Enveluv - Layangkan kad sebenar, percuma!


Bermula’nya era penggunaan internet di’seluruh dunia, bermula’lah imaginasi manusia untuk memayakan segala aspek kehidupan termasuk’lah cara berhubung. Penghantaran kad secara individu ke individu lain suatu masa dahulu adalah sesuatu yang sangat bernilai sehingga ada yang mempunyai koleksi kad peribadi kiriman rakan-rakan. Setelah internet menjadi sebagai utiliti penting selepas elektrik, air & makanan, penghantaran kad di’ganti dengan e-kad. Mula’nya, e-kad mendapat sambutan sangat sangat baik kerana satu faktor utama, percuma. Tidak perlu tempek setem ataupun terhegeh-hegeh ke’kedai memilih kad mana paling murah untuk di’hantar.

Kini, menggunakan internet sebagai pengantara, kalian boleh menghantar kad ucapan secara percuma. Bukan e-kad. E-kad adalah untuk robot dan itu sesuatu yang telah klasik. Enveluv datang dengan solusi penghantaran kad ucapan paling mudah & berkesan. Dengan beberapa klik, kau sudah boleh menghantar kad ucapan kegemaran tanpa perlu risaukan barisan panjang di pejabat pos untuk membeli setem. Aku telah mencuba.


Aku sendiri sebenarnya sudah lupa bila masa’nya aku request penghantaran kad ucapan ini kepada teman sebilik aku sendiri, Firdaus. Semalam, kad ini muncul dengan tiba-tiba dan membuatkan aku teringat akan pendaftaran aku dengan Enveluv. Sangat mudah proses pendaftaran & penghantaran kad ucapan di Enveluv hingga aku sendiri terlupa. Damn!

Kad ucapan yang datang dengan sampul surat bercorak mentarek hati ini di’buat dengan kualiti kertas yang tinggi. Kad ucapan selamat tahun baru Cina ini bermotifkan tikus di’hadapan bersempena dengan tahun tikus, mungkin. Siapa lahir tahun tikus angkat ekor! Jadi, jika semua’nya percuma, bagaimana Enveluv boleh terus hidup?


Pengiklanan! Pihak Enveluv mencetak iklan di’belakang sampul surat, satu tempat yang paling strategik untuk meletakkan iklan. Sangat kreatif & kenapa Pos Malaysia tidak terfikir akan ini? Tempoh masa manusia normal untuk membuka sampul adalah 3-6 saat, masa yang cukup lama untuk penerima kad ucapan dari Enveluv untuk membaca & memberi respon kepada iklan tersebut. Jika Pos Malaysia melakukan method yang sama, aku rasa setem tidak akan wujud lagi. Ke akan tetap wujud sebab setem itu adalah cukai perkhidmatan? Ke tak?

Batch kad ucapan seterusnya adalah untuk Hari Kekasih. E-mailkan alamat surat menyurat jika mahu menerima kad ucapan romantis dari Mohd Ismail sempena Hari Kekasih. Perempuan sahaja, harap maklum.

54 Comments

strategi pemasaran yang baik.
skrg ads mmg byk mmain kan peranan bagi publisher dan advertiser.
tapi rasa nya boleh bertahan tak syarikat ni?
hurm~

=)

Menarik!!!!…Ingin cuba la…hahaha
Tak perlu lagi beli setem. Ramai kawan2 yang alamatnya telah hilang. Rakan2 wanita je ke mail? Pasti ramai yang cemburu…Hahaha

boleh rasanya kalo advertiser ramai tertarek dgn cara pengiklanan gini :) aku takut cuma satu, nnt sampul surat kita penuh dgn iklan.. ha ha..

aishh.. ko nak aku hantar kad Hari Kekasih kat ko? jangan timbulkan elemen gay di’sini… ha ha ha ha

aku baru minggu lepas request untuk hantarkan surat selamat hari jadi tapi tak tahulah dah sampai ke bum

sampai da tu kot.. he he :) mesti org yang terima sgt riang hati

Ahah..aku pun nak hanta gak la. Cam besh je..

aku dah register…nak hantar pulak..thanks ye…kau mau..aku hantar :p

haha..apa salahnya mail, sekali sekala..haha

haha…bijak gak idea ni..
bole antar kat farisya muahkahkahahha >:D

Farisya siapa weh? ha ha

antar la kat aku, tp bukan hari kekasih punya edisi.. aku bukan gay.. ha ha.. alamat ade dlm gambar :D

Untuk Kawan Kawan..Apa Salahnya mail..

Wah Bagus Jugak La..Banyak Ke Die Dapat Jana Duit Dari Iklan..

itu ok lagi mail, jgan sampai isi surat pun nak buh advertiser… nyampah aku nak baca surat lagi nnti.

ahak jgan kau mulakan aksi jeneral gay dalam cite rambo 4 tu.. aku cukup terseksa dah… hahha

apsal la aku xtau bnde ni awal lg sket,,, boleh aku anta bday card…. ni ssah gle aku nk carik tong merah nk pos…..

dia pos ke luar negara tak? :P

mael… aku nak kad ucapan romantis tu boleh?
hehehe *kelip2 mata skit

he he.. tak’kot.. sebab dia kata utk Malaysia sahaja.. :) tgu ye kot2 dia expand ke luar..

*bila nk start nulis balik ni Wawa oi?*

meh2 emailkan address ko.. ha ha..

*nape ngan blog ko Shambie?server down eh?*

boleh tak kalo kita antar design kita..?

ha’ah ek? kalo boleh antar design kita sendirik, mmg kool la.. :)

ini sudah menarik!!
free pulak tu

ps: dude, muslim x patut sambut valentine.

x cool la sambut hari kekasih

bukan sambut.. saja meraikan rakan2 dan barang percuma.. ha ha :)

aku dah test benda ni bulan lepas tapi tak dapat pun kad dia sampai skang… jadinya, aku tak jadi la nak buat review tentang enveluv ni…

aku cuba sms beliau, beliau kata belum sampai..uwaa! xpe2..aku tgh hantar lagi satu kad kat orang lain

oh wow. best best best! *lompat-lompat*
and, bagi saya, tak ade salahnya sambut hari kekasih. sumanya bergantung kepada niat masing-masing. ye tak? dan hari kekasih bukan sahaja disambut oleh lovebirds je. kawan-kawan pun buleh. tetapi, kalau setakat nak tunjukkan kasih sayang, jagan masa hari kekasih sahaja. hari-hari la wei. huhu

haha. kalo pos ke luar negara, menarik juga.

*cuti lah Mael oi. tunggu seru datang balik.*

huh betui tu sebab yang pentingnye bagi syia KAD tu kalau setakat sampul penuh iklan tapi lawa2 iklannye tak pe

eh biar btui.. tak tahu pun (aduhai diri sendiri dak MMU ni)

eh..salah tu hehe.. nanti kang kene COP lain.. perr jadi isu lak

sebenarnye memang tak elok sambut tapi sesaje nak test bende ni

hehe tunggu ’seru’ tu.. aiYok lame la nampaknye

hehe btui2 sokong.. oleh itu mari kite berhantar2 kad sesame kite

a’ah.. server down, dah brape hari dah.. dorg janji within 24hours..ok dah
tapi tak up2 lagi *menangis tak keruan*

~aku email address aku sekarang yah ;)

nice blog u have here ….. usm juga ke ..? induk ? transkrian or kubang kerian ..? salam perkenalan ..

klu xde kekasih nak antar kat sape mail? kat makcik-makcik ke…

Menariknya .. Tapi lone ranger cam aku tak dapat nak guna le…

eheh, anta kad kat rumet, sweet nyeh :p

letak iklan kat sampul, sangat bijak. everybody wins

uuu..nak juga mael :p tak penah dpt card valentine. hihi

kalau takde kekaseh, slumber anta kat awek org. Jangan kau tulis name lak. Carik pasal je.

huhu..aku ade nie..dapat masa exabytes nyer event aritu..sape nak..meh kasi alamat aku send satu kat korang :D

aku nak buat komen sensasi lagi.

aku kadang2 takut nak baca komen2 kat entri2 kau. banyak betul orang berfahaman “baik”. itu tak boleh ini tak boleh.

haih.

dah berapa kali aku register, tak jugak dapat2. siot je.
dlm spam pn xdak.
kene ban ke aku nie. baru niat nk anta kt awek org.

AKu ADer Dapat Kad Ni Dulu. Tah Sape Bagi Tah. Tetibe Jek.. Tapi Cam Best Gak. Haha..

tak silap syia dorang ada masalah registration user baru.. check blog dorang :)

ha ha.. org kalo niat x baek, awal2 dia da block zeman oi.. ha ha

*yep.. ade masalah registration user baru..*

secret admirer ko kot Qai oi.. aiyok!

aku baru test sekali. :)

Huh menarik! Kenapa aku tak terfikir erk!? uhuhu. Bila nak anto kad kat aku mael!? wakaka