Fast Update #09

Dua, tiga hari ini adalah hari sangat mencabar kehidupan aku sebagai seorang pelajar & seorang blogger tegar yang gila’kan populariti. Ketiadaan koneksi internet lebih 24 jam untuk kali kedua dalam tempoh seminggu adalah sesuatu yang mencarik-carik jiwa aku. Ya! Aku sudah masuk ke’dalam golongan manusia yang tidak mampu hidup tanpa internet. Bukan ketagih, tetapi aku perlukan koneksi internet yang sempurna untuk memastikan aktiviti internet aku berjalan lancar & riang ria. So, apa cerita?
Rumpun 2007
Jika kau hala’kan monitor ke laman kehadiran Rumpun 2007, ada 29 orang (setakat entri ini di’tulis) yang mengesahkan tempat ke Rumpun 2007 termasuk Josh Lim & aku sendiri. Aku tidak sabar untuk melihat Rumpun 2007 menjadi kenyataan dan berjalan dengan penuh senyuman. Beberapa perancangan sedang di’atur untuk memeriahkan Rumpun 2007. Rumpun 2007 juga menyaksikan akan ada satu sessi eksklusif bersama personaliti internet Malaysia. Beritahu aku di’dalam ruangan komentar, apa yang kalian mahu lihat di’Rumpun 2007? Oh ya, kita akan ada seorang pengacara majlis cantik manis pada hari itu. Ha! Sila daftar sekarang.
Celcom Broadband
Sila beritahu aku yang Celcom & Streamyx tidak duduk di’bawah satu ketiak. Aku mengharapkan broadband yang di’bawakan oleh Celcom tidak terkena tempias Streamyx. Dengan kadar RM68 sebulan untuk melayari internet tanpa had, ini adalah sesuatu yang baik di’tawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi. Celcom Broadband juga menawarkan kadar secara harian, RM8 sehari untuk melayari internet tanpa had. Aku akan dapat’kan satu jika betul-betul wireless broadband yang ini boleh di’harap. Saat ini, aku rasakan aku sedang menaip dengan koneksi internet 56k. Oh!
21 tahun, 2 filem, itu Pierre Andre
Aku tak tahu kenapa, tetapi aku sedikit cemburu dengan apa yang Pierre Andre ada sekarang. Belumpun filem pertama’nya, 9 September ke panggung berdekatan, dia sudah menerima peluang untuk mengarahkan filem kedua dalam usia 21 tahun, I’m Not Single. Aku ta’kesah la apa filem pun dia mahu arah’kan, tetapi mempunyai 2 filem arahan & skrip sendiri adalah sesuatu yang bisa buat aku cemburu. Pierre Andre, ada baik’nya kedua-dua filem yang kau arah’kan ini hits, kau akan masuk senarai pencetus semangat aku untuk melakukan sesuatu luar biasa dalam usia muda. Siapa boleh bawakan Pierre Andre ke Rumpun 2007? Oh, Lisa Suriani, heroin I’m Not Single, wajahnya meruntun jiwa aku. Ha ha.
Beck, pengasas Persetankan telah mempunyai domain sendiri, FendyZaidan.com. Sila’kan ke’sana & sampaikan salam sayang aku buat dia. Juga, tuliskan komentar menggesa beliau untuk turun ke Rumpun 2007,kehadiran Beck akan menambahkan senarai selebriti internet yang akan hadir. Ha ha.
Popularity: 10% [?]
Comment by azwanhadzree on 16 August 2007:
29? aku sahaja berempat. Make that 32 :)
Comment by edt83 on 16 August 2007:
ohh…aku skrg menggunakan maxis broadband seperti yg pernah ku war2kan di blog aku…maxis broadband ade 2 pakej..pakej 384/RM68 permonth dan 798/RM98 permonth.
Skrg aku menggunakan pakej 384 shj kerana di kawasan aku hanya support 384 shj. Mneggunakan router wireless yg mempunyai slot simkad dan mempunya bateri yg thn 3jam setelah dicas. ini membolehkannya diaksess dimana2 kawasan terbabit. Namun saiz router yg sebesar 3 tapak tgn membebankan sedikit. Ya..mungkin sedikit perlahan dr strimik 512kb n 1mb…tp berbaloi jugalah…aku tgh menyesuaikan diri dgn situasi slow sedikit ini.
beck…juga aku telah gesa…tetapi keputusan tetap 50-50…marila ramai2 menggesa beliau..
Comment by adila on 16 August 2007:
teringin gak nak ikut…leh kenal2 ngan komuniti dalam blog mael ni…tapi, ada kenduri kat kampung husband…harap nanti setiap blogger yang join tu post la pic masa kat Rumpun tu kat blog masing2..
Comment by abdfatah on 17 August 2007:
wahaahaa… celcom yang meluas wilayah nya. mungkin celcom akan terlebih sedikit dari streamyx yang terpaksa menjadi bahan sindiran ramai… apakah nasibnya celcom broadband selepas ini…?
harap2nya menjadi gegaran untuk semua orang yang mengharapkan kelajuan yang maksima bukannya rupa-rupanya kura-kura… adesh.
saya pun pengguna streamyx jugak. wuhuuuuu…
Comment by jowey on 17 August 2007:
Mael..aku dah try contact celcom last week..ko try la call 111,kalau x silap(pelanggan celcom -free) tanya.
Aku heran ada alat putih sebesar tangan tu aku ingat sekali rupanya tidak..tapi yg lemah je pasal broadband ni kalau nak register kene reg postpaid celcom dulu..tu yg lemah..aku suka pakai prepaid :P
pape pun kotry call center dulu.
Comment by khai on 17 August 2007:
saya tidak kenal siapa itu lisa suriani tetapi kalau lisa surihani tu kenal lah… mana satu tu cik mael?
neway, aku pengguna go lightspeed broadband… 384kbps = RM50 sebulan harga student.. kelajuan? hehehe….. cam tm1515 … wut the…??!!
oh mael, x sabar ku ingin menatap wajahmu di rumpun07 nanti… ngeeeeee!!!
Comment by Nazirah Ashari on 17 August 2007:
erm… pasal rumpun dude… ive got a class trip from 23rd-25th. kalau sempat sampai and tak terlalu lmbt aku akan pg. kalau tak, takderlah kot.
Comment by Mohd Ismail on 17 August 2007:
itu la azwan, aku sedang consider, kalo satu orang bawak seorang yang lain.. maka bilangan org akan menjadi 60 dengan serta merta.. :)
xpe.. kita kasi pecah itu mamak!
Comment by Nazirah Ashari on 17 August 2007:
kalau aku tak pg, sila2 lah encik khai… amik kan gmbr mael untuk ditatap bersama.
mari kita akhirkan imej-anonymousity mael yg poyo ni.
Comment by Mohd Ismail on 17 August 2007:
kita sudah sembang kan Omar? kawan2, Omar akan buat pertunjukan magis dengan apa yang dia ada nnt di Pelita.. mahu lihat? sila hadirkan diri.. ha ha
Comment by Mohd Ismail on 17 August 2007:
alaa Nazz.. kalo ko xde.. kurang la gadis2 yang akan menyerikan Rumpun 2007… ;p
datang ye Nazz? xpe.. berkejar masa itu mengajar disiplin..
Comment by Mohd Ismail on 17 August 2007:
owh.. bende putih mentarek hati dlm iklan paper tu, jual asing eh? brengsek! mmg dasar sekutu sekutat telekom…
aku akan cuba.. akan cuba.. thanks Jowey!
Comment by Qai on 17 August 2007:
Aku Juga Menggunakan Maxis Wireless Broadband Seperti Umar. Tidak Pasti Bagaimana Pula Dengan Prestasi Celcom. Mungkin Lebih Kurang Sama Dengan Maxis. Cuma Apa Yang Penting Perlu Dlihat Dari Segi Bayaran Sampingan Termasuk Installation Free Yang Perlu Dibayar. Kadang² Kita Sering Terperangkap. Aku Register Waktu Promotion. Maka Tidak Perlu Membayar Installation Fee. Dengarnya Sekarang Bill 1st Month Perlu Disettlekan Sebanyak RM300++. Nasib Baik Den.
Mael.. Kenapa Ye Aku Jadi Pembaca Doa? Apakah Ciri² Yang Ada Pada Aku? Aku Lebih Berpersonaliti Pembaca Ikrar Berbanding Pembaca Doa Sebenarnya. Huhu.. Perlukan Aku Bergaya Klasik Atau Gaya Padang Pasir Di Rumpun Itu?
Comment by rasso on 17 August 2007:
Mael… andai job asignment ako tak jadi hari itu.. malam sebelum hari kejadian projek itu ako akan turun dari JB ke KL… kalo job ON… ako terpaksalah batalkan niat dan hasrat untuk berpartisipasi dengan projek RUMPUN 2007 itu :P
Comment by saharman on 17 August 2007:
Kalau boleh tu kau dapatkan Celcom taja Rumpun07 ni dan bawa model Celcom tu sekali.
Comment by beckzaidan on 17 August 2007:
ahaha, apa kata lakukan satu cabaran, NO INTERNET untuk seminggu? ahahha… amacam? sapa berani?
hui, aku baru sedar, gambar rachel bilson siut…!!!
Comment by catz on 17 August 2007:
sejak rumpun 2007 diwar2kan, aku tak mampu berenti tersenyum. Mael kau jgn mimpi mahu lihat aku pakai baju kurung. Version aku dlm baju kurung hanya tinggal utk raya nanti.
Tgh fikir dimana lokasi pertemuan kita nanti, sesiapa bleh draw kan peta, aku merempit ke sana.
Comment by musnazdotnet on 17 August 2007:
semalam baca star, ada iklan pasal celcom broadband nih, depa ada tambah satu lagi pakej, RM120 sebulan, kelajuan; 3Mb lebey! (kalau tak silap, hu hu….) Ada berani? he
digi pon ada buat promosi pasal tenet nih, kalau korang perasan lah, bayar RM150 setiap bulan selama 2 taun, dapat laptop apa ntah (tp canggih gak la) dengan complete utk xcess tenet wireless tu, tapi layan EDGE lah, hu hu. Kira RM150 bayar duit laptop ngan xcess tenet.
*jeles sangat korang rumpun merumpun nih! weh korang, meh la merumpun kat kuching, isk isk….
Comment by chot on 17 August 2007:
mail, telah ku lobi ‘rumpun’ disemua blog aku…personal blog aku hari ni pun aku lobi sekali lg…
Comment by edt83 on 17 August 2007:
mm magis menggunakan peralatan moden..akan siusahakan mail…:P ..aku takut tak jadi jek magis tu..konfem cerita ni terpapar kt smua blog kt mesia nih..ahahah..
Comment by iejal on 17 August 2007:
yelah ismail, apa lagi… kita kasi picah la! kasi picah! hahaha
Aku sdr masih mencari seorang pasangan… huhuhu
Comment by bob on 17 August 2007:
tolong makankan aku nasi kandar sama teh tarik kure manih sor. bereh?
Comment by kamarul on 17 August 2007:
lisa surihani mmg comel!
Comment by Lee Novotny on 17 August 2007:
RM68??? Murah giler!!!! and that Rm8 sehari untuk wireles tanpa kad pun punyer murah…woww!!!
Anyway, Pierre Andre ni mmg terkenal kah di malaysia?? Maap..sebab jarang balik Malaysia (once a year)..selalu sangat muncul nama nama baru…yang masih ingat ialah Tarmimi Siregar, Rusdi ramli, Norlia Ghani..etc…hehhehe yang baru baru muka muka ala ala Pan-asian, dinch hui lah pulak!
Comment by mixterr on 17 August 2007:
yea murah.. tp kawasan die terhadkan..kang umah aku xde line plak..rugi je..
aku nak pergi rumpun tu..nape tangan aku taknak register lagi.. pelik gak..
Comment by azwanhadzree on 18 August 2007:
Mail, nampaknya banyak spam kat comment box kau. Sukar juga untuk menjadi popular.
Comment by Mohd Ismail on 18 August 2007:
hey Bob.. ko tak datang ke? ;p moh la ke Pelita.. main cubit2 pipi.. ha ha
Comment by Mohd Ismail on 18 August 2007:
isk.. aku tak tahu’la ape kes spam ni.. jenuh dah aku pasang macam2.. tolong!
Comment by Mohd Ismail on 18 August 2007:
mixxter.. email aku kalo ko malas register.. sertakan no telefon & aku masukkan ko dlm senarai.. he he
Comment by Mohd Ismail on 18 August 2007:
ha ha.. Lee, Tarmimi Siregar itu sudah jadi hero legenda.. pulang’lah ke Malaysia, sekarang kat sini ada ramai hero bermuka jambu belaka.. mari pulang.. ;p
Comment by Mohd Ismail on 18 August 2007:
terima kasih untuk ko Chot! :) he he.. bawak sekali rakan2 blog ko.. *ofismate ko comel2 kan? sila bawak sekali… ha ha
Comment by mixterr on 18 August 2007:
aku dah email mail..
Comment by manchurr on 18 August 2007:
sorg try la celcom broadband tu tgk camner.. huhuhu torrent laju ke ha download.. tu yg penting! hehe
Comment by mixterr on 18 August 2007:
manchurr aku rase mane ade laju .. 384kbps jer.. tp yg penting leh online walau dimana anda berada.. x gitu.. heheh :p
Comment by abdfatah on 18 August 2007:
kalo streamyx kena daftar line tetap dan celcom pulak kena daftar postpaid? apo citer gitu?
daftar ngan prepaid terus tak bleh ke?
Comment by maffzxc on 19 August 2007:
aku pun berminat gak nak pakai celcom broadband ni..memandangkan connection internet kat tempat aku ni..kadang2 ngokngek. Boleh bosan wo kalau takde internet. Kalau dah try, sound aku la mail.
Comment by edt83 on 19 August 2007:
hahah ni yg aku pakai ke?rm68/month …ada kad..simkad maxis..siap ble call guna simkad ni lagi…mcm tepon rumah(telepon included)..promotion ari tu..RM100 utk smua..ahha…pasni mahal skit aa..
Comment by edt83 on 19 August 2007:
torrent pakai maxis ni pon slow gak…huhu..torrent aku pakai strimik + vpn…baru laju
Comment by zaki on 21 August 2007:
teringin nak datang kat rumpun…tapi tak boleh pulak, ada kenduri kawen member….aku rasa, kalau ada sapa yang boleh organize kat Jay bee, itu bagus la…aku mesti mau datang punya.,…
blogger JB ada yang nak organize kan tak…? boleh la kita sama2 gathering….boleh buat projek ….
Comment by BAGAK on 22 August 2007:
aku masih bermimpi yang aku guna WIMAX…hahaha
kenapalah syarikat komunikasi tak boleh tingkatkan keupayaan internet untuk memuaskan nafsu para blogger?