Chuck: From Geek to Secret Agent
- 25
- Add a Comment

“Hai! Nama saya Chuck, Chuck Bartowski & saya seorang mekanik komputer merangkap Ejen Rahsia kerajaan. Boleh saya bantu?” Kool! Masa yang aku ada selepas menamatkan kertas terakhir untuk peperiksaan terakhir dalam hidup aku, aku manfaatkan dengan menonton Chuck, siri televisyen terbaru dalam hidup aku. Take note, aku tidak kata terbaru di televisyen. Hidup aku agak terbelakang sekarang ini. I love my students life!
Jadi, Chuck adalah satu siri televisyen yang mengisahkan bagaimana seorang mekanik komputer di Buy More yang secara tidak sengaja telah membuka satu fail enkripsi kiriman email rakan lamanya, Bryce Larkin yang mana fail tersebut mengandungi 1001 maklumat rahsia kerajaan. Keupayaan Chuck untuk mengingati kod enkripsi di sebalik fail itu telah menyebabkan Chuck menjadi sebuah ‘komputer bergerak’ selepas Mac milik Chuck pecah berderai di’tangan ejen ‘hot‘, Sarah Walker. Bermula’lah hidup Chuck sebagai salah seorang ejen rahsia kerajaan yang haram tak tahu apa-apa dan terpaksa melaksanakan banyak misi yang tidak pernah terfikir oleh seorang yang di’buang universiti & bekerja sebagai mekanik komputer. Episod 7, Chuck Versus The Alma Mater ada sikit-sikit menerangkan situasi sebenar kenapa Chuck di’buang dari universiti & kenapa Chuck harus terlibat dengan semua ini.
Kenapa aku suka’kan Chuck? Satu, kerana siri televisyen ini tidak terlalu serius dan tidak terlalu bodoh lawak’nya. Molek di’dengar & di’tonton. Aku sekarang semakin kurang berkenan dengan siri televisyen yang menyakitkan jiwa, menonton televisyen seharusnya menyeronokkan, bukan? Dua, kerana Chuck banyak memaparkan hubungan kekeluargaan yang kuat walaupun kadang-kadang kita akan rasa kita tak akan mampu handle dalam realiti. Tiga, kerana Yvonne Strahovski adalah seorang ejen yang hot & sexy!
Seperti biasa, Google & cari’lah episod-episod Chuck di’mana-mana dan tonton. Aku syorkan Chuck buat mereka yang mencari bahan hiburan ringan tetapi ada kisah yang boleh di’ambil pengajaran. “Chuck, stay in the car!“.”Ok. My four favourite words…”
Coming up next…

Siang tadi, aku dan Eka berkesempatan ke Central Square, Sungai Petani untuk mencari sebarang dua persalinan baru & secara tidak sengaja di’temukan dengan fenomena aneh yang menyelebungi anak remaja Melayu kita. Mohd Ismail dot Com tidak berniat untuk menjadi Mastika online, tetapi ada perkara yang perlu aku kupaskan. Tunggu!

25 Comments
omarbahrin
November 10th, 2007
at 11:50pm
wah..chuck…menarek nih..aku harus menambah koleksi…hahah…
wow…mohdismail bakal mengupas isu yg da lama berleluasa… baik di mana-mana shj di malaysia…huhuhu..aku nantikan woot!!!
Mohd Ismail
November 10th, 2007
at 11:56pm
he he… best layan tv siries ni.. layan seorang ejen sengal dan seorang ejen yang hot & sexy! ha ha
*tipikal kan isu aku tulis ni… cis!
chika
November 11th, 2007
at 12:18am
hi.
nama saya chika.
nak resume saya tak?
Mohd Ismail
November 11th, 2007
at 12:27am
nak! sertakan sekali gambar berukuran pasport terbaru… ha ha.. ape kes ni Cik Chika nak hantar resume?
od3n
November 11th, 2007
at 3:22am
haha. mentarik. aku pasti menyedutnya. jom carik kt warez.
icednyior
November 11th, 2007
at 9:22am
citer chuck nie mmg best. I dah mula download sejak start showing. Satu lagi series yg menarik adalah “Life”
Mohd Ismail
November 11th, 2007
at 11:00am
Life? he he… bikin review sikit kat blog u… ;p
Dik Mal
November 11th, 2007
at 11:10am
Kalau kamu terkebelakang. Mal lagi la… :-s nak Google gak la..
p.s : tak sabar nak tenok kupasan kamu tu.
sejuk
November 11th, 2007
at 11:14am
tgh tggu enrty baru tuh.macam satu kupasan yang menarik je..hhahah
Mohd Ismail
November 11th, 2007
at 11:22am
heh.. kupasan aku akan aku selitkan dengan fenomena gelombang tahi kuning yang ‘bersih’.. ada hubung kait la sikit2 dgn apa yang aku tgk semalam.. ha ha..
*macam budak-budak tahi kuning itu semua
Dik Mal
November 11th, 2007
at 11:35am
ahaha… memang macam2… kesian mereka yang nak naik keretapi kat masjid jamek tu.. macam aku.. terpaksa duduk kat rumah.. hari ni pun fobia nak keluar sana.. keh keh keh :D
regionofchaos
November 11th, 2007
at 12:23pm
kenapa u all nak takut dengan gelombang kuning..huuu…
pelik la u all ni..
hakikatnya kita akan rasa bila kita berada di sana dan kita merasa terseksa..
luluh hati anak bangsa di tutup dengan kemewahan yang disedut oleh anak bangsa yang celik bila wang rasuah di hidang depan mata..
apa lagi yang kita nantikan?apakah tunggu bangsa kita dijual?
ingatkan lagi akan lagu pak pandir ? yang remeh temeh
“ada mata pandang, ada telinga dengar
ada mulut DIAM..
ada tangan garu, ada kaki GOYANG
ada otak PANDAI, ada akal PAKAI, ada bijak GADAI,
ada mata PEJAM, ada mulut KUNYAH
yang remeh dan yang temeh,
berlegar disekelilingmu.
yang remeh dan yang temeh,
berlegar disekelilingmu.
buatLAH….buatlah TAK TAU
biarKAN…biarkan BERLAKU
tepukLAH..tepukLAH TANGANMU.
rela jadi TUNGGUL, rela jadi BATU
tunggu di lelong..
suruh ANGGUK, ANGGUK,
suruh GELENG, GELENG
kau PUJILAH AKU, AMPULAH AKU
SENANG HIDUPMU
ada tangan TADAH, ada maruah CAMPAK
yang remeh dan yang temeh,
berlegar disekelilingmu.
yang remeh dan yang temeh,
berlegar disekelilingmu.
SERONOKLAH..SERONOKLAH..
HANCURLAH BANGSAMU!!!
Mohd Ismail
November 11th, 2007
at 12:44pm
Region of Chaos, ada perbezaan yang ketara antara takut dan menjaga keselamatan diri & sayang’kan family… kami. aku tidak takut dengan gelombang tahi kuning bawaan mereka sebab aku tahu mereka hanya tahu bercakap & bercakap & bercakap & menyerahkan memorandum tidak sudah-sudah…
jika apa betul yang di’perjuangkan gelombang tahi kuning ini mampu mengubah apa yang ada di’Malaysia sekarang ini, tunjukkan aku satu, cukup satu kejadian yang memberi manfaat besar kepada rakyat Malaysia pernah di’lakukan sepanjang tertubuhnya bersih/gelombang reformasi/gelombang tahi kuning ini… satu cukup…
*kau dari Georgetown, Penang… email kau tidak valid.. kau mahu jadi penakut yang takutkan telurnya di’patuk burung ya?
regionofchaos
November 11th, 2007
at 1:14pm
kebenaran kadangkala disampaikan berbeza naluri yang menerima…
ya..sengaja mencetuskan email yang tak wujud..menyatakan simbolik bahawa perjuang mencari kebenaran itu masih ada..cuma ia berselindung..tapi tak tahukah betapa ianya cukup menggusarkan orang ‘dewa’ malaysia…
yang dilihat oleh kamu bawaan siaran dari mereka seangkatan..walhal kamu tidak melihat kandungan dari pihak yang satu lagi…
itulah tandanya kita tidak seimbang..apatah lagi mengimbangi kewarasan sebagai manusia yang ingin menuntut keadilan…itu sahaja…
ketakutan angkatan ‘dewa’ diangkuhkan dengan kehadiran sang gajah mada biru…
huuuu…
anyway..hamba tak mahu meneruskan bicara di blog yang independent ini..sekadar terbaca kalam gelombang kuning tahi ciptaan kamu…
berpesan-pesanlah pada kebenaran
dan berpesan-pesan dengan kesabaran…
Qaiyum
November 11th, 2007
at 3:41pm
Gelombang Tahi Kuning?
Itulah. Memanglah Mudah BerCAKAP Sebab Kita Ada MULUT. Tapi Mampukah TANGAN & KAKI Kita Buat Mengikut Tona PerCAKAPAN MULUT Kita.
Banyak Lagi Platform Untuk Menjadi Seorang PEJUANG BANGSA. Kalau Berani Turunlah Di Jalan² & Lorong² Gelap Lalu Membawa Para Penagih, Penjual Tubuh Jalanan Wanita & ‘Lelaki’, Pengedar Dadah, Kaki Botol, Yang Rata² Beragama Islam Ke Arah KECAHAYAAN.
Kita Juga Ada Tugas Sebagai RAKYAT. Tugas ‘MEMULIHKAN’ Bangsa Yang Tersasar Dari Landasan Adalah Tugas Kita Bersama. Bukan Hanya Pemimpin. Memanglah Tugas Memilih Pemimpin Adalah Tugas Kita. Tetapi Mampukah Pemimpin Yang Kita Lantik Nanti Bertindak Lebih Baik Dari Pemimpin Yang Sebelumnya? PASTIKAH KITA???
RAKYAT Mempunyai Kuasa Yang Lebih Besar Untuk Memulihkan Bangsanya Sendiri Berbanding Pemimpin Negara. Bertindak Untuk Menggulingkan Sesuatu Kuasa Bukanlah Tindakan Yang Bijak Jika Kesannya Tidaklah SeGAH Seperti Apa Yang diCAKAPKAN Oleh MULUT.
Eh! Mael. Belom Ko Start Kupas Lagi Dah Bagi Komen Dah.. Cmane?? Hahaha…
beckzaidan
November 11th, 2007
at 3:42pm
yeh, aku kembaliiiiiiiiiiii… seperti di seruuuuuuuuuu…
kuning atau tidak, mana kita tahu, yg laung laung bersih ni pun, tak semestinya bersih putih. mana tahu… fenomena rasuah atau terima habuan bawah meja, bukan semua orang nampak. so tak terkejut la, dalam kita kata orang, kita pun buat tahi…
sudah la, bukan tak boleh ikut proper channel. saje mau buat kacau. pilihanraya kan dah dekat. tak boleh buat cara halus, buat cara besar, kan? mengganggu ketenteraman awam, membuat kacau bilau, bersih la sangat.
percaya la, org org yg ckp bersih ni, esok esok bila ada kuasa, diaorang ni pun makan tahi rasuah juga. percaya la… skrg pun ramai yg jaga kepentingan sendiri… ia macam kitaran lengkap. lumrah hidup.
seperti aku ckp di blog ku. geli bulu pubik.
esok saja…
Kumprinx
November 11th, 2007
at 4:13pm
yeeehaa!!
(I have no comment)
Ajib
November 11th, 2007
at 4:23pm
kempem pilihan raya BERSIH, sape join?
od3n
November 11th, 2007
at 4:58pm
chuck mmg kool. aku mahu jadik sepertinya. boleh didampingi ejen sexy itu. br tengok episod 1, episod 2 sedang disedut. jom kwn2. tima kasih mael. aku pn bukan kaki tonton tv. tp kalo ade cite best, google, donload, tgk kt pc. layan!!
manchurr
November 11th, 2007
at 7:55pm
hahaha aku pun tgk cite CHUCK ni.. awek dia hot!!! biler dorg nak kapel ni.. asyik menipu je hehe.. btw, ko lepak kat CS?? wat pe sane?? itu tempat lepak aku mase aku diploma duluuu.. best2! rindu sane! hahahah remaja2 tu duk main game bodoh2 tu hehe.. aku pun main gak masa bosan2 dulu :P
megat
November 14th, 2007
at 11:47am
uhuhu klu ko rasa ko terkebelakang mael, aku lagi la plus +. aku baru nk ringankan kepala dengan siri ringan camni. klu ada siri-siri ringan spt ini blh la share eheh. maklum lah setelah seharian memikirkan kerja-kerja seharian spt ‘meletakkan batu 1 tan atas kepala sendiri’.
“the best for our own”
omarbahrin
November 16th, 2007
at 12:56am
aku da layan cite ni…masyuk…huhuhu… baru ep 8 nih…huhuhu
janggoat
November 20th, 2007
at 8:07pm
tak usahlah serkap foto org tak tentu hala….kelak badan binasa..
ramai jurugambar sekarang amek ringan hal ni…namun sekiranya post anda selepas ni,dgn niat menjatuh,dan juga mengaibkan,maka terimalah balasan di mana,mungkin anda akan dijatuhkan satu hari nanti.
sebelum ambil foto dari sudut belakang,
1.bg salam
2.mintak izin dulu
3.pastikan status,kadangkalan ada suami isteri y duduk sedemikian
4.jgn upload dan post gambar org lain sesuka hati kerana,ini akan mengaibkan sesiapa shj.
mungkin niat anda baik,tp jgn biasakan…tidak anda sesiapa y suka foto mereka di ambil tanpa keizinan,dan itu adalah dianggap biadab.
sekadar pesanan dari insan y prihatin,pada nasib warga y telah dianiaya…
Mohd Ismail
November 20th, 2007
at 9:29pm
adeh… aku mintak maaf la Janggut dan kepada sesiapa yang rasa perbuatan aku pos gambar masyarakat awam ni satu perbuatan biadap.. tidak terfikir lak aku budak2 muda macam tu dah berkahwin & jika pun dah berkahwin, tidak pulak aku terfikir mereka ada masa untuk bermain game di’pusat beli belah & berkaraoke tidak ingat dunia.. tidak terfikir oleh aku tentang itu..
sekali lagi aku minta maaf..
*cerita aku ke sg petani dan apa yg aku jumpa di’sana, mungkin aku tidak siarkan… biarlah apa yang aku nampak terus-terusan menjadi trend anak muda tanpa ada usaha untuk bersuara.. tidak mengapa..
janggoat
November 21st, 2007
at 12:49am
sebenarnya ismail,saya juga pernah seperti anda…masuk bhgn permainan dan video games,dan pernah juga bermain mesin jenis sedemikian(touch screen).
tidak semua anak muda y turut menikmati permainan y serupa..golongan y sudag menikah juga,ada saya lihat(seperti dlm foto(seusia mereka) …oleh demikian,apabila melihat awak menempek foto sedemikian ,saya rasa sedikit ada kesalah fahaman..
mmg betul,kebanyakan mmg anak2 muda y berada di situ…namun x dinafikan ,golongan mereka y dah mendirikan rumahtangga di usia muda(lingkungan awal 20an) dan kadangkala satu keluarga juga,turut memasuki tempat sedemikian.
dahulu,sy juga seperti kamu,asal lihat je anak muda seperti sedemikian,timbul syak,timbul persepsi bukan2(kan tempat agak gelap)..tp bila dah ketahui status mereka,tambahan pula dah mengenali,barulah sy memahami,tidak semua sedemikian(walau ada)..dan tidak semua anak muda harus dapat padahnya atas review y mungkin kita akan salah tafsir..
tp sebagai seorang manusia,mmg kelihatan agak biadab,bilamana kita dgn senang hati,mengupload gambar,telatah dan kemesraan org lain,tanpa keizinan..
*ini juga merujuk kepada satu foto di portal ***h_online.com y memaparkan kemesraan antara 2 insan(juga dari sudut belakang),di dlm panggung.
dan reviewnya amatlah mengaibkan…bukan fotonya mengaibkan,tp review oleh tuan punya blog,amat tak berasas kerana fitnahnya dituju kepada seluruh warga muda.
semoga perkara ini dapat diambil iktibar oleh semua webmaster,pemilik blog,portal,dan mereka y post tanpa menyelidik status sebenar.