Category Terkini

Sepanjang Tahun 2009

Baru tadi ada seseorang SMS aku bertanyakan kenapa aku semakin jarang kemaskini blog ini sedangkan aku ligat di’blog yang satu lagi.
Blog yang lagi satu sangat-sangat kurang menuntut aku untuk berfikir tentang idea. Aku dapat skop, tulis & terbitkan. Tidak seperti di’sini, aku kena cipta sendiri & ambil masa.
Alasan.
Jadi, apa yang sudah aku buat sepanjang [...]

Filem Minggu Ini: Inglourious Basterds

Amaran untuk sesiapa yang bercadang untuk menonton Inglourious Basterds, anda sangat-sangat perlu betulkan niat untuk menonton filem ini. Jika anda pergi menonton untuk membunuh masa lapang, filem ini akan menjadi filem paling keji dalam sejarah.
Jika anda pergi untuk menikmati air tangan terbaru Quentin Tarantino & filem yang selayaknya di’panggil filem artistik, Inglourious Basterds adalah [...]

Idea: Simpanan Makro Ala Rockstar Dengan Bank Tempatan

Balik kerja tadi, aku dapat statement dari sebuah badan kebajikan yang aku daftar beberapa bulan lalu.
Badan kebajikan ini modus operandi’nya cukup senang, selepas mendaftar dengan kad ATM Maybank aku, mereka akan secara automatik menolak sejumlah wang dari akaun aku sebagaimana di’persetujui — setiap bulan.
Membelek statement tersebut, buat aku terfikir kenapa kita tidak panjangkan sistem begini [...]

Fast Update #21: Papadom, Surrogates & KreativeThemes

Alahai, sebulan sekali rupanya aku update blog rupanya. Dengan konsistensi sial begini, aku sangat berterima kasih kalau ada yang masih membaca & mengikuti tulisan di’blog ini. Ayuh!
Papadom: Tidak Cukup Rangup, Tapi Masih Sedap
Bila trailer Papadom keluar di’Youtube buat pertama kali, aku sebenarnya menjangkakan sesuatu yang lebih dari Afdlin Shauki kerana filem ini menang anugerah filem [...]

Selamat Hari Raya (Edisi 2009)

Puas juga’lah aku fikir tajuk yang lebih catchy berbanding sekadar ‘Selamat Hari Raya’. Tapi, ada benda lebih baik kita biarkan dalam keadaan asal.
Esok selepas kerja, aku akan bergerak pulang. Ini kali pertama aku bergerak pulang dengan jarak agak jauh & selepas lebih 7 bulan bekerja.
Tahun ini, seperti raya beberapa tahun lepas, aku tidak membuat apa-apa [...]