Fast Update #08

fast_update8.jpg

Help me to help my car!
Semalam, aku ke bengkel yang aku pergi 2 minggu sudah untuk bertanyakan berkenaan status insurans aku. Jawapan’nya negatif. Ya tidak. Tidak pun tidak. Aku di’situ seperti orang bodoh menunggu kerani menelefon ke’sana sini seperti aku mahu claim duit berjuta. Aku minta ketuk balik hood kereta aku, susah ke? Birokrasi menyakitkan kepala! Aku ke bengkel kegemaran aku untuk kaw-tim untuk mencantikkan semula Sally aku. Jika Zeo mampu beli Macbook, aku juga mahu, kali ini bantu aku membetulkan sumbing kereta aku. Beli iklan di’sini. Itu saja. E-mail aku jika berminat, jangan iklan’kan pussy, itu sahaja syarat’nya.

Keputusan nama’kan notebook Najib
Aku menerima 13 entri untuk pertandingan pendek menamakan notebook Dell 1420 kepunyaan Najib & malam tadi, Najib dengan berbesar hati telah memilih ‘HULK’, nama cadangan dari saudara Bagak sebagai nama untuk notebook’nya. Ha ha. Green & strong! Bagak, tahniah, nanti’kan e-mail rasmi dari Mohd Ismail dot Com. Hadiah’nya? Kredit masa berbual bernilai RM10 ke’telefon bimbit Bagak. Minggu depan, aku akan bikin lagi satu contest, kali ini hadiah’nya sungguh enak untuk tatapan telinga. Stay tuned!

Adooi.com mahu beri RM30
Adooi.com, blog terbaru buah tangan dari pencipta tema rasmi Mohd Ismail dot Com, Bob kini menjengah ke dunia blog tanah air. Dengan matlamat mahu mencipta populariti seiring blog gila populariti ini, aku tahu Adooi.com akan hits. Langkah pertama, membeli ruang iklan di’sini sebagai langkah menerima tempias populariti. Langkah kedua, memberi RM30 kepada komentator yang memberikan komentar paling bernas untuk entri Berapa Jumlah Pendapatan Sampingan Anda?. Tunggu apa lagi? Blog berbahasa Melayu akan kembali meriah.

Gathering Melayu 2007, tinjauan awal
Dalam entri bertajuk Terima kasih semua!, aku ada bertanyakan tentang gathering blogger Melayu di’Kuala Lumpur dan aku menerima respon yang dari kebanyakkan blogger. Kini, aku ingin’kan data yang tepat & lebih tersusun. Dengan bantuan Advertlets, terima kasih kepada Josh Lim & Miki, kini kalian boleh mengambil survey awal tentang kehadiran, lokasi, masa & soal bayaran. Data yang lebih tersusun & tepat adalah penting untuk meyakinkan pihak lain untuk meneruskan perancangan ini. Ayuh! Ambil bahagian & sebar’kan di’blog masing-masing tentang ini. Kami perlukan bantuan semua.

Tokey bengkel baru sahaja call aku, kereta sudah siap. Petang ni akan aku ambil. Kalau aku hantar dari dulu, hati aku tak’akan sakit seperti semalam. Damn!

41 Comments

Mael, jangan gi lagi kedai tu. Hehe. Lagi satu, dah ada maklumat tepat x tentang bila serta mana nak buat gath tu? Aku akan war2 kan dalam blog aku nanti bila dah konpem.

itu la aku buat survey.. dlm 2,3 hari ni, aku akan konfemkan tempat & masa serta aktiviti.. :) war-warkan pembaca blog ko untuk amik survey ni.. aku perlukan data yg banyak.. banyak.. he he :)

thanks affuan!

pasal nak wat iklan tu..aku selalu terpikir bab dulu aku pernah baca kat blog yang budak zeo tu..dan dia berjaya…tapi aku tidak cukup popular nak buat…heheehehe…..

berapa ringgit iklan kat ruang tgh ni mail? ada cecah ribu tak? aku nak tempah iklan mencari jodoh ni mail.

oh, kalau ada lagi site site yg menjalankan peraduan seperti Adooi.com tu, khabarkan pada aku. mana tahu menang kan, wang hadiah tu boleh beli domain ngan hosting. wawhahwhahwaw…

henshin!

1. saya benci hipokrasi. hipokrasi bikin organisasi tak berkembang. sungguh!
2. hulk? ha ha ha. sungguh ganeh. tapi apsal saya membayangkan hulk yang kiut seperti shrek? wahahak.
3. ya ya. majulah blog bahasa melayu. sungguh!
4. gath? he he he.

oh, hulk namanya… kira ni hulk yang jambu la kot,hi hi… maknanya di sini, cadangan saya untuk namakan ia sebagai ‘razak rahman’ ditolak mentah2 lah ye? hu hu….

*Blog bahasa melayu…? “takkan melayu hilang didunia”

Najib Baru nak beli notebook untuk pantau blog ?

–Hasbullah Pit.

huhu..aku tewas…nama McGreen tak diterima..haha…

aku teruja ngn kemunculan adooi..dan juga perjumpaan ataupon gath itu.. dan aku dengan ini berjanji akan beri kerjasama sepenuhnya sekiranya diizinkan-Nya..

Rm30 ringgit.. wah leh beli domain tu..
Gathering nye bile? nanti dah puasa tau..

erk…hipokrasi ek…bkn birokrasi ke..hguhu…

Okeh Mael! Haha. Nak buat dalam masa terdekat ke? Ish, nak puasa dah ni.. Sempat ke?

Mael!aku mau join jugak weh..tunggu kepulangan aku jugak wahai rakan-rakan

Adakah anda berminat untuk menghadiri majlis ini jika dijalankan dalam bulan Ogos di KL? - Ya. Jika tiada aral melintang. Saya harap rokok akan ditaja.

hehe..

ya..mari kita sebarkan ke seluruh blogger mengenai perjumpaan itu..ayuh ayuh..aku dah update entri pendapatan sampingan utk adooi tu kat blog

tau ke mana2 tempat dapat harga domain semurah itu? :D

ada cenderamata tak kalau join gathering?haha. aku mahu t-shirt

Mail,
kau nak suruh diorang jawab survey kat tempat kau ke? tapikan, pembaca blog aku tak lah banyak mana pun, kau punya sorang pun, aku rasa boleh penuh satu dewan.

belambak bang….1oasis.net ada..macam2 lagi ada…

hahaha…alang2 rokok di taja..apakah tajakan wang tunai percuma..

hulk hogan takleh guna ke?

berapa banyak pendapatan akan diperolehi dengan memiliki blog yang popular?

kalu boleh nak buat gempak jugak dengan gath yang begitu popular ini. belanja makan sendiri ke???

Patutlah tidur lena semalam, rupanya dapat hadiah yang tak disangka-sangka.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Najib atas hadiah tersebut.

Hadiah tersebut secara rasminya saya serah kembali kepada http://www.mohdismail.net sebagai cepu emas Merdeka yang bakal tiba. Buatlah apa2 peraduan pun mael agar blogger dan pembaca blog berasa ceria.

Saya tolak bukan sebab saya sombong atau tak suka tapi kerana saya tak menggunakan telefon “prepaid”. Bil tel syarikat dah bayar….

TQ semua.

tahniah bagak. suruh najib setelkan bil telefon ko bulan ni. hahaha

owh ye Bagak? he he.. maka’nya akan ada contest satu lagi yang mana Bagak secara rasmi menjadi penaja.. ha ha.. aku suka ini & kepada Bagak, tahniah dan terima kasih!

*best siot company bayarkan bil telefon…

aku dah masuk adooi.com…
ada potensi mcm mohdismail.com jugak la…

adooi.com

menarik… ehehe

ko ni ada gak mcm musician. side project. it’s just that ko bukan side project band la. ko side project bender2 ni. pada aku ko agak kool la. agak arr.

(fyi, aku jarang ckp org cool. this is a compliment dude)

pasal gathering, i so want to go! please make it a reality dude. hal duit insyaAllah takder hal. selalunya tarikh ni je yg buat masalah. but ill support no matter what.

sapa punya adooi.com tu.. bob jugak?? sama owner ngn blogohblog ker??

ha ha.. so, terima kasih Nazz.. aku suka kalo orang kata aku kool.. lebih2 lagi datang’nya dari org yg susah nak kata org lain kool…

*amik survey.. dan kita akan jadikan’nya realiti

ya.. orang yang sama :) pergi sampaikan salam sayang aku buat dia… :)

gathering? macam menarik idea itu. pilihan raya sudah dekat, jadi kalau hendak buat kenalah buat yang betul2. undang2 menyatakan kalau lebih dari 5 orang berkumpul perlukan kebenaran polis.

Keluarga aku dah lebih dari 5 orang. Agaknya, kena mintak kebenaran tak?

akhirnya terpanggil utk memberikan komen. Tak sabar rasanya melihat blogger melayu kita bersinar kembali. Yeah!

bersinar kembali? saya ni newbie… err, dulu dunia blog melayu bersinar macam mana? tq

dulu pny blogger… bnyk. Lepas tu semuanya mmg best belaka, bukan nak cari duit semata-mata. Tapi lebih kepada kesabaran dan minat. Tak mcm sekarang, macam ismail cerita dalam entry sebelum ni. Bukak blog, masuk entry pertama yang entah apa2x lepas tu letak advert sampai naik senak blog tu… apa kehe?

Hehe.. Ada orang terasa? Aku x. Aku x. Hehe.

ooo… i.c… hmmm… niat… niat…

aku sokong pandangan di atas. blogger dulu amat tegar. aku byk mengidola dan mendewa dewa kan blogger dulu. yang menulis perkara perkara kreatif dan tersirat. tidak satu pun menulis berdasarkan artikel surat khabar mahupun isu semasa. mereka tulis dari akal dan hati yg ikhlas.

tulisan mereka ini, kalau mula mula baca, mesti ko akan terdetik. “WTF! apa benda ko tulis ni, aku haram tak faham, mengarut jadah ko ni” tapi seraya habis ayat mengeji tersebut, sekumpulan besar sel otak ko akan meletup cergas, hati ko akan rasa membunga dengan fikiran fikiran kreatif dan idea idea kritis.

carilah blogger seperti TOKRIMAU antara blog yg aku gemar baca. blogger oldskool rocka sgt tegar…

blogger sekarang hanya harap pussy, earning dan nama. mahu menjadi celebriti internet seperti sipolan sipolan. ahahha…

aku sgt komunis. mari tikam belakang.

tak kisah orang tu menulis kerana apa

nama?
duit?
glamer?
tiru-meniru?

yang penting dia ada menghasilkan tulisan untuk dibaca dan dikongsi bersama

menulis juga dengan kerap/ selalu, bukan sekadar menghantar komen

menulis meningkatkan daya minda…

hidup blogger B.M

beck telah memulakan revolusi …beck skrg menjadi pengkomen blog yg tegar…mari salute beck..

hhahah..blogger malaya pasti akan menggegar..blogger malaya akan kembali menggempar..cuma bila masanya…

dude, aku tak tegar. aku komen pun sbb aku tak tau nak buat apa kat opis ni, aku sendang mengulor ni. mengulor dgn jayanya. lagipun mail tgh wat kerja sekolah ketika ini. jadi aku kasik la blog dia up dan hype sikit. hadiah kepada seorang kwn yang masih belajar dengan tekun di sekolah.

bile gathering mael..jgn lupe sms aku..

ouhoo.. hahaa ko sayang die erkk!!!