Buku teks untuk penulis blog

Aku tidak bercakap tentang e-book yang dari dahulu lagi bukan kegemaran aku (entah kenapa). Sekarang kita bercakap tentang sesuatu yang lebih solid & boleh di’angkat sebagai satu sumber bahan ilmiah setanding dengan bahan ilmiah lain.

Darren Rowse dari ProBlogger dan Chris Garret (seorang penulis blog profesional) hari ini secara rasmi’nya melahirkan sebuah buku bertajuk ‘ProBlogger Book â€â€? Secrets for Blogging Your Way to a Six-Figure Income‘. Buku setebal 240 mukasurat ini memuatkan tulisan berdasarkan ilmu & pengalaman mereka berdua sepanjang bergelar penulis blog sehingga mampu menjana pendapatan enam angka.

Darren Rowse & Chris Garret tidak asing lagi kepada mereka yang memandang penulisan blog sebagai sesuatu yang serius. Chris Garret misal’nya mula ketagih kepada internet bermula 1994 dan telah menulis dua buah buku sebelum ini yang berkaitan dengan pembangunan web. Darren Rowse sendiri tidak berdiri dengan hanya satu blog, beliau memiliki rangkaian blog b5media yang mempunyai lebih 260 blog dengan lebih 100 penulis blog bernaung di’bawahnya. Mereka bukan sekadar penulis blog, mereka antara pelopor industri menulis blog secara serius.

Melihat kepada beberapa keratan isi kandungan dalam buku tulisan mereka berdua ini, dapat aku simpulkan yang buku ini di’hasilkan dengan garis panduan sebuah buku teks yang biasa aku gunakan untuk sessi pembelajaran di’kelas. Setiap bahagian akan di’ikuti dengan kuiz ringkas ataupun soalan yang menguji pemahaman pembaca untuk bahagian tersebut.

Buku ini tidak menjanjikan jika kau membacanya, kau akan boleh menulis blog dan dapatkan pendapatan 6 angka dengan mudah. Seperti aku kata sebelum ini, menulis blog secara serius bukan sesuatu yang mudah.

Jika kau berminat untuk mendapatkan buku ini (aku cadangkan untuk mereka yang mahu serius dalam penulisan blog), kau boleh dapatkan di Amazon.com atau Barnes & Noble secara online. Aku berharap buku ini akan di’bawa masuk ke Malaysia oleh Kinokuniya atau Popular. Oh ya, buku ini di’terbitkan oleh Wiley Publishing, penerbit yang sama menerbitkan beberapa buah buku kegunaan pengajian aku. Kool!

59 Comments

ha,,ini sudah bagus..

mak aih.. aku baru je publish.. x abes edit2 lagipun.. da ko masuk.. haha..

*beli Uzai.. bagus utk di’baca.. ha ha.. padahal aku pun belum beli*

wah.. baik untuk blogger2 baru…
ini sudah bagus…!!

satu hari brape entri kau punye quota?
kau mmg hebat la mael.
aku teringin nk bace inbox henpon kau. nak usha ayat2 jiwang yg kau pakai.
hobi aku kebelakangan ini ialah, menjengah privasi inbox sms.

sehari satu je.. ini dah terlebih rajin, boleh aku rehat sehari dua.. ha ha =)

*jadah.. inbox aku xde ayat2 jiwang.. baik ko usya inbox sendirik.. ha ha*

aku tgk versi pdf..opps :P

Ko pon nak jadi pro blogger ke mael?Gilak ko nih…satu hari 2 3 entri.Poning palo den nak kojar..hahaha

iskk.. xde la sampai pro.. terlebih rajen je ni.. =)

ahaks..aku memang alert dengan post kau..

org kata..kalau post dua tiga sehari dapat tingkatkan google crawl..hahaha
anyway..buku seperti itu aku x perlukan.mari cipta strategi sendiri

adakah ko akan memilikinye mael??jika ya, bley la share kan??kan??hehe

aku pun same..best arr byk post ko mael..yang sedih jadi gembira, yang gembira bertambah gembira..

Itu Panduan Sahaja.. Ada Lagi Buku Lain Yang Boleh Dijadikan Rujukan.. Ikut Pengalaman Sendiri Pun Boleh..

Aku suka favicon ko..Mojo…Groovy Baby..Yeah..Behave

eshhh kalau nak jadi problogger , kita rasa kena fulltime ler ngadap blog…btul tak?

menarik2….
nak la jugak (versi PDF)..ishk2..

buku keluaran Wiley untuk subjek aku dulu paling kurang RM70…

wah..ni salah satu buku “mesti ada” nih..
aku pon guna wiley gak, tapi kebanyakannya mcgraw hill..
err..tak de ebook ke?
haha

menarik! at least ada panduan secara sistematik untuk penulis blog yang ingin berjaya!

Sape2 yang beli nanti boleh aa share kat budak2 kat sini.Kasi gempak sikit blogsphere Mesia!Ooohh yeah!

Ada buku teks / rujukan jugak.. fuhhh.. dasyat… baru lah boleh jadi PRO-blogger.. :)

Pendapatan 6 Angka?? Aarrrgghh..!!

Tah.. Tetibalak..

Selain Liew CF, Alang, siapa lagi ya pro-blogger di malaysia nih ya, yang terbaru Budiey kot yang aku kenal, memang berani mati la, sanggup berhenti kerja semata-mata nak tumpu pada hasil duit ber-blog

Before derang benti,kompem derang dah ada simpanan yg cukup utk setahun dua.Lagipun mesti hasil dari blogging tu 3 4 kali ganda dari keje yang derang buat,aku rasa adalah sesuatu yang bagus utk benti keje dan tumpukan pada blog.Mungkin hasil lebih meningkat kan..hihih..*gile berapi cakap hahah*

ha’ah.. itupun dah lepas student price & pemotongan cukai utk jualan universiti =)

he he.. ye kot =) tp still kene seimbangkan kerja ngan hidup.. sama mcm keje2 lain ye x?

hardcopy nak share camne.. main pos2? he he…

5xmom, MenJ, HongKiat dan ada beberapa org lagi yg underground =)… lagipun pendapatan utk blog diaorg sbnanya da lebih tgi dr pendapatan kerja makan gaji..

lebih serunuk kerja dengan benda yg kita minat ye x? =)

aik, mane komen aku?

komen ko masuk Akismet la bro.. aku da mark bukan spam.. lepas tu tatau kemana.. gila sikit la WP 2.5 ni.. huhu

sorry..

ko beli la yer mail……
pastu kasi aku pinjam nak potostate….agagaga

mael…kalau dapat buku ni tanpa beli,kau mahu…?

wohh, gila best baca buku setebal 250ms
haha

kalau ProBlogger yang buat, mmg takleh di sangkal lagi la.. mesti terbaek.

melayu x nak buat ke? kih3.

mael.. beli yer…
pas2 letak link download cni.. hihihi…

hardcopy pun bley download?

boleh kot…
gedebak keluar buku dari pc korang..
hahaha…

isk Hanep.. mende ni hardcopy maa.. ko nak aku scan satu2 ke apa? ha ha

hahaha.. silap2.. sakit prut ak..
tapi kalo rase nk buat, boleh je.. ak tulun downloadkn… hahaha..

mak oii..murahnya..:)

wah..stail la,berblog pon ade buku.kitab blog nih

aku dah cuba cari dekat amazon japan.31 may baru nak release utk sales.Mungkin aku akan cuba dapatkan nanti.Ko nak tak mael?ha ha ha
*aku nak tolak buku photography dari Scott Kelby,sape nak?*

harap harap ada keluar di tempat itu. ::cough ::cough

hihihi. mungkin aku perlukan buku sebegitu.

tengok kat mana tu? leh share? he he, tq

kalau macam ni, aku ingat, leh wujudkan satu subjek baru kat U nih! “BLOGGING”

buku ni seringan buku teks bahasa melayu tak? yang warna biru tebal tu. haha

pantang lepa sket.. hehehe

kalo subjek baru tu, letak bawah mana2 course yg tawarkan penulisan kreatif.. he he.. sub-subjek dia, blogging.. =) kool!

mungkin sekolah2 rendah kat malaysia ni kene beli.. adakan satu subjek mengenai web sejak dari darjah 1 lagi.. ajar budak2 dari darjah satu ape itu blog.. baru malaysia boleh setanding ngan diorang….. betul tak?

haha..okeyh. aku ingat ip tmpat aku surf tu website ko detect spam..

saya dapat e-book tersebut

Erm, bagus2..ebook sebegini yg aku nantikan..sape sudah beli..review plz :D

info menarik…saya pun pernah membuat e-book ni….

he he.. buku problogger ni bukan e-book.. ini buku real punya.. boleh koyak kalo x caya =)

adeyh..nak koyak lepas beli mahal2? aku nak tgk ko koyak dlu..lepas tu aku tanak ikut..haha

huwahhh dh de buku teks utk bloggers pulek. huhu. interesting.

aku igt dak sekolah je ade buku teks..
blogger pn ade.. :D

Leave a Comment