Fast Update #07
- 39
- Add a Comment

Komentator Teraktif, versi mingguan
Aku fikir, kita perlu bermain dengan lebih aktif senarai yang ada pada ‘Box of Fame’ di’atas sana. Lebih 2 minggu aku lihat senarai itu tidak berubah menyebabkan komentar di’blog gila populariti ini tidak datang dari orang-orang baru. Sekarang, senarai itu akan reset setiap 7 hari & semua orang ada peluang sama rata untuk berada di’dalam ‘Box of Fame’ setiap minggu. Mari, meriahkan lagi blog ini dan dapatkan tempat di’atas sana. Heh. Mereka yang tidak mahu’kan populariti juga akan menerima tempias ‘Box of Fame’. Kan?
Advertlets, nak review dalam Bahasa Melayu boleh?
Hari ini, Advertlets & StarCeleb.tv menawarkan peluang bernilai RM2,000 untuk para blogger untuk menulis review berkenaan roadshow StarCeleb.tv. RM100 untuk 10 blogger yang boleh datang ke tempat acara berlangsung & menulis review di’sertakan dengan beberapa kepingan gambar. RM20 untuk 50 blogger yang menulis tentang jadual roadshow yang akan datang. Untuk maklumat lanjut, kalian boleh rujuk ke blog rasmi Advertlets. Satu sahaja yang aku tunggu, peluang menulis review dalam Bahasa Melayu. Aku akan tunggu. Dan, bila ia keluar, aku mahu rembat habis-habisan. Heh. Chinese boleh meh, Malay also boleh la meh.
Ogos, bulan penuh warna-warni
Ogos adalah bulan penuh kegembiraan buat aku. Selain aku sedang membuat persiapan terakhir untuk kemunculan perdana di’Mohd Ismail dot Com, mereka di HappyPeople Media juga sedang bertungkus lumus memastikan apa yang akan kami hidangkan kepada rakyat Malaysia Ogos ini mencapai kualiti yang sepatut’nya. Beberapa pengumuman yang akan merubah perspektif kalian berkenaan senario dunia internet Malaysia akan berlaku Ogos ini. Kita, kau & aku, akan ubah semua’nya.
Qai, salah seorang anggota HappyPeople Media kini sedang berada di India untuk lawatan yang bukan di’atur oleh kami, tetapi kami berharap lawatan beliau ke Hyderabad akan membawa pulang sedikit suntikan buat kami di’sini. Balik bawak Kajol sorang Qai!
Ada lagi orang gila-perosak-bangsa seperti ini ya? Kepada tuan empunya laman web, kau orang gila! Sila saman aku jika kau rasa terhina.

39 Comments
Fahmishah
July 24th, 2007
at 7:33pm
hahah…aku terpegun melihat komentar yg mampu mencapai ratusan dalam satu bulan.apakah agaknya yang dikejar?popularity?
Mohd Ismail
July 24th, 2007
at 7:35pm
heh.. kalo ko usya JohnChow, lagi gila beb.. sehari main puluh2 komentar keluar.. haha :)
sekarang, kita fairplay.. yeah!
Wizurai
July 24th, 2007
at 7:58pm
sepanjang aku bercuti aritu… aku masih lagi berada paling bawah dlm box komentator tu w/pun ramai yg bagi komen…
jadi, elok jugak ko tukar cara… huhuhu…
zaki
July 24th, 2007
at 8:23pm
Bagus juga di adjust balik ruang komentator nie.
Advertlets makin aggresive nampak…Ko akan pegi ke tempat celeb tu tak mael….just buat revie in BM…dan who know they will consider…due to your followers…
zaki
July 24th, 2007
at 8:26pm
memang pun…populariti….free back link la…apa lagi….tapi aku tak kejar benda tu….sbb kalau sapa2 pegi blog aku pun takde apa2 pun….wp down…
muhdzahari
July 24th, 2007
at 8:29pm
uish, kalau macam ni saya pun boleh masuk dalam ‘Box of Fame’, hehe..
ermm, saya nak jugak tau macam mane Advertlets leh bagi earnings kat blogger tu. earnings bertambah kalau traffic kita meningkat atau ada orang klik kat ads tu erk?
Fahmishah
July 24th, 2007
at 9:05pm
Dulu x silap aku Advertlets dia kira page per impression dan cost per click..sekarang aku tidak tahu apakah yang mereka pakai
arynet
July 24th, 2007
at 11:17pm
haha, x sempat mengejar haa..
adila
July 25th, 2007
at 12:03am
hai semua…lama tak jenguk blog mael…balik kampung …cuti..pekena durian kampung…fuh best..terkejut jugak sebab tengok bil komen tu makin berkurang.rupanya ada format baru…mael…ogos dah makin menjelma…dah bersedia???
abdfatah
July 25th, 2007
at 1:45am
hahaa… satu perubahan yang cukup bagus utk top komentator utk blog mael. bleh saya berehat untuk minggu depan. dan kemudian naik balik. dan kemudian bagi orang lain balik… kalo duk nunggu sampai banyak gitu bermakna takder peluang untuk orang lain…
bagus laa kalo gitu… esok lusa bleh laa saya rehat kejap… wahahhaaa…
cry4freedom
July 25th, 2007
at 1:51am
Eh aku hadir untuk kali kedua. Aku hanya pembaca diam. Jangan tembak aku.
Saya peroleh pendapatan lebih daripada RM 500 sehari. Terima kasih kepada skim takpayahkerja.com ni. Sekarang saya ada 10% saham Google dan 5% saham Arsenal FC. Sila gerun sikit. Mari jadi downline saya.
Psst. Baca dengan nada sarkastik. Hahaha.
abdfatah
July 25th, 2007
at 2:03am
alaaa teknik buat duit cara biasa laa tu… cara yang lebih pantas dari kebiasaan dan segalanya nak mudah untuk dapatkan keuntungan yang entah apa-apa…
Wizurai
July 25th, 2007
at 6:09am
bestnya kalo dpt kereta mewah, percutian hebat mcm dlm web orang gila perosak bangsa tu…
web² camni makin banyak… sama gak mcm flyers kat surau² tu…
musnazdotnet
July 25th, 2007
at 8:58am
‘orang gila perosak bangsa’ ni tak puas-puas nak aniaya orang kan? haiiyaa…. mende macam nih (yang stail too good to be true nih) lagi hampeh dari skim cepat kayo! ini skim sah-sah kono tipu bulat-bulat!
draxter
July 25th, 2007
at 9:13am
Ye ye, nampak sangat penipuannya dengan ayat² berbunga pujukan rayuan dan bukti kononnya. Yakin 100% bahagia.
saharman
July 25th, 2007
at 9:28am
Bagus tindakan kau ni Mail, dengan ini kau akan mengecewakan komentar komentar yang suka menyepam di ruangan komentar itu, apa apa pun kini aku kembali berpeluang untuk menumpang populariti kau…. eehhhhh gila pupulariti kah aku ni….???
adila
July 25th, 2007
at 9:43am
gi jenguk jap kat web orang gila yang mael maksudkan tu…
m…harap2 orang kita tak terpedaya dan tertipu dengan penipuan sebegitu….bagi yang dah terkena tu..ingt2 la…jangan samapai jatuh ke tempat yang sama 2,3 kali….
Aviator
July 25th, 2007
at 10:45am
tidakperlukerja.com ni cam spoof je, siot.
abdfatah
July 25th, 2007
at 10:50am
eh mael 20 tak blehke mael? ini soklan untuk mael aje laaa. muat lagi untuk 10 nama tepi nama tu. yer tak? buat dua kolum…
aman
July 25th, 2007
at 10:58am
sekarang nie, kira mingguan yerk…kira insyallah start bulan depan aku kejar populariti.. :D
mixterr
July 25th, 2007
at 11:16am
sudah reset ka.. hahaha mengapa? ouh yerla kesian dgn org baru…
aarin
July 25th, 2007
at 11:25am
ayat mmg boleh buat org yang terdesak terpedaya…baca pun rasa bahagia..hahahaha
terlalu betul utk dipercayai..
aarin
July 25th, 2007
at 11:32am
mael buat sistem baru..so sesape yg nak kejar populariti cam mael kena komen kau kau liao la…hahahaha
beck
July 25th, 2007
at 11:56am
gile sial. taknak aku komen byk byk. satu entry, satu komen cukup la. serangan peribadi ke ni? ahahaa…
pasal website tu, mmg nak menipu org org melayu yg naif. org org melayu kita byk yg naif. berfikiran pendek. nak senang cara mudah. contoh lama, mcm skim piramid, cepat kaya, ali baba. itu sikit je. skrg ni, MLM yang berlambak lambak, internet investment yg sebenarnya piramid scheme.
biasa la. nasib baik aku tak percaya semua ni. mana ada dlm dunia ni benda benda camtu boleh dpt mudah. kaya sgt ke org yang buka site tu, sampai dgn mudah leh kasik kekayaan kat orang lain.
agaknya dia mcm bomoh ah, kuasa dia tu boleh bagi kat org pakai je, dia takleh pakai utk kesenangan diri sendiri… agaknya la…
azwanhadzree
July 25th, 2007
at 1:11pm
Mail, kau dah tak suka aku komen banyak2 ye. Takpelah, aku taknak komen dah .. aku merajuk ni :(
Mohd Ismail
July 25th, 2007
at 1:11pm
hehe.. kalau Josh Lim konfem terima review dalam BM, aku pergi.. ngeh2
Mohd Ismail
July 25th, 2007
at 1:12pm
ha ha.. 10% saham Google tu.. mintak 1% boleh x? ha ha.. *ya, kau memang sarkastik
Mohd Ismail
July 25th, 2007
at 1:13pm
itu’lah.. kat surau2 pun berani orang2 ni main tipu orang.. kang kalau kita tegur, di’katanya kita ni tak boleh tengok bangsa sendiri senang.. senang tengkuk dia la..
Mohd Ismail
July 25th, 2007
at 1:15pm
seperti aku biasa kata, dalam diri setiap blogger perlu ada keinginan untuk popular.. kita perlu keluar ke’sana..tunjukkan diri pada dunia.. blogger juga kerjaya glamor.. he he :)
azwanhadzree
July 25th, 2007
at 1:15pm
wakakaakakakakakaka, aku gelak sorang2 disini, tak lah mail, aku saja buat lawak
Mohd Ismail
July 25th, 2007
at 1:18pm
ya.. kau’lah blogger sejati..mari kejar populariti.. ngahaha.. populariti akan menimbulkan wang & pengaruh.. blogger perlukan itu.. ya!
Mohd Ismail
July 25th, 2007
at 1:19pm
ha ha.. komen kau ini sarkastik atau apa? ha ha.. komen’lah azwan.. lagipun banyak mana la komen pun ye x? komen.. sila2..
mixterr
July 25th, 2007
at 4:05pm
yerker..fuuuhh.. kene kao kao tu.. tp aku tahu aku tetap akan kalah..
azwanhadzree
July 25th, 2007
at 11:34pm
Setelah berkerja, berbini dan ber-anak, tahap kesarkastik aku agak berkurangan
Qai
July 26th, 2007
at 1:11am
Hyderabad, India..
Aku Kini Brada Dalam Bilik Hotel Sedang Menikmati Wireless Menggunakan Laptop Member Aku.. Tapi Masa Yang Ada Hanya Singkat Kerana Member Aku Yang Laen Tengah Bratur Nak Bukak Frenster Nak Upload Gamba Diorang.. Ampes.. Oleh Itu Aku Lebih Rela Letak Comment Dalam MohdIsmail.com Ini Berbanding Membuat Entri Sendiri..
Aiseh Mael.. Aku Tak Dapat Nak Mlawat Silicon Valley Kat Sini. Ader Problem Sket.. So Tempat Bersejarah Jela Halatuju Rombongan Kitorang.. Apepon Banyak Yang Aku Blajar Kat Sini Trutama Dalam Bidang IT Kat India Nih.. Sungguh Pelik Lagi Ajaib..
Nantila Aku Kongsi Crita..
Hyderabad.. Wow..
Mohd Ismail
July 26th, 2007
at 1:55am
ya.. itu dia Qai membuat lintas langsung dari Hyderabad,India.. heh.. terasa seperti MTV pulak..
terharu pulak aku selaku hos di’sini bila ko kat India sana, punya masa yang singkat, satu laptop kasi kongsi ramai2, rela tinggalkan sesuatu di’sini.. balik bawak cerita Qai, kami tunggu!
:)
affuan
July 26th, 2007
at 2:40pm
Tak sabar aku menunggu mender yang pelik lagi ajaib tuh. Kongsi2 lah eh Qai. Hehe.
edt83
July 27th, 2007
at 11:17am
huhu …sungguhlaa adverlets tak mampu menggaji aku…ahahah…apepon perosak bangsa tu sengal…site pon nyebabkan aku susah nk baca…fail aa color harmonization..ahaha
edt83
July 27th, 2007
at 11:45am
mmm blog prosak tu mmg xbesh…kaler font ngn backgorund gelap…tenggelam..ahaha…tak perlu kerja ke..