Di Akhir September

September akan berakhir beberapa jam dari sekarang yang membawa makna, Hari Raya Aidilfitri semakin menjengah di’muka pintu. Yay! Aku tidak sabar untuk menjamah ketupat palas bersama rendang ayam hasil tangan mak aku. Mak aku adalah tukang masak paling hebat di’alam semesta. Kerana itu’lah aku tidak pernah menyesal menjamah beribu-ribu kalori dan gram lemak dari masakan mak aku, biar’kan lemak bertebaran di’sekitar perut, melihat senyuman seorang ibu di’pagi raya adalah tidak ternilai.
Temuduga Intel Kulim
Kelmarin, aku terima satu panggilan hangit dari wakil Intel Kulim memberitahu yang aku & beberapa orang rakan lagi di’tawarkan sessi temuduga khas pada 3 Oktober ini. Ya, hari Rabu ini. Secara praktikal’nya, ini adalah temuduga rasmi yang pertama kalinya aku hadiri untuk satu pekerjaan. KERJA+INTEL=Aku akan tinggalkan blog ini bersawang riang. Ha ha. Intel adalah satu nama yang sangat-sangat besar dalam dunia teknologi. Sebuah syarikat multinasional pengeluar chipset terbesar di’dunia, peluang di’temuduga untuk menjadi sebahagian dari mereka adalah sesuatu yang tidak boleh di’sia-siakan. Apa Jurutera Kimia boleh buat di’Intel? Jangan tanya’kan aku, kerana itu’lah yang akan aku tanyakan kepada penemuduga. Untuk penemuduga, aku harap beliau tidak bertanya apa processor yang sedang aku gunakan sekarang, jika dia tahu, aku ragu peluang untuk bekerja bersama Intel akan menipis.
Komentator Teraktif September 2007
Berakhir’nya September 2007 juga membawa maksud ada 10 orang yang perlu aku sebutkan nama’nya di’sini sebagai Komentator Teraktif September 2007. Suka di’beritahu, senarai di’bawah bukan’lah pilihan aku sendiri kerana untuk tersenarai, ia bergantung atas daya usaha sendiri walaupun kau salah seorang kroni aku sendiri. Lawat’lah mereka di’blog, sampaikan salam, berikan mereka sekeping dua hits & populariti. Lama sudah aku tak sebut perkataan ‘populariti’.
- Omar Bahrin (61)
- Fendy Zaidan (31)
- Khai (29)
- Qaiyum (25)
- Wizurai (25)
- Mixterr (19)
- Musnaz dot Net (17)
- WaWa (16)
- Chot (14)
- Saharman (13)
Terima kasih untuk 10 orang di’atas & semua yang meninggalkan komentar walaupun satu (1). Aku hargai sangat masa dan effort yang kalian curahkan untuk datang ke’sini & memberikan maklumbalas yang bernas-bernas belaka. Esok, bermula Oktober 2007. Aku tidak tahu apa menanti aku di Oktober 2007, tetapi setahun yang lalu, di’bulan Oktober, sejarah paling hitam tercatat untuk aku. Dan, aku pasti, mati pun tak akan aku lupa. Jika Homer Simpsons membaca ini, pasti dia menjawab,”sejarah paling hitam… setakat ini”.
Doa’kan aku untuk temuduga bersama Intel Kulim. Aku mahu dengan sangat. Mahu dengan sangat.
Popularity: 6% [?]
Comment by omarbahrin on 30 September 2007:
adakah dominasi ini akan terus berkekalan selamanya?
Comment by Wizurai on 30 September 2007:
selalunya ada company besar dtg ke U dan panggil pelajar utk ditemuduga…
apapun, good luck….
Comment by emptyspace on 30 September 2007:
tahniah la dpt temuduga dekat Intel, kalo dapat nanti jangan lupa jual chipset Intel murah2 kat aku
Comment by awqi_zar on 30 September 2007:
salam mael,
ya,bermula blan oktober dan seterusnya,akan ku tggalkan sepatah dua kata di blog kau ya..heee..interview dgn intel?wah,ckup gah bkan nme Intel tue..mgkin kau boleh bekerja dgn Intel dan menjadi seperti para pekerja Google..punya projek sendiri..semoga berjaya..
Comment by sankai on 30 September 2007:
gud luck mael utk temuduga itu..=)
Comment by Bat on 30 September 2007:
Selamat menjalani temuduga Mael..Aku doakan kau berjaya..Amin.. ^_^
Comment by mijie on 30 September 2007:
ye betul…masakan mak sendiri adalah masakan yang paling best dan sedap, takder saperr boleh celen nya…hatta isteri kamu yang jd chef dkt hotel memasaknya..hahahaha
anyway, tahniah dapat interview dkt intel, aku doakan semoga en. mail dpt kerja dkt intel, kalau itu yang di idamkan dan kalau dia tanya apa processor yg ko guna….cubalah bohong sunat..heheheheh
Comment by vangardx on 30 September 2007:
pejam celik pejam celik dah 4 minggu aku mengenali blog mohdismail
Comment by bob on 1 October 2007:
Tahniah tahniah.. muga muga berjaya.. amin..
Comment by musnazdotnet on 1 October 2007:
fuyoo…. intel nak interview tuh….. cayalah bro! kalau betul-betul nak ber’intel’, semayang hajat dan doa banyak-banyak… nak kasi doa kita tu lebih ‘kaw’, niat lah berpuasa nazar…. saya sekeluarga mendoakan bro Mael berjaya dalam interview intel nih….
*interview AMD tak dek? hu hu…. :D
Comment by megat on 1 October 2007:
uiks interview dgn intel!? harapan aku semoga ko success dlm interview nnt blh rekemen aku skali wakaka. insya allah klu rezeki ko ada kt sana, jln ko akan jadi mudah.
Comment by beckzaidan on 1 October 2007:
kenapa takde org komen? atau kena approve?
Comment by Mohd Ismail on 1 October 2007:
ha ha ha… patut la senyap sunyi kat sini… terima kasih Omar kerana alertkan aku… kalian boleh ke blog Omar & peluk Omar dengan penuh kasih sayang….
:)
Comment by omarbahrin on 1 October 2007:
oho….. sama2 ismail…miahahah….jgn peluk aku oittt!!
Comment by khai on 1 October 2007:
good luck…. kerja kat intel la plak nanti… camne tetiba leh dapat offer ni bro?
Comment by Mohd Ismail on 1 October 2007:
melalui pihak pengurusan pusat pengajian universiti milik penuh kerajaan… ngeh3… thanks bro!
Comment by awqi_zar on 2 October 2007:
salam mael,aisey..rsenya s’mlm de bg komen tp xkuar la..isk2..sadis btol..huhu..
Comment by musnazdotnet on 2 October 2007:
- wah! cayalah…. dapat interview intel… gempak tu…..
- Kalau Mael betul-betul nak join depa dan berjaya dalam interview intel nih, buat lah research bebanyak, doa bebanyak dan kalau nak kasi lagi power doa tuh, niat pose nazarlah, yeah!
- Saya dan keluarga mendoakan Mael berjaya dalam interview ini, Amin…..