D’carbo - Pencuci enjin kereta handalan

Ini bukan sebuah entri berbayar. Semua penerangan dan pengalaman yang aku akan tulis tidak di’pengaruhi oleh mana-mana pihak dan aku sendiri mengeluarkan duit untuk produk yang hebat ini. Ayuh, nikmati D’Carbo - Pencuci Enjin Kereta Handalan.

Pertengahan Januari lalu, aku masukkan sejumlah wang untuk mendapatkan produk yang di’dakwa mampu membersihkan bahagian dalaman enjin dengan mudah dan pantas ini. Ops sekejap, aku ketemu dengan thread ini di’forum Lowyat beberapa bulan lepas secara tidak sengaja. Tertarik dengan testimonial yang di’berikan oleh kebanyakan pelanggan, aku kata, apa salah’nya mencuba ye tak?

Kisah panjang di’pendekkan, petang tadi aku terima bungkusan berisi dua botol D’Carbo yang di’kirim oleh saudara Yong Fei. Setelah hari sudah redup, aku dan teman sebilik yang kemudian’nya menjadi mekanik sementara, mengambil tempat di’belakang blok kediaman kami untuk mencuba buat pertama kali’nya D’Carbo, pencuci enjin kereta handalan!

Itu Firdaus, sedang memasukkan cecair hijau ke’dalam enjin yang sedang hidup. Cecair hijau tersebut di’masukkan melalui satu tiub di’inlet manifold yang vakum. Apa jadah inlet manifold itu, aku sendiri kurang pasti. Beberapa minit kemudian…

Itu dia. Berkepul-kepul asap keluar tanpa henti untuk beberapa minit. Habis dua botol D’Carbo Firdaus masukkan, kami memberi masa selama 10-15 minit untuk asap putih itu reda. Dan, masa untuk aku test drive enjin aku yang baru sahaja di’cuci secara dalaman.

Destinasi pertama, stesen minyak. Kereta aku sudah kekeringan minyak ketika ini. Sepanjang perjalanan, aku melalui 2 lampu trafik yang membolehkan enjin kereta aku idle. Percaya atau tak, enjin yang selama ini terketar-ketar apabila idle kini senyap tanpa tanda. Aku hampir confuse samada hidup atau tidak enjin kereta aku. Ketika ini, aku belum boleh uji pick-up enjin baru ini.

Selepas tangki minyak aku isi, aku cari jalan lurus yang tidak banyak kenderaan. Selepas traffic light, aku memecut, dan woohoo! Enjin kereta aku lebih terasa pick-up berbanding sebelum ini. Ini bukan omong kosong, aku jemput sesiapa yang pernah memandu kereta aku, untuk pandu hari ini, sangat terasa ringan’nya. Sebagai ganjaran buat kereta aku & diri aku sendiri, aku hantar kereta aku nan sebiji ini untuk mandi.

Kini, kereta aku sudah ringan & bersih seperti baru. Siapa mahu tumpang, hubungi aku, seperti biasa, perempuan sahaja. Ha ha. Berminat dengan D’Carbo, hubungi Yong Fei (016-2383237) atau lawat thread beliau di Lowyat.net.

84 Comments

1st…
okey ke untuk jangka masa panjang?
kira mcm makanan la, sedap untuk jangka masa pendek (rasa kat lidah) tapi bila dah tua (jangka masa panjang) boleh bawak mcm² penyakit…
tu yg aku nak tanya, kang lama² habis enjin dibuatnya, ada jaminan? 5 tahun? 10 tahun enjin selamat?

*berani dedah nombor plat tu…

konsepnya, dia tarek kuar semua karbon yg terhasil dek pembakaran tidak lengkap dlm enjin.. makan tidak timbul soal jangka masa panjang/pendek.. :)

mcm bekas air yg kotor, ko kasi cuci itu kotor, so bekas tu still leh pakai mcm baru.. mcm la.. bukan 100% :)

bekas air pun bukan boleh guna banyak kali bro… hehe…

perumpamaan je tu.. ha ha.. kita tgk la camne.. aku usya mende ni lama da, makan berbulan2 la jugak.. siap tanya workshop semua.. kat workshop ade jual, tp gila mahal, cecah 100+ sebotol..

wah hebat2, moto hebat aku satu kat luar rumah tu leh tak buh bende nie gak.. kesian gak kat moto aku tu. Rasa nak buh kat mane eq? klu buh kat carberator ok kut.. hehhe

ok Yong Fei jap g aku call ko… hahah

aku masih belum punya kereta..nanti aku beli subaru impreza

bro..nak tanya kenapa ek kita takleh dedah no plat keta? sebab aku nak post beberapa gambar kat blog aku mengenai kereta2 tak lama lagi..

oit sat.. utk motosikal aku tatau la leh guna ke idak, nnt asap lain plak yg kuar.. he he.. ko try la tanya ;p

kalo no plat kete sendirik xpe kot.. bukan privasi apa pun, kalo no plate kete selebriti ke, vip ke, itu mmg xleh kot.. m’ggu privasi ;p

*aku suka tgk no plate kete yg aneh2*

hoh menarik gak ni….boleh try boleh try, harganya macamna?? sedikit aku kompius kat thread LYN tu, memula RM138/146 patu RM47 pulak cam ner tu??

kira letak skali harung ke 2 botol D’CArbo dalam manifold engine tu??…atau bole simpan ntuk letak bendalah tu pada masa depan??

Ko try lu mael. Kot kot ade part yg diorg tak cite ke. Aku bab bab kete ni foul sket. Aku tak kesah pickup, janji sep minyak. Aku miskin.

TABUNG10

waaa cam bagus je benda ni~ mael pon guna..
(note:aku sangat la sengal bab2 kereta ni)

Apa keistimewaan nye, penting ka? Viva aku yang baru 4-5bulan ni, boleh bubuh gak ke?

:) sekian, terima kasih.

Wah…dasat betul goreng dengan berkesan pasal produck ni…bagus…aku boleh try later….

Maybe ko boleh tolong jual pulak…

macam menarik. tapi nak bubuh kat mana? kang aku belasah je, hahaha, padan muka aku. inlet manifold ke ape brg ntah..

Wah..Banyaknya Asap..Mungkin Aku Belum Pakai Kereta Untuk Menjadikan Benda Ni Sebagai Bahan..

skali berkepol2 asap kuar…
x semput ke maser press minyak tuh..
cecair hijau tu sejenis minyak ke ape?

aku dah pegang, dia bukan minyak, liquid biasa tak melekit.. ;p aku akan try hantar ke lab sini utk analyze kandungan kimia dia.. ha ha

minyak katanya nak naik lepas pru 12, maka jgn biasakan diri dgn kereta.. he he.. beban sikit rasa kalo ade kete ni, nak payment bulan2 lg.. huhu

he he.. kalo kurang pasti mana satu inlet manifold kat BMW ko tu Wawa, try bawak pi mekanik ;p

aku tak rajin nak jual2 produk ni, kalo ko nak beli, cakap la ko tahu via aku, mana lah tahu dia nak kirim sebotol kat aku ;p

keistimewaan’nya, dia akan bersihkan bahagian dlaman enjin & enjin akan menjadi ringan & sedap di’bawa.. kalo kete baru 4/5 bulan, xperlu lg kot.. tgu mileage 30,000 ;p

apsal ade kod TABUNG10 kat situ? ;p he he.. ala zeman, ko dah keje, apa la sgt nak buat maintain kete ni.. he he

dia sebotol RM45, kalo ko beli d’carbo + fuel saver tu yg jadi 138 tu.. he he :)

*ko try call la utk kepastian.. yg pasti aku beli 2 botol+postage = RM95* :)

Hoho..best. best. Cam leh try jek.

BMW lah sangat! hahahahaha..

ade orang sound ko ke??

Leh Gune Untuk Moto Tak Mael? Mahupun Mesin Rumput ??

WGV 8592 .. okeyh .. aku nmpk keta ko aku hon smpai ko langgar aku .
:P

ko try la mael kat moto membe ko ke? buh je kat mana2 yang boleh masuk sampai enjin.. ada kuar asap putih tu ok la tu..

lepas ni aktiviti mencari kereta mael.. haha sapa dapat spot dan tangkap pic kete mael ni mmng hebat. sebab kete die enjin dah bersih dah.. tambah lagi baru je basuh berkilat2. kalau nak tangkap gambar memang takleh kete bersilau2 berkilat snagt,memancar2. nak keja mmng tak dapat la, laju giler. enjin dah bersih kan..power pun up. siap kuar asap putih.. mmng ko tak nampak jalan la pastu.hehe..

smue jenis enjin ke boleh pkai formula ni? ke bergantung pada jenis2 kete tertentu?

chup..chup
kalau kuar banyak asap tu maknenye enjin tengah cuci ke?

biar bebenor!! mesin rumput pun nak gune bende mahal ni ke maintain hehe.. sayang bebenor kat mesin tu eh hehe

“Here i come to save the day”

waw…..hebatnya blog ini…
tq for the comment and support….

Abang Ismail.Banyaknye assap!
Boleh guna utk sembur fume pembunuh nyamuk Aedes.
Hehe..

btw.. kira kena letak skali harung la 2 botol D’Carbo tu….baru menjadi ekk….

skrg promote produk plak…xbole tumpangkan sy ke abg manis?

aku tak pernah masuk forum lowyat.. dek kerana kau promote menda alah nih, baru aku tahu pasal produk ni.. boleh try jual kat ebay nih.. aku nak try satu dulu. pueh hati, aku ambik lagi.. :D

owh so desu ka~
my viva udah 12k mileage nya.. tak perlu ek..

(aku biase la, slalu teruja ngn benda2 baru)

p/s: Lowyat.NET itu terlalu addictive tau ngak!!

tu dia asap kepol2…nway,nice shot…cun gambar tu…haha…btw,bapak aku pakai bende lain plak…masuk dalam tank minyak terus..mungkin aku boleh syorkan bende ni kat bapak aku…aku pakai moto cabuk je…

Kire ni kete james bond ar. Kalau ken kejar, die kasi lepas asap putih. Kalau lepas gak, die pecut. Kalau kene speedtrap pun xpe, gamba silau. Agak-agak, jumpe dalam radar tak?

Gile ah ding dong!

mael, untuk enjin kancil turbo bleh tak? lori2 diesel aku cmne? kang aku bubuh, tercabut plak ekzos nanti. haha.

oh, dah tau. dah tau.

DCARBO is suitable for all vehicles (new/old, petrol/diesel, carburetor/fuel injectors) – turbo or normal cars, vans, lorries, buses, trucks, MPV, motorboats, etc. Works for both new and olds cars, which has mileage more than 20,000km.

yeah! aku akan order pat lima botol buat test.

aku mahu cuba, tp ada mahu kena teranjang ngan adik aku jika aku test kat kete comel dia baru beli bulan lps..kekeke..erm test kat kete merc kakak aku pun tak bleh gak kang kena lempang..huhuhuh..aku mahu test pada kete sesorang gak tak kira. Mangsa yg masih boleh guna pakai ialah housemate aku,erm kete dia agak lama gak then aku dgr bunyi pun mcm hampeh jerk. Nak test kat motor aku kang bukan kuar asap tp api..terlebih power..kekekeke

macam-macam topik…macam biasa ler..
lama tak menjenguk…dah free ni boleh la lepak2 kat sini cam biasa…
sejak dua menjak ni, selalu gak drive kete husband…dia pun ada guna satu produk, tak ingat namanya…
nnati leh la kenen-kenenkan kat husband pasal dcarbo nih…

hua…gila ah asap ko mael..ni dah tahap melebihi index..bang..keta laju2,save minyak?minyak nak naik nie

Dulu asalnya Dr Carbon. Pernah cuba memang berkesan tapi untuk satu jangkamasa. Setelah ia kotor balik. Bersihkan lagi. Perlu berterusan.

guys..aku merupakan salah satu pengguna yang berpuas hati dengan produk nie..dua botol gune amu amek masa dalam 2 jam…kasi betul2 bersih..tapi masih rasa tak puas hati lagi. So lepas dapat gaji nanti aku nak order lagi 2 botol. Lepas gune produk ni kereta rasa ringan n pick up sket..takder la..berat sangat..kepada sesapa yang tak pernak cube dipersilakan…tidak rugi..gerenti :)

Ehem…cam best jer!!!

aku pernah buat bende ni tahun lepas.. ade satu mekanik membe aku buatkan tapi xtahu die gune minyak ape.die setting enjin sekali bagi ngam. 1.3 leh cucuk 1.6.. jgn terkejut.. sampai sekarang pickup die ade ade lagi…

gempak la mcm tu… 1.6 naik 2.0… sume org mau kalu mcm tu…

beres….bisa di atur….thanks bro..

bukan kagum tengok asap yang keluar dari kereta..kagum tengok shot gambar yang menarik :D

err… err… untuk motor takde ke.. 125zr baru aku ni dah bisik bisik suruh dicuci. ngade2 betul..

thanks Mensa tuk testimonial ni.. he he.. sama2 kita sokong produk Malaysia ;p

*mari2 beli*

maksud mixterr bukan 1.3 naik ke 1.6 kot, cuma kete 1.3 boleh cucuk belakang kete 1.6 ;p

*tp serius, pick up mmg makin mantap*

ingat order dari saya ya…
hehe…

bro, u memang betul, dulu ialah Dr. Carbon….sekarang name Dcarbo….

iskk.. motor ko baru sgt Khai.. kasi rempit dulu.. ha ha :)

*mungkin, motor x serius sgt kot kotor enjin dia*

tq…tq…tq
Malaysia Boleh!

Bro, Motor boleh decarbonise juga…
Pernah jual kepada motor customer…1 btl boleh guna 3 kali.

Motor punya injap juga ada vaccum hose….itu tempat untuk cucuk Dcarbo…

ha tu.. Yong Fei konfem D’carbo boleh guna kat motor.. sape ade guna motor, sila lah contact Yong fei..

*sayangi motor anda sebelum terlambat*

Apelagi Orderla.. Haha.. Tapi Moto Aku Sempoi Je Lagi Aku Tengok. Sebab Aku Bukan Gune Untuk Rempit. Paling Laju Aku Bawak 80 km/j Jek. Santai ABes..

takde harga promosi untuk student ke? hikhiks..

mael mana boleh kalau nak jual barang2 ni.. dia lebih sesuai menjual artikel di surat khabar tempatan kita :D

iye la syia.. takkan ngah bakar sampah dalam ekzos plak.. hehe

mesin jahit ko x nak cuba?

kalau kete james bond selalunya mesti rosak meletop or terbalik or ape ape je la yg buatkan kereta tu rosak.. so mael, rosakkan kereta anda.. hehe

macam karbohidrat jek bunyinye, hu hu… tapi memang menarik!

Utk sesiapa yg berminat buat D’carbo tapi berada di kawasan KL or Selangor, saya boleh tolong. Give me a call: 012 335 1029 (nazree) :)

Thanks.

Nazree
http://www.AutoGlobalZone.com

Mael, keta aku yang baru lepas accident tu, boleh jadi macam baru balik tak :P

kalau ambik 4 botol ada diskaun tak? yong fei?

bukan naik mcm tu lah..maknenye kete 1.3 leh potong kete 1.6 mcmtu..mcm ade power skit..tp ikut setting yg betol..

huh lebih kurang mcm tu lah.. pickup mmg ade.. aircond kasi tutup.. kasi test lagi..

ko hantar kat aku satu botol..biar aku buat ujikaji :)

wow~
nampak sgt bersihnyer enjin kete ko pas guna mende tu kan?
asap kepul2 kuar,
kalah mesin asap bunuh nyamuk yg dbkl salu pakai.
isy3,,
moto ada tak yg cmni gak?

pakai bende nih..takyah nk overhaul lagik kn..kete aku tuh dh la nk dekat 10 tahun…akan ku beli bende nih…thanx mael..promo bende nih…

mcm best je dcarbo ni… nanti aku pon nak try le. :)

Sallikin@V3R1T45ERUM

February 20th, 2008
at 9:59pm

uih.. kenape pelakon2 dalam gambar tu cam aku pernah tgk je..??
haha.. tempat basuh kereta tu cam pernah lihat aje..
hahaha.. semua tu berdekatan USMeng.. haha..
kamon Mail.. promotlah USMeng..

aku masih lagi tertanya, adakah ia sesuai untuk kereta yg dah berumur lebih dari 20 tahun???

mael,aku perasan seperti blog ko agak lebar sedikit…satu lagi,ko ade join mane2 kelab fotografi ke…?or pengalaman..ajar aku…

mmg agak lebar.. :) tp kalo korang gunakan resolusi max utk monitor, should be ok.. jgn plak monitor 19 inci, korang letak resolusi 800×600, mmg rosak la.. ha ha

menurut Yong Fei.. benda ni sesuai utk semua lapisan umur kereta.. he he.. as long as ada enjin ;p ha ha

Macam mana asap boleh keluar warna putih? Bagus ke…