I Fell in Love with a DJ - Chenelle feat. Baby Cham
Mohd Ismail kembali menerjah selebriti-selebriti tempatan dan kini di HOT FM Nite Jam yang berlangsung di Butterworth, Pulau Pinang. Ini kali kedua aku secara rasmi turun padang menyertai rakyat jelata untuk berjumpa dengan selebriti, selepas Karnival JomHeboh TV3, yang selama ini hanya nampak di’dalam majalah hiburan & kaca TV. Dan, aku ketemu Fara Fauzana sekali lagi, sayang sekali Maya Karin tidak kelihatan. Dia merajuk dengan aku mungkin.
Ketika ini, Azura baru sahaja selesai membasuh tangan dengan sebotol air mineral sponsor. Malu tidak mengenal lensa kamera, aku jeritkan nama Azura & sekeping foto tercipta.
Hot! Gadis dari seberang ini’lah sebenarnya yang melonjakkan semangat kami untuk terus berada di’situ selepas tiba dalam keadaan yang agak kecewa kerana kurang kemeriahan terasa. Selepas Acab hampir pengsan selepas Acha Septriasa mengucapkan ‘Hello!’ kepada beliau, kami semakin galak mengejar selebriti. Acha Septriasa tu beb!
Aku bosan di’bilik & aku buka Photoshop mencuba membuat kolaj secara elektronik buat pertama kali. Aku struggle untuk budget panjang & lebar untuk setiap imej. Crop, drop masuk canvas, tak fit, delete, crop lagi sampai fit. Kalau tengok betul-betul, memang terabur garis-garis dalam kolaj bodoh aku ini. Siapa ada tutorial untuk buat kolaj dengan mudah & senang? Ajarkan aku.
GLAM versi lelaki telah keluar. Aku jumpa majalah ini ketika berjalan-jalan di MPH Bookstore, SACC Mall. Majalah ini nampak’nya bukan untuk keluaran setiap bulan, menurut Editor GLAM Lelaki ini, keluaran seterusnya adalah Mac 2008. Yang ini pun aku tidak tahu keluaran bulan berapa. Ketinggalan zaman sudah aku rasa. Sungai Besar jangan di’harap ada majalah begini. Mastika & Warta Sensasi banyak la. Untuk Bali si metroseksual, GLAM Lelaki ini memang untuk kau. Ha ha.
Foto paling bawah adalah monitor aku sedang memainkan video klip dari Glenn, Akhir Cerita Cinta. Lagu’nya sekarang cukup berhantu dalam kelapa aku. Hari ini aku tidak mendengar suara Justin Timberlake mahupun Ramlah Ram dek kerana asyik melayan perasaan dengan lagu ini. Tahi’lah.
Alhamdulillah. Keluarga aku telah selamat berpindah ke tempat baru, Kota Kemuning, Shah Alam. Takdir menyusun segala kebetulan, Omar Bahrin juga duduk di’kawasan yang sama. Malang’nya aku tak sempat untuk berjumpa meneguk teh tarik bersama berdua dek kerana masa lapang aku yang singkat.
Subuh tadi, aku bergegas ke KLIA dari rumah untuk bertemu Emy, rakan Friendster yang kebetulan sekampung dengan aku, untuk berjumpa buat pertama kali’nya plus mengambil sedikit buah tangan yang di’bawa dari negara penuh kanggaru itu. Tetapi, bukan kanggaru’lah yang di’bawa pulang. Aku mahu satu, tetapi kastam tak benarkan. Hairan aku.
Hari ini, tanpa perancangan awal & duit dalam dompet yang minimum, aku mengikuti rombongan Desasiswa Jaya USM ke Padang Besar, Perlis (atau Thailand?). Matlamat asal trip ini hanyalah semata-mata untuk mengambil tempahan t-shirt rasmi yang akan di’gunakan sepanjang semester hadapan untuk beberapa acara wajib universiti. Aku? Aku melantik diri aku untuk menjadi jurugambar rasmi trip ini. Obsesi aku terhadap kekasih hati baru’ku semakin menjadi-jadi. Petanda yang bagus.
Oleh kerana kalian semua membantu secara tidak langsung dalam usaha aku memiliki sebuah dSLR, maka’nya entree’ yang aku tulis akan mula di’penuhi dengan foto manusia & keadaan. Mungkin akan mula kurang menulis. Mungkin. Fotoblog? Continue reading »
Seperti aku kata, aku ingin menulis, tetapi aku penat. Aku rasa aku perlukan Flickr, sebuah akaun pro Flickr seperti orang-orang lain. Aku rasa. Ataupun, aku perlu setup blog khas untuk foto-foto sampah’ku. mohdismail.com/foto atau mohdismail.com/photo? Dan oh ya, mood aku juga tidak begitu baik hari ini. Sesuatu berlaku, dan aku tiada upaya untuk berbuat apa-apa. Tahi’lah. Tetapi, hidup tetap penuh warna dan warni. Terima kasih Tuhan.