Cara Termudah Jana Duit Melalui Blog dengan Technorati & Google
- 46
- Add a Comment
Ini adalah kali pertama aku menulis tentang cara membuat duit di’internet. Bukan kerana aku akan merubah blog ini kepada blog perniagaan internet, tetapi tips yang ini aku rasa adalah perlu untuk sesiapa yang kebuntuan bagaimana jalan’nya untuk menulis blog & cara yang berkesan untuk menjana duit dari blog mereka.
Aku akan beritahu hari ini. Ingat, maklumat ini tidak mungkin sesekali kau akan perolehi dari mana-mana e-book di’luar sana. Jika ada yang menawarkan pada harga tertentu, kata’kan pada mereka, Mohd Ismail dot Com boleh beri secara percuma. Dan, jangan lupa ucapkan terima kasih.
Apa yang kau perlukan?
- Pandai menulis dalam Bahasa Inggeris? Jika ya, dapat 5 mata, jika tidak, kosong.
- Ada domain sendiri? Jika ya, tambah 5 mata, jika tidak, tambah 3 mata.
- Ada akaun Google Adsense? Jika ya, tambah 5 mata, jika tidak, kosong.
- Ada keinginan untuk menulis dengan kerap & tidak mudah putus asa? Jika ya, tambah 15 mata, jika tidak, tolak kesemua mata yang kau ada sekarang menjadi kosong.
Sekarang, jika mata yang kau perolehi tidak bernilai kosong, kau boleh terus’kan pembacaan ke baris seterus’nya. Jika tidak, tanda pangkah di’atas sana lebih molek untuk di’klik. Terima kasih kerana berminat.
Langkah demi langkah
Menulis bukan perkara mudah, kau perlu mencari sumber & inspirasi untuk menulis. Jika kau mengharapkan idea sendiri, tulisan kau akan menjadi sesuatu yang sangat peribadi. Bercampur emosi. Jangan lakukan sedemikian kalau kau punya niat mahu menjana duit dari internet.
Berikut aku senaraikan langkah demi langkah yang boleh kau lakukan untuk mendapat’kan sebuah blog yang mempunyai isi kandungan yang menarik, terkini & paling penting, bisa menjana duit poket!
Mencari niche atau topik. Terdapat 2 sumber yang boleh di’percayai jika kau mahu mengetahui apa & siapa yang menjadi bualan hangat seluruh dunia. Tecnorati Popular & Google Trends. Kedua-dua perkhidmatan percuma ini menawarkan katakunci (keyword) yang menjadi buruan manusia seluruh dunia. Di’sini, kau dengan mudah akan memperoleh beberapa idea untuk menulis tentang apa yang orang cari, bukan apa yang kau fikir orang akan cari. Ada beza di’situ.

Lebih 100 katakunci sehari, setiap masa. Apa lagi yang kau mahu?

Untuk tujuan pembelajaran, mari ambil katakunci ‘youtube’ sebagai subjek.
Mencari sumber isi kandungan. YouTube merupakan sensasi anak-anak muda masa kini. Dari video klip artis kesayangan sehinggalah ke video lucah Mat Rempit, semuanya boleh di’perolehi di YouTube. Jangan nafi’kan yang YouTube adalah satu budaya baru dalam dunia internet. Anak-anak muda kita, di Malaysia pasti’nya lebih mengenali YouTube berbanding Mohd Ismail dot Com. Damn!
Lumrah manusia, barang percuma, walaupun sekecil mana, pasti akan mendapat tempat di’hati manusia sejak Adam di’syurga sehinggalah akhir dunia. Tetapi, bagaimana mahu mendapat’kan barang percuma berkaitan YouTube sedang’kan YouTube itu sendiri sudah sediaada percuma. Nah, ini cabaran’nya. Laman web seperti Download.com banyak menawarkan perisian percuma untuk di’muatturun. Kita perlu gunakan perkataan percuma seoptima mungkin.
Pergi ke Download.com, masuk’kan kata kunci ‘youtube’ dan BANG! Kau akan perolehi 1,310 perisian percuma untuk di’tawarkan kepada pengunjung blog kau. Jika kau memberikan link untuk download satu setiap hari, kau perlukan hampir 3 tahun untuk menghabiskan kesemuanya. Mungkin juga lebih lama & tidak akan habis kerna senarai ini akan di’update setiap hari. Woot!

Bagaimana dengan artikel & berita terkini berkaitan YouTube? Usah gusar, Google memang sayang’kan kita & kerana itu juga’lah aku sayang’kan Google lebih dari anak kucing adik aku sendiri. Kita ada Google Alerts. Secara ringkas, Google Alerts adalah seperti wartawan yang kita upah untuk membawakan berita-berita terkini mengikut katakunci yang kita berikan. Kata’kan kau ingin menjejak berita terkini *ex-girlfriend aku, Maya Karin, masuk’kan katakunci Maya Karin di Google Alerts & bila sahaja ada berita berkenaan Maya Karin, kau akan menjadi orang pertama yang tahu. Seronok bukan?

Begitu juga dengan study case kita, masuk’kan katakunci ‘youtube’ di’sana, pilih Type: Comprehensive, How Often: as-it-happens dan e-mail kau. Tunggu sahaja berita dari Google, dan kau tidak akan menang tangan untuk menulis. Berikut adalah salah satu contoh yang aku lakukan buat masa sekarang. E-mail berita-berita terkini akan datang ke inbox setiap masa. Kau tidak akan kekeringan idea.

Membina trafik & mempromosi blog. Jika aku mahu menulis tentang langkah ini, ia akan menjadi panjang lebar. Memandangkan blog yang kau bina adalah berbahasa Inggeris, maka ini adalah kompilasi artikel yang kau perlu baca, belajar & praktikkan untuk blog kau.
- How to Attract Links and Increase Web Traffic – The Ultimate Guide
- The Art of Link Development
- 5 Ways to Increase Your Traffic
- How to Drive Traffic to Your Blog - The Advice of of a 12 Year Old
- News Site that Send The Most Traffic
Masukkan iklan Google Adsense. Ingat! Ini perlu menjadi langkah terakhir dalam proses membina blog yang mempunyai potensi untuk menjana duit. Isi kandungan & sumber maklumat perlu di’pentingkan terlebih dahulu, baru kau boleh masuk’kan Google Adsense. Dapat’kan trafik yang mantap terlebih dahulu, kata’kan 500 hits setiap hari, itu sudah mencukupi sebenar’nya.
Di’lain masa, insyaAllah, aku akan terangkan lebih lanjut berkenaan bagaimana meletakkan Google Adsense seoptima mungkin yang bisa menjana duit untuk kau berfoya-foya di Ebay.
Jika kalian suka entri ini, apa kata kalian belanja aku secawan kopi? Ha ha.
*ex-girlfriend - rekaan semata-mata untuk menyedapkan cerita. Sekian.

46 Comments
kamarul
May 28th, 2007
at 8:25am
mail, tunggukan secawan kopi dari aku. tapi hanya kerana kau sudi utk putus dgn maya dan beri peluang kpd aku. hehehe…
Irdzra
May 28th, 2007
at 8:30am
wahh..good info..tq.. ^^
flisterz
May 28th, 2007
at 8:39am
sememangnya info yg berguna! walaupn aku bukanlah nk buat duit kt internet sgt, tp aku dpt info tentang google alert and hot trends tuh.
thank you mael :)
ko mmg suka berkongsi ilmu. hehe
Mohd Ismail
May 28th, 2007
at 9:09am
ha ha.. boleh2.. sila’lah ambil Maya Karin itu & berikan aku secawan kopi :)
Mohd Ismail
May 28th, 2007
at 9:10am
oh yeah! sama2′lah berkongsi ilmu.. blog ni dalam lagi & banyak ilmu yang aku belum tahu :)
gunakan seoptima mungkin alert & hot trends tu :)
manchurr
May 28th, 2007
at 9:37am
aku heran la mail.. blog aku xde dlm google index.. aku search xkuar pun blog aku huhuh aku dah addurl ngan sitempa.. tp nothing.. sian kat aku.. tp xkisah sgt pun..
Mohd Ismail
May 28th, 2007
at 9:49am
aku baru je search keyword ‘manchurr’ kat Google tadi.. ada di’index tetapi cuma manchurr.net :)
ko addurl manchurr.net atau manchur.net/blog?
sebab kalau ko addurl & sitemap untuk manchurr.net, ada kemungkinan besar spider Google tak boleh follow link ke manchurr.net/blog sebab ada flash ‘please wait’ kat depan tu..
kasyah
May 28th, 2007
at 10:17am
mael…hari ni aku terasa ko betul2 hensem la. patut la ko reject maya karin, dah ada penggantinya. good info untuk budak baru belajar cam aku ni. tq :D
mixterr
May 28th, 2007
at 10:52am
Thanks mail. sedikit sebanyak boleh membantu aku… al maklumla tujuan ku membina blog adela utk mendpt pendapatan sampingan. ade xidea kat mane host malaysia yg baik,murah dan besar aku nak tukar host la…?
Mohd Ismail
May 28th, 2007
at 10:55am
ko sekarang host kat mana? aku rekemen’kan Exabytes.. walaupun aku bukan under Exabytes, tapi bila kontrak aku habes nanti.. aku akan migrate ke sana :)
Exabytes agak mahal sikit, tapi berbaloi sebab customer services & server yang stabil.. correct me if I’m wrong :)
muhdzahari
May 28th, 2007
at 11:57am
walaupon saya blogger baru, tapi info ni memang tul2 berguna untuk saya. makaceh banyak2 pasal info2 ni. mungkin melalui ni saya dapat belajar banyak lagi berkaitan web terutamanya blog, walaupon hanya menggunakan blogger.com, hehe.. makaceh sekali lagi!
manchurr
May 28th, 2007
at 12:02pm
aku addurl manchurr.net/blog lol.. kat wordspew slalu gak la kuar Google is Crawling the site.. hmm, camne yek huhuhu
Labanon
May 28th, 2007
at 12:04pm
Barovo post bro! :)
Fahmishah
May 28th, 2007
at 12:18pm
ini merupakan tips yang paling mudah digunakan..you rock brador!!!
aad_lfcfn
May 28th, 2007
at 1:52pm
bila “otai” bercakap. thanks bro!
mixterr
May 28th, 2007
at 2:01pm
aku skang host kat mercumaya.. boleh tahan cuma database die 1 je.. sy ade jumpe yg ini webhost2u.com.my … exabytes nampak mcm bagus.. sy tgh survey.. ade yg lebih baik inform ye mail…thanks
shutterspeaks
May 28th, 2007
at 2:59pm
another very good article from the now single ismail. good for both who blog for money who don’t as well. keep em coming dude.
akusukaduit tu ko ker mail :-p patutla maya blah, dia perlukan kasih sayang juga ekekeke…
cabutss…
shutterspeaks
May 28th, 2007
at 3:02pm
awas! iklan dihadapan….
kalau nak host kat exabytes, klik la banner kat shutterspeaks tuh yer,, ;;) ;;) ;;) aku perlukan lagi 2 sales baru leh dapat payment huhuuu….
Mohd Ismail
May 28th, 2007
at 3:30pm
itu sebagai contoh je beb.. ha ha.. aku suka perempuan, blog & makan.. duit2 ni xde.. :p
Mohd Ismail
May 28th, 2007
at 3:31pm
woot! jadi affiliate exabytes.. he he.. ada ok ka?
shutterspeaks
May 28th, 2007
at 4:04pm
ok kalau ada sales :-D kalau xde sales tgk je la duit tu kat dlm tu, xleh nak cash out hu3x.
mixterr
May 28th, 2007
at 4:23pm
bulan 7 habis la kontrak aku dgn mercumya..kita tggu aku klik ke tak affiliate di shutterspeaks…hehehhe.. bagus tolong kengkawan dpt duit ni..tp ingt jugak tolong aku dpt duit gak..klik banner aku pulak..huhu
WaWa
May 28th, 2007
at 5:42pm
pergh.. bagus2. aku x penah tau psl google alerts sblm ni. :)
kasyah
May 28th, 2007
at 5:53pm
sebab ko kerjakan apa yang ko minat..duit pun datang la dengan sendirinya..hehe
shutterspeaks
May 28th, 2007
at 5:56pm
WaWa, saya da balas email awak. macam mana? ok ke x?
shutterspeaks
May 28th, 2007
at 5:57pm
mixter,
momantaiii ;-) tolong-menolong x menjadi masalah punya he3x. tapi bro, kasi url betul dulu lah. ko da salah letak url, nasib baik aku ni jenis usaha lebih. kat ismail nih pun ko salah letak url.
JimieRay
May 28th, 2007
at 7:02pm
Mael, Timakasih atas info ni. Nanti bole ler aku blanje kopi tarik or susu lemu kat line clear. Tu pun kena la datang Penang dulu… :)
Nasib baik ko dah tinggalkan Maya Karim tuu…
alicalok
May 28th, 2007
at 8:06pm
Salam..
Mail..terima kasih dengan info yang kau beri. memang sangat berguna kepada aku yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia internet ni..
p/s: Mail..jangan ko tenggelam dengan pujian..
Wizurai
May 28th, 2007
at 11:38pm
aku suka info tentang Google Alert tu…
Apeh
May 29th, 2007
at 1:22am
artikel yg menarik….sbb tu aku syg kat ko…
ps:aku bukan gay ek..muahahaha~
pps:ko punya blog mmg BEST aaaar…
Mohd Ismail
May 29th, 2007
at 8:21am
insyaAllah :) doakan aku ye.. aku mahu menulis sampai tua.. he he
Mohd Ismail
May 29th, 2007
at 8:21am
aku bulan 7 ni balik Penang… siap la.. mana nak belanja? Pelita Nasi Kandar? ha ha
Mohd Ismail
May 29th, 2007
at 8:22am
aku pun sayang’kan ko Apeh…
ha ha.. habes’la..
mixterr
May 29th, 2007
at 10:53am
yerker..hehehe sorie… bagus tu ade usaha…
azwanhadzree
May 29th, 2007
at 12:08pm
Aku pun agak begitu juga … flash ni tak disukai oleh spider-spider encik Google. Lampu-lampu yang flashy itu selalu menyakitkan mata mereka
azwanhadzree
May 29th, 2007
at 12:09pm
Mail, i heard the same thing, mungkin kau boleh buat posting bagaimana kau nak upgrade selepas ni jika kau betul2 hendak bertukar ke exabytes
azwanhadzree
May 29th, 2007
at 12:13pm
korang ni cukup setakat saya menyayang aje tau .. nanti timbul cerita lain pulak .. anyway Mail .. a very brief but straight to the point post. Aku suka!
(post ni tau, tapi bukan kat kau) ha..ha.. ha..
Mohd Ismail
May 29th, 2007
at 12:26pm
ya ya.. aku tahu.. :) ha ha.. walaupun weblog ini sering dipenuhi dengan lelaki2.. tapi tidak bermakna mampu wujud kesatuan.. iskk.. dah dah!
kasyah
May 29th, 2007
at 2:20pm
aku pun suka kat ko mael….nanti kita buat kesatuan lelaki kebangsaan ..hahaha
azwanhadzree
May 29th, 2007
at 8:04pm
kesatuan apa plak ni … kesatuan lelaki kebangsaan .. pemuda umno dan pemuda pas dah ada, cukup lah… tapi kesatuan gay kebangsaan tak ada lagi
kasyah
May 29th, 2007
at 8:12pm
berminat? kami sedang membuka peluang untuk ahli2 baru join. jom ramai2..haha
azwanhadzree
May 29th, 2007
at 8:15pm
Baru nak sama kau dah tambah satu :)
azwanhadzree
May 29th, 2007
at 8:16pm
since Ismail nak jadi PM, kau jadikan dia pengerusi dulu. tengok macam mana performance, baru boleh pilih jadi PM kelak … kah..kah.kah.
kasyah
May 29th, 2007
at 8:24pm
memang calon yg sesuai. ko mahu jadi penaung tak ? har har
kasyah
May 29th, 2007
at 8:24pm
hehe..nampaknya mlam ini mengganas ye..
Apeh
May 29th, 2007
at 10:21pm
bleh buat website rasmi untuk kesatuan lelaki tu.amacam???
ps:hahaha…sambil tergolek-golek