Dia minta putus, apa nak buat?

Satu hari yang cerah, ketika kau & dia keluar bersama-sama seperti hujung minggu sebelum’nya,kau mula perasan akan sikap pasangan yang sedikit berubah dari kebiasaan.

Kau abaikan tanpa tanya kerana itu biasa — mood berubah mungkin. Hari-hari seterusnya, perubahan dia semakin ketara dan resah mula timbul di’hati tetapi masih, masih kau tak bertanyakan apa-apa kerana kau yakin akan cinta’nya.

Satu hari (lagi) yang cerah tapi lahanat juga’lah,”saya sekarang tak tahu apa (keliru) perasaan saya terhadap awak & saya rasa saya tak mampu nak bersama awak lagi…”. Dan, ketika itulah hari yang cerah tiba-tiba muncul awan-awan mendung berarak, petir sabung menyabung & beralun lagu paling meruntun jiwa jauh di’hati kau. Baru kau teringat akan perubahan yang kau perasan sebelum ini. Terlewat.

“The hardest thing to do is watch the one you love love someone else.” - Hussin Cendol

Tidak. Tidak semestinya dia minta putuskan hubungan kerana ada orang lain, banyak sebenarnya faktor lain yang perlu kita fikirkan dari sudut positif. Walaupun aku 99% yakin kebanyakan kes minta putus adalah kerana ada orang ketiga.

Kebanyakan orang akan menjadi tidak keruan apabila pasangan meminta untuk memutuskan hubungan. Perilaku orang tidak keruan ini termasuklah bertanya tanpa henti tentang apa kesalahan yang telah di’lakukan, apa si dia sudah ada orang lain, masih tiadakah ruang di’hati dia, kenapa buat begini, kenapa begitu, hitu hini.

Apa yang aku boleh cakap, JANGAN buat begitu. Sikap tidak keruan begini akan membentuk satu persepsi dalam diri si dia yang mengatakan kau adalah seorang yang tidak boleh menerima sesuatu yang buruk dengan positif.

Ingat fakta ini, sekali dia luahkan niat mahu memutuskan hubungan, hubungan itu sebenarnya telah terputus tanpa sedar seminggu, atau dua minggu, atau sebulan, atau mungkin setahun yang lepas. Apa pun yang kau lakukan selepas lafaz itu, realitinya hubungan kau & dia telah putus. The end. Noktah. Habis. Zero. Nada. Nilch.

“Everyone in life is gonna hurt you, you just have to figure out which people are worth the pain.” - Erica Baican

Beritahu dia, mungkin keputusan untuk memutuskan hubungan adalah satu jalan yang terbaik untuk kau & dia. Itu berat, aku tahu. Kau akan merasa tidak selesa yang teramat sangat untuk bersetuju dengan permintaan lahanat itu, tetapi percayalah, meminta penjelasan berulang kali & bertengkar dek kerana hal ini akan membuatkan keadaan lebih buruk. Bentuk satu persepsi POSITIF sebelum dia melangkah pergi.

Mungkin (aku kata mungkin), dengan melihat sikap positif kau menerima keputusan dia, dia akan berasa lebih selesa untuk kembali ke pangkuan kau satu hari nanti. Berikan dia ruang untuk meneroka sesuatu yang lain sebelum dia sedar yang apa yang dia ada bersama kau adalah yang terbaik.

If two past lovers can remain friends, either they never were in love or they still are - MIB

Jangan ulangi silap bodoh aku. Selamat bulan Jun kawan-kawan.

51 Comments

Mungkin apa yang kau cadangkan tu adalah yang terbaik dan aku setuju dengan ayat ni;

“Bentuk satu persepsi POSITIF sebelum dia melangkah pergi.”

Cayalah Mail. Tapi, aku lebih tertarik dengan ungkapan ni sebenarnya;

“Jangan ulangi silap bodoh aku.”

Hmm….pasti ramai yang tertanya-tanya dan nak tahu. Apa ceritanya ni Mail? Ni, mesti dari realiti hidup kau kan?

“Walaupun aku 99% yakin kebanyakan kes minta putus adalah kerana ada orang ketiga”

setuju ngan ko pasal ni…

my ex mintak putus dgn sms jek… sms dia “saya dah fikir masak², buat masa ni kita kawan biasa aje la”…tapi lepas 2 bulan dia mintak nak kapel balik…buduh…maleh nak layan…

ops!.. sorry mael.. aku tidak bersetuju dengan entry kali ini.
berlagak kooool dan merelakan si dia pergi bukanlah suatu tindakan yang bijak. aku pernah melakukan kesilapan ini.

cara yang terbaik bukanlah seperti itu jika kau betul-betul menyintai seseorang.. dan juga bukanlah dengan merayu-rayu meminta dia memberikan penjelasan mengapa perpisahan itu harus berlaku.

aku bagi satu tips… tips ini sudah dipraktikan oleh aku sendiri dan kawan-kawan aku yang lain.. dan terbukti ianya berkesan. (mungkin aku boleh buat ebook tentang perkara ini nanti.. ha! ha! aku tau anak tekak mael sudah mulai loya..)

caranya mudah sahaja… apabila kekasih kau meminta putus.. usah berlagak terlalu koool dan usah berlagak seperti orang gila talak.

Just be “tegas”.. inilah masanya anda menunjukkan sifat karisma yang ada dalam diri anda sebagai seorang lelaki.

katakan padanya.. “Maaf! sayang.. abg masih cintakan sayang dan tidak akan melepaskan sayang begitu sahaja”.. full stop.

Tak perlu nak merayu-rayu dan sibuk bertanya apakah kesalahan kau dan apakah sebabnya si dia meminta putus.

Semua sebab itu tidak penting dan kau tidak perlu tahu.. apa yang lebih penting dan apa yang kau dan dia perlu tahu… “Kau masih menyanyangi dia dan kau tidak akan melepaskan dia semudah itu.”

aku rasa itu lebih koool… dan si dia pasti akan terkesima sekali lagi dengan keyakinan dan kehebatan cinta yang kau tunjukkan.

yosh!

Aku belum pernah bercinta, cinta monyet itu banyak

Tapi pengalaman menonton drama dan pengalaman kawan-kawan lain mungkin membantu

Bagi aku jika kekasih anda minta putus, lepaskan sahaja, ya anda mungkin frust menonggeng, balik menangis sendirian, tapi itu lebih baik dari melihat kekasih anda berpacaran dengan kekasih lain dibelakang anda.

Bagi lelaki anda boleh cari yang lain, hey wanita makin ramai.

Hmm…betul jugak tu.

Nak berlagak kool atau kena tegas ye?

Ish2..pening betul kompleks sungguh masalah cinta ni.

Bagi saffa, semua ini bergantung pada keadaan.. kalau dia mintak putus kerana orang ketiga..
biarkan je.
kalau kerana keliru.. jgn paksa2! berikan ruang..

“Kan elok kalau waktu saffa mintak putus dulu, bekas pakwe saffa bsikap positif macam ni..” *sigh*

kenapa pasangan kekasih yang berpisah bukan kerana pihak ketiga tak boleh jadi kawan semula? susah ker nak terima kenyataan?

berlagak cool adalah tindakan terbodoh yg mungkin kita lakukan.MUNGKIN. tapi bg aku, itu adalah terlalu BODOH.
si dia mungkin tertanya2..”eh dia ni langsung xda feeling ke kt aku slama ni?”

MINTAK PENJELASAN terlebih dahulu.
lain2…lu pikir la sendiri ;D
tq.

bagi aku, penjelasan dalam hal begini sebenarnya semacam tak berguna.. penjelasan yang tepat akan muncul sambil masa berlalu..

bila dia sudah tiada, kita akan muhasabah diri sendiri dengan lebih dalam.. apa salah kita, apa yang tidak betul dalam perhubungan itu..

bukan’nya aku minta berlagak kool & membiarkan ia pergi tanpa rasa apa2, kau boleh menangis depan dia.. tunjukkan apa sahaja, tp basisnya kita perlu merelakan bila cinta itu tiada.. =)

Rjuna, bertuah ko sebab belum bercinta.. cariklah org yang betul9999 sayangkan kau.. jangan yang 50-50.. bahaya.. =)

*wanita sekarang mmg ramai dr lelaki, satu faktor kenapa x perlu risau kalau clash* ha ha ha ha

Saffa adalah perempuan dan dia mengharap ex-bf dia bersikap positif begini.. =) approve #1

yer… biarkan masa berlalu dan muhasabah diri.. kelak kau akan faham apa yang aku cuba sampaikan.. :)

perkara ini adalah ujian sebelum kau mendirikan rumahtangga.. kelak apabila kau sudah bernikah dan suatu hari isteri kau mahu minta perpisahan.. adakah kau dengan mudah akan merelakannya dan berkata “relakan lah bila cinta itu tiada”..

peace.. :)

kenapa pasangan kekasih yang berpisah bukan kerana pihak ketiga tak boleh jadi kawan semula? susah ker nak terima kenyataan?

ha ha.. maaf.. tapi aku rasa memang saffa tidak memahami langsung manusia yang bergelar lelaki.

ko mengulas tajuk sensitif bagi aku ni ngn sangat macho…
nice ntry beb…

Betul tu bro..
Yang lepas jangan dikenang..
Lelaki/perempuan ada ramai lagi kat dunia ni..
Anda semua boleh mencari yang lain dan jangan terlalu berharap pada seseorang …
Ingat padaNya dan insyaallah akan ada pertolongan buatmu/..

“relakan lah bila cinta itu tiadaâ€Â?..

oh, sukar nak mengungkapkan, payah nak menerimanya, pahit nak menelannya.

Sama-samalah kita bermuhasabah tentang cinta, sesuatu yang amat kompleks, dan dikomplekskan lagi dengan karenah manusia.

siapah hussin cendol ? misteri dowh. hehe

Shuth tepat ! :)

Kenal desire sendiri…Kalau korang sayangkan seseorang, letak usaha..bukan merayu, tapi let go to basic..jodoh tiada siapa yang tahu..tapi selagi ada sayang, usahalah doa dan tawakal ;)

ps.mana boleh lepaskan yang kita sayang semudah kerlipan mata ;)

ya.. usaha, bukan merayu2.. itulah yg aku maksudkan.. dan usaha tu perlu juga realistik.. kalo hati yg satu lagi sudah tak sayang, susah sebenarnya..

sepupu aku pernah pesan, mudah lagi mengubah hati sendiri dari mengubah hati org lain =)

Hussin Cendol ni tahap legend dalam quote2 cintan.. ha ha

kau patut tuis entry ini setahun setengah yang lepas ..
nasihat ko aku x dpt nak ikot ..
sbb aku memandang isu clash aku ngan ex aku adalah seperti hari kiamat akan tiba ..
tyme tuh fikiran x waras agi ..

bler fikir balik . btol gak cara ko nie .. nak cube .tp dh terlambat .. apekan daya ..

//kau buat aku nak bercinta lagi .. huhu

Aku akui klu ini berlaku. Itu kerana pihak ketiga. Tak ada sebab lain lagi. Noktah.

Crita ni boleh relate balik dgn post kau yang bertajuk tips mengenali wanita..mereka mmg tidak tahu apa yang dia mahu..Aku bercakap dari pengalaman sendiri..org ketiga mmg susah nak dielakkan lebih2 lagi kalau dalam long distance..hehe

biarkan saja.mungkin ada lebih baik

bila kata tidak tahu apa yang di mahukan..ia tidak terletak khusus kepada gender tertentu..pada firasat hamba, mana2 manusia yg punya konflik dlm diri, tidak tahu apa yang di mahukan..

just my10cents

bagi aku, walau apa jua sebab sekalipun, mesti melibatkan orang ketiga jua, dan aku paling tidak suka bila ini terjadi.

ha ha.. misteri gler Hussin Cendol ni. aku lak terbangang g search Google. jumpa entri ko je.

iya.. memang saffa mgaku.. saffa tak faham lelaki..

kesimpulan: Tiada sesiapa memahami sesiapa melainkan Allah..

org ketiga itu boleh jd kawan perempuan yg suka cucuk2 atau pun boyfriend baru *damn!*.. haha

setahun setengah yg lepas aku rasa aku pun alami mende yg sama ngan ko.. ha ha =) sekarang ni je rasional dia lebih sikit..

*carik awek cepat oDin.. haha*

ahaha…aku pernah terdengar orang bijak pandai berkata..

Tak perlu fahami wanita,tapi sayangilah mereka.
Tak perlu sayangi lelaki,tapi fahamilah mereka.

Hemm..Nk celah ckit ni..Sape leh jamin cinta ngn manusia tu akn kekal..so biarkan die pg..saat kte dtgglkan anda harus ingat lelaki yg baik hnya tuk prempuan yg baik..dn prempuan yg baik hnya tuk llaki yg baik..jgn sdey2..barkan die mcari kbahagiaan die sndiri..namun..mmpukah die bbhagia lebih dr kite..xde jaminan right?..

yup! betul tu xmind..
sebab tu aku kata kat awal2 tu.. tak perlu nak minta penjelasan kalau perempuan minta putus dan tak perlu nak fahami dan bertanya “why? why? why~~” apabila mereka melakukan perkara tersebut..

apa yang penting.. tunjukkan yang kau masih sayang pada dia.. katakan pada dia kau masih menyintai dan menyayangi dia..

itu je sebenarnya yang perempuan mahukan. Jikalau pun ada orang ketiga.. buktikan yang diri kau LEBIH menyayangi dia daripada insan ketiga tersebut. Gerenti boleh menang balik..

but if u just let her go macam tu je.. sorry to say.. but you are loser man..

bukan merayu minta penjelasan dan bukan berlagak koooll..

just show how much you love her.. zass..

ops! satu lagi.. apa yang sudah berlalu tu biarkan lah ia berlalu.. memang masa itu tidak boleh nak di putarkan semula..

so.. just think positif macam..
- perempuan lebih ramai dari lelaki..
- pasti kau akan berjumpa dengan yg lebih baik selepas ini..
- perempuan yg baik untuk lelaki yang baik..
- dan sebagainya la…

but next time.. janganlah ulangi kesilapan tersebut.
good luck!

Beri dia masa untuk berfikir seketika… beri dier ruang.

Sabar ye.

aku sudah menghadapi hal demikian sebanyak 6 kali. 6 kali beb. kwn2 aku label aku loser. tp aku steady je.

xgf2 aku bile diorg mintak putus, aku akn ckp “OK. It’s up to u. Maybe we’re not suited as a couple but as friend i think”

yup sampai sekarang aku masih berhubungan dgn xgf2 aku. kadang2 kitorang hangout bersama. aku xsimpan dendam dan diorg pn happy

tahap tu yg paling sukar tu….

ada yg mengalir air mata tak bila terjadi mcm tu..?
kalau syg tu mungkin….kalau tdk tu biar sj..he he

sy pun suka ayat ni..

“Bentuk satu persepsi POSITIF sebelum dia melangkah pergi.�

mn tahu ada peluang kedua… ho ho

kalau org dah tak sudi - putus jer laaa…laki2 xrugi disbbkan kenyataan “pompuan lebih banyak dari lelaki”. Ayuh lelaki cari perempuan lain yang kaya. Wahhhh…melampau

jangan tanya kenapa tapi buat apa yang dia mungkin harap kau akan buat bila dia mintak putus.

kadang2 ada sesetengah lelaki ni sengaja mintak putus. nak tengok GF dia tu sayang betul2 ke tak kat dia.
tapi bila gf dia tu selamba or “kool” je lepaskan dia pergi,dia pulak yang frust menonggeng kot..

lain orang lain fikirannya..

sambung smula :D

saya stuju sgt2 dengan pendapat 1st shuth tu..

shuth kata:

apa yang penting.. tunjukkan yang kau masih sayang pada dia.. katakan pada dia kau masih menyintai dan menyayangi dia..

itu je sebenarnya yang perempuan/LELAKI mahukan. Jikalau pun ada orang ketiga.. buktikan yang diri kau LEBIH menyayangi dia daripada insan ketiga tersebut. Gerenti boleh menang balik..

setuju sgt2 *nada serius*

haha mata keranjang

bulan 12 tahun lepas aku ditinggalkan kekasih. Banyak faktor jugak. Faktor persekitaran (dia duk oversea), faktor tekanan (sbb duk oversea), faktor belajar, dan yang paling sial dan lahanat… FAKTOR ORANG KETIGA.

Si bangsat itu telah mengurat kekasihku dengan halus dan lembut walaupun dia tahu kekasihku itu sudah mempunyai boyfriend iatu aku. Paling lahanatullah, si lahanat itu sudah mempunyai girlfriend-nya yang tersendiri.

Apakah dayaku, aku hanya manusia yang lemah. Tapi, aku dah buat “tindakan bodoh” yang encik mohdismail tulis kat atas tu. Aku TAK DAPAT terima kecurangan melampau yang dilakukan kerana dia sendiri mengatakan “ABANG JANGAN CURANG KAT [nama-dia] YER~…” dengan nada lembut dan sayu dan mampu membuat hatiku berbunga. Tetapi, akhirnya dia juga yang langgar kata-kata.

Lalu, ku rasa sangat bangsat hidupku ketika itu. Aku mula hilang konsentrasi dalam pelajaran serta perjalanan hidupku seharian seperti basikal berkarat.

Aku cuba berfikir positif. Ye lah, aku dah dapat pengalaman berharga dalam bab2 percintaan ni. Tapi sori lah…. si curang dan PENIPUAN tidak dapat dimaafkan.

Kesimpulannya, carilah orang yang tak pernah berkapel, bukannya yang dah berbelas kali on-off macam yang aku punya dulu tu. Takpun, kalau nak senang, suruh je mak bapak cari. Kan senang???

Amacam mohdismail? Setuju?

mael arif je bab2 perempuan ni
dah baper kali dah bercinta, mael?

aku setuju dgn ko utk cari mereka yang tak pernah berkapel.. sbb ia akan jd pengalaman pertama mereka, pahit atau manis, semuanya akan manis2 saja.. hah a

*ayat tu aku pun pernah dapat.. nasihat aku kepada lelaki, sila abaikan ayat tersebut & perhatikan gerak geri awek anda dengan lebih baik.. ha haha.. ayat itu bukan jaminan yg dia tidak akan curang.. =)*

jalankan misi carik awek baru pokdeng..

jap.. aku nak bilang sat, tak cukup la jari kaki tangan aku.. ha ha ha

*gurau je ni oi*

Mael . Nampaknya macam koyak saja entri ini . Relaks .
Kawan sentiasa ada .

Wow .. mael hot stuff rupernyer .. next entry tips mengorat awek yer .. ku nantikan entry itu ..

aku suka ni

mengikut eksperimen aku sendiri, ayat ko tu memang dah terjadi kat aku.
harusnya, org yg ditinggalkan patut berlagak cool je bila diminta putus. hehe. belajar dari kesilapan ye!

dia dah mintak putus, buat camana pun, dah dia nak putus, kau harus menerimanya..

katakan saja begini..
” abg faham sayang.. tapi tak mengapa.. cinta abg hanya untuk sayang.. biar seribu tahun, abg akan terus menanti sayang. jika selepas ini sayang rasa masih perlukan abang, abag akan terus ada di sini menanti sayang… selamat tinggal kekasihku.. ”

diakhiri dengan sedikit pelempang dan blah main jauh2.. hahaha

Aku setuju dgn apa yg kau cadangkan. Bila dia minta putus, kita kena berfikiran positif. Terima seikhlas mungkin.

Walau apapun, kita selalu kena fikir bahawa bila dah berpasangan, couple, in a relationship, kita kena sentiasa berusaha menjalinkan hubungan cinta itu dengan sebaik mungkin. Kita takleh anggap dia sayang kita, kita sayang dia and that’s it. No way.

Bila baru bercinta dan mula berpacaran, itu hanya baru dikenali sebagai “Pintu Cinta”. Kau telah mengetuk pintu itu dengan pelbagai cara sama ada lembut atau kasar, akhirnya kau menjumpai kunci yang betul dan akhirnya pintu terbuka dan diterima masuk. Hanya setakat itu sahaja.

Apa yang berlaku selepas kau masuk itulah cabaran sebenar dalam mempertingkatkan perhubungan masing2. Pada masa inilah kalian berdua akan belajar untuk “sustain” sesebuah perhubungan supaya ianya kekal untuk selama-lamanya.

“Love is not by finding the right person, it’s by learning to love the person that we’ve found in creating a relationship. And after all, it’s not about how much love we have in the beginning, but how much love you build till the end of your life…�

Maksudnya, percintaan tu tak semestinya kita kena cari Mr Right. Sebaliknya kita harus belajar mencintai seseorang yg kita telah jumpa dalam mengekalkan suatu perhubungan. Walau apapun, rasa cinta yg ada bukan dengan dikira pada awal perhubungan, tetapi dengan rasa cinta yg dibina selama kita hidup sehingga akhir hayat.

Maaf kalau aku banyak menulis pulak. Cuma aku rasa apa yg aku tulis ni ada kaitan dgn pemikiran positif yg kau maksudkan. Terima kasih.

Leave a Comment