Dan, Selamat Hari Raya semua!

Kurang 24 jam dari sekarang, ribuan batang buluh lemang akan terbelah menandakan Hari Raya Aidilfitri kembali lagi seperti tahun-tahun yang lalu. Hari Raya tahun ini bermakna & tidak bermakna buat aku. Bermakna kerana seluruh keluarga aku berpindah ke’rumah baru yang bermakna, baru! Tidak bermakna kerana kepala aku sedang sarat memikirkan laporan satu projek tahun akhir yang tertunda, kursus minggu hadapan di Pulau Pinang, sessi viva untuk plant design, dan peperiksaan akhir untuk semester ini.

Apapun, selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua. Ini hari kemenangan kita. Kemenangan kita memenangi nafsu yang semakin besar hari demi hari. Sekurang-kurangnya menahan nafsu makan dan minum di’siang hari. Jika kau mengerti, Aidilfitri lebih dari itu dan janji Tuhan itu lebih manis dari helaian baju baru & kasut Nike berharga RM200+!

Foto Lemang dari m8eyboy. Di’ambil tanpa kebenaran.

15 Comments

Salam Ei’dul Fitri MohdIsmail.
Maaf Zahir & Batin Serta Maya haha sebab internet ruangan maya..
nak duit raya?tunggu le nanti

Selamat hari raya mail dan semua :) Mohon maaf zahir dan batin dari hujung lemang hingga ke bara api.

taqobalallahu minna wa minkum shiyamana wa shiyamakum
minal aidzin wal faidin
selamat hari raya idul fitri.

Selamat Hari raya, Mail :)
maaf zahir batin. semoga gembira walaupun banyak perkara di kepala. haha sama la kita

selamat hari raya aidilfitri untuk Mohd Ismail.

semoga makan lemang yang banyak tu. he he he

Selamat Hari Raya Mail, buat kau dan semua pengunjung2 MohdIsmail.com. Maaf jika selama ini aku ada melakukan kesilapan, tersalah kata ke? Maaf zahir dan Batin

selamat hari raya.. :D

Salam lebaran pakcik mael…
kita serupa…
tapi.. ako tak balik langsung ke rumah halaman…
berada dalam radius kampus pondok ako juga….
Uwawa….

selamat hari raya maaf zahir batin mael!!

alahai… ko tak ade cuti apa encik Rasso? he he…
salam lebaran… :)

aku kekenyangan lemang, ketupat dan rendang ayam… ha ha ha.. dan sepupu2 ku semakin comel!

SELAMAT HARI RAYA KEPADA MOHD ISMAIL.. SMOGA TERUS SUKSES SELAMANYA.. AMIN ~

selamat ari raya mail…smpat gak berjabat mesra kita ari tu kan…hahaha…

yup, aidilfitri itu adalah satu kemenangan hasil perjuangan & pengorbanan time ramadhan…

-besar perjuangan & pengorbanan, besar lah erti kemenangan….

-kalau perjuangan setakat tahan lapar dan dahaga, time hari kemenangan, dapatlah melantak kaw2 tahap buffet! puasa sebulan, raya pon sebulan la beb!

-kalau perjuangan tahan lapar, dahaga dan pancaindera zahiriah yang lain, time hari kemenangan, insyaAllah at least akan terasa lah betapa ‘fresh’ dan nikmatnya pancaindera yang dianugerahkan tuh. (saya rasa, tahap puasa saya baru je sampai tahap ni kot, hu hu)

-kalau perjuangan tahan lapar, dahaga, pancaindera, hati dan pemikiran, time hari kemenangan, insyaAllah kebesaran Allah akan masuk dalam jiwa kita.

-dan, jika kita mengabdikan diri 100% kepada Allah time ramadhan, maka time hari kemenangan, kita akan kembali semula kepada keadaan fitrah, seputih dan sesuci kain putih yang bersih…. barulah sambutan aidilfitri namanya….. setulus macam sambut baby gitu…..

-jadi, itu lah pemahaman saya pasal ‘hari kemenangan di aidilfitri’ nih…. Selamat hari raya aidilfitri bro! Maaf zahir batin

selamat hari raya juga Mus.. komentar ko dah seperti entri.. appreciate it!

thanks :)