Design

Oh! ColorSchemer, harmonisasi

Oh. Harmonisasi warna menjadi mudah buat aku sekarang. Aku bukan pereka laman web jauh sekali hantu grafik, tetapi perisian ColorSchemer sangat-sangat berguna untuk aku bereksperimentasi dengan warna. ColorSchemer secara asas’nya akan memberikan kombinasi warna yang tepat dan tidak bercelaru seperti sesetengah profilus MySpace. Kau juga boleh memuatturun skema warna dari laman web mereka dengan format .cs yang pada mula’nya aku sangka fail untuk di’buka dengan Adobe Photoshop CS.

Jika kau mempunyai sekeping foto atau screenshot sesebuah website/blog, kau dengan mudah boleh mengetahui skema warna yang mereka guna’kan dengan tool PhotoSchemer. Oh aku suka! Jika kalian banyak duit dan mahu menyokong hasil penat lelah mereka yang menghasilkan perisian ini, kalian boleh muatturun dengan harga USD49.99 atau hampir RM165. Jika tidak, kad kredit segera untuk perisian ini ada di’Google. Aku tidak galakkan pirasi, tetapi ya’lah, kau tahu kan?

Dan, oh ya, satu lagi laman yang menawarkan skema warna kegemaran aku adalah COLOURlovers.

60 Tutorial + 43 Kesilapan Buat Penulis Blog

photoshop-tutorial.JPG

Penggila Adobe Photoshop & minat memanipulasi gambar seperti aku? Dennis Plucinik mengkompilasikan 60 Tutorial Lanjutan untuk Adobe Photoshop yang tersebar di’segenap ceruk internet. Aku tidak terlalu into kepada teknik Photoshop yang terlalu grafik,aku hanya minat untuk memanipulasi gambar supaya lebih cantik & molek. Simpan, tulis URL entri kompilasi itu di’mana-mana, kau tak akan tahu bila kau perlukan untuk menyerikan entri dengan foto menarik.

Bercakap berkaitan design, aku suka untuk hi-litekan satu entri dari Daily Blog Tips yang menyeranaikan 43 Kesilapan Merekabentuk Laman Web yang Perlu Di’Elakkan. Dan, aku mahu memetik beberapa point yang selalu aku jumpa di’laman-lama blog di’Malaysia. Continue reading »

Fluorescent untuk Chelsea

2689-chelsea1.jpg
*untuk penerangan gambar di’atas, sila baca entri ini sehingga habis

Aku turun dari kereta. Jam 2.32 pagi, di’hadapan Restoran Nasi Kandar Naseer untuk bersahur. Awal bukan? Kerana esok aku ada makmal unit kawalan proses jam 9.00 pagi, tetapi aku masih tidak boleh tidur kerana aku sedang mencari maklumat tentang perkara aneh ini, walaupun seperti biasa, aku orang yang terakhir sekali mengetahui hal-hal berkaitan dunia bola sepak.

Seorang rakan aku yang tiba lebih awal di’restoran tersebut sangat terserlah kehadiran beliau dek kerana memakai safety jacket. Ya! Itu prediksi pertama aku apabila melihat beliau duduk di’meja sana. Gila kentang mamat ni pakai safety jacket pergi bersahur. Bila aku ajukan kepada rakan aku yang bersaing dengan aku, dia bantai tahan perut kata,”Ko jangan cakap jersi Chelsea dia tu safety jacket,terbalik meja karang… ha ha ha”, Jersi Chelsea?! Continue reading »

5 Free Wordpress Themes,all time favourites!

658807_18513448.jpg

Aku sendiri sudah lupa ini pertukaran kali ke’berapa untuk themes Mohd Ismail dot Com. Satu penyakit yang melanda aku dari dulu lagi, aku seorang yang senang bosan dengan sesuatu. Take note, sesuatu. Bukan seseorang.

Tapi, sekarang ni aku rasa aku sudah kurangkan sikit tabiat gila menukar themes dengan kerap. Jika dahulu, kepada sesiapa yang follow blog ni dari dulu, dia tahu’la betapa kerapnya aku menukar themes sampai susah orang mahu recognize bagaimana rupa wajah’nya Mohd Ismail dot Com. Sibuk dengan beberapa perkara membuatkan aku lebih menumpukan untuk menulis entri-entri yang lebih umphh dan bisa bikin aku popular. Ha ha.

Hari ini, aku senarai’kan 5 themes Wordpress yang kau boleh dapat secara percuma (free!) di luar sana yang menjadi pilihan aku sepanjang wujudnya Mohd Ismail dot Com. Themes yang di’senaraikan memiliki kriteria

  • Sedap di’pandang di’mata aku.
  • Mempunyai kadar mesra pengguna yang tinggi
  • Di’install lebih dari sebulan di Mohd Ismail dot Com (kecuali satu)
  • Fresh!
  • Sekali lagi, percuma.

Continue reading »

BBC World New Billboard

BBC World New Billboard

Kreatif eh? Pengiklanan yang berkesan seharusnya kreatif & menarik tumpuan ramai. Billboard terbaru dari agensi berita BBC World ini memberi peluang kepada orang ramai menyuarakan pendapat tentang persepsi dunia masa kini.

Jika aku berpeluang membuat billboard sebegini besar untuk Mohd Ismail dot Com di’tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, aku akan letak’kan gambar aku sebesar mungkin dan memberi 2 pilihan untuk orang ramai undi, ‘Jurutera’ atau ‘Blogger’?

Kau?

[via Pronet Advertising]