Buat duit dengan mudah di’internet?Baca ini dulu!
- 24
- Add a Comment
Ini peringatan penting buat semua rakyat Malaysia yang memahami susunan ayat dalam Bahasa Melayu & semesti’nya kau seorang Melayu. Peringatan ini bukan sekadar peringatan, aku mahu mengubah tanggapan orang Melayu tentang internet & wang secara am’nya.
Kebelakangan ini, berita tentang penipuan di internet telah berleluasa di’laporkan oleh media cetak & elektronik. Masih, ada lagi yang tidak mengambil iktibar akan kes yang di’laporkan. Bukan sedikit wang lebur oleh kerana sikap tamak & haloba nafsu manusia. Kes terbaru di’laporkan melibatkan kerugian RM148,000. Demi RM3.3 juta yang belum pasti, wang sebanyak itu lebur sekelip mata.
Itu bodoh nama’nya.
Satu peraturan mudah dalam dunia internet mahupun realiti, tiada kerja, tiada wang!
Kau takkan dapat walaupun RM 0.01 jika kau tidak melakukan sebarang kerja. Dunia sekarang mahupun sesuatu di’ganti dengan sesuatu yang lain. Mana’kan mungkin kau leburkan RM1000 dan sebulan kemudian kau akan terima RM4500 dengan alasan itu adalah hasil pelaburan.
Majlis fatwa negara sendiri telah mengharam’kan sebarang pelaburan di internet. Nah, kalau kau seorang Melayu, kau akan faham dengan sangat apa maksud haram & di’mana letaknya neraka. Kau mahu ke’sana?
Jangan percaya pada skim yang meminta kau masuk’kan sejumlah wang ke akaun tertentu dengan janji manis akan dipulang’kan kembali dengan nilai yang lebih besar. Kalau aku dengar ada lagi kes orang Melayu tertipu begini, aku sumpah orang itu menjadi katak. Woosh!
Pesanan khidmat masyarakat ini di’bawakan oleh Mohd Ismail dot Com & TenthOfMarch.com

24 Comments
kamarul
April 30th, 2007
at 2:59am
yup, aku pun tak faham kenapa ramai orang yang tak boleh faham konsep “tak kerja=tak ada duit.” apa kau fikir Donald Trump tu dulu duduk goyang kaki saja di rumah?
Qai
April 30th, 2007
at 3:46am
Yaa.. Sumpahlah Mereka Menjadi Katak Rempit Agar Lebih Comel Sedikit. Disamping Kita Boleh Berhibur Melihat Beliau Berjoget-Joget.
akirasuri
April 30th, 2007
at 4:14am
ha ha ha. dahsyat! kau ada kuasa sumpahan ek mael :)
emmm. pelaburan itu tidak salah. jika! wang itu dilaburkan ke jalan yang betul dan sah memang duit tu tak akan lebur sekelip mata. kita ada pelbagai medium pelaburan dan banyak juga dana syariah yang wujud. di situ seharusnya pelaburan dilakukan. kerana di sana ada jaminan hitam puteh bukan jaminan atas angin macam pelaburan di internet.
tapi. mahu melabur dalam pelaburan yang sah, harus diperhatikan juga iklim ekonomi bagaimana..
maelzx
April 30th, 2007
at 8:45am
ok. secara kasarnya semua skim pelaburan atau mlm yang tidak mempunyai syarikat yang berdaftar di malaysia ni, wajib dikhuatiri keasliannya.
sedangkan syarikat yang berdaftar sekalipun boleh menipu. inikan pula pelaburan yang tidak berdaftar (dengan mana - mana negara sekalipun).
tetapi saya tak nafikan kita boleh lipatgandakan wang yang ada dengan wang yang sedia ada. tapi…. bergantung kepada berapa jumlahnya yang kita ada. kalau sedikit, lambatlah naiknya. kalau banyak, takut pulak. katanya berisiko tinggi.
duit banyak. buat apa pun takut. sampai bank pun dah tak boleh percaya.
huh. banyak lagi nak taip ni. simpan sikit untuk blog aku sendiri. hehehe. kedekut!
Mohd Sufian
April 30th, 2007
at 10:27am
Itulah pemikiran orang kita yang tak boleh nak diubah. Dari dulu sampai sekarang. Padahal kita dah boleh banyak belajar dari pengalaman yang lepas. Tapi masih lagi buta atau buat2 buta.
flisterz
April 30th, 2007
at 1:51pm
betol tu mael. kenapa lah mereka ni susah nk paham ek? berani btol laburkan duit banyak2 utk bnda camni. tamak. itu lah org melayu skarang. bukan melayu pn same je kot. semua nk duit dengan mudah. x logik langsung. xkan x boleh pikir. hurm
azwanhadzree
April 30th, 2007
at 2:12pm
Berani buat, berani tangguglah. Tapi seperti biasa, kerajaan jugak yang akan dipersalahkan. “Kenapa kerajaan tak highlight awal2?” dan sebagainya.
chot
April 30th, 2007
at 4:48pm
diorg igt dgn hujung jari bole dpt duit senang2 ke…
aad_lfcfn
April 30th, 2007
at 5:58pm
betul tu..adsense + internet marketing pun perlu hardwork. takde bende yang mudah kt duinia ni melainkan dia adalah scam.. :(
catz
April 30th, 2007
at 8:19pm
hehe..dulu aku pernah tegur kawan aku pasal perkara yg sama (menang 8000 dr AF4). Mereka boleh balun kata aku dengki…setelah hilang RM800, melopong tak mampu nak bersemuke ngan aku.
leLabu
May 1st, 2007
at 12:57am
ingat tak, fakir dekat dgn kafir - kalo dah fakir ilmu, yg haram pun diorang nak jgk…
kalo fakir harta takper lagi kot..ni melayu kita ni siap ngan fakir ilmu sekali.. ;-)
emptyspace
May 1st, 2007
at 11:52am
dengan memberi rakan anda contoh2 link seperti ini http://tengkorak-hang.com/index.php?=&ID55432 tak membawa anda ke mana-mana terutama berkaitan prepaid.. yg untung bkn anda tp mereka..
mohdismail
May 1st, 2007
at 1:39pm
harap kat kerajaan pulak.. sendiri mahu ingat la ye x?
mohdismail
May 1st, 2007
at 1:41pm
sampaikan salam padan muka aku pada kawan ko tu.. sekali dengan tawa sebagai salam sampingan..
ha ha
InfoMalaya Blog » Blog Archive » Kempen Kesedaran Scam Post #1
May 2nd, 2007
at 3:20am
[...] Lottery Scam (Bahasa Cina) 2. Buat duit dengan mudah di’internet?Baca ini dulu! (Bahasa Melayu) 3. Of scams and pissing them off (Bahasa Inggeris) 4. Lampe Berger (Bahasa [...]
JimieRay
May 2nd, 2007
at 11:16pm
Haa..haa… Nanti kita bole dengar plak perumpamaan ‘Biarkan Si Katak Terjun Dengan Labu2nya’
Satu peringatan yang sangat berguna. Thanks Ismail.
aad_lfcfn
May 2nd, 2007
at 11:28pm
pasal af tu..bukan owner dia menang, tp “sim” dia menang..haih..pelik tul. apa-apun, berhati-hati gak join program kuiz yang disiarkan dlm television sekarang.. seperti metrofulu#. konsep menguntungkan stesen tv tu memang dh berjaya kt negara2 lain..
ciko
May 4th, 2007
at 2:13pm
kukuku…..
Azhar Ahmad
May 5th, 2007
at 8:37pm
Kadang2 aku terkesima juga… seb baik dok ingat tu semua skim cepat kaya…..
joe
May 8th, 2007
at 4:42pm
peringatan yang sangat keras untuk orang2 yang suka goyang2 kaki tunggu duit masuk..actually tak goyang kaki pon..dorang still rajin carik donline cam orang gile..pastu bila kerajaan isytiharkan pelaburan internet haram..sume admin program pon lari meninggalkan markas masing2 sebelum tempoh yang sepatutnya..so, hasilnya terkontang-kantingla sume pelabur yang dah ditinggalkan..memang la program tu menipu, tapi bila diisytiharkan haram, lebih cepat la dia tutup, orang2 bodoh ni pun lebih la rasa tertipunya..hi hu
Percocet and nightmares.
April 23rd, 2008
at 10:49am
How long is percocet in your system….
Percocet. Percocet vs vicodon….
Lortab elixir.
June 14th, 2008
at 4:49am
Lortab prescription online….
Lortab. What does look lortab like. Lortab erowid….
Ultram er.
June 14th, 2008
at 8:36am
Ultram er 100 mg….
Ultram er. How people abuse ultram er. What is ultram er. Ultram-er….
Carisoprodol.
June 14th, 2008
at 5:39pm
Carisoprodol phentermine yellow….
Carisoprodol….