Dan, semuanya selesai
- 34
- Add a Comment
Alhamdulillah. Hari ini hari Jumaat dan segala urusan mahsul pemindahan data untuk Mohd Ismail dot Net telah selesai. Domain yang pada mula’nya seakan-akan agak sukar untuk host lama tukar DNS’nya, hari ini aku rasa semua boleh layari blog ini dengan URL biasa.
Theme baru (lagi!). Kali ini aku menggunakan theme yang agak penuh tetapi ringkas hadiah dari Chris Pirillo. Di’atas sana ada update terbaru aku di’Twitter dan kalian boleh follow aku di twitter.com/mohdismail. Kita berada di zaman web 2.0, yeah! (uwekk..).
Hosting kali ini di’bekalkan oleh Fivio. Lebih cepat loading ‘kan? Terima kasih kepada mereka di’sana yang bertungkus-lumus membuat pemindahan data, terutamanya Saudara Fadhlullah. Jika anda masih mencari hosting untuk blog, aku sarankan Fivio (milik Bumiputera).
Masalah spam telah selesai dengan hosting baru, maka anda boleh komen dengan riang ria tanpa apa-apa tapisan. Theme ini juga sebenarnya memerlukan PHP5 untuk run dengan elok molek. Wordpress theme sekarang ini pun sudah advance.
Esok hari Sabtu, selamat berhujung minggu kawan-kawan. Siapa pakai 3G untuk melayari internet, angkat tangan!

34 Comments
asx
July 18th, 2008
at 9:19pm
Aku guna 3g . dah masuk tahun ke 2 .=)
Mohd Ismail
July 18th, 2008
at 9:24pm
owh..that’s cool! camne ngan monthly payment eh? celcom @ maxis?
aku sgt berminat nak tahu trend 3G kat Malaysia.. aku guna 3G semata2 utk browse Maxis Portal.. he he
penyubiru
July 18th, 2008
at 9:36pm
aku tak guna 3G. hehe..
syam
July 18th, 2008
at 9:40pm
aku guna 3G semata-mata untuk baca emel tentang kerja dan balas secara serta merta terutama utk emel yang perlukan balasan pantas.
lambat bagi aku yang kerja di site ni utk masuk opis buka komputer , baca dan balas emel. buang masa!
syuxx
July 18th, 2008
at 9:57pm
wow, theme yang ni mmg gila lawa lah.
tapi kena hard-coding jugak kan?
yeah, yg ini baru LAJU!
firdee
July 18th, 2008
at 10:09pm
saya juga minat gak nak cuba guna internet 3G ni…kat temerloh ni celcom 3G dah sampai…maxis tatau le bila…tapi dengarnya maxis punya 3G selalu bermasalah…
Ituzik
July 18th, 2008
at 10:13pm
Aku guna 3G sekadar untuk ke bank-online. Masuk maybank2u bersahaja untuk beli top-up. Mudahkan haha. Tapi aku teringin pakai 3G sebab selama ini aku asik guna bekas room mate punya je. Sambil-sambil pinjam survey sekali. 3G celcom broadband mantap sekali beb!
Sudah pernah ku cuba ke mohdismail.net dan keputusannya teramat memuaskan nafsu membaca blog ku. yeah!!!
Mohd Ismail
July 18th, 2008
at 10:14pm
@syam aku fikir, masuk ofis la best.. balas emel dlm aircond, itu kool.. he he
@syuxx.. hard coding ke apa aku tatau.. tp dia ade guna function khas yg require PHP5.. *yaa laju! aku suka*
titan
July 18th, 2008
at 10:17pm
hoho..aku pengguna tegar straemyx dan selalu mengambil kesempatan untuk online di McD banting. hOho..
Mohd Ismail
July 18th, 2008
at 10:17pm
@firdee terfikir gak..3G ni selalu org guna semasa bergerak atau sebagai talian tetap di’rumah.. even wireless.. sbb kalo kat rumah, streamyx always better..
@Ituzik o hai Ituzik.. coming from MySpace yea? selamat datang ke mohd ismail dot net..
Mohd Ismail
July 18th, 2008
at 10:19pm
@titan aku suka tgk org online kat McD atau Starbucks atau mana2.. sbb aku rasa ade kebarangkalian kecil dia akan surf website aku dan beri aku sedikit duit.. ha ha ha ha
Ituzik
July 18th, 2008
at 10:25pm
Haha Mail, Ituzik sama dgn Zik yg selalu ke sini suatu masa lalu, kali ini baru menonjol. Lama tidak datang melepak sejak MI sedikit perlahan dan dlm pemindahan. Apa pun web ini loading menarik sekali di bawah hosting baru.
MI anda minat Chris Pirillo? Menarik sekali melihat dia bercakap. Fungsi dkt web dia paling diminati twitter. Mula-mula pelik mcm mana dia boleh up-date dgn pantas tajuk perbualan. Memang hebat geek itu!
zen
July 19th, 2008
at 12:11am
aku nak tukar theme jg ttp apakan daya, aku mempunyai keterbatasan………huhuhu…
KNizam
July 19th, 2008
at 12:33am
aku guna 3G nak check gmail kat HP aku. hehe mmg laju. selain guna maxis broadband usb modem yg fully utilise 3.5G bila aku sedang cuti2 malaysia. weeeheeee :)
Mohd Ismail
July 19th, 2008
at 1:33am
@Zik yeap.. aku mmg follow si Chris tu.. sedap dgr dia merepek tp berisi.. kalau la aku ade setup mcm dia.. he he
@Zen beli domain sebijik.. beli Fivio, tgh ade promosi tu =)
azraai
July 19th, 2008
at 1:45am
hoh. encik mail bleh online tak.
asx
July 19th, 2008
at 1:56am
Oh . Monthly payment . 90 lbih . Laju kalau di rumah aku sangat laju . kalau di uni . Lembab. Aku guna celcom 3g.
salliki
July 19th, 2008
at 8:27am
Aku guna 3G untuk video call family.. Tapi kalau kat uni tak ada internet, aku akan guna 3G untuk surfing.. Tapi kalau cam nak hantar video, gambar atau sound guna 3G mmg cepat la process uploading.. Hehe..
p/s : mael.. kau masih lagi buat bisness nasi lemak eh..?? aku nampak ko aritu.. segan aku nak tegur.. hehe..
sallikin@nikillas
July 19th, 2008
at 8:28am
Aku guna 3G untuk video call family.. Tapi kalau kat uni tak ada internet, aku akan guna 3G untuk surfing.. Tapi kalau cam nak hantar video, gambar atau sound guna 3G mmg cepat la process uploading.. Hehe..
p/s : mael.. kau masih lagi buat bisness nasi lemak eh..?? aku nampak ko aritu.. segan aku nak tegur.. hehe..
sallikin@nikillas
July 19th, 2008
at 8:29am
ops..!! terpost 2 kali… sori mael.. ko pun sedia maklum kan line kat USM ni camne kan.. adeih.. aku xleh nak delete dah..
Apisz
July 19th, 2008
at 9:42am
Yup, memang cool giler hosting baru ni.
Even streamyx siput pun, site ni loading dengan penuh cun ( macam kau ) …hahaha
*gurau jer ni oit
megat
July 19th, 2008
at 11:44am
aku gunakan 3G! Celcom broadband danianya mantap sehingga dapat dload dvdrip yang sebesar 1.3GB!
sejak aku pakai laptop, aku sentiasa gunakan celcom broadband dan berpuas hati setakat ni.
tunggu streamyx ntah bila dapat masuk pun aku tak tahu :(
Mohd Ismail
July 19th, 2008
at 12:36pm
@sallikin ha ha.. tegur aje la.. bisnes tetap jalan =) duit perlu carik jugak.. untung tempat kita ni, ade 3G bagai.. housemate member aku xmo sentuh streamyx.. layan maxis 3G je..
@Apisz gua x cun.. kalo lu refer maya karin ke, lisa surihani, ok la juge.. ha ha
Extremist Thinker
July 19th, 2008
at 12:58pm
bagus la dah berjaya tukar. skang time utk bro pegi cari kije. dah la ikot akoo tanam anggor. benci benci benci. wakakkaka!
Mohd Ismail
July 19th, 2008
at 1:05pm
@thinker secara official aku akan start keje Isnin ni.. skang ni, aku ade 3 kerja.. so, secara teknikalnya, aku tak menganggur.. he he..
Malaysia ni,duk mana pun leh ade keje.. yg penting rajin.. chewah!
aman
July 19th, 2008
at 1:12pm
wow..theme cun, erm, mael, bape bandwith hang sebulan yerk? fivio nie caj bape?
Mohd Ismail
July 19th, 2008
at 1:21pm
@aman bandwidth aku sendiri x sure.. ha ha.. 20+GB gak la sebulan.. Fivio ni aku bayar 50 setahun.. yg dia buat promo kat WangCyber itu hari..
50% murah dr hosting lama.. he he
taukey
July 19th, 2008
at 1:41pm
ahaksss sempat ko ambik promosi kat wangcyber. aku terlambat sikit la. hahahaha. RM50 jer termasuk satu domain kan. nyesal tak beli. :(
Khai
July 20th, 2008
at 2:53pm
Fivio.. serious, aku x pernah dengar pun nama Fivio ni..Ok ke dia? mantap ke dia?
akan tetapi….
kini… Fivio telah menjadi sponsor sepenuhnya kepada Scukz.Com .. dan apa yg boleh aku katakan, mereka semua mmg baik2 belaka.. support memang superb dan aku sangat berpuas hati dan rasa bertuah kerana menjadi seorang pelanggan kepada Fivio. Lupakan syarikat melayu lain seperrti CGYhost & si polan kerana Fivio terlalu bagus untuk dibezakan dengan yg lain..
SYabas Fivio.. dan Syabas Mael kerana telah berpindah kepada yg lebih baik…
zool
July 22nd, 2008
at 9:44pm
Assalamualaikum bro..
Dah lama aku tak jejak kat sini..
Hosting baru ek??
caiyoklah pada ko…
Ok ke hosting ??
Aku tengah cari2 untuk projek blog kete aku ni…
Mohd Ismail
July 22nd, 2008
at 10:23pm
@zool w’salam Zool.. haah hosting baru.. tp semalam server yg tempatkan blog aku ni kene ddos attack.. down jugak la 14 jam..
tp speed dia laju beb.. maklum la local server.. try la Fivio.. =)
Fadhlullah Abd Rahman
July 23rd, 2008
at 2:58pm
Salam,
Yup semalan down 14 jam due to DDOS attacks.
Teruk jugak kena. Saya minta maaf kepada Mohd Ismail.
By the way, jika dulu ada orang tak sempat nak order free domain, kini Fivio buka kembali promosi tersebut :)
MI : Kalau nak delete post ni pasal berbaur iklan melampau, silakan.
Salam,
Mohd Ismail
July 23rd, 2008
at 3:01pm
@Fadh aku tak kesah punya.. ko banyak da tolong aku utk pindah2 data ni.. he he..
*cepat kawan2, tawaran masih terbuka untuk sesiapa yang terlepas itu hari..*
gie
July 25th, 2008
at 2:53pm
pergh…sumer sumbat favio skang..bagus…sumer kene berpindah dari takuk lama untuk kepuasan hari akan datang…aku pulak..?selagi fiza kat kompeni hosting skang ni,aku akan terus berhost kat sana… :D