Tanya Mail!
Monday, May 12th, 2008
at 12:50am

Ketika saat entri ini di’tulis, aku yakin hampir semua mereka yang memohon untuk kemasukan universiti ambilan Julai 2008 sudah mengetahui keputusan permohonan mereka. Tidak kira’lah samada laluan kau melaui matrikulasi atau terus memohon selepas Sijil Pelajaran Malaysia. Kepada yang berjaya menempatkan diri di’mana-mana universiti, tahniah dari Mohd Ismail dot Net dan kepada yang tidak berjaya, khabarnya ada second intake untuk Oktober 2008. Jangan putus asa, hidup tidak pernah berakhir selagi nyawa ada.
Sebagai seorang yang telah melalui kehidupan di’universiti awam milik Malaysia selama 4 tahun, ingin ku berkongsi sedikit tips persediaan yang realistik untuk seorang bakal mahasiswa yang akan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Apa yang aku tulis, bukan untuk menakut-nakutkan kau, tetapi lebih untuk memberi gambaran sebenar apa yang aku lalui selama 4 tahun bergelar mahasiswa (sebenarnya, aku kurang suka istilah mahasiswa ni, apa yang ‘maha’nya entah).
- Ini Adalah Jalan Hidup Kau — Selama’nya. Jika kau pilih bidang kejuruteraan, kau akan jadi jurutera, Jika kau pilih bidang masakan, kau akan jadi chef. Jika kau pilih bidang kewartawanan, kau akan jadi wartawan. Jadi, sebelum masuk ke universiti bersama bidang yang kau pilih, pastikan kau bersedia 100% untuk taat setia kepada bidang itu & bidang itu sahaja. Di’universiti, tidak ada jalan untuk kau berpatah balik untuk memilih jalan yang lain. Universiti adalah jalan mati. Walaupun ada kes graduan univeristi memiliki pekerjaan dalam bidang yang berlainan, peratusan’nya begitu sedikit & boleh di’abaikan.
- Komitmen Luar Biasa. Aku boleh kata, di’universiti kau perlu berikan komitmen 300% lebih dari apa yang kau lakukan di’kolej matrikulasi atau di’sekolah menengah. Dahulu, sebelum aku ke universiti, ada orang kata yang universiti adalah tempat yang mudah untuk score walaupun aku goyang kaki. Tahi’lah. Jika kau betul-betul ekstrim super-super genius, itu mungkin betul. Jika kau orang biasa-biasa seperti aku, kau akan merasa sakit sampai ke punggung jika tidak ada komitmen.
- Pensyarah Adalah Kawan Karib. Sebelum aku masuk universiti, aku tidak tahu yang hubungan dengan pensyarah akan mempengaruhi keputusan setiap semester. Bukan secara langsung maksud aku, tetapi secara jangka panjang’nya — jika kau baik dengan pensyarah, kau akan memperoleh input yang lebih berbanding pelajar lain. Jika kau rajin bertandang ke bilik pensyarah & bertanyakan soalan, pensyarah akan mengenali kau & tidak segan silu memberikan input yang orang lain tidak dapat. Jangan terkejut jika hubungan baik dengan pensyarah akan memberikan kau hint soalan peperiksaan yang 100% tepat. Aku pernah alami. Cuba berbaik dengan pensyarah — bukan mengampu, tapi mahukan sedikit ilmu ekstra sebagai bekalan.
- Cari Rakan Yang Boleh Di’harap. Jika kau ingin berjaya, kau kena duduk di’kalangan mereka yang ingin berjaya dan pemilihan rakan adalah satu perkara yang kritikal di’universiti. Di’universiti nanti, kau akan ketemu orang yang cita-cita’nya mahu masuk universiti & setelah masuk, mereka akan sambil lewa kerana cita-cita mereka telah tercapai. Jangan di’harap sangat orang sebegini. Jika boleh, cari rakan yang boleh di’ajak belajar bersama-sama atau bentuk satu study group. Ia sangat membantu.
- Jangan Kedekut Dengan Buku. Jika matapelajaran yang kau ambil memerlukan kau membeli buku teks, beli! Tapi beli dengan bijak, pastikan buku tersebut menyumbang banyak input dan berbaloi untuk di’beli. Jika kurang 20% sahaja dari isi kandungan buku tersebut kau gunakan, beli versi xerox. Buku yang kau beli akan kau gunakan sehingga alam pekerjaan — jurutera di’tempat latihan industri aku beritahu.
- Pastikan universiti kau ada sambungan internet. Supaya kau boleh terus membaca Mohd Ismail dot Net & layan YouTube jika bosan.
Ok, point terakhir itu sebenarnya tidak perlu sangat tetapi 5 perkara di’atas adalah sesuatu yang aku alami sepanjang aku belajar di’sini. Kawan-kawan yang sudah bergraduasi atau sudah berada dalam lapangan kerja, ada apa-apa nasihat untuk adik-adik kita yang akan melangkah masuk ke alam universiti penuh indah dalam masa dua bulan lagi?
Monday, May 5th, 2008
at 3:21pm

Selamat datang hari Isnin. Satu hari yang menjadi kegemaran ramai orang. Pagi tadi aku tonton TV3 dan Ahmed Tamimi Siregar (betul aku eja?) yang menjadi tetamu jemputan untuk mempromosikan teater terbaru arahan beliau kelihatan mengantuk. Mungkin kerana hari ini hari Isnin. Pop Shuvit & Faizal Tahir juga begitu. Bukan selalu kita boleh lihat artis terkantoi mata merah di’pagi hari. Isnin memang menyeronokkan.
Semalam adalah hari Ahad, hari di’mana selalunya aku akan beli semua akhbar yang ada kerana sisipan & artikel mingguan mereka yang berlainan dan menarik. Penulis artikel akhbar arus perdana nampaknya lebih rajin & kreatif di’hujung minggu. Tetapi, ada satu persamaan di’antara semua akhbar yang aku beli. Mingguan Malaysia, Metro Ahad & Berita Minggu berkongsi satu masalah luahan pembaca — terperangkap dengan cinta suami orang. Periksa semua akhbar tersebut jika tak percaya.
Sebenarnya, masalah ini bukan baru di’Malaysia dan telah terjadi sekian lama. Dan, banyak kisah yang kita dengar berbentuk negatif berbanding yang positif berkaitan hubungan cinta dengan suami orang. Bukan tiada yang positif, tetapi peratusan’nya sangat (sangat!) kecil dan boleh di’abaikan. Masih, ada gadis yang buta tuli terus terperangkap dalam cinta suami orang & berakhir dengan sessi luahan perasaan di’akhbar arus perdana. Aku terasa seperti membeli akhbar untuk membaca pelbagai versi untuk kisah cinta suami orang.
Kenapa si gadis masih terperangkap dalam situasi begitu? Aku bukan pakar perhubungan manusia, tetapi ini sesuatu yang lahir dari akal pagi Isnin aku. Mereka yang terperangkap dalam cinta suami orang ini selalu berfikir yang suami orang adalah seorang lelaki yang perfect. Perfect dari segala segi dan tidak semena-mena, suami orang itu menjadi seorang lelaki yang memenuhi kriteria seorang lelaki sejati. Ini yang sebenarnya.
- Kedudukan kewangan yang kukuh. Oh yeah! Sudah semestinya ini yang seorang gadis cari dalam diri seorang lelaki secara am’nya. Dan, secara kebetulan, seorang yang mempunyai kewangan yang kukuh adalah mereka yang bekerjaya, berusia & sudah berumah tangga. Mereka mempunyai kewangan yang kukuh kerana mereka berusaha untuk menjaga keluarga mereka untuk hidup selesa. Rezeki yang seorang lelaki dapat ketika ini adalah niat asalnya untuk di’nikmati oleh si isteri & anak-anak, dan apa kes kau nak merasa pula?
- Bertanggungjawab & ambil berat. Suami orang sayang, seteruk mana pun seorang lelaki yang bergelar suami orang, mereka sudah tahu apa erti tanggungjawab & bagaimana untuk melaksanakan’nya. Apa yang mereka aplikasikan ke’atas kau adalah satu proses berulang yang sudah mereka tahu itu mampu mempamerkan sifat kejantanan mereka. Kau orang kedua, atau senang cakap apa yang kau terima itu perkhidmatan second hand.
- Romantik & pandai memujuk rayu. Dengar baik-baik, romantik & pujuk rayu adalah bidang yang menjadi kepakaran seorang lelaki selepas kahwin. Kepakaran di’sini merujuk kepada bagaimana mereka mengaplikasikan apa yang telah mereka cuba di’rumah ke’atas gadis-gadis bujang yang mendambakan sifat romantik seorang lelaki. Tanggapan yang lelaki bujang kurang romantik adalah tidak adil. Kenapa tidak kau bentuk sifat romantik seorang lelaki itu untuk kau & hanya kau seorang dan bukan’nya menjadi salah satu bahan eksperimen suami orang untuk memantapkan kepakaran mereka.
Aku tahu majoriti pembaca di’sini bukan’lah gadis-gadis sunti tetapi ada lelaki & suami orang yang boleh tolong sampaikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan. Secara realistik’nya, artikel sebegini seperti tidak berguna untuk mereka yang sedang hangat di’lamun cinta dengan suami orang, tetapi mencuba itu’kan lebih baik.
Ada pengalaman terperangkap dengan cinta suami orang?
Thursday, May 1st, 2008
at 6:35pm

Perkataan JUTAWAN dalam warna hijau begitu memang sangat molek untuk pandangan aku. Seperti sinonimnya jutawan & wang. Selepas menulis entri semalam, aku berkira-kira untuk menulis tips bagaimana untuk menjimatkan wang supaya seorang perempuan itu tidak mengimpikan boyfriend bawah 30 tahun dengan gaji bulanan RM10,000.
Jika kau mahukan satu keadaan kewangan yang baik dengan hidup yang selesa, aku recommend untuk kau supaya;
- Jangan Langgan Astro. Siaran televisyen percuma yang sedia ada aku rasa sudah cukup menghiburkan walaupun ada antara drama yang crap. Tetapi, Astro juga crap kerana asyik menggunakan taktik ulang siar, jangan bayar untuk sesuatu yang akan kau tonton berulang kali dalam sebulan.
- Jangan Beli Kereta Mewah. Semua orang ada impian untuk memiliki kereta mewah sebagai status sosial yang tinggi. Minda kita telah di’cuci oleh tuntutan masyarakat. Lagipun, kenapa kita mahu membeli satu aset yang mempunyai susut nilai paling cepat di’dunia? Damn!
- Jangan Guna Kad Kredit. Penggunaan kad kredit sangat berisiko, jika kau buat pembayaran lewat sehari (1 hari), bank akan gunakan apa saja alasan untuk menaikkan kadar bayaran. Lagi, semua privileges yang kau terima bukan’nya PERCUMA walaupun banyak bank mengatakan begitu, percaya’lah. Jauhi kad kredit.
- Jangan Makan Luar. .. dengan kerap. Bukan tidak boleh langsung, apa salahnya makan luar yang sedap sekali sekala ‘kan? Tetapi, melakukan’nya dengan kerap hanya akan membuatkan poket rabak & jika kau mahu tahu, kebanyakan makanan di’luar sana bukan’nya berkhasiat — lebih-lebih lagi fast food. Eh jap, semalam aku beli Nescafe Ais - RM1.80, apa gila?
- Jangan Bergaul dengan Mereka Yang Suka Berbelanja Besar. Kita manusia beb, sudah lumrah jika kawan-kawan ada membeli sesuatu, tidak banyak mesti sedikit terdorong untuk membeli. Walhal, barang tersebut adalah tidak perlu untuk kita. Fikir dahulu sebelum buang duit.
- Jangan Beli Pakaian Berjenama. Atau tunggu bila tibanya jualan murah dengan tanda 50% ke’atas. Beli pakaian kerana keselesaan, bukan’nya jenama. Ada orang, lagi besar jenama terpampang di’pakaian, lagi mereka megah. Mereka tidak sedar yang mereka telah menjadi papan iklan bergerak. Kasihan.
- Jangan Beli Baru, Baiki. Jika ada kerosakan kecil pada barang milik kita, ada molek’nya kita cuba untuk baiki terlebih dahulu sebelum buang & membeli yang baru. Ini yang sebenarnya di’maksudkan dengan fikir dulu sebelum buang (barang & duit).
- Buat penjagaan diri di’rumah. Jaga kuku tangan & kaki di’rumah, sejak bila mak ayah kita latih kita yang penjagaan kuku sendiri adalah tanggungjawab orang lain? Dan, lebih sedih, kita perlu bayar untuk itu. Banyak produk penjagaan diri DIY banyak di’jual dengan harga yang jauh lebih murah jika di’bandingkan dengan membuat di pusat kecantikan. Try usya Guardian, The Body Shop atau Watson.
- Sentiasa Ingat Tentang Matlamat Kewangan. Jika kau mahu jadi jutawan (atau sekurang-kurangnya hidup dalam keadaan kewangan yang selesa), sentiasa perhatikan aliran wang keluar masuk & ingatkan diri tentang perancangan dan matlamat yang di’buat. InsyaAllah, tidak akan ada duit yang keluar dengan sia-sia.
Sunday, April 20th, 2008
at 3:06pm
Semalam, aku ke Bukit Merah Waterpark, bermain air sehingga kaki aku kembang & badan-badan aku sakit walaupun ketika sujud dalam solat. Mahu berseronok, tapi pulang dengan keletihan & tidur seperti orang tak balik dari ofis 4 hari.
Tapi, aku berjaya rakam 153 keping gambar terakhir (mungkin) rakan-rakan seperjuangan aku di’Universiti Sains Malaysia. Banyak gambar luar biasa & tidak bisa di’kongsikan. Biasa’lah, kami kan jejaka hot. (Haram lu Mail! Opening tak related langsung)
Hari ini aku terima e-mail lagi. Aku biasa menerima soalan dari mereka yang curious dengan istilah ‘buat duit’ yang bertanyakan apakah cara paling mudah untuk dapat duit?
Well, aku akan selalu jawab, route paling senang untuk dapat duit & hidup dengan penuh bahagia adalah, habiskan belajar di’universiti atau kolej, dapatkan kerja. Jikapun kau tidak habis persekolahan, cara paling senang untuk dapat duit adalah dengan dapatkan kerja. Teknik paling kuno dalam dunia untuk buat duit ini memang di’perakui berkesan oleh sesiapa sahaja.
Ini di’namakan menukar masa & tenaga yang kau ada dengan duit. Kau kerja, ikut arahan, buat kerja, kena marah, hujung bulan terima paycheck. Selesai teknik membuat duit dengan cara ini, kau akan mempunyai cukup (atau lebih) wang untuk hidup. Senang bukan?
Selepas e-mail jawapan aku berikan, jarang ada yang mahu bertanya lebih lanjut tentang cara lain kerana mereka mungkin menyangka aku tidak serius menjawab soalan mereka. Mereka mungkin menyangka aku mampu memberikan jawapan untuk jalan ke’arah kebebasan kewangan dengan mudah. Maaf kawan, perkara begitu tidak wujud. Tetapi, ada juga yang mahukan alternatif untuk buat duit selain bekerja.
Selain bekerja, kau boleh bina satu sistem yang boleh menjana duit untuk kau, contoh’nya berniaga pasar malam. Kelmarin, selepas temuduga kerja di Bukit Minyak, aku ke Popular Book Store di’Butterworth dan duduk membaca sebuah buku bertajuk Jutawan Senyap karya Dr Rusly Abdullah. Mahu membeli, tetapi gadis penjaga kaunter itu begitu comel untuk aku tinggalkan dengan cepat, maka aku duduk baca dengan lebih lama.
Dalam buku tersebut, Dr Rusly menyingkap teknik menjana pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan tetapi mempunyai pendapatan jangka panjang yang lumayan. Jangan fikir peniaga pasar malam tidak punya banyak duit, kajian melalui buku ini membuktikan. Aku juga, lahir dalam keluarga yang bergantung hidup dengan pasar malam. Pasar malam = lubuk duit. Mahu duit? Mula’lah berniaga. Di’internet juga kau boleh berniaga. Bina sebuah kedai online, jual’lah apa-apa barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi — duit akan ada untuk kau.
Kau juga boleh buat duit dengan menjual duit itu sendiri. Ini yang orang moden istilah’kan sebagai pelaburan. Sistem’nya mudah dah tidak memerlukan kau bekerja kuat — cuma perlukan ilmu & kajian yang mendalam terhadap pelaburan yang menguntungkan. Kau, pinjamkan duit kau kepada pihak lain (bank atau syarikat atau saham), dan sampai masa yang di’janjikan, kau akan menerima pulangan dalam bentuk peratusan interest dan/atau dividen.
Bercakap tentang pelaburan, Perdana Menteri Malaysia baru sahaja melancarkan Minggu Amanah Saham Malaysia 2008 (MASM 2008), mungkin kau yang berminat dengan pelaburan boleh ke’sana & mendapat sedikit ilmu berkaitan pelaburan dalam amanah saham.
Itu sahaja yang kau perlu tahu tentang buat duit. Jika kau e-mailkan aku cara-cara lain, aku pasti ia akan jatuh dalam mana-mana kategori yang aku tulis di’atas. Samada kau bekerja, berniaga, atau membuat pelaburan, pastikan ilmu sudah cukup di’dada & jika tidak tahu akan sesuatu, jangan malu untuk bertanya kepada mereka yang arif & tahu.
Monday, April 14th, 2008
at 2:33am
Ketika kau sedang membaca entri ini, hari sudah pun bernama hari Isnin minggu ketiga bulan April. Masa berlalu begitu pantas, kan? Jadi, bagaimana hujung minggu kau yang sudah, seronok melayan televisyen 28′ atau melayan terik matahari & awan berjalan di’luar rumah? Apa pun yang kau lakukan di’hujung minggu sudah, hari Isnin adalah hari paling penting dalam seminggu untuk kau mulakan apa juga tanggungjawab dalan kehidupan seharian.
Samada kau seorang pemotong rumput, seorang tukang sapu, seorang tukang masak, seorang pelajar, seorang pekerja di KLCC, seorang kerani sementara, seorang jurutera kimia, seorang ahli bomba, atau seorang majistret, aku persembahkan 5 tips untuk memulakan hari Isnin yang kita miliki saban minggu dengan lebih bermakna.
Bangun awal, ucapkan selamat pagi
Aku akui aku bukan manusia pagi (morning person) yang senantiasa bangun menikmati matahari pagi. Dan, keadaan ini sebenarnya satu cabaran buat aku untuk bangun pagi — buat mereka yang sejenis dengan aku juga (gimme five yeah!).
Sebagai menepati matlamat untuk bangun lebih awal di’hari Isnin, aku biasa’nya akan tidur lebih awal dari biasa & berusaha untuk membuka telinga kepada alarm telefon bimbit aku. 90% usaha aku akan berjaya. Peratusan berjaya akan lebih tinggi jika seseorang menjanjikan sarapan yang sedap jika aku bangun awal.
Kelebihan - Kau akan mampu melakukan kerja dengan siap lebih awal dan punya banyak masa untuk perkara-perkara menyeronokkan yang lain. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan produkviti sepanjang minggu. Mahu tahu bagaimana untuk bangun awal tanpa alarm telefon bimbit atau jam?
Hubungi orang yang tersayang
Ambil 5 minit masa yang kau ada setelah kau bangun awal pagi, hubungi orang yang paling penting dalam hidup kau. 5 minit sahaja. Orang itu boleh jadi mak, ayah, adik terdekat, kawan sepejabat, kekasih gelap, kekasih hati atau kucing kesayangan. Tanyakan khabar dan kisah hujung minggu mereka. Biarkan mereka bercerita secara ringkas buat hiburan ringan untuk kau di’pagi hari.
Sebelum mengakhiri perbualan, katakan yang kau sudah mahu pergi kerja (kolej, kuliah etc.), atau memulakan sesuatu yang penting untuk seminggu itu dan minta mereka doakan yang segalanya akan menyeronokkan. Percakapan 5 minit itu pasti akan berakhir dengan sesuatu yang bermakna buat kau sebagai semangat sehingga Jumaat tiba — mungkin lebih lagi.
Kelebihan - Kuasa sokongan dari orang tersayang adalah lebih kuat dari penangan secawan Kapal Api. Cuba’lah. Silap hari bulan, kau bukan sahaja akan sampai ke bulan (sila tonton iklan tv Kapal Api), malah ke’hujung barisan planet (tu dia metafora).
Kemaskan ruang kerja
Setiap dari kita semestinya mempunyai kawasan kerja sendiri yang kita akan duduk untuk jangkamasa yang panjang. Untuk menjamin keselesaan membuat kerja di’pagi Isnin yang selalunya menjanjikan timbunan tugasan yang bukan alang, aku sarankan kau & diri aku sendiri untuk mengemas kawasan kerja yang ada.
Buang apa yang tidak patut. Susun semua barangan keperluan yang kita gunakan dengan teratur — supaya apabila di’cari, semuanya ada. Bersihkan persekitaran dari segala macam habuk. Jika kau terlebih rajin, beli’lah wangian mengikut kesukaan dan gantikan wangian yang ada. Berikan sesuatu yang baru buat minggu tersebut.
Kelebihan - Kawasan kerja yang mudah di’akses & tidak berserabut secara langsung akan membuatkan kita bersemangat untuk bekerja & meningkatkan produktiviti. Dan, kau juga akan ada ruang untuk membuat sepah untuk sepanjang minggu, kan?
Dengarkan sesuatu yang baru
Bila kali terakhir kau mendengar sesuatu yang lain dari selera muzik kau? Carikan sesuatu yang baru untuk halwa telinga sepanjang kau melakukan kerja. Jika kau mempunyai senarai muzik di’dalam komputer yang sering di’ulang putar, apa kata jenguk’lah ke laman-laman web yang menawarkan muzik dari selera seluruh dunia.
Jika sebelum ini kau berminat dengan Ramlah Ram atau Sheila Majid, apa kata kau rancakkan sedikit tempo muzik yang ada dengan mendengarkan Kanye West & John Legend, atau apa-apa genre muzik yang bisa membuatkan hati kau teruja. Jangan pula kau cari New Boyz.
Kelebihan - Keterujaan kau untuk mendengar muzik baru akan terbawa-bawa ke’dalam kerja. Ketika itu, hanya ada muzik baru & kerja yang kau harus siapkan.
Senyum kepada dunia
Buat semua orang gembira dengan senyuman di’pagi Isnin. Tidak kisah’lah jika hari itu kau di’cop sebagai seorang yang menang loteri di’hujung minggu, yang penting kau perlu beritahu dunia, lebih-lebih lagi rakan-rakan di’sekeliling kau yang kau amat bersemangat untuk memulakan Isnin dengan lebih bermakna.
Senyuman di’pagi Isnin juga akan membuatkan kerja kau dengan orang di’sekeliling menjadi lebih mudah kerana mereka tahu kau berada di’dalam mood yang baik & bersedia melakukan kerja dengan lebih sempurna. Kool bukan?
Ok, sekarang sudah Isnin, jika terlambat untuk aplikasi apa yang aku tulis di’sini — esok juga boleh. Seperti biasa, tiada apa yang terlalu lambat untuk di’mulakan.