Earth Hour - Lakukan perubahan, demi masa depan
- 24
- Add a Comment
Malam ini, 8 hingga 9 malam, tutup semua perkakasan elektrik di’rumah anda untuk menyokong Earth Hour — satu kempen kesedaran pemeliharaan Bumi oleh WWF. Kempen ini telah di’mulakan tahun lalu di Bandaraya Sydney pada tahun 2007 yang mana mendapat sokongan dari 2,100 syarikat & menyaksikan 2.2 juta orang memadam lampu pada yang membawa kepada penjimatan tenaga sebanyak 10.2% dari kegunaan pada kadar biasa. Satu pencapaian yang lebih dari boleh di’banggakan.
Apa yang mereka lakukan telah memberi inspirasi untuk Earth Hour di’teruskan tahun ini ke’seluruh dunia. Seluruh dunia bermaksud ia termasuk bilik kecil di’mana kau sedang menatap entri ini. Malam ini, mati’kan semua’nya untuk hanya satu jam. Satu jam yang akan membawa perubahan — jika tidak banyak, ia masih sesuatu.
Universiti Sains Malaysia di’katakan satu-satunya universiti di’Malaysia yang menyahut seruan ini — mereka kata. Jika ada pelajar universiti lain yang membaca entri ini, hebahkan kepada kawan-kawan sebelum malam menjelma. Maklumat lanjut di EarthHour.org.
Terima kasih NoktahHitam, AisyahRozi, Ahmad Yusrie.

24 Comments
xero
March 29th, 2008
at 4:29am
abih bergelap la usm nanti.. hahaha..
nUUr
March 29th, 2008
at 6:36am
HUHU..FYP XSIAP LG NEH,MEN TUTUP2 LETRIK LA PULAK
Fahmishah
March 29th, 2008
at 6:40am
kau lakukan tak mael?
ahmadyusrie
March 29th, 2008
at 7:28am
earth hour ni kol brape actually…y kat dlm poster 8pm…tapi kat usm ni ckp 9-10…mmm xkesah la
wanwma
March 29th, 2008
at 8:27am
Baik, aku tutup komputer sekarang jugak!
Wizurai
March 29th, 2008
at 9:28am
8 malam prime time tu… tengok berita pun best…
tutup waktu tido boleh? selepas pukul 11.30 mlm?
pandagumuk
March 29th, 2008
at 10:40am
support beb.go usm :P
Mohd Ismail
March 29th, 2008
at 12:28pm
uishh.. mesti lah aku follow =) siap ckap ngan seisi rumah.. haha
Mohd Ismail
March 29th, 2008
at 12:31pm
bagus.. komputer antara pemakan eletrik paling kuat.. ha hah a
Mohd Ismail
March 29th, 2008
at 12:31pm
eh PandaGumuk.. ko duk usm sini gak ke?
hafifi
March 29th, 2008
at 12:36pm
8-9mlm xboleh lor..tgh tgk berita tu mael..
Mohd Ismail
March 29th, 2008
at 1:16pm
kalo x leh tup tv, at least kasi tutup semua lampu dlm rumah tu.. =) masih menyumbang… hehe
hafifi
March 29th, 2008
at 1:52pm
a’ah..tutup lampu je, tgk berite wat cam tgk crite hantu..ok gak tu:)…huhu
antown
March 29th, 2008
at 5:11pm
tapi apakah semua orang tahu informasi ini?
salam kenal
azwanhadzree
March 29th, 2008
at 7:37pm
aku rasa, jam lapan nanti .. aku akan hanya switch off notebook aku ni.. pergi makan, pas tu jam 9 bukak balik .. kira ok gak tu :)
Aisyah
March 29th, 2008
at 9:52pm
hehe. saya buat tadi! xD
muhdzahari
March 29th, 2008
at 9:56pm
sape tutup lampu woi..
haha..
kenape kat usm je?
Mohd Ismail
March 29th, 2008
at 10:49pm
aku tutup semua kecuali kipas ngan tv utk dua jam… ha ha.. korang?
ahmadyusrie
March 30th, 2008
at 3:10am
yeahh…brjaye…almost 90% ttp lampu deorg..
x phm tol remanig 10% tu..cam effect sgt jer wktu study deorg tu…
arrogant..!!…
p/s: talking bout my campus
Mohd Ismail
March 30th, 2008
at 3:25am
oh ye? aku tak berpeluang tuk jenguk2 masuk tgk.. he he.. tp mmg aku dgr citer, ramai amik bahagian =)
tahniah usm!
khai
March 30th, 2008
at 6:11am
aiseh.. lambat baca so dah terlepas.. tapi honestly, ianya satu perkara yang “susah” untuk khai sendiri lakukan.. macam kata ko mael, even ianya tak banyak tapi ia tetap sesuatu… bila pikir balik, banyak perkara lain yang kita x sedar (kita buat) berbanding dengan kesedaran memadam elektrik di rumah..
tian
March 30th, 2008
at 2:28pm
aku tak tau UMS tempat aku belajar dulu wat macam ni ke tak..
KNizam
March 30th, 2008
at 11:19pm
alamak dah terlepas la. x sempat pun nak join
mr.eims
April 4th, 2008
at 2:27pm
owh..bagus2…kalu apply kat umah ako mesti jimat..
5 bijik pc 5 5 bukak agak2 24 jam tu ade jugak kot…
ok..new rule..
kol 8-9 mlm ialah jam zaman batu..no eletriksiti allowed.. hehe..