Dari Sabak Bernam ke Australia
- 22
- Add a Comment
Friendster, kadang-kadang berguna juga untuk aku. Di’sana, kau punya kebarangkalian lebih tinggi untuk berjumpa rakan sekampung berbanding jika kau berada di’kampung sendiri. Aku bertemu dengan Emy, seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti TESL di Australia, dan Emy ini datang’nya dari Sabak Bernam, kampung aku sendiri. Kan aku sudah kata.
Bila berbual dengan Emy malam semalam, aku tinggalkan dia dengan link ke blog ini. Memang itu tabiat aku, meninggalkan url blog sebagai promosi. Ha ha. Populariti itu kan obsesi aku.
Malam tadi, Emy bilang sama aku, blog aku mempunyai susun bahasa seperti ahli politik berbicara. Ha ha #1. Tambah’nya lagi, aku tak kelihatan seperti budak engineering, gaya seperti budak sastera. Ha ha #2. Untuk pengetahuan semua, kertas Bahasa Melayu aku ketika SPM sekadar B4.
Aku suka menulis dalam Bahasa Melayu begini. Chubbychubba & Sy,Syamsul adalah antara penulis dalam Bahasa Melayu yang aku sukai. Laras bahasa & penggunaan perkataan saintifik dalam setiap karya mereka buat aku berminat dengan Bahasa Melayu. Sekarang mereka sedang berehat. Aku tunggu mereka kembali.
Aku bukan budak sastera.
Menarik di Malaysia hari ini, buat Emy.
Imam sepatutnya tidak merokok bukan? Hari ini baru mereka setuju untuk berhenti merokok.
Pagi tadi di Era.fm, ranking pasukan bolasepak Malaysia telah naik ke tangga 149 dari tangga 156. Tahniah! Ha ha #3.
Wanita lebih cenderung untuk menyimpan lemak berbanding lelaki. Bukan aku kata, Utusan kata.
Orked dah botak! Ha ha #4.

22 Comments
WaWa
June 14th, 2007
at 10:51am
aku berbeza dgn emy. sebab masa aku mula2 jenguk profile kau di friendster, aku kagum dengan penggunaan bahasa kau. bahasa MALAYSIA klasik! hahaha..
oh ya. semalam ada seorg blogger ni minta komen psl blog nya. aku bagi 3 points. dan poin kedua aku ditolak. walau mcm mana pun hujah aku, dia tetap mau menulis dalam rojak! sabar saja la. sia-sia aku bagi komen.
kaSyah
June 14th, 2007
at 10:53am
Aku suka kalau semua imam betul2 berhenti merokok. bole la nak nasihat jemaah yg lain tu.
kalo tak selalu je aku tengok mereka2 ini lepas solat merokok la pula di kawasan masjid… memang la bukan dalam masjid..tapi tak bagus pulak aku tengok.
Yang tak merokok pun
menyampahtak suka..amani botak kepala…semoga dgn reason yg bagus. kadang2 aku rasa macam folo je cakap yasmin. it was her choice kan. :D
kaSyah
June 14th, 2007
at 10:57am
pilihan dia sendiri kan.. bahasa rojak itu okay cuma kekadang ada bahasa yg aku pun tak paham kekadang.. its his/her choice… :P
Mohd Ismail
June 14th, 2007
at 11:16am
bahasa malaysia klasik? ha ha.. p.ramlee atau hang tuah punya klasik?
*he he.. seb baik budak tu tak mintak aku komen pasal blog dia kan? ha ha
Mohd Ismail
June 14th, 2007
at 11:17am
ha’ah.. merokok tu bukan tergolong dlm perbuatan menyakiti diri sendiri ke? imam2 ni hisap rokok berkepul2 kalau kat surau nu.. :)
harap’nya lepas ni takde da imam2 nak merokok ye tak?
katakan taknak pada asap rokok!
cake
June 14th, 2007
at 12:26pm
cake dah tengok gambar ekslusif hari first nani tu botak dekat tmpt shooting. dalam blog salah sorang wartawan. huhu
nashrex
June 14th, 2007
at 12:31pm
btul. jiran aku sndiri aku bermsg guna fster sahaja.. ble masing2 balik kampong, xde masa pun nak berjumpa. hahak
akhir kata..
mrokok itu berdosa…
yattie
June 14th, 2007
at 1:06pm
knapa la rmai suka fresnter.
guna fs atau ms lebih jimat dr contact melalui sms..
versimelayu
June 14th, 2007
at 3:52pm
Rokok? aku perokok yang tegar.
Botak? Baru dia tau harga shampoo telah naik mendadak.
aad_lfcfn
June 14th, 2007
at 4:07pm
imam patut tk merokok lama dh sebab beberapa tahun sebelum ni rata-rata kita semua sekarang ni dh tahu menghisap asap rokok. pada masa dahulu agak susah sikit nk menentukan hukumnya sebab pengetahuan mereka tentang bahaya tu t’batas (mungkin b’pandukan pada zahirnya sahaja) :)
mixterr
June 14th, 2007
at 5:31pm
Tahu takpe.. kau memang boleh jadi ahli politik. berbakat.. aku suka bakat ko.. hahaha
zaki
June 14th, 2007
at 8:56pm
Well…teruskan memartabatkan bahasa melayu.
Aku harap, salah satu projek ko nanti adalah supaya ko boleh buat program pengiklanan dalam bahasa melayu…utk blog melayu….kira macam adsense tapi versi melayu….amcam….
Mohd Ismail
June 14th, 2007
at 9:00pm
InsyaAllah…ini saja la cara aku untuk buat bahasa Melayu di’tulis dan di’baca dengan betul… tidak boleh mengharapkan MySpace atau Friendster… he he *syhh! rahsia kerajaan… he he
WaWa
June 14th, 2007
at 9:18pm
apakah blog itu? mahu juga aku tengok? kalao dia masih cun walaupun berkepala botak, maka dia memang cantik!
WaWa
June 14th, 2007
at 9:20pm
erm.. ala.. bahasa malaysia klasik mcm buku hikayat. haha..
Mohd Ismail
June 14th, 2007
at 9:30pm
buku hikayat? amboih.. klasik betul bahasa aku… wawa, makan tomyam sudah?
Yattie
June 14th, 2007
at 10:03pm
lama2 kan aku rasa makin sayang kat penggunaan bahasa melayu yg betul.
dan aku rasa mcm xsetuju je bila bahasa melayu ditukar kepada bahasa Malaysia. lama2 melayu hilang mcm tu je dlm dunia ni..esh..
TheSniperz
June 14th, 2007
at 11:13pm
La..korang org sabak bernam gak ker..
sedaerah la kita rupenya…
cake
June 14th, 2007
at 11:41pm
ini ha blog die. rasanya dia wartawan la. ntah. huhu
http://klubbkidd.blogdrive.com/
cake
June 14th, 2007
at 11:43pm
rasanya dah kasi. under moderation kot sebab ade link. huhu
Artgeex
June 15th, 2007
at 11:51am
aku pun suka shamsul *maloo
Azhar Ahmad`
June 16th, 2007
at 7:24am
Terima kasih bagi motivation. Pasnih bleh kau buat, Dari Ulu Jempol ke Boston utk aku ek….