Déjà Vu
- 31
- Add a Comment
Filem ini aku tonton malam tadi. Aku pulang dari diskusi yang tidak menjadi bersama teman sekumpulan untuk tugasan rekabentuk. Diskudi harus’nya bermula jam 2100, telefon bimbit aku berbunyi jam 2107 dari ketua kumpulan yang menyatakan pembatalan sessi diskusi malam ini, kerna hujan.”Makcik, kuew teow goreng pattaya satu!”
Aku makan keuw teow goreng pattaya itu di’bilik seorang diri sambil menonton filem Deja Vu. Aku budget mahu tonton sekejap cuma kerana laporan makmal aku masih belum siap sepenuh’nya dan aku masih belum ada mood mahu berlibur. Tetapi, filem ini terlalu bagus untuk di’buat sebagai drama bersiri tidak rasmi. Aku tidak mampu berganjak walau sesaat dari tempat duduk aku melihat aksi Denzel Washington, sepertimana kebiasaan’nya beliau laku’kan dalam filem-filem terdahulu.
Denzel sememangnya pelakon yang menjadi pujaan aku semenjak aku menonton Man on Fire yang mana beliau berganding dengan Dakota Fanning. Gadis cilik ini akan menjadi hot sikit masa lagi. Dalam Deja Vu, Denzel membawa watak sebagai seorang agen ATF bernama Doug Carlin yang menyiasat kes letupan sebuah feri yang kemudian’nya membawa beliau kepada satu kes pembunuhan seorang gadis bernama Claire Kuchever lakonan Paula Patton. Sebagai rencah biasa dalam filem Hollywood, Doug jatuh cinta dengan Claire semasa penyiasatan kes ini berjalan.
Jika kau menonton filem ini buat pertama kali, setiap saat yang berlalu hanya akan membawa satu soalan yang berlainan. Filem ini dari segi tipikal’nya bercerita tentang sekumpulan saintis di sebuah universiti yang secara tidak sengaja telah menjumpai kaedah untuk melihat masa lampau dengan kaedah pembengkokan ruang masa dan membina jambatan antara masa sekarang & masa lampau yang membolehkan mereka melihat situasi sebenar pada 4 hari & 6 jam yang lalu.
Di’akhir filem ini, segalanya pertanyaan kau akan terjawab tanpa dakwa dakwi lagi. Skrip di’olah sangat sempurna. Pengarahan yang cukup menarik. Gerak kamera yang aku rasa cukup rajin membawa penonton ke ruang yang perlu kita lihat. Di’tambah dengan lakonan hebat Denzel Washington, Paula Patton & semua pelakon yang ada, filem ini adalah masuk dalam kategori wajib tonton. Filem ini akan buat kau berfikir. Aku ulang lebih 3 kali semata-mata mahu mendengar penjelasan Dr.Denny berkaitan ‘mesin masa’ mereka.
Dan, jika aku boleh gunakan ‘mesin masa’ mereka untuk putar kembali masa, aku akan siapkan dahulu laporan makmal aku supaya aku menonton tanpa rasa bersalah & tidak perlu tidur jam 3 pagi.
“Everything you have, you lose, right? Mother, father - gone. Good looks, Pryzwarra? - gone. Loved ones gone in a second. That’s what this job teaches you, isn’t it? No matter what, no matter how hard you grab onto something - you still lose it, right?” Doug Carlin, Deja Vu, 2006.

31 Comments
abdfatah
July 23rd, 2007
at 2:21pm
kenapa takder laman hiburan .com ke? tak minat sangat pasal hiburan laaa. ikuti perkembangan bleh laa…
hiburan .com, meh sini pakat2 buat tempahan…
Kumprinx
July 23rd, 2007
at 2:30pm
Denzel Washington ni berlakon komedi pun ok aku rasa..
doBot
July 23rd, 2007
at 2:36pm
Aku sebenarnya, confius masa memula tengok cerita tu. Last sekali, baru aku paham yang perempuan tu memainkan peranan yang besar supaya dejavu tu boleh pergi lebih lama lagik. Anyway, cerita nie best.
aarin
July 23rd, 2007
at 3:08pm
Saya sokong lakonan denzel mmg best..saya sempat menonton filem ‘john Q’ jumaat lepas..mmg mengusik jiwa, mengalirkan air mata begitu sahaja…
jowey
July 23rd, 2007
at 3:18pm
adues..bkn citer thn lps ke?..dah tgk ni. Cuma yg aku x bape suke..denzel kali ni terlampau byk ‘kunyah’ chew gum la..hehe
Aviator
July 23rd, 2007
at 4:03pm
Aku pun memang minat lakonan mamat ni. Deja Vu best, Man on Fire pun best woo.. tak rugi tengok.
saharman
July 23rd, 2007
at 4:09pm
Ni cerita tahun bila ni? Rasa macam pernah dengar, tapi aku pun tak pernah tengok ni. Die Hard 4.0 pun tak sempat tengok lagi, member aku kata best.
bob
July 23rd, 2007
at 4:27pm
heheh.. dia ni mcm mcm bole..
mixterr
July 23rd, 2007
at 4:40pm
cite ni dah lamakan.. aku lom tgk lagi ni??
Mohd Ismail
July 23rd, 2007
at 4:40pm
ini’lah namanya pelakon.. segala macam watak boleh bawak ye tak? :)
Mohd Ismail
July 23rd, 2007
at 4:43pm
John Q? filem baru dia ke? heh.. nape aku macam tiada kedengaran apa-apa? :)
Mohd Ismail
July 23rd, 2007
at 4:45pm
Mohd Ismail dot Com sememangnya akan membuat review paling akhir sekali dalam alam semesta untuk apa2 filem.. ha ha..
*kunyah chewing gum itu kool.. kata pengarah Deja Vu..;p
Mohd Ismail
July 23rd, 2007
at 4:47pm
kepada yang belum tengok… beli/curik/pinjam dvd atau cd, pinjam hardisk kawan, rasuah abg torrent, suruh panggung tayang balik.. buat apa saja.. filem ini sangat berbaloi untuk di’tonton :)
mixterr
July 23rd, 2007
at 5:22pm
yeahh aku dgr mmg best cini .. tp hero die mcm x cool la?? heheh
Mohd Ismail
July 23rd, 2007
at 5:26pm
tall, dark, & handsome.. cukup kool tu.. & ada iras2 gua.. ha ha.. sebab gua kool!
aman
July 23rd, 2007
at 6:17pm
nie citer yg menang awards tue kan..? aku blum tgk lagi ar.. :P
Wizurai
July 23rd, 2007
at 6:56pm
aku rasa filem ni pun dah lama…
w/pun dah lama aku masih belum tengok lagi…
adila
July 23rd, 2007
at 8:15pm
Menarik gak review citer nih…saya pun tak tengok lagi…
zool
July 23rd, 2007
at 9:38pm
Denzel washington memang best lakonan dia..
tapi citer nie belum tengok lagi..
nantilah carik DVD dia..
abdfatah
July 23rd, 2007
at 10:03pm
kalo mael yang berlakon dah tentu lagi popular,kan? blog ada, geng hpm pun ada, sambutan lebih hangat lagi, maka makin popular lah mael.
kalo mael jadi PM, kalo mael jadi pelakon, dan mael adalah diri mael yang tersendiri…
azwanhadzree
July 23rd, 2007
at 10:27pm
Menarik review kau Mail, aku pun peminat terutamanya cerita the bone collector. Mungkin aku akan mencarinya minggu ni. Ingatkan hendak pergi menonton die hard 4, tapi panggung cathay yang berdekatan ada cerita harry potty sahaja.
abdfatah
July 24th, 2007
at 1:05am
haaa… cuba try pi tengok laa. saya pun belum tengok lagi. nak cari dvd laa kalo ada…
abdfatah
July 24th, 2007
at 2:32am
dan mael jugak akan menjadi seorang yang terlebih popular dengan gayanya yang serba boleh itu. mael pun dah tentu ada cara serba bolehnya yang tersendiri…
serba boleh untuk popular…
abdfatah
July 24th, 2007
at 2:34am
sambutan yang tak menggalakkan agaknya kat situ. kena usahalah cari tempat lain. tengok jangan tak tengok…
abdfatah
July 24th, 2007
at 2:42am
review mael memang senang sungguh untuk diperhatikan dengan lebih teliti dan terlebih popularlah reviewnya itu dengan gayanya yang semakin popular lagi terhangat di pasaran…
memang popular amat laaaa…
berapa banyak dah key popular…
mael yang popular…
chot
July 24th, 2007
at 12:06pm
aku xpernah tgk lg cerita ni…kena cari la lepas ni..
jowopinter
July 24th, 2007
at 12:44pm
Ada beli DVDnya hari itu. Tapi tak berkesempatan lagi nak tengok… :D
mixterr
July 24th, 2007
at 1:22pm
tall, dark, & handsome …yerker hehehhe.. muke ko iras die ke..kool !! patutla… ko usha cite ni…
mixterr
July 24th, 2007
at 3:55pm
aper lagi shraing la.. hahhaha
affuan
July 24th, 2007
at 6:23pm
Woo.. Kalo ader Denzel Washing Machine mmg power ar citer tuts! Ekeke..
edt83
July 27th, 2007
at 11:46am
mmm dejavu…berdasarkan tajuk cerita aku bayangkan lain dr yg sebenarnya…aku igtkan ape..rupanyer balik ke masa sebelum letupan..hahha..tp serius best!!!