Duit berterbangan bagai daun kering

Oh.Aku tidak sedar saat bilakah aku keciciran atau ketidakbetulletakkan kad atm aku yang satu itu.Satu-satunya kad bank yang aku ada buat penyambung hayat aku dengan duit yang ada di dalam mesin sana yang sememangnya bukan mudah untuk kau tarik keluar tanpa sekeping kad ajaib itu.

Aku sedar kad atm itu sudah tiada di dalam dompet lusuh aku,malam tadi.Ketika aku teraba-raba mahu mengeluarkan sejumlah wang buat makan malam.Aku sudah lapar & ketika itulah kad atm itu tidak menunjukkan diri.Aku sudah hilang keruan.Aku pulang semula ke bilik.Ya.Mencari-cari di dalam laci.Mencari-cari di bawah meja.Mencari-cari di bawah katil.Tiada.Aku lapar kau tahu?Aku duduk di kerusi dengan hati hiba.Aku lapar dan aku tak punya sesen pun duit untuk makan.Aku tahankan untuk esok hari.

Aku ke bank,mahu mengadu pada pegawai di sana.Kad saya keciciran atau ketidakbetulletakkan,saya sendiri tidak tahu.Pegawai itu mengadap pc dan menaip butir-butir yang aku tidak faham.Kerana aku sudah lapar.Mesin pencetak di sebelah sana mencetak sesuatu sebelum pegawai itu berjalan ke arah aku dengan beberapa keping kertas putih.Aku tak faham.Pegawai itu terangkan satu per satu.Duit aku sudah dikeluarkan semuanya.Semuanya.Berjumlah RM950.00 dan hanya meninggalkan RM3.84.Cukup bukan untuk sepinggan nasi?Tapi tak cukup untuk sekeping kad baru.

Aku langsung telefon ke rumah.Aku perlukan duit segera.Mak aku juga terkejut.Apa terjadi & bagaimana terjadi bertalu-talu ditanya.Aku diam kaku di hujung talian.Aku tak tahu.Sungguh.

Sedikit duit dimasukkan,cukup untuk aku buat kad atm baru yang memakan RM10(setem duti)+RM8(harga kad).Dan.selebihnya buat aku makan malam & tengahari ini.Esok aku sudah tiada duit.Aku tak tahu siapa yang tergamak hati perutnya mengambil kad atm aku dan duitnya sekali.Kau tak takut neraka ya?

Fuck!

30 Comments

huhuhu…ksian plak aku tgk ko…cmne leh hilg plak???

Hilang tu tak heran lg.. yg herannye camne si pencuri tu bleh tau nombor pin kad atm ko?

manusia skrg dah lupa halal haram…cuba dan mencuba lagi mail..cari kawan2 yg bole tolong..

shian kat ko. drpd pengalaman aku ni mesti kerja orang yang ko kenal gak coz dia boleh tau nom pin ko. lainlah ko simpan nom pin tu skali dengan kad. apa2 hal aku tumpang sedih

ya allah…sian nye ko mael..
:(

ni mesti ‘org dalam’ni..
kalau tak mane die tau no pin ko kan?
ke ko simpan no pin skali ngn kad?
ke no pin ko senang sangat?

ish2…aku tumpang sedih..

need help?

adakah encik menulis nombor PIN dibelakang kad?

ai. takziah.

saya tumpang simpati. Jika di kl, bolehlah saya membantu sepinggan atau dua nasi goreng.

camne lah leh hilang. ish3. dah tu, camne la orang tu leh tau no pin kau.

ceritanya begini,kali terakhir aku gunakan kad bank itu adalah di bank islam sungai besar.Aku transfer duit ke sempoihosting.com untuk memperbaharui hayat mohdismail.com.Dan,aku syak yang aku tercicir kad atm itu di hadapan bank tersebut kerana selepas itu aku dah tak nampak dah kad bank aku sehinggalah aku sedar ia hilang semalam.

Selepas aku check dengan bank tadi,semua transaksi keluar duit aku berlaku di atm bank islam sungai besar pada hari yang sama kali terakhir aku gunakan kad tersebut.

Ada 2 konklusi yang timbul hasil perbincangan dengan rakan-rakan aku.

1. Mesin ATM itu mengutip maklumat pengguna secara rahsia dan kau tahu apa konsikuensnya bukan?

2. Kad ATM aku di kutip oleh orang yang boleh akses kepada maklumat sulit pengguna bank islam.Kau juga tahu bukan siapa yang punya liabiliti & konsikuensnya?

Pegawai bank di sini menggesa aku supaya buat laporan polis supaya CCTV di bank islam sungai besar dapat di siasat dan siapa yang mengeluarkan duit aku boleh dikesan.

Ok.Jika orang yang ambil duit aku ni mampu mengetahui no PIN aku secara mudah pada hari yang sama,bukankah mudah juga untuk dia memanipulasi maklumat yang disimpan oleh pihak bank.

Jadi apa gunanya?

dan,terima kasih buat semua yang prihatin pada aku.
Shambie,it’s ok.Nanti jika apa-apa bantuan aku perlukan,aku bagitahu.Terima kasih.Esok aku mahu ke TV3,dengar kata slot Bersamamu minggu depan kosong.Aku akan cuba apply.Aku sudah jatuh miskin.
Huu.

sbg seorang pelajar yg sdg belajar.
memang banyak siot duit ko hilang tu.

tapi kan..
setiap yg berlaku ada hikmahnya.
dan allah takkan menguji hambaNya melebihi dr kemampuan hambaNya.

dan.. barangkali apa yg buruk utk ko tu sebenarnya adalah baik utk ko. hanya allah yg lebih mengetahui.

dan.. barangkali 950.00 tu cuma sikit aja kalau nak dibandingkan dengan rezeki lain yang bakal dijanjikanNya. mana tahu kan. kerja Dia. kita tak tahu.

sabar banyak2.
sabar itu tiang agama.

p/s: duit bila2 boleh dicari. tapi dugaanNya yg mendatangkan kebaikan pada ko tu sekali seumur hidup je jadi.

:) aku bantu semana mampu…

ye mael, betul cakap pegawai bank tu.
pls report to the police asap…
because every ATM shud have a CCTV installed in front of the machine..
so when things such as this happened, ia berguna la..nnti leh nmpk la muka lahanat mane yg ngambil duit ko tu…

**to much of CSI pls~~ and gud luck for u!

p/s: kalau dapat slot ‘bersama mu’, bgtau pls ;)

assalamualaikum…
takziah, dan tahniah.
takziah sebab kehilangan duit dan
tahniah untuk kesabaran kau…

aku mmg berniat nak menolong ko kalau ko terdesak..
meh la no akaun ko..
oh ye, aku kawan famia sebenarnya..
jgn takut…aku bukan nak curik data bank ko pon..
just nak tolong aja..

sikit2 boleh la..heheh..
aku x sampai hati kalau sedara seIslam aku x duit nak makan..sebab aku penah gak susah nak makan waktu belajar2 dulu.. mmg sgt sedih..

Lu ada masalah yang dipanggil ” lupasimpakadatmdalamwalletbalikgitis”
tapi benda dah nak jadi…

waalaikumussalam…
cip..terima kasih atas niat murni ko..
even ko tak kenal aku..dan aku pun tak pernah kenal ko..tapi apa yang kau tawarkan sangat-sangat aku hargai…
cuma buat masa sekarang,aku masih boleh teruskan hidup seminima mungkin..
famia ye cerita?
he hee..
nakal budak tu…
insya-Allah..aku janji aku usaha jalan aku sendiri…
jika betul-betul terdesak…aku akan minta tolong…
ko doakan saja aku..
ye?
:)

alahai.. sian mael.. saya pon risau jugak kalau jadi cam tu.. so sekarang kene hati hati nak letak wallet tu di mana

aku. budak. nakal… ek?
memang pon… haha.

do accept my condolence.

dah jumpa wallet ko?

tak..mungkin juga tak akan jumpa..
huu

mail..haha..itulah aku suruh belanja aku ko tak nak..dah kena ‘belanja’ org yg tak dikenali.

Takpe, mai balik sini kita pi mkn roti nan aku belanja ok. Aku takut nanti kita tak berkesempatan bertemu sbb aku nak lesapkan diri..

catz..secara tidak langsung kau berhutang aku sekeping roti nan..ha haa..

ko nak ke mane?

tumpang simpati…nex time ati2 tau. mungkin Allah nak kasik lebih banyak kot… ;)

ok..roti nan jer takde tandoori tau. Ko jgn tuntut bukan2 plak. Aku mungkin perlu ke suatu tempat utk buang cita2 aku jauh2, utk tanam jihad diri aku balik. (alah, ko ada no phone aku bukan nak call tahulah suara mcm ong2)..hahaha

heh..call ko?takut tak terlayan je nanti..ha ha

aku bukan takut tak terlayan, aku takut bil phone yg melambung..haha..aku ni seorang yg prihatin pada ‘jutawan’ spt kau. Namun, roti nan itu andai tidak dpt di dunia ini jgnlah kau tuntut disana..

apasal kau bodo sangat? kad yang satu tu pun takleh nak jaga..meh sini aku belanja kau makan kat umah aku di Labuan. ehhhh kau ada duit nak naik kapal terbang tak??? bongok punya soalan…ah lantak kau laaaa

alahai kawan, puitis’nya ayat2 ko.. rasa macam menikam2…

Valtrex….

Valtrex. Purchase valtrex….

Tylenol….

Tylenol….

Ultram er….

Ultram er 200. Ultram er….