EOE Online - Bukan sekadar kedai kamera online

Semalam, ketika aku dan beberapa rakan keluar minum lewat malam, aku terbaca sedutan ucapan terakhir Bill Gates di CES (Consumer Electronic Show) 2008 yang mengatakan bahawa dalam masa 10 tahun akan datang, internet akan menjadi satu medium terpenting dalam perhubungan & kegiatan seharian manusia.

Hari ini, kita boleh membeli barangan di’internet walaupun barangan itu berada jauh beribu batu. EOE Online, sebuah laman web yang menawarkan pembelian kamera digital secara online antara contoh terbaik penggunaan internet sebagai ganti medium lama yang memerlukan kita berjalan ke kedai kamera & membelek kamera satu per satu. Kamera sekarang mampu di’beli walaupun kau sedang berbaju tidur di’dalam bilik sendiri.

Di EOE Online, pembelian kamera menjadi lebih mudah dengan bantuan review dari DP Review, sebuah badan review kamera yang di’iktiraf sebagai professional & boleh di’percayai. Jika review masih tidak membantu dalam keputusan, EOE Online turut menawarkan Carta Kamera yang membariskan kamera-kamera digital pilihan pembeli. Mereka juga meletakkan Carta Top 10 kamera sebagai bantuan tambahan kepada bakal pembeli mereka.

Banding’kan pilihan


Jika kau sudah ada beberapa pilihan kamera, apa kata kau bandingkan pula fungsi-fungsi, kelebihan & kelemahan mereka. EOE Online menawarkan carta perbandingan sehingga 5 biji kamera pilihan sendiri. Ini akan memudahkan kau melihat perbandingan dengan lebih mudah dan tersusun. Seronok bukan?

Percetakan online, RM0.50!

Katakan kau sudah ada kamera & mempunyai satu folder foto yang kau ingin cetak keluar untuk di’masukkan ke’dalam album, EOE Online menawarkan khidmat percetakan secara online dengan tiga (3) langkah mudah. Jika kau menghantar foto kau sekarang untuk di’cetak dalam saiz 5R atau 4R, ia hanya akan di’caj RM0.50* sekeping berbanding RM1.50 pada kadar kebiasaan’nya. Kau jimat lebih 65% di’situ.

Kad ucapan untuk yang di’ingati

Ini antara sebab kenapa aku katakan EOE Online bukan sekadar kedai kamera online yang biasa. Jikapun kau tidak mahu mencetak foto yang kau ada, kau boleh jadikan foto kegemaran kau sebagai kad ucapan & hantarkan secara online kepada sesiapa yang di’ingati. Kau takkan berjumpa dengan perkhidmatan sebegini di kedai kamera berdekatan. Selain daripada itu, kau boleh juga memuat turun wallpaper & melihat foto milik orang lain di’dalam galeri Photo Funs.

Jika kau sedang mencari tempat untuk membeli kamera,video kamera atau pemain MP3 idaman hati yang menawarkan fleksibiliti dalam perkhidmatan, EOE Online adalah tempatnya. Dengan kaedah pembayaran yang pelbagai, bukan satu alasan untuk kau bermalasan untuk ke’sana. Ayuh!

Entri ini di’bawakan khas untuk kalian oleh EOE Online & Advertlets.com. Jika kau berminat untuk mendapatkan khidmat aku menulis review tentang produk atau perkhidmatan di’Mohd Ismail dot Com, hubungi aku dan kita boleh sembang tengok.

*Promosi sah sehingga 20 Februari 2008

17 Comments

Memang canggih, semakin canggih semua nya dan semakin mudah dibuat semua kerja kita…Lepas ni, bukan saja nak beli kamera…belli benda2 bukan electronik dan bukan gadget pun boleh…

Cuma, cam mana kita nak mengambil kesempatan atas opportunity yang ada nie…takkan tgk je dan pakai je…mesti pikirkan sesuatu dan buat supaya tak ketinggalan…

dah banyak perubahan kat web EOE ni… dulu masa aku masuk banyak yg tak lengkap…

* bila baca separuh entri, aku rasa macam paid review… tgk sampai abis ada note kat footer, dalam hati “Ooooo…”

aku pun dah agak paid review bile start bace entri ni.. n1

Paid review pun paid review la….yang penting ada info dan updates yang kita boleh belajar….cuma memang biasa nya mael jarang buat review…ye tak?

yang penting walaupun paid review,aku suka cara penulisan mael, menghiburkan dan sememangnya mesej yg nak di sampaikan adalah jelas

cam besh je shop online ni.. tapi pape pun kan syia sure nak jugak pegang camera tu .. dan try out kejap.. same goes to klau beli hp

Aku dah usha. Memang ada yang berkenan dengan kamera2 tu. Niat dihati nak sambar satu. Kamera lama aku ilang kat sabah. Wuu..

alagkah bagus nye kalu mrk mintak ko review page ni awl2.xle susah2 ak search kat tenet nak carik digital kamera skrg nih.tp kool jgk website tu cumer kamera die msh xbnyk lg.

ye memang betul.. i tot i oredi said n1.. n1 = nice one

Best2..nnti xpyah susah2 nk jln jauh2..duk dlm umah jew, aku ni malas nk gerak..hehe

jangan tak percaya, kat internet skang orang dah jual set ubat lepas bersalin sama pakaian dalam wanita.. he he.. kalo kat Lowyat, siap ade chef jual kek custom lg.. ;p

dulu pun aku tgk, tak secanggih skang ni siap ada komuniti sendirik.. eoe online rocks!

*he he.. carik makan bang.. carik makan ;p

alhamdulillah.. ada orang kata mesej yg aku sampaikan boleh di’terima.. ;p takut sebenarnya tulis paid review ni.. ha ha

he he.. shopping online ni sebenarnya perlukan keyakinan & kepercayaan yang tgi.. tak gitu? kalo syia selesa ke kedai, x mengapa :)

blogger ni macam wartawan bebas, perlu ada kamera.. mana’lah tahu kejadian rare berlaku depan mata.. sumber entri baik punya :)

ermm.. itu je kot yg perlu eoe online lebih tumpukan sekarang.. lebihkan kamera dalam katalog :)

dia punya website tak berapa compatible run kat firefox. Dia punya menu bar bwh header tu keluar kat atas menu yg sama