Featured

Buku teks untuk penulis blog

Aku tidak bercakap tentang e-book yang dari dahulu lagi bukan kegemaran aku (entah kenapa). Sekarang kita bercakap tentang sesuatu yang lebih solid & boleh di’angkat sebagai satu sumber bahan ilmiah setanding dengan bahan ilmiah lain.

Darren Rowse dari ProBlogger dan Chris Garret (seorang penulis blog profesional) hari ini secara rasmi’nya melahirkan sebuah buku bertajuk ‘ProBlogger Book — Secrets for Blogging Your Way to a Six-Figure Income‘. Buku setebal 240 mukasurat ini memuatkan tulisan berdasarkan ilmu & pengalaman mereka berdua sepanjang bergelar penulis blog sehingga mampu menjana pendapatan enam angka.

Darren Rowse & Chris Garret tidak asing lagi kepada mereka yang memandang penulisan blog sebagai sesuatu yang serius. Chris Garret misal’nya mula ketagih kepada internet bermula 1994 dan telah menulis dua buah buku sebelum ini yang berkaitan dengan pembangunan web. Darren Rowse sendiri tidak berdiri dengan hanya satu blog, beliau memiliki rangkaian blog b5media yang mempunyai lebih 260 blog dengan lebih 100 penulis blog bernaung di’bawahnya. Mereka bukan sekadar penulis blog, mereka antara pelopor industri menulis blog secara serius.

Melihat kepada beberapa keratan isi kandungan dalam buku tulisan mereka berdua ini, dapat aku simpulkan yang buku ini di’hasilkan dengan garis panduan sebuah buku teks yang biasa aku gunakan untuk sessi pembelajaran di’kelas. Setiap bahagian akan di’ikuti dengan kuiz ringkas ataupun soalan yang menguji pemahaman pembaca untuk bahagian tersebut.

Buku ini tidak menjanjikan jika kau membacanya, kau akan boleh menulis blog dan dapatkan pendapatan 6 angka dengan mudah. Seperti aku kata sebelum ini, menulis blog secara serius bukan sesuatu yang mudah.

Jika kau berminat untuk mendapatkan buku ini (aku cadangkan untuk mereka yang mahu serius dalam penulisan blog), kau boleh dapatkan di Amazon.com atau Barnes & Noble secara online. Aku berharap buku ini akan di’bawa masuk ke Malaysia oleh Kinokuniya atau Popular. Oh ya, buku ini di’terbitkan oleh Wiley Publishing, penerbit yang sama menerbitkan beberapa buah buku kegunaan pengajian aku. Kool!

Monsun Biz adalah scam — sila jangan tertipu

Hari ini aku beli Harian Metro lagi setelah beberapa hari tidak menjenguk kedai menjual akhbar. Isi’nya masih sensasi, iklan’nya semakin menyemakkan mata. Tapi, aku masih suka Harian Metro sebagai hiburan ringan berbanding akhbar picisan lain. Sebab murah kot.

Satu iklan yang biasa aku lihat sebelum ini adalah iklan dua muka sebuah syarikat yang mendakwa menjalankan perniagaan internet secara besar-besaran — Monsun Biz. Kali pertama aku baca iklan mereka & check laman rasmi Monsun Biz ini, aku sudah label’kan syarikat ini sebagai scam. Aku tidak berniat untuk menulis apa-apa kerana aku tahu, syarikat ini tak akan lama & seseorang akan tampil memberi pengakuan yang janji-janji mereka adalah manis belaka — tiada nyata’nya.

Hari ini, iklan Monsun Biz semakin rancak, mereka akan mengadakan rancangan realiti televisyen yang di’beri nama ‘Ubah Nasib bersama Nora’. WTF! Aku sudah tidak boleh tahan melihat iklan mereka yang memperbodohkan rakyat Malaysia. Aku yakin, bukan sedikit yang sudah terkena dengan sistem perniagaan penuh janji manis mereka ini. Ada beberapa perkara yang meragukan aku sehingga aku labelkan mereka sebagai scam sebelum pelancaran rasmi mereka 14 April ini.

Laman rasmi Monsun Biz tidak professional

Bila bercakap tentang perniagaan internet yang boleh membawa pulangan berjuta-juta ringgit (konon’nya), pandangan pertama terhadap laman web rasmi adalah sesuatu yang penting. Jika mereka masih menggunakan flash yang menyakitkan mata & susunatur yang masih bergantung dengan <table>, aku tidak rasa itu satu yang profesional dari pandangan mata aku yang tidak pakar ini. Berikan satu laman yang meyakinkan orang seperti aku. Selepas melihat laman rasmi Monsun Biz, aku tidak semena-mena merasakan versi pertama Lelong adalah lebih cantik & menjanjikan sesuatu.

‘Virtual Property’? Apa itu? Tak pernah dengar pun!

Konsep perniagaan Monsun Biz begini, Monsun Biz adalah seperti MidValley Megamall. Sebuah laman web yang mimik kepada kompleks perniagaan yang besar. Di’dalam MidValley Megamall ada deretan kedai yang di’miliki oleh mereka yang di’panggil tuan kedai atau landlord. Monsun Biz ada juga. Apa yang mereka tawarkan, kau bayar mereka RM50,000 dan kau akan terima 20,000 lot panel (lot kedai dalam MidValley konon’nya) untuk di’sewakan dengan harga RM50 sebulan untuk setiap panel. Kira mudah, kau akan terima RM 1,000,000 sebulan. Itu sesuatu yang ‘wow!’ bukan?

Pihak pengurusan Monsun Biz mungkin tidak tahu yang dunia internet mempunyai eBay, Lelong atau sekurang-kurang’nya Forum Lowyat.net yang jauh lebih tinggi trafik’nya berbanding trafik ke Monsun Biz sekarang ini. Dan, laman-laman ini tidak mengenakan bayaran setinggi RM50 untuk setiap pengiklanan yang di’buat. Jauh sekali menggunakan konsep ‘Virtual Property’. Yucks!

Wikipedia sendiri tidak tahu apa itu Virtual Property. Mungkin sebab ini yang pertama di’dunia. Mungkin’lah. Seseorang perlu menulis definisi Virtual Property secepat mungkin sebelum mereka-mereka yang keliru sampai ke’sini dan mendapat perspektif negatif berkenaan Virtual Property ciptaan Monsun Biz.

Aku menulis entri ini bukan untuk menjatuhkan perniagaan orang Melayu. Aku kagum jika perniagaan orang Melayu sebetul-betul perniagaan dan tidak memanipulasi wang ringgit bangsa sendiri untuk kepentingan beberapa individu. Monsun Biz tergolong dalam perniagaan internet yang aku lihat sebagai pemusnah bangsa sendiri. Oleh kerana orang Melayu yang memulakan idea ini, akan ramai orang Melayu terjebak untuk melihat keuntungan sekelip mata.

Aku berharap sangat jika entri aku boleh sampai ke setiap seorang rakyat Malaysia sepertimana iklan Monsun Biz. Jika anda punya blog, tuliskan dalam blog pandangan anda berkenaan Monsun Biz, jika tidakpun, linkkan ke’sini dan aku yakin sebentar lagi perbincangan akan bermula antara pembaca di’sini. Biar mereka baca, biar mereka tahu.

Kepada Monsun Biz, jika salah seorang antara anda membaca entri ini — Puan Nora terutamanya, semak kembali pelan perniagaan anda dengan mereka yang betul-betul berpengalaman dalam industri perniagaan internet seperti Dr.Irfan Khairi. Minta nasihat dari orang dalam bidang yang anda ceburi, masih belum terlewat untuk Monsun Biz revamp kembali pelan perniagaan yang sedia ada. Sayangi bangsa kita.

Pautan bacaan lanjut Monsun Biz

Pandangan Saya Terhadap MIRSB (Monsun Biz) - Syam Suriyadi

Bossmailer Spam Yang Menggila - Noorizam Shah

BossMailer adalah Malware - Syam Suriyadi

Salam,
I ni dah join LLM yang MIRSB buat tapi semacam tak puas hati, apa tah lagi I ni buta IT. I pergi teknikal kelas-kelas yang dia orang buat dan banyak benda yang I blur. Last sekali dia orang keluarkan MOU. Tapi naik sain untuk yang I tak dapat sepenuhnya dan Agreement MIRSB yang I tak tengok so buat apa I nak sain. Tapi hati berbelah bagi samada nak teruskan atau tidak tapi I dah bayar penuh!!! Pening….. I am not interested nak jadi agen mereka apatah lagi presenter…. kelas tak habis boleh buat topik lain…. ada semacam yang tak kena….

- Forum WangCyber.com

Okay. At a glance, how do you see these facts? Someone who will transform you into a millionaire in just a month couldn’t afford a dedicate hosting which a mere RM400-500/month? Even the domain was registered only for 1 year! How many times do I need to remind you? Domain name is your BIGGEST ASSET in this internet world! Nothing comes close to that.

- Lease your Leg - Fitzheim.com

Jika anda menulis berkaitan Monsun Biz, hubungi aku dan aku akan masukkan ke’dalam entri ini.

Sufiah, gadis genius Matematik jadi pelacur

Terkejut aku apabila membaca laporan terkini dari MalaysiaKini yang bertajuk “Gadis Pintar Matematik Jadi Pelacur“. Mula’nya aku sangka ini kisah rakyat biasa di akhbar picisan tetapi kisah ini memang betul-betul akan merentap hati seluruh rakyat Malaysia bila keluar di’dada akhbar esok.

Sufiah Yusof,23 yang suatu ketika dulu pernah menjadi bahan bual rakyat Malaysia kerana berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun kini menjalani hidup sebagai seorang pelacur.

Sufiah yang pernah berkahwin pada usia 20 tahun terus di’rundung malang apabila perkahwinan yang di’bina tidak kekal & semenjak itu kehidupan Sufiah semakin tiada hala tuju. Wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan Sufiah telah berjaya merakam gambar aksi lucah Sufiah dengan bayaran RM829 sejam.

Dalam pada itu, bapanya Farooq,50 di’dapati bersalah mencabul 2 orang remaja perempuan & di’penjara 18 bulan atas kesalahan tersebut. Anak ayah sama-sama sudah kehilangan pedoman. Aku sendiri bukan’lah pengikut kisah kejayan Sufiah walaupun beliau sebaya usianya dengan aku, tetapi kisah ini bukan sesuatu yang boleh di’pandang enteng.

Sufiah mendakwa bapa’nya adalah punca segala permasalahan yang timbul. Sufiah mendakwa bapa’nya mendera beliau secara emosi & fizikal untuk membuatkan Sufiah layak ke Oxford. Tragis bila di’kenangkan cita-cita & tindakan ayah Sufiah yang tidak selari dengan norma manusia. Setiap manusia ada had keupayaan dalam diri mereka, lebih lagi Sufiah adalah seorang gadis yang di’kurniakan kepintaran luar biasa.

Aku sangat berharap Sufiah mampu berfikir secara rasional dan kembali menyusun hidup’nya. Sufiah masih muda & masih belum terlambat untuk memulakan sesuatu yang lebih baik untuk masa hadapan. Kerajaan Malaysia yang banyak membantu Sufiah untuk ke Oxford, kali ini perlu membantu membawa pulang Sufiah ke Malaysia. Sufiah perlu pulang.

Sumber

MalaysiaKini - Gadis pintar Matematik jadi pelacur
News of The World - Genius on the Game (NSFW)
Utusan Malaysia - Tragedi Hidup Sufiah

20 Wordpress Theme dengan rekabentuk kelas pertama

Dengan pertukaran theme Mohd Ismail dot Net buat kesekian kali’nya, apa kata kita nikmati senarai 20 Wordpress Theme yang layak di’angkat sebagai rekabentuk (design) kelas pertama. Senarai yang di’keluarkan oleh Smashing Magazine ini turut menyenaraikan theme buatan Malaysia — buatan tangan seorang gadis bernama Fath dari PelangiPetang.com. Kool!

Sebagai seorang blog yang biasa bermain-main dengan Wordpress Theme, ini senarai pilihan aku dari 20 yang Smashing Magazine berikan;

Berikan blog anda sentuhan kelas pertama. Ayuh!