Dan, semua’nya bermula semula…

process_dynamic.jpg

Mohd Ismail dot Com akan menjadi personal semula! Ha ha. Lantak’kan. Ramai sedia maklum yang sekarang aku sudah berada di’kampus meneruskan lagi setahun pengajian di’sini. Jika aku berada di’kampus, kebanyakkan masa aku akan aku habis’kan di’bilik kuliah & juga kafe untuk makan. Aku tidak punya banyak masa untuk membaca ratusan entri-entri dalam Google Reader. Aku tidak banyak masa untuk mencari sumber ilham untuk menulis sebagai seorang geek. Maka, Mohd Ismail dot Com akan menjalani mode sebuah blog personal yang mana membawa maksud kalian akan membaca repekan aku sepanjang menjadi seorang pelajar Kejuruteraan Kimia di Universiti Sains Malaysia. Oh yeah!

Hari ini, hari ke-4 aku berada di’kampus, aku menerima tugasan pertama untuk kursus Rekabentuk Proses & Analisis (Process Design & Analysis). Tajuk’nya, Plant Design for the Production of Methionine. Pertama’nya bila kumpulan kami dapat tugasan ni, methio..what? Megatron? Setelah aku Google dengan sedikit mendalam,

Methionine is an α-amino acid with the chemical formula HO2CCH(NH2)CH2CH2SCH3. This essential is classified as nonpolar. Together with cysteine, methionine is one of two sulfur-containing proteinogenic amino acids. Its derivative S-adenosyl methionine (SAM) serves as a methyl donor. Methionine plays a role in the biosynthesis of cysteine, carnitine, and taurine (by the transsulfuration pathway), lecithin production, the synthesis of phosphatidylcholine, and other phospholipids. Improper conversion of methionine can lead to atherosclerosis.

Sudah. Aku sendiri pening. Tarikh untuk penyerahan Fasa Pertama tugasan ini adalah 2 Ogos 2007. Kau bilang dengan jari tinggal berapa hari aku ada? Aku akan sibuk. Super-sibuk!

Aku juga pening dengan gadis bertudung biru tempohari, sememang’nya memahami wanita adalah subjek paling susah untuk kau lulus.

37 Comments

Mail, itu semua cabaran semasa belajar. Assingment tidak dapat dielakkan.

Btw, apa crita kau dengan gadis bertudung biru.. ha..ha.. berapa lama dah kau kenal dia?

wanita = google. kalau kau faham algoritma google, maka kau sudah tentu tiada masalah dengan wanita .. kah..kah..kah..

kurang la entri entri yang mengegarkan lepas ni?.boleh selit selit tu.. anyway, good luck utk study ko. aku rela membaca entri yang berkaitan dengan pembelajaran ko. biarpun Methionine adalah α-amino acid. tetapi aku tak rela utk memahami apa itu HO2CCH(NH2)CH2CH2SCH3.

Betul la Mail, apa benda belajar kalau tak ada tugasan ni, lepas ni aku rasa kau boleh kongsi tips-tips nak belajar pulak disamping tips-tips hubungan debgan blogger tu…

Kui…Kui…Kui…Aku ni dah tua baru nak sambung blaja, malu dengan yang muda-muda.

ngeh3, begitulah asam garam kehidupan sebagai orang yang belajar dan terpelajar… kerjanya hanya belajar dan menyiapkan asaimentnya…

kimia oh kimia… h2O ok laa bukan 2cO wahahaa…

wanita bertudung biru? kenapa tak baca je kisah wanita dan teladan… bleh fahami sikit pun jadi laaa. beliau yang bernama wanita dah tentu lagi tak faham dengan kerenah insan yang bergelar lelaki…

entahlah… tak faham laaa…

ismail, ko reti buat perasa sintetik ( mostly ester compound? ) tak ? kalau reti mail me. ko jgn harap bende tuh sbgai assignment, ko anggap bende tuh sebagai nilai komersial yg maybe later ko leh usahakan , barulah menarik jadinya. cuba ko tgk si bos halagel tuh

Aku setuju dengan kau mael…
agak sukar untuk ako lulus dalam soal memahami wanita yang khususnya gadis…

Kerna ako tak pernah lulus lagi… Asyik gagal di pra-perjalanan… hahaha

p/s aku pun dah mula super-sibuk. Hingga aku tak tahu mana nak mula.

teringat masa belajar ester compound dulu…banyak yang boleh kita aplikasikan dalam kehiupan ni…dan lot kena caranya…boleh buat duit beb…tapi mael tak gila duit…dia gila populriti jer…

Moga mael akan terus maju jaya dan berjaya menyiapkan apa jua esaimen yang diberikan…

berapa lama kenal? sepanjang aku hidup kat sini.. err.. dekat 4 tahun.. ;p

itu’lah.. wanita ni lebih kompleks dari algoritma Google..

ada mungkin entri2 begitu..tapi’nya tunggu aku betul2 ada masa.. ngeh3..

HO2CCH(NH2)CH2CH2SCH3 oh HO2CCH(NH2)CH2CH2SCH3!

tak reti.. ngehehe.. aku undergraduate lagik kucau oi.. tak berapa reti la nak mencampuradukkan bahan2 kimia menjadi perasa sintetik ni.. ngehehe

*ha ha… gila populariti akan membawa kepada gila duit nanti.. ;p

heh.. aku selalu juga baca entri ko pasal keluh kesah berkenaan wanita.. kesian kita sebagai lelaki zaman moden ni kan Rasso? ;p

Woi Mail, untuk bab wanita ni kau tak perlu lulus, sebab kalau kau lulus pun dengan seorang wanita tu , lain kali kalau kau jumpa wanita lain pula, kau tak semestinya lulus dengan cara yang sama yang kau gunakan dengan wanita yang pertama itu.Tapi kalau dah kritikal tu aku bagi 2 advice : bawak jalan-jalan dan beli cokelat atau aiskrim , cara sama yang digunakan untuk melayang kanak kanak yang terbuktinya berkesan dan telah digunakan sebelun kewujudan internet lagi…. praktis ….jangan tak praktis……ni pun kira assingment la juga.

apa barang layan gadis2 ni.. ekekek

mmm, bab wanita lak yer..
tapi kan mael…kena lulus gak bab ni…tak perlu experience…cuma bayangkan…apa yang mael suka orang buat kat mael, gitu gak wanita ni…dia tak mintak lebih…hanya perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah bagi…
tapi kalau tersangkut dengan yang mintak lelebih tu…angkat kaki je la

kalau ada subjek untuk memahami wanita diwujudkan, tak tahulah berapa ramai lelaki yg boleh lulus, sbb wanita ini kompleks, maknanya kalau soalan objektif yg ada a,b,c dan d, jawapannya ialah e) tiada satu pun jawapan diatas

jangan lupa bagi bunga sekali ya :)

erk…gitu ker aarin…
pada saya…kalau kita kompleks sangat, nanti takder saper plak nak dekat…
pendapat saya…kita kena flexibel, tau bawa diri dan tau hala tuju…asal jangan biar diri dipergunakan dan diperkotak katikkan oleh makhluk bernama lelaki dah la….kita perlu seiringan…memberi dan menerima…

bidang yg ada peluang dalam oil & gas nanti

Saya rasa lelaki yg anggap kita ini kompleks..bagi saya semua insan adalah kompleks, bukan boleh dinilai dgn mata kasar kan?

jangan bilang harinya..nanti semakin pening..
selamat menyiapakna tugasan..:)

ko kat USM ke? ahaha, dekat nye. aku kat USM gak, SOC SAINS… mari mari berjumpa…

baguslah ko dah kembali kedunia yg nyata…hehehe

arrgggh .. kau kenal dia sejak 1st year. jiwang sakan kau …

tapi tak bosan ke? aku tak tahu lah pasal kau, tapi aku selalu tengok .. couple2 ni .. ke mana sahaja bersama .. agak membosankan .. aku lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan :)

yang keduanya, bila ada plan ngan kenkawan, dia nak ikut :(

Tapi itu pendapat aku. Hidupku di uni adalah bebas dari sebarang ikatan. nak grad baru kenal si dia :)

Ya .. itu aku.

SOC Sains tu School of Chemistry Science ke? heh.. nnt aku turun sana aku kasi roger satu kali ye?

bagaimana ye mahu aku bilang.. ngehehe.. 1,2,3,4..

aku & dia kenal memang lama sudah.. tp aku rasa tidak lah terlalu terikat & aku pun bukan’lah seorang kaki lepak kedai mamak atau seorang mamat yang suka sembang kosong.. aku masih ada masa dengan kawan2 lain & aku pastikan masa aku dengan mereka betul2 berkualiti.. jika keluar untuk berhuhahuha.. aku lebih prefer baca Google Reader :)

dan dengan dia juga ada masa’nya.. dengan buku.. dengan toilet.. dengan kafe.. he he.. sebab itu aku super-sibuk!

;p

engkau hanya disuruh belajar, bukannya angkat kayu balak… jadi, janganlah tension sangat.

itulah pesan dari bapak aku sememjak dari aku menengah dulu….

hakikatnya, sekarang ni aku sudah boleh tersenyum…

aku lupa pasal toilet .. ha..ha. dulu aku merokok .. tempat yg paling best di waktu pagi .. wakakaka..

OK, aku dah nak ke masjid

ha betul tu sayur…
kekadang kalau difikirkan kembali…nyesalnya tak study bebetul dan bersungguh2 dulu…belajar tak susah mael…tak pening kepala kalo ikut cara yang betul dan berada di landasan yang betul…bila masuk bidang kerja…baru la terfikir…andai bisa kuundurkan putaraan dunia…

phosphatidylcholine, phospholipids !! main gila la.. binate ape tu .. kalo aku la aku tarik diri jer.. nie tempai org org bijak ni… heheh .. xper la ku suka kerja aku …

hahaha yer la aper binate tu.. jgn kate tak paham .. hehehehe .. tapi aku rase aku tahu itu adalah moyang kepada H20 ..btol kan??

soc science tu social science… sains kemasyarakatan… peace…

Clap clap clap!!! Selamat kembali kepada Mohd Ismail yang aku kenal dulu….

Mohd Ismail yang sensitif dengan kehidupannya….

Aminnnn

hang belajar betul2 mael, jangan main2 belajar. nak kena bayar itu ini lagi. tak ada sijil macam mana nak kerja…. belajar pun kena guna duit banyak jugak…

selamat maju jaya buat mael. jangan ponteng2 tau…

mael kerja guna sijil apa yer???

kalau dah tinggalkan zaman belajar, masa tu lah anda akan terkenang kembali keindahan dan kemanisan bersama teman-teman…saat sama2 mengejar ilmu…dan tak ketinggalan saat mengejar aweks…
sebenarnya belajar ni enjoy sangat…gunakan peluang sebaik mungkin..

girls di uni…subjek faveret yg aku cuba tepis sepanjang di sini…haha godaan makin bertambah bila masuk sem baru dgn bebudak juniornya..haha

gadis la yg menerangi kesuraman dan keboringan di uni..huhu

begitulah juga dengan mael yang akan meneruskan kehidupannya seperti kebiasaan sehinggalah mendapatkan segolong ijazah dan akan bergelar graduan the blog…

wuahahhaa…. dah tentu mael tidak akan mempersia-siakan masa depannya yang cukup bermakna itu…

mael tengah study tu… jangan kacau dia. usik bolehlah..