Tanya Mail!
Sunday, June 1st, 2008
at 3:57am
Satu hari yang cerah, ketika kau & dia keluar bersama-sama seperti hujung minggu sebelum’nya,kau mula perasan akan sikap pasangan yang sedikit berubah dari kebiasaan.
Kau abaikan tanpa tanya kerana itu biasa — mood berubah mungkin. Hari-hari seterusnya, perubahan dia semakin ketara dan resah mula timbul di’hati tetapi masih, masih kau tak bertanyakan apa-apa kerana kau yakin akan cinta’nya.
Satu hari (lagi) yang cerah tapi lahanat juga’lah,”saya sekarang tak tahu apa (keliru) perasaan saya terhadap awak & saya rasa saya tak mampu nak bersama awak lagi…”. Dan, ketika itulah hari yang cerah tiba-tiba muncul awan-awan mendung berarak, petir sabung menyabung & beralun lagu paling meruntun jiwa jauh di’hati kau. Baru kau teringat akan perubahan yang kau perasan sebelum ini. Terlewat.
“The hardest thing to do is watch the one you love love someone else.” - Hussin Cendol
Tidak. Tidak semestinya dia minta putuskan hubungan kerana ada orang lain, banyak sebenarnya faktor lain yang perlu kita fikirkan dari sudut positif. Walaupun aku 99% yakin kebanyakan kes minta putus adalah kerana ada orang ketiga. Continue reading »
Monday, May 26th, 2008
at 12:50pm

Petrol akan naik lagi. Itu satu kepastian yang akan terjadi bila-bila masa dari sekarang. Kerajaan sudah memberikan hint-hint seperti pengkajian semula pemberian subsidi. Media-media sudah mula menyiarkan artikel tentang kenaikan harga petrol dunia yang tidak boleh di’bendung lagi. Hari ini, setong minyak petrol berada pada harga USD$135+. Kita tidak akan berada lama dalam harga yang kita nikmati sekarang. Suka atau tidak, harga bahan bakar utama dunia ini akan meningkat.
Untuk mengatasi kenaikan harga minyak petrol yang sudah seperti makanan ruji masyarakat Malaysia, perlbagai pihak mula memberikan cadangan untuk berjimat dengan penggunaan petrol. Antara cadangan yang agak merepek dari sudut pandangan aku;
- Jangan Guna Penghawa Dingin - Malaysia adalah panas. Genting Highland pun sekarang sudah makin panas. Tips ini berguna kalau kau duduk di’Switzerland (mungkin).
- Berkongsi kenderaan - Jika rumah sebelah-sebelah, kerja satu pejabat, masing-masing bujang boleh ‘lah brader. Dulu, pernah hot trend kongsi kereta, tapi tidak kekal lama kerana faktor itu’lah.
- Naik basikal - Ada ‘lah satu Menteri tu beri cadangan. Memetik kata Ustaz Akhil Hayy, “kalau naik basikal, itu zaman Jepun… ini zaman millenium..”.
Semua cadangan di’atas sebenarnya meragut keselesaan kita apabila menggunakan kereta. Di’sini aku cadangkan beberapa tips aku tahu yang boleh menjimatkan petrol dan dalam masa yang sama tidak menghilangkan keselesaan kita menaiki kenderaan kesayangan. Continue reading »
Friday, May 23rd, 2008
at 8:54am

Artikel ini terbit selepas aku memeriksa statistik keyword yang menjana trafik ke Mohd Ismail dot Net. Dari ratusan katakunci (70% berbaur lucah) yang ada, aku tertarik dengan satu katakunci yang di’cari oleh seorang makhluk Allah ini, ‘tips lelaki memahami wanita’. Walaupun hanya satu carian yang ada, ini sudah cukup membawa maksud yang ada lelaki di’luar sana sedang berusaha untuk memahami makhluk Tuhan paling komplikated — wanita.
Lelaki-lelaki sekalian, aku ingin beritahu satu rahsia besar dalam konteks pemahaman seorang wanita. Wanita tidak tahu & tidak faham akan diri mereka sendiri. Kebanyakan dari mereka tidak tahu apa yang mereka mahu sebenarnya. Dan, di’sinilah sebab’nya Tuhan menjadi Adam terlebih dahulu supaya kita boleh wujudkan apa yang mereka mahu & apa yang mereka perlu.
Kesilapan ramai lelaki dalam memahami wanita adalah apabila mereka tidak mengetahui sesuatu perkara tentang wanita tersebut, mereka terus bertanya dengan harapan akan mendapat jawapan yang tepat. Bertanya secara terus kepada tuan badan bukan satu pilihan bijak. Wanita suka menguji lelaki dengan ujian yang remeh-remeh.
FAKTA MENARIK: Kau tak akan pernah dapat jawapan yang tepat. Hari ini kau tanya, dia akan beritahu yang dia mahukan A. Esok atau lusa, dia akan kata dia mahukan B. Mereka fikir yang mereka sedang menguji sejauh mana kita memahami kehendak mereka tetapi yang sebenarnya mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka inginkan. Mereka menyerahkan tugas menentukan pilihan terbaik buat mereka kepada kita dalam satu bentuk psikologi yang agak menekankan perasaan.
Bagaimana kita sebagai lelaki mahu mengatasi perkara ini? Senang. Wanita mahu kita beri’kan apa sahaja yang kita termampu & terfikir. Jika tersilap itu perkara biasa. Memahami seorang wanita tidak ada beza dengan pengalaman menaiki motorsikal buat pertama kali. Siapa yang pertama kali menaiki motorsikal akan terus merempit? Percubaan demi percubaan akan memberitahu kita apa yang sebenarnya seorang wanita mahukan.
Dan ingat, motorsikal ada bermacam jenis, begitu juga wanita. Bezanya, motorsikal datang dengan panduan yang boleh di’baca bila-bila masa & Tuhan jadikan wanita untuk kita faham tanpa sebarang manual. Selamat hari Jumaat & kepada lelaki-lelaki sekalian, semoga berjaya.
Tuesday, May 13th, 2008
at 4:17am

Aku mahu letakkan gambar Manchester United menjulang piala Liga Perdana Inggeris tapi aku batalkan. Jika aku buat, aku mungkin orang yang ke 1,987,872 meletakkan gambar Manchester United menjulang piala. Aku tidak mahu jadi sebahagian sumber pemasaran percuma mereka untuk meraih penyokong baru untuk musim hadapan & seterusnya meningkatkan revenue Manchester United & seterusnya membolehkan Alex Ferguson membeli pemain baru & seterusnya membuatkan Manchester United menang lagi & kitaran itu akan terus berlaku.
Ya. Manchester United pernah tergelincir dari kitaran ini — tapi sekejap. Tayar basikal juga pernah pancit ‘kan?
Komen Zaki Yamani (seorang penyokong Manchester United) ini menarik minat aku untuk menulis tentang perihal lelaki & bola sepak.
If female don’t like football, I can understand, but if man don’t like football, I don’t understand?!!!
Ini pengalaman aku berkaitan bola sepak. Sejak aku di’sekolah rendah, bola sepak adalah satu acara Pendidikan Jasmani yang paling menjadi pilihan semua murid lelaki. Jika cikgu meminta kami (termasuk aku) bermain permainan lain, kami akan memberontak secara kecil-kecilan — malas & lambat. Ketika ini aku sudah mula mengenali penyokong Manchester United.
Yep, aku kenal penyokong Manchester United terlebih dahulu berbanding Manchester United itu sendiri. Penghujung era sekolah rendah aku adalah penghujung karier Eric Cantona bersama Manchester United. Dia adalah lagenda.
Masuk ke sekolah menengah, aku sudah merasa bosan dengan permainan tipikal lelaki ini & kegilaan rakan-rakan lain mula memuja David Beckham. Aku kurang terlibat dengan permainan bola sepak & rakan-rakan mula mengatakan aku tidak kool. Tidak kool? Mereka mungkin rasa memuja skill David Beckham adalah kool. Minat aku beralih kepada muzik & mencari duit lebih — pelajaran bukan satu minat, ia satu kewajipan.
Dua faktor yang membuatkan aku hilang minat dengan bola sepak sehingga kini adalah (1) Hampir semua lelaki meminati bola sepak — satu trend yang sengaja di’ada-adakan oleh masyarakat dunia (2) Bola sepak tiada perkembangan yang positif di’Malaysia — lihat Malaysia di’mana sekarang?
Berbalik kepada persoalan, wajibkah seorang lelaki meminati bola sepak? Jawapan aku langsung tidak. Meminati bola sepak bagi aku adalah satu trend yang di’suap sejak kita kecil lagi. Ia bukan sesuatu yang di’lahirkan bersana genetik seorang lelaki. Mampu menyelesaikan kiub Rubik dalam masa 15 minit, ada kaitan dengan genetik. Mampu menonton perlawanan tengah malam sekurang-kurang’nya 2 jam, tiada langsung kaitan dengan genetik.
Meminati bola sepak adalah 100% trend. Trend dan budaya adalah sesuatu yang berbeza. Budaya adalah sesuatu yang dekat dengan manusia, trend adalah sesuatu yang di’reka semata-mata untuk membuatkan sesuatu itu dekat dengan manusia. Menyambut Aidilfitri adalah budaya, menyambut tahun baru adalah trend. Itu contoh paling mudah.
Meminati bola sepak akan membuatkan aku mempunyai kegemaran yang sama dengan ratusan juta lelaki lain di’dunia dan itu stereotipikal. Tiap kali aku menonton (secara tidak sengaja) perlawanan bola sepak ketika keluar makan, aku akan teringat yang Eka gemar menonton perlawanan Manchester United kerana Christiano Ronaldo. Dan, aku ada sedikit (sedikit la..) rasa yang menonton bola sepak ini hanya untuk perempuan.
Ha ha. Simbah aku dengan minyak tanah & bakar. *ayat FendyZaidan
Monday, May 12th, 2008
at 12:50am

Ketika saat entri ini di’tulis, aku yakin hampir semua mereka yang memohon untuk kemasukan universiti ambilan Julai 2008 sudah mengetahui keputusan permohonan mereka. Tidak kira’lah samada laluan kau melaui matrikulasi atau terus memohon selepas Sijil Pelajaran Malaysia. Kepada yang berjaya menempatkan diri di’mana-mana universiti, tahniah dari Mohd Ismail dot Net dan kepada yang tidak berjaya, khabarnya ada second intake untuk Oktober 2008. Jangan putus asa, hidup tidak pernah berakhir selagi nyawa ada.
Sebagai seorang yang telah melalui kehidupan di’universiti awam milik Malaysia selama 4 tahun, ingin ku berkongsi sedikit tips persediaan yang realistik untuk seorang bakal mahasiswa yang akan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Apa yang aku tulis, bukan untuk menakut-nakutkan kau, tetapi lebih untuk memberi gambaran sebenar apa yang aku lalui selama 4 tahun bergelar mahasiswa (sebenarnya, aku kurang suka istilah mahasiswa ni, apa yang ‘maha’nya entah).
- Ini Adalah Jalan Hidup Kau — Selama’nya. Jika kau pilih bidang kejuruteraan, kau akan jadi jurutera, Jika kau pilih bidang masakan, kau akan jadi chef. Jika kau pilih bidang kewartawanan, kau akan jadi wartawan. Jadi, sebelum masuk ke universiti bersama bidang yang kau pilih, pastikan kau bersedia 100% untuk taat setia kepada bidang itu & bidang itu sahaja. Di’universiti, tidak ada jalan untuk kau berpatah balik untuk memilih jalan yang lain. Universiti adalah jalan mati. Walaupun ada kes graduan univeristi memiliki pekerjaan dalam bidang yang berlainan, peratusan’nya begitu sedikit & boleh di’abaikan.
- Komitmen Luar Biasa. Aku boleh kata, di’universiti kau perlu berikan komitmen 300% lebih dari apa yang kau lakukan di’kolej matrikulasi atau di’sekolah menengah. Dahulu, sebelum aku ke universiti, ada orang kata yang universiti adalah tempat yang mudah untuk score walaupun aku goyang kaki. Tahi’lah. Jika kau betul-betul ekstrim super-super genius, itu mungkin betul. Jika kau orang biasa-biasa seperti aku, kau akan merasa sakit sampai ke punggung jika tidak ada komitmen.
- Pensyarah Adalah Kawan Karib. Sebelum aku masuk universiti, aku tidak tahu yang hubungan dengan pensyarah akan mempengaruhi keputusan setiap semester. Bukan secara langsung maksud aku, tetapi secara jangka panjang’nya — jika kau baik dengan pensyarah, kau akan memperoleh input yang lebih berbanding pelajar lain. Jika kau rajin bertandang ke bilik pensyarah & bertanyakan soalan, pensyarah akan mengenali kau & tidak segan silu memberikan input yang orang lain tidak dapat. Jangan terkejut jika hubungan baik dengan pensyarah akan memberikan kau hint soalan peperiksaan yang 100% tepat. Aku pernah alami. Cuba berbaik dengan pensyarah — bukan mengampu, tapi mahukan sedikit ilmu ekstra sebagai bekalan.
- Cari Rakan Yang Boleh Di’harap. Jika kau ingin berjaya, kau kena duduk di’kalangan mereka yang ingin berjaya dan pemilihan rakan adalah satu perkara yang kritikal di’universiti. Di’universiti nanti, kau akan ketemu orang yang cita-cita’nya mahu masuk universiti & setelah masuk, mereka akan sambil lewa kerana cita-cita mereka telah tercapai. Jangan di’harap sangat orang sebegini. Jika boleh, cari rakan yang boleh di’ajak belajar bersama-sama atau bentuk satu study group. Ia sangat membantu.
- Jangan Kedekut Dengan Buku. Jika matapelajaran yang kau ambil memerlukan kau membeli buku teks, beli! Tapi beli dengan bijak, pastikan buku tersebut menyumbang banyak input dan berbaloi untuk di’beli. Jika kurang 20% sahaja dari isi kandungan buku tersebut kau gunakan, beli versi xerox. Buku yang kau beli akan kau gunakan sehingga alam pekerjaan — jurutera di’tempat latihan industri aku beritahu.
- Pastikan universiti kau ada sambungan internet. Supaya kau boleh terus membaca Mohd Ismail dot Net & layan YouTube jika bosan.
Ok, point terakhir itu sebenarnya tidak perlu sangat tetapi 5 perkara di’atas adalah sesuatu yang aku alami sepanjang aku belajar di’sini. Kawan-kawan yang sudah bergraduasi atau sudah berada dalam lapangan kerja, ada apa-apa nasihat untuk adik-adik kita yang akan melangkah masuk ke alam universiti penuh indah dalam masa dua bulan lagi?