Fast Update #06

Tengku Abdullah lepas semua jawatan dalam FAM. Aku berharap bukan beliau seorang sahaja. Aku mahu rombakan besar-besaran. Dia seorang keluar tidak akan membawa apa-apa.

Sejak dulu lagi, memang aku percaya yang manusia hanya boleh kurus dengan aktiviti fizikal & displin diet yang ketat. Aku sendiri laku’kan. Pil kurus adalah mengarut.

Mashable menulis satu review berkenaan Streamy yang di’katakan pembunuh aplikasi web ciptaan Kevin Rose, Digg. Pada aku, Streamy membunuh semua aplikasi web yang popular seperti Google Reader, Friendster, Facebook & mungkin, Streamy adalah satu-satu’nya aplikasi web yang kau perlu’kan untuk semua aktiviti yang ada sekarang. Mungkin.

Harian Metro berwajah baru, ada iras-iras The Star versi online. Kebetulan atau di’reka oleh satu pereka yang sama?

Minat aku pada fotografi tidak pernah pudar, walaupun menggunakan kamera cap ayam, mengambil foto lebih utama dari menjamah butiran nasi berkarbohidrat tinggi. Matt Stuart juga, mungkin begitu.

Di Digg, seorang user di’sana merayu pengguna internet supaya tidak meletakkan spoiler untuk filem Harry Porter yang akan datang, Deathly Hallows. Bunyi’nya seperti kelakar. Di’Malaysia, orang bising menentang cetak rompak, di’sana, kerana cinta’kan filem & seni’nya, spoiler pun mereka tidak mahu lihat. Kita bila lagi?

Komentar dari Zamm membuatkan aku mengambil keputusan dengan acara kemunculan perdana Mohd Ismail di Mohd Ismail dot Com pada Ogos ini selaras dengan sambutan keputeraan aku yang ke-22. Kawan-kawan, sila berpakat secara rahsia untuk hadiahkan aku sebiji Apple Macbook. Aku suka’kan kejutan begitu. Sungguh!

Bagaimana jika satu hari kalian datang ke’sini & aku disable ruangan komentar… buat selamanya?

Esok, Diggnation #106 keluar! Too much Digg huh?

Popularity: 8% [?]

There Are 33 Responses So Far. »

  1. sorang je letak jawatan? jom pakat2 suruh mereka letakkan jawatan masing2… bangunkan semula bola sepak yang lebih mantap…

    suratkhabar ada perubahan. takkan FAM tak bleh nak berubah wajah sedikit pun…

    selalunya memang begitulah citer pil kurus. hanya menjahnamkan masa depan ramai orang.

    wah… begitu sekali kemarakan streamy. mungkin juga sebagai alternatif untuk ramai orang…

    harian metro online? dah tentu mesti ada perubahan untuk lebih mantap dan lebih power-up dari kebiasaan. tak gitu harian metro?

    wah.. panjang lebar pulak komen saya ini.

    maaf banyak2 kengkawan yer…

  2. banyak2 satu komen tak mengapa :) ngeh3.. ini namanya pengguna yang mengenerate kandungan di’sini.. :) aku suka ko letak komen secara lumpsum begini.. ngeh3

  3. ….”lebih rela daripada makan butiran nasi berkarbohidrat tinggi”, Well, aku memang realize ko memang akan sanggup buat camtu…takpe, harapnya nanti ko tak payah sekat makan lagi…

    …Selamat besdey….aku tak perasan pun…kalau betul la memang hari keputeraan ko…

    …dan yang last tu, aku bet ko takkan disable kan ruang komentar….because that is part of your joy of blogging….ye tak?

  4. Wei.. aku pun tak percaya kau akan disable-kan ruang komentar, kerana kau blogger gila populariti. Haha. Dan tentulah untuk setiap entri, kau sukakan orang beri respon? Siapa yang tak suka kan? Lagi, kalau dah disable kan ruang komentar, mana peminat-peminat kau mahu bersuara? Sanggupkah kau biarkan mereka menderita? Haha.. Bloggers yang popular di Malaysia ni jauh lebih baik daripada artis dan selebriti, kerana peminat boleh berinteraksi secara terus. Hoho, kau lihat website MawiFC. Pernah ke Mawi jawab sendiri segala pertanyaan dan borak kosong peminat-peminat dia? Takkan? Di MohdIsmail dot Com, semua entri dibaca dan dibalas oleh blogger popular, hahahhaa.. (suka la tu, aku panggil ko blogger popular. :p).

  5. maksudnya sekarang.. err.. aku boleh jadi lebih popular dari Mawi la ni? begitu ko maksud’kan? jika Mawi superstar, aku superblogger… ya.. super blogger? ha ha..

    *sememangnya aku takkan tutup ruangan komentar ni.. nnt pembenci2 aku takde tempat nak memaki hamun aku.. dan, spam2 akan mula hilang arah.. ngehehe.. ko boleh menderita ke Wawa? bukan hati kau kental ke?

    *dan, aku tidak’lah popular mana(humble dalam keseronokan di’panggil blogger popular)

    ha ha.. melayan komentar pembaca memang asyik!

  6. kemunculan perdana.?? maksudnya di sini kau mau mendedahkan identiti kau, gambar kau.???? bleh tak aku wat spoiler dulu.??? eheehhheee….

  7. aku paling suka menunggu kemunculan perdana ko. blogger popular. apple macbook je?

  8. Yelah, betul ke ni kemunculan perdana. Takut tak pasal² tertunda, heh he. Tertanya² siapakah si gerangan blogger popular ni.

  9. begitulah seadanya ragam komenter yang ada di muka bumi malaysia ini. orang asia memang suka blog…dan salah satunya adalah blog mael…

    kalo ruang komentator dah tutup, nampaknya mael tak boleh buat blog lagi… mael hanya menulis untuk dirinya sendiri sahaja. hanya sebagai blog klasik semata-mata tanpa hubungan dua hala yang erat makin terikat dan tidak terpaut erat…

    wah3… huhu3… mana gambo mael?

  10. apo kehel nak disablekan komentator blog hang yang dah popular nih. nak disablekan bleh. tetapi kena buat blog baru. kalo nak buat blog statik bleh juga. tetapi apa gunanya blog tanpa komen? kalo blog macam metro ke… berita harian lain citer laaa…

    disable atau tidak bergantung kpd apa jua isi kandungan yang hendak dibentangkan… memang laa ada yang baca. tetapi nama lagi blog, akan ada yang memberikan maklum balas… lebih hidup lebih fresh dan maklumat makin bertambah. idea nak menulis lagi banyak…

    kan mael dah disablekan utk posting sehingga tahap 21 hari? tidakkah itu yang telah mael lakukan? hany yang terkini aje belum…

    adesh, panjang lebar lagi pulok…

  11. wa…naper nak disable lak mael…
    ada masalah ke?or tak larat nak layan komen2 kitorang ni?

  12. eh.. aku tak menderita pon. haha. aku ckp psl peminat2 blog ko. haha..

  13. tak sabar nak tunggu bulan ogos…nak gak kenal owner blog nih…popular semacam jer

  14. aah..den pun rasa sebegitu zaki…kalau mael disable komentar, maknanya mael menyekat kepopularitian sendiri…dan satu lagi..bukan ke dia memang suka popular nih

  15. haha… berapa banyak komen daaa… tetapi siapakah bakal menerajui bolasepak negara selepas ini? anda semua? atau mael sendiri nak jadi leader team bola sepak negara?

    soklannya : siapa yang nak ganti??

  16. saje je dia nak buat gempak satu malaya. kalo nak cuba disable jugak bleh try laaa satu bulan. kita tengok siapa yang sengsara tengok blog mael tanpa penghuni…

    ketahuilah mael dengan kunjungan tetamu yang bertalu-talu akan menghasilkan rezeki yang melimpah ruah. bukan duit semata-mata yang dapat diperolehi … moga2 kesihatan juga ceria selalu buat empunya penulis blog…. ngah3.

    begitu ke?

  17. tentu mal ngamuk sakan kot sankai spoiler dia tu…
    anyway, semua menunggu kemunculan perdanamu itu…
    ntah2, ada yang pernah kenal dan terserempak….

  18. pil kurus tu…kekadang effect yang teruk…kurus jap lepas tu kot berenti ubat tu…hah..badan naik gedempol…nasib tak baik lagi gemuk dari yang sebelum makan pil….suka bersenam dan berdiet jer untuk kurus…

  19. minat fotografi yer? biarpun cap pelita ayam sekalipun… saya memang memahami sebagai anak malaysia yang merdeka bahawa kamera cap pelita ayam tetap menjadi pujaan hatiku…

    oh kamera yang guna tekan tombol ke? wuhahhaa…

    namun hakikatnya saya tak ada kamera pun utk tangkap gambo…

  20. masa aku berjalan kaki dari KL Sentral ke Monorail KL Sentral, di satu gerai di sana… ada di jual baju Cap Ayam… betul, dia print baju tu dengan logo ayam dan perkataan Cap Ayam… huhuhu…
    kamera cap ayam tu berapa MP?

  21. ada beberapa kilo beratnya. dan harganya cukup antik sekali untuk digunakan oleh mael sempena sambutan hari merdeka kr 50 tahun ini.

    kamera oh kamera. kamera mael yang cun melecun… ayam mahal woooo…

  22. “sila berpakat secara rahsia untuk hadiahkan aku sebiji Apple Macbook.”

    Idea yanfg bernas,
    kalau beberapa orang berpakat untuk main kutu, siapa kena cabut dapat macbook.

    menarik gak.
    tapi dengan syarat ahli kutu tu semua mengidam benda yang sama.

  23. ha’ah kan Hasbul… xde pulak orang nak main kutu secara online.. heheh ;p

    ko start la.. tp Macbook bagi aku dulu.. heh!

  24. ermm.. 5megapigsel.. he he ;p alahai.. memang kamera aku cap ayam sungguh..

  25. oh begitu sekali. memang tidak begitu canggih sungguh kamera mael. hanya kamera yang klik2 zaman doluu nampaknya. tiada gaya dan tidak ada rupa, tapi masih berjasa kepada mael…

  26. mael sedang menunggu macbooknya melalui kutu online yang akan dianjurkan oleh seseorang…

    kalo mael yang mulakan kutu mackbook camana? tentunya sambutan yang menggalakkan…

  27. aku rase mmg patut dier berhenti.. pemain pemain bola malaysia bukan berbakat pon.. pemain berbakat tidak di ambil.. malah anak anak dato anak tan sri yg diambil.. mcm mane nak maju bola sepak malaysia.. pemain indonesia lebih baik dr malaysia.. jujur la wahai malaysia..

  28. cap ayam xpenting.. yg penting skill dan teknik yg ko gunakan.. dan juga power of photoshop kan ade… tapi kalo ade DLSR ngn skill lebih baik .. senang nak gi memana nak ambil gambar.. kekadang nak masuk ke red carpet pon ade.. sebab ade DLSR .. uhuhh

  29. nak main kutu on line???
    trsanya takder yang berani tanggung risiko tu…

    tapi kalau pelaburan internet ramai lak yang minat dan percayaa…. :(

  30. saya ada dapat emel pasal logo baru FAM…
    nanti saya masukkan dalam blog…
    gambar harimau nye mengaum tapi tak bermaya langsung diikuti dengan kakinya yang injured dan berbalut…
    memang kelakar logo tuh…

  31. yer ker.. hahahah.. logo diperbaru wat aper.. pemain dan kualiti pemain dulula diperbahurui..

  32. logo baru pulak ke? kalo billi lim tak bleh bantu. dr tuah iskandar tak bleh nolong, dr fadzilah kamsah pun takleh nak buat apa? apa ada pada logo kalu prestasi tetap sama??

    siapakah bakal pengganti FAM??

    the end of FAM???

  33. bilakah mael akan mengdisablekan ruangan komentar ini? kita akan saksikannya satu detik disable ruang komentarnya suatu hari ini…

    tertunggu-tunggu tarikh disable itu…

    bagaimana jika mael membuka kembali ruangan komentar close selepas 21 kpd kategori tertentu atau buka untuk komentar terbanyak mengikut pilihan mael sendiri. bolehkah ia dibuat begitu? atau ia adalah total 21 hari, maka ruangan komennya disable otomatik?

    atau bleh dicari plugin yang mendisablekan ruangan komentarnya secara otomatik mengikut bilangan komentar yang dikehendaki oleh tuan punya blog…

    ada ke plugin tersebut?