Dari Kuala Lumpur Bersama Tag


Aku mengalami penat mental dan sedikit penat kaki. Tetapi, peluang sesekali berada di’tengah-tengah Kuala Lumpur mesti aku abadikan dengan sebuah entri yang tiada kaitan dengan Kuala Lumpur. Aku akan menjawab tag dari Cik Emy yang akan pulang ke Malaysia hujung bulan ini (*dan, kemudian’nya akan di’hantar ke Miri, Sarawak).

Oleh kerana aku adalah Mohd Ismail maka tag ini tidak akan di’jawab dengan cara konvensional. Aku hanya akan beri satu point untuk setiap perkara (juga tidak semua) yang ada dalam tag ini. Mari kita mulakan.

Stuff I Like To Do

Membaca. Bukan minat semulajadi sebenarnya, tetapi aku dapati membaca artikel atau buku adalah sesuatu yang menghiburkan. Aku lebih suka kepada sesuatu yang bersifat fakta dan bukan’nya fiksyen. Jika aku mahu membaca apa-apa berkaitan Superman sekalipun, aku cuma berminat dengan sains di’sebalik bagaimana manusia boleh terbang.

Sebelum sessi interview tengahari tadi, aku habiskan lebih sejam di Kinokuniya membaca buku terbaru Richard Branson, Business Stripped Bare. Menghiburkan & memberi inspirasi. Aku akan sambung baca lain kali di Penang.

Types of Girl I Adore

Dang! Mohd Ismail bercakap tentang perempuan. Disebabkan aku hidup dengan prinsip minimalistik, itu juga sebenarnya apply ke’atas ciri-ciri gadis yang aku minati. Jadilah gadis yang simple dari semua segi — pemakaian, makan, shopping (lebih simple lebih bagus), bercakap, ketawa, make-up etc.

Di Kuala Lumpur sangat kurang gadis minimalistik sebegini, tetapi agak menyeronokkan bila berhimpit dengan mereka di’dalam tren. Kuala Lumpur, oh.

Thing I Do When Feeling Down

Tidur. Tiada kajian saintifik yang membuktikan tidur mampu menyembuhkan sedih hati, tetapi aku boleh berikan hipotesis yang tidur sememangnya memberi impak positif kepada jumlah masa yang aku peruntukkan untuk bersedih hati.

Dalam sesetengah kes, ada pari-pari mirip Jessica Alba datang menghiburkan aku ketika tidur. Kau patut cuba.

Ways To Win My Heart

Mari aku kira berapa ramai perempuan yang cuba memenangi hati aku. Ermm. Sedikit & menghampiri tiada. Jika ada yang mahukan jawapan kepada soalan ini, aku akan selalu & selalu jawab — pandai masak. Bagus untuk ekonomi & perut aku.

Entri ini tanpa di’sengajakan menjadi lebih panjang berbanding jika aku menjawab secara konvensional. Tetapi tidak mengapa, aku tahu kamu semua ada masa terluang hari ini untuk membaca entri tidak bermaklumat ini.

Doakan aku selamat sampai semula ke Penang dan kenapa tambang balik murah RM1? Atau, pengusaha bas sudah turunkan harga dalam 48 jam ini?

*bahagian ini adalah rekaan semata-mata.

Comments

31 Comments so far. Leave a comment below.
  1. berhimpit bersama gadis di dalam tren..
    wah!!
    menghiburkan.. haha…

  2. ketika di UMS, aku akui saat itu sangat indah..oh!

  3. khai,

    wow… ada sapa2 mael ko jumpe di KLCC tu? kalau aku still di KL, mungkin aku offer diri ntuk jumpe kau…minta di belanja atau belanja (dari) ko… hehehehe…

    neway mael, anda di tag.. harap dapat ditunaikan… tak dapat pon takpe sbb aku tahu, kau terlalu berahsia.. hehehehe…..

    http://justkhai.com/blog/tagged-dan-penipuan-maybank-berhad/

    Psstt: Busy sangat nampaknye since dah jadi reporter ni.. hehehe… tu nak jumpa orang jomstar la plak eh.. jgn jumpe JuanDanza sudah….. lol..

  4. oh.. sudah bertambah pengalaman ko naik tren? komuter atau lrt? hahaha..

    pari-pari mirip jessica alba? oh.. selalu juga dia datang melawat aku.. bukan setakat jessica alba, pari-pari mirip Angelina jolie, dan ramai lagi pernah dtg melawat dan menghiburkan aku ketika tidur.. haha

  5. haaaa…dah murah balik ke? canteklah..boleh aku buat calculation perbelanjaan aku..hoho..boleh beli mcm2..

  6. asx,

    errr. dah balik penang ya..

  7. @menteil x serunuk sbnanya.. aku kuar dr interview sama2 ngan org keje.. berhimpit2 mcm apa.. camne la org kl leh tahan ari2 camtu..

    @mrkay kalo mood tgh hepi.. mmg lagi mcm2 jenis pari-pari ada.. ha ha

  8. @khai tak leh masuk lak blog ko.. =) nnt da ok, aku try usya ye..

    *jumpa sembang2 gitu je ngan org jomstar.. ada perjanjian lisan sikit..* ;p

  9. amirez,

    berhimpit bersama gadis di dalam tren….
    aku pernah..tp tak seronok dgn bau kurang enak haha

  10. @amirez aku setuju.. dah la petang2 hari.. kalo pagi2 nk ke tempat kerja tu,, masih wangi2 lagi semua.. =)

  11. tapi setahu aku pompuan kalau balik dari opis bersolek dan selalu wangi2. Ehmmm..yang busuk tu semua jantan kot wakakaa…

  12. Kenapa suka yang simple-simple je Mael?
    Ko pun jenis yang simple gak ke?

    Bagi aku jawapan yang paling simple sekali….=)

  13. @hairul sbb less is beautiful =)

    @haritz tidak semasa aku bersesak dgn mereka… perempuan mmg sempat nk bersolek bagai ye kalo nk nak balik? ha ha.. aku ingatkan terus capai beg cepat2 nk punch card..

  14. Kalau berhimpit dengan pompuan.. perjalanan yg jauh menjadi dekat.. kalau boleh biar tren terus berjalan dan berjalan.. ihiks.. tapi kalau mat bangla yg himpit ?

  15. Mael…. Mael…..
    Dah namanya JANTAN…. wahahaha

  16. Ko ni giler seks la Mael…hehehe..

  17. asx,

    haha . komen newgirlz style .

  18. aku pun lebih suka baca buku fiksyen daripada bukan fiksyen.
    aku pun memilih jugak pasal perempuan ni. haven’t find any perfect yet. haha.

  19. Aku perfect…nak aku x? Offer ni… :D

  20. just keep simple ye tak?hehe

  21. kita,

    dah nama lelaki..kalau tak der nafsu maknanya bukan lelaki..soal sejauh mana seks dalam diri seseorang (diri sendiri yang mengawalnya)

  22. Semakin Banyak Memikirkan “Porn” Sahaja.. Akan Mengurangkan Nafsu Tau.. Tak Caya! Cuba la..

  23. *Cik Emy yang akan pulang ke Malaysia hujung bulan ini (*dan, kemudian’nya akan di’hantar ke Miri, Sarawak).*

    dihantar ke Sarawak???
    i like that!!
    dapat elaun lebih!
    huahuahauhahau

  24. kami perempuan kdg2 rimas tau dihimpit lelaki2 ganteng dlm tren

    haha..just joking

  25. ala menteil.. kat KL ni kalo nak himpit dgn gadis dlm train pegi la nek LRT time peak hours.. tapi sakit la kdg2 smp 2-3 train baru dpt naek..

  26. aman,

    nie mesti ada projek besar ngan jomstar..hoho

  27. amirull,

    best x kene tag??

  28. @aman takde la besar mana… baru masuk Fasa 1.. =) ada satu lg firma berita contact aku.. he he

    @mommy lilu kalo dihimpit lelaki x ganteng mcm saya camne? ha ha

  29. @adlan itu la yg aku rasa sbnanya.. silap besar abes interview masa org balik office.. ha ha

    @kita ayat ko boleh bikin falsafah la.. =)

  30. btw, dh dpt keje lain ke?

  31. @zaki belum lagi… sedang menunggu dengan penuh harapan.. doakan aku ye =)

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?