Design

BBC World New Billboard

BBC World New Billboard

Kreatif eh? Pengiklanan yang berkesan seharusnya kreatif & menarik tumpuan ramai. Billboard terbaru dari agensi berita BBC World ini memberi peluang kepada orang ramai menyuarakan pendapat tentang persepsi dunia masa kini.

Jika aku berpeluang membuat billboard sebegini besar untuk Mohd Ismail dot Com di’tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, aku akan letak’kan gambar aku sebesar mungkin dan memberi 2 pilihan untuk orang ramai undi, ‘Jurutera’ atau ‘Blogger’?

Kau?

[via Pronet Advertising]

Karikatur4U.com - Wajah anda akan di’kartunkan

Karikatur4U.com - Wajah anda akan di’kartunkanBulan Mei tahun ini merupakan bulan rezeki buat pembaca Mohd Ismail dot Com. Setelah bjx.store bersetuju untuk menaja hadiah misteri buat Komentator Teraktif bulan ini, sebuah lagi syarikat tempatan yang berasaskan seni & kreativiti tampil untuk sebuah lagi hadiah buat pemenang bertuah.

Karikatur4U.com adalah sebuah syarikat tempatan yang menawarkan khidmat melukis karikatur yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dijalankan oleh dua orang pemuda masing-masing bernama Khairul Anuar Mohd. Nor atau lebih di’kenali dengan Yon & Shuhazmir bin Selamat atau Amir. Yon adalah kartunis untuk Harian Metro, Berita Minggu & sisipan Joran dengan format cartoon strip. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang ilustrasi, tidak hairan’lah karikatur yang di’hasilkan bisa menerbitkan rasa wow di’dalam hati.

Amir pula seorang pereka grafik & ilustrasi di sebuah penerbitan surat khabar & mempunyai pengalaman 5 tahun dalam bidang yang di’ceburi.

Jika kalian berminat untuk mendapatlan khidmat mereka samada melukis karikatur sendiri atau berpasangan, layarkan monitor kalian ke Karikatur4U.com & pilih’lah mana-mana pakej hebat yang ditawarkan.

Karikatur4U.com - Wajah anda akan di’kartunkan

Ya. Semestinya mereka juga mempunyai weblog untuk berkongsi hasil terkini & testimonial tentang karikatur yang mereka hasil’kan.

Dan, untuk pembaca bertuah Mohd Ismail dot Com yang menjadi Komentator Teraktif Mei’07, selain menerima hadiah misteri dari bjx.store, Karikatur4U.com dengan berbesar hati akan menaja satu Pakej Karikatur Warna yang bernilai RM40.00. Woot!

Setakat entri ini di’tulis, Komentator Teraktif adalah Azhar Ahmad dengan 26 komentar untuk 17 hari. Siapa mahu lawan untuk hadiah misteri dari bjx.store & peluang di’kartunkan secara percuma?

Navigasi paling kool: CSS Dock Menu

Navigasi paling kool: CSS Dock Menu

Ini adalah navigasi/menu paling kool pernah aku jumpa. Selalu’nya kita akan jumpa navigasi dengan style begini di desktop komputer, tetapi sekarang, kau boleh lakukan’nya di blog sendiri, lebih molek lagi jika kau menggunakan iTheme. Woosh!

CSS Dock Menu oleh N.Design-Studio. Saksikan secara live di’sini.

300 Ikon Percuma untuk Weblog Anda

300 Ikon Percuma untuk Weblog Anda

Barang percuma, siapa tidak suka bukan? Ini’kan pula jika diberi 300 barang percuma. Wikimedia Commons dengan sukahati’nya menawarkan 300 ikon Crystal Clear secara percuma untuk di’gunakan dimana-mana sahaja di’bawah lesen Creative Commons.

Cuma, kalian perlu download satu-satu sebab tidak di’sediakan secara pukal atau dalam fail berformat .zip.

UPDATE: NovaVizio memberi link untuk download semua ikon yang molek-molek ini secara pukal & terus dari pereka ikon itu sendiri di’sini & juga di’sini. Terima kasih kepada NovaVizio.

Koleksi Ikon Crystal Clear

Cara mudah buat button untuk weblog

Cara mudah buat button untuk blog

1. Pergi ke Button Maker dari Adam Kalsey
2. Siap!

Mudah ‘kan?