Di’sebalik Cinta Seorang Suami Orang

Selamat datang hari Isnin. Satu hari yang menjadi kegemaran ramai orang. Pagi tadi aku tonton TV3 dan Ahmed Tamimi Siregar (betul aku eja?) yang menjadi tetamu jemputan untuk mempromosikan teater terbaru arahan beliau kelihatan mengantuk. Mungkin kerana hari ini hari Isnin. Pop Shuvit & Faizal Tahir juga begitu. Bukan selalu kita boleh lihat artis terkantoi mata merah di’pagi hari. Isnin memang menyeronokkan.

Semalam adalah hari Ahad, hari di’mana selalunya aku akan beli semua akhbar yang ada kerana sisipan & artikel mingguan mereka yang berlainan dan menarik. Penulis artikel akhbar arus perdana nampaknya lebih rajin & kreatif di’hujung minggu. Tetapi, ada satu persamaan di’antara semua akhbar yang aku beli. Mingguan Malaysia, Metro Ahad & Berita Minggu berkongsi satu masalah luahan pembaca — terperangkap dengan cinta suami orang. Periksa semua akhbar tersebut jika tak percaya.

Sebenarnya, masalah ini bukan baru di’Malaysia dan telah terjadi sekian lama. Dan, banyak kisah yang kita dengar berbentuk negatif berbanding yang positif berkaitan hubungan cinta dengan suami orang. Bukan tiada yang positif, tetapi peratusan’nya sangat (sangat!) kecil dan boleh di’abaikan. Masih, ada gadis yang buta tuli terus terperangkap dalam cinta suami orang & berakhir dengan sessi luahan perasaan di’akhbar arus perdana. Aku terasa seperti membeli akhbar untuk membaca pelbagai versi untuk kisah cinta suami orang.

Kenapa si gadis masih terperangkap dalam situasi begitu? Aku bukan pakar perhubungan manusia, tetapi ini sesuatu yang lahir dari akal pagi Isnin aku. Mereka yang terperangkap dalam cinta suami orang ini selalu berfikir yang suami orang adalah seorang lelaki yang perfect. Perfect dari segala segi dan tidak semena-mena, suami orang itu menjadi seorang lelaki yang memenuhi kriteria seorang lelaki sejati. Ini yang sebenarnya.

  1. Kedudukan kewangan yang kukuh. Oh yeah! Sudah semestinya ini yang seorang gadis cari dalam diri seorang lelaki secara am’nya. Dan, secara kebetulan, seorang yang mempunyai kewangan yang kukuh adalah mereka yang bekerjaya, berusia & sudah berumah tangga. Mereka mempunyai kewangan yang kukuh kerana mereka berusaha untuk menjaga keluarga mereka untuk hidup selesa. Rezeki yang seorang lelaki dapat ketika ini adalah niat asalnya untuk di’nikmati oleh si isteri & anak-anak, dan apa kes kau nak merasa pula?
  2. Bertanggungjawab & ambil berat. Suami orang sayang, seteruk mana pun seorang lelaki yang bergelar suami orang, mereka sudah tahu apa erti tanggungjawab & bagaimana untuk melaksanakan’nya. Apa yang mereka aplikasikan ke’atas kau adalah satu proses berulang yang sudah mereka tahu itu mampu mempamerkan sifat kejantanan mereka. Kau orang kedua, atau senang cakap apa yang kau terima itu perkhidmatan second hand.
  3. Romantik & pandai memujuk rayu. Dengar baik-baik, romantik & pujuk rayu adalah bidang yang menjadi kepakaran seorang lelaki selepas kahwin. Kepakaran di’sini merujuk kepada bagaimana mereka mengaplikasikan apa yang telah mereka cuba di’rumah ke’atas gadis-gadis bujang yang mendambakan sifat romantik seorang lelaki. Tanggapan yang lelaki bujang kurang romantik adalah tidak adil. Kenapa tidak kau bentuk sifat romantik seorang lelaki itu untuk kau & hanya kau seorang dan bukan’nya menjadi salah satu bahan eksperimen suami orang untuk memantapkan kepakaran mereka.

Aku tahu majoriti pembaca di’sini bukan’lah gadis-gadis sunti tetapi ada lelaki & suami orang yang boleh tolong sampaikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan. Secara realistik’nya, artikel sebegini seperti tidak berguna untuk mereka yang sedang hangat di’lamun cinta dengan suami orang, tetapi mencuba itu’kan lebih baik.

Ada pengalaman terperangkap dengan cinta suami orang?

45 Comments

pemikiran orang sekarang: wang adalah segalanya.

perkhidmatan second hand…!!!sungguh berbisa ayat itu…

Pompuan kaki kikis, suami org ke tidak dorang sapu! Peace..

alasan yang selalu didengar

“suami orang sangat romantik”
“ambil berat kat kita”
“berpengalaman, dan matang bila bersama”

tapi hakikatnya….tepuk sebelah tangan tak berbunyi….si suami orang dan si gadis tu dua2 gatal

kebykkan yang terjebak mgan suami org tu berpelajaran.. mereka bijak dlm pelajaran tak semesti nya bijak dlm memilih teman hidup

topik yang sangat menarik, tahniah mael!

pendapat aku, isu realiti kehidupan seperti in yang perlu didedahkan dan perlu diterus ingatkan (sentiasa berpesan-pesan) kepada orang ramai.

semoga mereka mendapat pedoman dan disamping ambil kesempatan untuk berfikir panjang!

Hari tu, kau dengan chenta baru kau. Sekarang kau dengan cinta suami orang pula…hehe :)

Aku sekarang menanti post bertajuk “Di Sebalik Cinta Mohd Ismail.” Apa yang kau bakal coretkan nanti ye?

Molek sungguh kupasan kau Mail, dan aku setuju sekali dengan 3 ciri tersebut.

Apa bicara kau tentang ciri yang ke-4 ini?

- Suami orang itu berpengalaman dalam hal ehwal di ranjang. (opps, yang belum kahwin pun dah ada yang expert…isk2)

Apa kata kau Mail?

um, takde pengalaman lak jatuh cinta ngan suami orang.
sbb aku bukan ghei kot. lalala

Assalamualaikum
Susah la kita camni mail….
dah semua nak lelaki dah kawen..
takpelah.. jodoh pertemuan di tangan tuhan.. mungkin ada hikmah sebaliknya.. esok aku promote kat budak opis suruh diorang jawab…

p/s :- apsal favicon ko lambang ‘love’?? tengah dirasuk cinta ke mail??? Huhuhuhuhuhu……

wang bukan segalanya, tp segalanya adalah wang.. ha ha =)

kdg2 kene sound direct gak org2 gini.. ha ha.. xleh berbahasa bahasi da.. =) sian family org2 tu..

lg satu alasan dr lelaki,”sekadar suka2,x berniat nak buat kekasih pun”.. hotak dia kalo da berbalas2 sms & kuar bercuti sama2.. ha ha..

*merujuk kepada kes dalam surat khabar..*

ghei as in gay?
gile ah. kalau camtu aku pun xde pengalaman berchenta ngn suami org.

salam kenal maxcom.. tempat tinggal aku sini ada satu kedai komputer nama Maxx Computer.. kamu panggil maxcom =p

kalau hal ehwal ranjang tu termasuk sekali la kot dlm kepakaran romantik & pujuk rayu.. he he =)

kalo di’sebalik cinta aku, mmg xde apa2 la jawabnya.. membosankan korang nnt.. haha =)

*ko hairul, umur bape? pastikan anda berumur 18 tahun ke’atas.. ha ha*

skrgkan musim chenta.
maybe post lepas ni kesah chenta mael plk diungkaikan mcm kate hairul.
tapi jgn pulak ko kate chenta kau adalah blog kesayangan kau sudah lah.

*psstt, hint: eka*

waalaikumsalam =) ya begitu la.. sebar2kan satu ofis, suh diaorg komen.. manala tahu ada yg ter’skandal dlm ofis ko tu.. haha =)

p/s:- itu favicon lama da aku x tuka.. jap lg aku tuka.. =)

ha ha ha.. utk aku, utk aku la.. tulis entry pasal kisah cinta sendiri dlm blog x berapa kool.. selit sikit2 boleh.. ha ha =)

*lepas ni aku nak tulis pasal food shortage lak.. haha*

hehe…umur aku ni dah lepas syarat nak kahwin kat Malaysia ni. :) Kalau filem-filem yang ada tanda 18 something tu, semua aku dah boleh tengok dah….huhu

Aku baru je masuk 20. Orang kata “life begins at 40″, tapi aku nak mulakan kehidupan aku yang sebenar-benarnya pada usia sekarang, 20 tahun.

Azizi Ali kata,”Life is too short to be ordinary.”

Betul tu, tapi apa-apa pun, hidup mesti enjoy beb. Kita enjoy dulu sambil bercanda-ria di mohdismail.net…..yeah

cinta itu buta..
cHeh!!??
biaselerr…manusia jadi buta krana cinta..
dtmbah pulak ngan kriteria yg dberikan.. =)
well..lelaki skarang btmbh sikit bilangannya..
“m’lainkan dtmbah ngan wrga asing yg ade kt m’sia ni…rmai sket kot bilangannye”
plus..sbilangannyer prefer to be gay or “nyah’…
i thinklar..mentaliti prmpuan skarang ni ade jiwa kacau sket lar.. =) yg sye pikir..maybe better kawen dri trus membujang even ngan suami org..
lgipon zman skarang ni jauh b’beza dri dulu ngan skarang beb..
yg bujng tuh blum tntu bujangnyer..
nobody is perfect!?
mnusia hnya mmpu merancang..tuhan jugak yg tntukan jodoh masing2…ape yg aku mrapu pon aku x psti..hntam jolar~

wah mael..best artikel kali ni psl chenta. bleh gak dikatakan chenta terlarang. tp itulah hakikatnya. org melihat wang baru timbul chenta kemudian. kalau dulu lautan api, skang ni lautan wang bernot ratus² :)

Wanita yang mencintai “laki” orang , amatlah bodoh , hati busuk seperti tahi ayam yang dicampur bersama muntah lembu. Dah banyak kes aku dengar , si isteri pertama merayu-merayu pada suami agar tidak kawin lain , tapi disebabkan godaan si wanita celaka yang tak tahu malu , langsung tidak di ambil kisah .

Owh wanita .

Carilah lelaki lain , jangan sekali suami orang , kerana kau lah penyebab musnahnya sebuah masjid yang dah terbina kukuh . Kalau yang dah lepas , x mengapa , tapi pada yang sedang , tolong , stop.

Dan pada si lelaki ,

Kalau kau tanya isteri kau , mereka mahu atau x bermadu , sudah pasti ada yang kata ya bukan? . tapi igt , wanita mana yang mahu bermadu! , itu cuma bayangan bagi menggembirakan kau, mereka lakukan apa saja demi kau gembira , janganlah engkau membalas dengan cara ini , isteri kau diam , x pernah kata apa-apa , tapi sudah pasti dalam hatinya sentiasa menangis , kau x sedar , kau igt dia ok saja , tapi itulah hakikatnya , mereka diam untuk kau gembira .

Pikirlah sendiri , jangan kerana nafsu , segala yang lain musnah , anak-anak yang bersekolah , apa perasaan bila rakan tanya “eyh , BAPAK kau kawin lain ke?” . terkelu si anak , tambah-tambah gadis , sudah pasti teresak didalam hati. Terdiam , memang ada budak yang kata “tu hal orang tua” , tapi yang kata itu nampak sangat tak kesah pada keluarga , terutama ibu mereka yang mungkin sedang merana tapi berpura-pura bahagia.

Mintak maaf Mael , ter-emosi sedikit , perkara ini x pernah jadi dalam hidup aku , tapi ada yang aku kenal , terkena.

aikk..aku pun suami orang jugak :) masalah ini berlaku kerana suami orang ni banyak taktik utk menipu coz banyak pengalaman.

huhu.kagum ngan mail yang rajinbeli sume paper every sunday. buat scrapbook eh. kewl~

=)

eeeeeeeeeee TAK SUKE NGAN POMPUAN MCM NIE..
bahaya beb..pompuan yg jenis nie mesti pompuan gediks2 n kejis..biase bdk2 yg br kenal CINTA..ni yg suker sgt bercinta ngan suami org..mabuk kene ayat ngan ORG TUE..yg jenis tak sedar dr…lum ader akal nk pk..main sebat jer..at the end menyesal..huhu..BENCIIIIIIIIIIIIII

**sori kalo ter EMOSI lak..

hurm…
prkare ini tejadi apabila ianya tidak mnggunakan syariat yg telah dtetapkan oleh ISlam…dats y porak peranda jadinya..kalo ikut ape yg tlah dtetapkan oleh Islam..tntu x bnyk mslah yg timbul..in fact mereka bleh hidup ngan bahgie!!??
bnyk faktor knape s’sorg itu ingin kawen lain..(x dpt m’muaskan nafsu si lelaki jugak mnjadi faktor untk llki kawen lain,yelar dari buat maksiat dluar..??)so, as a wife yg taw psl hukum-hakam b’poligami..aku x rase ianya stu mslah yg bsar!!mlainkan redha dgn ktentuan ilahi.. bile slah gune pluang yg dberi, itu yg mnjadi mslahnyer..x bsikap adil,x bgi nfkah n etc..maybe care pmikiran kite berbeza,sbb aku dbesarkan dgn pmikiran yg lbih t’buka..but,aku juz bg pndpt jer..PEACE YO!!?? =)

Salam,

Terpanggil untuk berkongsi. Terbaca satu berita pada hujung minggu lepas. Lokasi di Perlis (kalau tak silap). Kahwin beramai-ramai. 13 pasangan. 10 pasangan adalah perkahwinan poligami. Pengantin lelaki nikah kali kedua. Bini muda. Beza umur sekali ganda. Demmm… Aku harap ada antara lelaki tersebut yang sanggup menulis buku bertajuk, “Rahsia Memikat Dara Perawan Terbongkar!”. Pasti laris melantun-lantun.

chentaku bukan di atas kertas. bukan juga di atas blog. haha :)

HUhu..satu kupasan yang menarik mael. Aku dah lama nak sentuh bab ini. Tapi aku yakin mesti ada orang akan wat dulu. Hoho, tak dinafikan. Saham lelaki yg dah kawin, memang melonjak naik lebih daripada saham warren buffet!

apa gila 10 org sekaligus kahwin kali kedua? ha ha.. tpkan, dgr cerita, perlis senang kalo nak berpoligami.. ngeh3

sebab diaorg ade mende2 yg aku state kat atas.. *konon’nya*.. he he =)

Kadang2 kita puas mengecam hubungan yg macam ni.Tapi kita plak akhirnya yang terjebak ..ini semua kuasa Tuhan,tapi ianya takdir yg bleh diubah. Kenalah fikir panjang sebelum ambil suami org.Cuba letak diri kita (bagi si gadis) di tempat isterinya tu? Sakit kan rasanya? Buat apa bina kebahagiaan kita atas kesengsaraan orang lain?

**Bercakap atas pengalaman sendiri sbg isteri yg nyaris-nyaris berkongsi kasih sayang suami dgn seorg gadis lain.

salam.

okela. tak boleh nak salahkan laki atau pompuan. dua2 pon salah sepatutnya. Berbalik kepade suruhan.. ‘Tundukkanlah pandangan’. Islam itu indah. Dari mata memang sentiasa wajib harus patut mesti turun ke hati punye. kalau tak menjaga mata.. itula jadinya.

now.. u know kan.

cumanya.. ada sesetengah laki da kawin ni. bile da bosan ngn bini kat umah.. sudi pule nk carik gadis sunti lain yg lebih 1000x cantik/bes/bertenaga/anggun/bergaya dr bini kat uma. lepas tu.. bile ditegah.. bole pulak keluakan konsep poligami depan mata. tak kesian ke kat anak bini kat umah.

sunggoh ungrateful manusia macam ni.

tak reti-reti nk bersyukur. tak bersyukur. tak bersyukur.

(kisah benar)

p/s: semoga ko tehindar dr bende2 ceni bile ko da kawen nanti east.

aku macam malas plak nak kasi komen artikel cinta2 ngan suami/bini orang ni.. hakhaks…

pe pun aku x setuju.. kerana aku ada 3 yang ko sebutkan kat atas tu. bukan suami oran je yang ada.. boyfriend pon dah ada la zaman skan.. hakhaks.

kononnya la..hehe :)

kejap cinta laki orang…kejap cinta sama awang legam..ape yang korang nak haa.wahai gadis…selamat aku tgh berchenta..dan aku bukan laki orang…bakal sahaja

selamat aku solo…kekasih dulu pun kene ayat ngan bekas suami orang..malas nak layan…ngehehe..apa pun untuk wanita diluar sana..anda yang buat keputusan. Tapi kalo dah jodoh ngan suami orang korang nak wt cemana kan. Kenelah terima keadaan..so to every lover outthere..gud luck ye..

complicated_life

May 8th, 2008
at 1:32pm

ermm..first time nih nk comment kat blog mail even aku slalu follow..hahaha..bagi aku tajuk ni agak menarik sbb aku pon pernah kena.but jgn salah anggap sbb aku bukan mengejar cinta suami org tapi suami org yg kejar cinta aku.hehe..so tak boleh nak salahkan perempuan sbb mmg betul perempuan educated pon leh terperangkap dalam cinta macam ni.

hati perempuan mana yang tak cair bila selalu dipujuk rayu,dimanja,rajuk yang dilayan kan..tambah2 lagi macam ciri2 yang mail sebut pasal stability dan tanggungjawab.kalo dikira kat luar sana berapa sangat la lelaki bujang yang betul2 ada rasa tanggungjawab..tak payah pergi jauh pun tgk tanggungjawab kat diri sendiri dulu…apa yang dia buat untuk diri dia untuk mengejar stability atau kejayaan dunia dan akhirat…

so tepuk dada tanya diri masing2.takleh nak salahkan sebelah pihak je..Allah dah kurniakan akal untuk kita so kita kenalah fikirkan setiap perkara yang boleh berlaku atas tindakan yang kita ambil.

kekeke,aku rasa pelik gak ngan masalah sosia sebegini. Kepincangan dlm institusi kekeluargaan, pincang dimana hanya mereka yg tahu..Sudah tentu tak punya pegangan agama yg gah dan terpesona dgn kecantikan bersifat sementara.

>Ada pengalaman terperangkap dengan cinta suami orang?

owh.. tidak2.. :P

salam…

kisah aku nie lain ckit..yup mmg aku akui aku bercinta dgn suami org..tp sebelum die kwin kiterorg mmg couple, tp tb2 family dia wat keputusan nk kwin kn dia..nk xnk, dia terpaksa trima kerana xnk kecewakn family…
dia bg tau aku face to face yg dia nk kwin & tetap akan mencintai aku wpun dia kwin…
aku cuba lari dr sume nie, tp die berjaya menyakinkan aku yg dia xkn tinggalkan aku & tetap syg aku cm sebelum dia kwin…
ya..mmg betul smpi skang dia tetap cm dl, wpun dia dh kwin..hubungan kiterorg xpenah melampaui batas..& aku cukup bahagia dgn apa yg aku lalui skarang…
pd pendpt korang cmner??? aku bersalah ke, sedangkan aku dh cuba lari dr sume nie tp die tetap mencr aku…bg pndpt ckit..

salam.. =) bg aku la, apa yang kau lalui ni mmg bukan kehendak kau pada mulanya.. si dia tiba2 terpaksa menjadi suami org..

tp, jika kau betul2 sayangkan dia dan tidak mahu lihat rumahtangga dia goyah, kau perlu berusaha lebih kuat utk lari.. menipu dengan lebih keras jika perlu.. katakan kau sudah ada kekasih.. atau lebih senang, kau cari saja kekasih lain.. =) mungkin dia akan berhenti mencari..

suami org, still suami org..

Aku terbercinta dgn suami org.Dia ngaku duda mati bini. Kebetulan dia kawan aku masa sekolah.Bila dah sayang baru aku tahu bini dia tak mati. Aku cuba lari dari dia tapi tak mampu.Dah setahun aku bersama dia. Aku selalu berharap berjumpa dgn lelaki lain supaya aku boleh lari dari dia. Apa komen….

bercinta dgn suami org? kalau org tu mmg ada mslh mcm mana

no komen just nak tanye..kalau suami org tu ader masalah ngn bini nya macam maner? contohnya bininya x hirau dan pedulikan nye..padahal si suami ade segala2 nye….

Leave a Comment