Photography
Wednesday, July 16th, 2008
at 5:44pm
Hari ini, kerajaan negeri Kedah menamakan semula Langkawi sebagai Langkawi Permata Kedah sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah. Apa perlunya & signifikan dengan sambutan Jubli Emas Sultan Kedah?
Aku sukakan Pulau Langkawi walaupun seumur hidup aku baru dua kali aku ke’sana. Jika di’beri pilihan untuk hidup di kepulauan, aku akan pilih Pulau Langkawi. Penukaran nama Pulau Langkawi kepada nama yang lebih panjang tidak akan membawa apa-apa faedah.
Aku membantah penamaan ini bukan kerana kerajaan sekarang adalah pembangkang, tetapi kerana nama Langkawi itu sendiri.
Selepas ini, Le Tour de Langkawi akan di’panggil Le Tour de Langkawi Permata Kedah. Ironman Langkawi akan menjadi Ironman Langkawi Permata Kedah. Sangat tidak kool!
Walaupun aku bukan anak kelahiran Kedah, penamaan semula Langkawi dari pandangan aku adalah karut. Jangan harap aku akan gunakan nama Langkawi Permata Kedah. Langkawi tetap Langkawi.
Sunday, May 4th, 2008
at 4:33pm
Lebih 48 jam juga aku tidak menjenguk blog kesayangan aku ini. Spam sudah beratus-ratus minta aku approve kehadiran mereka. Apa gila dunia internet sekarang.
Kelmarin, selepas solat Jumaat, aku ke Komtar Pulau Pinang untuk membawa pulang chenta hati terbaru aku. Sebijik lensa versi skodeng dan sebiji sumber cahaya yang telah lama aku idam-idamkan. Hari ini, aku keluar ke Parit Buntar untuk mengambil Eka yang baru pulang dan sementara itu, ini’lah yang aku dapat. + sedikit sentuhan warna retro bersempena dengan tayangan filem AR Badul sebentar tadi.






Pakcik di’atas ni sebenarnya mempunyai masalah mental (sedikit). Aku pernah dengar ‘ceramah’ pakcik ni dulu tentang kekecewaan hati tentang tuntutan insurans yang tidak di’layan. Sehingga beliau menulis luahan hati di’baju yang di’pakai. Aku pelik juga, takkan semata-mata kerana tuntutan insurans tidak di’layan, pakcik ni boleh buang kehidupan dia. Isk!
Itu sahaja untuk hari ini — Khamis ini, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak itu akan datang ke Parit Buntar, maka hari itu juga aku akan bermain dengan speedlight baru aku. Woo!
Kepada penggiat fotografi di’Pulau Pinang yang ada masa, kemungkinan 10 Mei ini ada sessi Teh Tarik di Restoran Kapitan. Aku akan hadir, superstar Fendy Zaidan mungkin ada. Maklumat lanjut di Forum CandidSyndrome. Jom!
Tuesday, April 8th, 2008
at 6:05pm
Dang! Apa translasi terbaik untuk Online Photo Editor dalam bahasa ibunda kita? Penyunting Foto Atas Talian, mungkin. Terlalu panjang untuk di’jadikan tajuk entri — jauh sekali mesra SEO.
Hari ini, aku bawakan beberapa perisian di’atas talian (online application) yang boleh anda gunakan untuk menyimpan gambar, menyunting gambar sekaligus berkongsi gambar dengan rakan-rakan jika anda tidak berada di’rumah — melancong kata’kan.
Aplikasi-aplikasi ini di’bangunkan untuk mereka yang masih mahu menyunting gambar mereka dengan suntingan yang ringkas walaupun berada jauh dari komputer sendiri ataupun berada di’komputer awam (e.g Cyber Cafe). Ada antara aplikasi di’bawah menawarkan kemudahan Galeri untuk penggunanya menyimpan gambar untuk di’sunting di’masa hadapan & mempunyai kemudahan perhubungan dengan aplikasi storan gambar lain e.g Flickr.

Picnik - Ini aplikasi pertama yang aku ketemu sebelum aplikasi yang lain. Terima kasih kepada warga Persetankan yang memperkenalkan aku dengan Picnik. Picnik secara asas’nya tidak secanggih Photoshop yang biasa kita guna, tetapi ada beberapa fungsi pada Picnik yang tidak rajin untuk aku buat di’Photoshop seperti melukis speech bubble & frame.

Splashup (Fauxto) - Splashup yang sebelum ini di’kenali sebagai Fauxto adalah satu aplikasi yang menghampiri versi awal Photoshop sehingga aku sendiri kekok untuk menggunakan’nya. Splashup bagus untuk mereka yang mahukan suntingan secara asas tetapi lebih baik dari suntingan menggunakan Microsoft Paint.

Adobe Photoshop Express - Adobe mendakwa ini adalah revolusi untuk suntingan gambar secara online, tetapi apa yang terjadi Adobe Photoshop Express (APE) tidak’lah sehebat Picnik mahupun Splashup. APE tidak membenarkan (buat masa ini mungkin) pengguna meletakkan teks pada gambar yang hendak di’sunting. Sesuatu yang tidak sepatutnya di’gugurkan dari senarai fungsi wajib sebuah aplikasi suntingan gambar. Apapun, APE champion dari segi user experience & interface. Aku suka dengan simplicity yang mereka tonjolkan.

Scrapblog - Aku bagi 5 bintang untuk Scrapblog. Bukan sahaja kau boleh sunting gambar yang kau ada, kau juga boleh menggunakan template yang sedia ada atau guna’kan kreativiti untuk tampilkan kelainan ke’atas gambar. Lihat bagaimana aku hadirkan diri aku & Anne Hot FM di’poster jadi-jadian FOWA. Jikapun kau seorang yang kosong tentang seni lukisan (seperti aku), Scrapblog boleh membantu kau kelihatan kool.
UPDATE - Aku ketemu senarai 28 Aplikasi Online untuk Penyuntingan Gambar yang masyuk oleh Visual Blast Media. So, ke’sana dan pilih’lah mana-mana satu idaman kalbu.
Masih, Rachel Bilson, i love you!
Tuesday, January 29th, 2008
at 4:45pm
svgallery=terjah
Di’atas, aku bina satu galeri mudah menggunakan Simpleviewer untuk Wordpress bagi memudahkan mood kalian untuk melihat foto tanpa scroll mouse ke’bawah berulang-ulang kali. Kiri & kanan yang sangat mengujakan hati.
Kalau kau cari foto helang besar ataupun signboard Makam Mahsuri, kau takkan ketemu di’sini. Rombongan Terjah! Langkawi 2008 tidak sesekali mengamalkan sikap stereotaip pelancong luar ke Langkawi yang rata-rata akan ke tempat-tempat biasa. Dua tempat besar yang kami pergi hanya’lah Pantai Cenang & Oriental Village di’mana terletaknya kereta kabel selain pekan Kuah yang menjadi destinasi syurga abadi kaum Hawa.
Perbelanjaan
Seperti yang aku katakan sebelum ini, perbelanjaan kami di’sana tidak termasuk aktiviti makan & membeli-belah hanyalah sekitar RM150. Di’sini aku senaraikan harga yang kami kutip dari setiap seorang peserta dalam Terjah! Langkawi 2008. Rombongan adalah seramai 21 orang yang mana kesemuanya adalah pelajar Jurusan Kejuruteraan USM.
- Kereta sewa (Toyota Avanza & Nissan Vanette) + petrol - RM22
- Pengangkutan USM-Kuala Kedah + petrol - RM15
- Feri Kuala Kedah-Jeti Kuah - RM46
- Penginapan 3 hari 2 malam - RM29
- Kereta kabel - RM15
- Island Hopping - RM20
- Jumlah besar = RM147.00 seorang
Murah ‘kan jika pergi beramai-ramai? Keseronokan juga berganda. Dan, oh ya, kami masing membayar RM7 untuk sessi BBQ yang membuatkan perut kekenyangan maksima. Berbiji-biji lagi bebola pelbagai perisa yang tidak terhabis. BBQ ini juga kami aturkan sendiri. Lebih menarik lagi, perancangan untuk BBQ hanya bermula beberapa jam sebelum malam menjelma. Ini’lah erti terjah sebenar.
Wanita ratu beli-belah
Ini adalah sesuatu yang tidak dapat di’nafikan sejak wujudnya istilah beli-belah. Aku menjadi kaget dengan keterujaan rakan-rakan perempuan membeli-belah sepanjang di’Langkawi. 5 minit pertama menjejakkan kaki di Jeti Kuah, mereka telah memiliki topi & cermin mata versi pelancong mereka sendiri. Jeti Kuah, sangat berubah sejak kali terakhir aku ke’sana beberapa tahun yang dulu.
Semangat membeli-belah yang ada dalam diri mereka hanya luntur ketika berada di kawasan yang tidak mempunyai kedai. Misal’nya di Pulau Dayang Bunting, di puncak Gunung Machincang, di Pantai Beras Basah & di’dalam van. Jangan bagi mata wanita melihat kedai di’Langkawi, aku rasa orang kedai di’Langkawi ada pakai guna-guna untuk tarik duit. Lagi-lagi kat Idaman Suri, apa gila set 3 frying pan hanya RM12. Kedai biasa menjual t-shirt putih Langkawi dengan harga RM10 untuk 3 helai, mereka menjadi gila memilih tanpa sedar. Aku ketawa kecil di’belakang tiang sambil melihat awek bertudung di’kedai sebelah menyusun barisan tin Carlsberg. Air tin Carlsberg 325mL RM1.90, air mineral 1.5L RM2.00, apa kes?
Kereta kabel & Lompat Pulau Pulau
Tahu berapa tinggi KLCC? 432 meter. Tahu berapa tinggi kami naik dengan kereta kabel di’Langkawi, 705 meter. Berada di’atas sana, tidak semena-mena aku terasa KLCC sangat rendah dan mampu aku pijak-pijak. Untuk naik setinggi itu, kereta kabel yang membawa kami memberikan satu perasaan cuak yang tak pernah aku rasa. Muka memang macho, tapi muka aku dah siap kering darah. Dari kereta kabel pandang ke’bawah, dengan angin bertiup tak menentu, aku terbayangkan semua wajah orang yang aku sayang. Kalau’lah gondola kami ni jatuh…iskk! Aku belum kahwin. Pemandangan di’atas, aku tak mahu cerita, kau pergi sendiri. Aku rasa sangat berbaloi hulurkan RM15 untuk menikmati indah ciptaan Tuhan 705 meter dari aras laut.
Puas bermain di’atas sana, esok’nya kami memulakan hari dengan melompat dari pulau ke pulau. Tidak banyak mana pun pulau yang kami singgah, dua sahaja. Pulau Dayang Bunting & Pantai Beras Basah. Ini pengalaman pertama aku menaiki speed boat dengan cutting racing. Abang yang jaga program ni beritahu aku, harga enjin seketul di’belakang bot berharga RM40,000. Enjin tersebut berkuasa 200HP V6, cukup untuk buat kami mabuk terayun kepala sehingga hari ini. Island hopping adalah sesuatu yang perlu di’cuba. RM20 yang kami bayar adalah harga negotiate salah seorang dari kami yang menjadi kroni tauke di’sana.
Kesimpulan
Aku puas. Aku nampak muka mereka dalam Terjah! Langkawi 2008 ini juga kepuasan. Lebih-lebih lagi kaum Hawa yang membeli-belah sehingga penuh kereta yang kami bawa pulang. Tidak mengapa’lah, bukan selalupun mereka menjadi begitu, ke selalu? Kepada mereka yang belum pernah ke Langkawi, atau sudah bertahun-tahun tidak ke Langkawi, aku cadang’kan untuk datang ke’sini & nikmati barisan pasir, pulau & awek berbikini yang indah-indah belaka.
Sunday, January 20th, 2008
at 5:34pm


*klik gambar untuk paparan lebih jelas
Terima kasih kepada Nazira yang menjadi penaja makanan hujung minggu aku & Eka. Sebagai tanda terima kasih, aku jadikan mereka berdua model untuk print advertisement terbaru untuk Pepsi, secara olok-olok. Pepsi anyone?