tapi kan, tak ramai Malaysian yang nak ‘give back’ to the community. Selalunya inginkan ganjaran. Itu lumrah ‘Malaysian’.

  23. itu’lah masalahnya.. ahli2 akademik kita di’sini banyak buat kajian untuk di’jual & duit.. tetapi sumbangan sosial di’abaikan :)

    Malaysian kan?

  24. aah lah. website yg selalu diupdate dgn penemuan baru. kalau macam online magazine pn dah ckup bagus. aku rs ramai jugak ngn bace surat khabar online so bnda ni juga mungkin berjaya :)

  25. Tapi saper tak nak duit. Dengan kos kehidupan yang semakin tinggi di Kuala Lumpur, orang lebih mementingkan $$$

  26. [...] tertarik tentang artikel yang ditulis oleh mohdismail tentang blog dan sains atau blog dan ahli sains itu sendiri. Dia mengulas tentang  Jennifer [...]

  27. sekiranya kita (bloggers) berbicara tentang kepakaran masing2 (berkaitan dengan bidang dalam kerjaya) sudah tentunya suasana akan menjadi lebih meriah. bloggers Malaysia ramai yang muda, masih boleh pergi jauh lagi rasanya.
    ‘Menulis blog adalah aktiviti negara kelas pertama’:
    harap-harap semua bloggers akan t’didik untuk memiliki minda kelas pertama dengan “bersosial” dengan professional di internet.

  28. Vaspro ephedrine….

    Ephedrine. Ephedrine suppliers. What do you make ephedrine out of. Ephedrine phpbb forum. Danger of ephedrine….

  29. What color is generic lexapro….

    Generic lexapro….