Kenali Malaysia

Review: Kami The Movie

Aku tonton wayang lagi & kali ini KAMI The Movie. Tulisan aku yang seterusnya ini adalah pandangan aku terhadap filem ini semata-mata & tidak kena mengena dengan siri televisyen’nya.

Jika kau pengikut siri televisyen KAMI, kau tidak akan rasa bosan untuk 45 minit yang pertama kerana ia bukan masa untuk pengenalan watak dalam filem ini. Mula-mula sahaja, Abu sudah bergaduh dan lari dari sekolah (asrama?).

Filem ini mula menarik selepas 45 minit tersebut. Konflik dalam diri Ali (yang terlalu kool) & Lynn di’ungkai dengan kreatif. Aku mula sukakan KAMI The Movie pada saat ini. Continue reading »

Anda Mahu Menjadi Penulis Blog Untuk USD50 Sebulan?

TechCrunch hari ini mengeluarkan satu memo edaran dalaman rangkaian blog yang berpusat di Toronto, Kanada iaitu b5Media.

Memo ini menerangkan tentang cara pembayaran baru mereka ke’atas penulis blog di’bawah naungan mereka.

Sebelum ini aku tidak mengetahui bagaimana rangkaian blog yang besar ini membayar penulis mereka yang berjumlah lebih 200 orang itu. Aku imajinkan sekurang-kurangnya mereka akan terima USD500-1000 sebulan.

Sistem lama memberikan mereka USD100-200 sebulan beserta bonus yang lain. Sistem pembayaran baru lebih rendah dari itu. Berikut adalah pecahan bagaimana sistem baru yang di’gunapakai sekarang. Continue reading »

Sila Letak Kereta Anda Dengan Betul - The Hulk

Petang tadi aku keluar tepat 5.15 petang kerana sudah kebosanan belajar tentang mikrocip & hukum-hukum pengeluaran berskala besar.

Aku menuju ke tempat letak kereta dengan hati yang berbunga-bunga kerana waktu kerja sudah habis.

Sampai ke kereta kesayangan aku, kereta sebelah buat tahi. Berduri-duri hati aku jadinya. Tiada sivik agaknya pemandu yang satu ini.

Rapat. Kurang 1 kaki pintu kereta aku boleh aku buka. Tayar kereta makhluk Tuhan tersebut terang-terang makan line yang membahagi dua kereta. Buta apa.

Aku ambil sekeping kertas, aku tuliskan satu nota nasihat.

Kepada Tuan Kereta,

Sila Park Kereta Anda Dengan Betul Lain Kali. Jangan Susahkan Kereta Sebelah atau Kereta Anda Akan Terbalik.

The Hulk

Aku selitkan pada wiper dan kemudian berusaha mengecilkan badan untuk masuk ke’dalam kereta. Nasib aku berpuasa, kalau tidak pasti maki hamun aku hamburkan.

Aku rasa aku ada sedikit calarkan pintu belakang kereta tersebut. Padan muka.

Sedekah

Sebagai peniaga pasar Ramadhan (yang mana fakta yang kalian tidak tahu), aku perasan yang dua minggu kebelakangan ini, mereka yang boleh di’kategorikan sebagai peminta sedekah semakin aktif.

Awal dahulu, hanya ada seorang pakcik cacat penglihatan yang tiap hari akan kami hulurkan makanan sebagai juadah berbuka. Kali ini hampir setiap ruang kosong, pasti ada tangan dengan kole kosong.

Aku jadi naik hairan bila yang datang akhir-akhir ini sangat sempurna sifatnya & nampak kuat untuk melakukan apa kerja sekalipun. Mereka datang dengan anak-anak kecil & beg besar. Bukan ringan semua itu.

Aku sedih bila melihatkan ada anak-anak kecil di’heret sama untuk meminta sedekah. Comel pula tu.

Tadi aku tunduk bertanyakan sesuatu ketika berjalan mencari makanan.

“Adik sekolah lagi?” Di’gelengkan kepala sambil mata melihat orang ramai mengharapkan kasihan.

Aku tak bertanya lanjut kerana aku tahu ada orang yang arahkan adik itu untuk tidak bercakap dengan orang tidak di’kenali.

Aku tinggalkan adik itu dengan harapan duit dalam kole itu menjadi 100% milik dia & boleh di’gunakan untuk membeli makanan & ilmu. Bukan pihak lain yang mengeksploitasi sifat pemurah rakyat Malaysia.

Financial Soul Mate

Sekali lagi, aku buntu untuk menterjemahkan frasa yang menjadi tajuk entri kali ini. Harapnya semua faham apa maksud am frasa tersebut.

The Key to Wedded Bliss? Money Matters — artikel terbitan bahagian Business di New York Times ini aku baca dua hari lepas dan memang menarik minat aku untuk menulis entri pendek.

Marrying a person who shares your attitudes about money might just be the smartest financial decision you will ever make.

Ayat ini mengingatkan aku dengan hadis Rasulullah S.A.W yang begitu popular di’kalangan orang-orang bujang (seperti aku).

Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya.

Di’sini aku sangat percaya yang kerana hartanya bermaksud bagaimana pasangan kita menguruskan sumber kewangan mereka. Nabi kita tidak akan ajar umat’nya menjadi materialistik ‘kan?

Kepada mereka yang masih bujang, aku cadangkan yang setiap orang perlu mempunyai matlamat kewangan & cara hidup yang mahu di’nikmati selepas berkahwin nanti.

Jangan jadi seperti kes seorang jiran aku dahulu, hidup mengikut apa yang orang lain miliki. Apa sahaja yang orang sekeliling beli, mereka juga mahu. Cerita terakhir aku dengar, mereka sedang bergelumang dengan hutang ceti haram.

Aku juga mahu tahu dari mereka yang telah berkahwin, adakah sebelum berkahwin mereka ada memikirkan tentang teman hidup yang mempunyai matlamat kewangan yang sama atau matlamat kewangan itu timbul selepas malam pertama?