Fast Update #10

gua_com_my.JPG

Malaysia, aku rasa tak akan boleh lari dari fenomena kemunculan laman-laman web baru yang berteraskan komuniti, hiburan & santai. Gua.com.my muncul dengan konsep yang menjadi kegemaran ramai, hiburan & komuniti. Yang akan menjadi tunjang buat Gua.com.my, pasti’nya forum yang menjadi medan bual bicara mereka yang aktif di’sana. Aku mendengar tentang Gua.com.my ni ketika aku memandu pulang ke’kampung. Sekembalinya aku ke kampus, aku jenguk sedikit apa kandungan Gua.com.my dan mencari siapa di’belakang laman komuniti hiburan terbaru ini. Ketika entri ini di’tulis, pautan ke ‘About Us’ di’footer Gua.com.my tidak membawa aku ke’mana-mana. Maka. aku membuat andaian sendiri yang Gua.com.my adalah salah satu projek kendalian Media Prima untuk mengimbangi pengaruh mereka di’luar & di’dalam dunia maya. Andaian ini adalah berdasarkan kandungan Gua.com.my yang kebanyakkan’nya di’barisi oleh mereka yang berasal dari TV3, lebih-lebih lagi jika Senario antara bahan utama di’sana. Tidak minat senario? Gua.com.my ada menemuramah Maya Karin & Amber Chia. Woot! Krew Gua.com.my, bagi gua menulis kat sana boleh?

Gadget baru!

Aku sudah ada gadget baru menggantikan Nokia 6230 yang kematian skrin’nya beberapa hari selepas aku menulis entri ‘5 Perkara Tentang Mohd Ismail‘. Gadget terbaru yang aku genggam ini adalah gadget ketiga tercanggih selepas kereta & pc aku. Ya, dua itu juga aku anggap sebagai gadget. Harta tu! Gadget baru ini membolehkan aku muncul online di Yahoo Messenger! ketika aku sedang beratur di’plaza tol Jelapang petang tadi. Gadget baru ini juga mampu memainkan sebarang fail multimedia yang menjadi santapan anak-anak muda sekarang. Semestinya aku juga mahu menjadi muda, hype & kool! Gadget baru ini juga sudah aku lengkap’kan dengan perisian Opera Mini yang mempunyai kelajuan loading tahap Flashman. Dan, aku suka’kan gadget baru aku. Ha ha.

Gelang Tangan Magnetik Ajaib

Selain menerima kehadiran gadget baru dalam hidup aku, kepulangan aku ke kampung halaman juga akan mendedahkan aku kepada situasi semasa yang melanda mat-mat rempit & anak-anak remaja. Paling menjadi ikutan sekarang adalah memakai gelang tangan yang mempunyai magnet di’bahagian bawah. Berikut adalah dakwaan The Malay Mail, bahagian Style berkenaan bagaimana terapi bermagnet ini berfungsi

How do magnetic bracelets work?
The magnetics theory revolves around the premise that magnets improve the circulatory system and blood flow. The increased circulation gives the body more of nutrients it needs in the blood, improving health naturally.

Aku tidak berapa tahu sejauhmana kebenaran yang di’dakwa oleh mereka-mereka yang memakai gelang tangan bermagnet ini, tetapi sesuatu yang ajaib terjadi pada aku. Keadaan’nya, apabila aku memakai gelang tangan bermagnet ini di’tangan kiri, aku tidak merasa apa-apa perubahan secara langsung, tetapi jika aku memakai gelang tangan bermagnet ini di’tangan kanan, aku akan mengalami cirit birit yang tidak keruan. Ini bukan main-main, aku berhenti 3 kali di’sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan, dan perberhentian yang ketiga baru aku sedar, gelang tangan bermagnet ini mempunyai kuasa ajaib. Selepas aku tanggal’kan, perjalanan aku kembali selesa seperti biasa. Aku simpulkan di’sini, gelang tangan bermagnet boleh menyembuhkan sembelit dengan cara memakai’nya di’sebelah tangan kanan.

Siapa pernah pakai?

35 Comments

gadget ap bro? saje je taknak kasi tau terang2 nak ade org komen tanya la tu :p

nak tergelak plak aku baca ko nye entri ni.. lagi lagi ade perkataan ceret beret… pantang sungguh aku mendengar ayat tu… dari dulu lagi.. kekeekke..

ape gadjet baru ko tu mael? ade orang sponsor ke? ko ade sugar mamy ke? ke beli sendiri? hakhaks.. aku rasa ko beli n73 ar.. hakkhaks..

betul ke tu web dari media prima atau web dari orang biasa tapi menggunakan trademark tv3 sebagai mencari makan? apesal la kurang enak sangat nama domainnya.. huhuhu.. tapi mungkin juga.. kerana ade .com.my disitu…

mengenai gelang bermaknet sungguh tidak ku kenali… ape kate ko letak sedikit gambar….

Patutlah sunyi sehari dua nih..Balik kampung rupanya..Tapi aku tau dari Omar..Haha..

Ada Opera mini?Nasib baik bukan Safari, kalau tak mesti aku agak kau dah sambar iPod Touch..hehe.

*dah ada belum iPod Touch kat sini?

gua.commy is by far the most useless website but well marketed portal. there’s so many errors. whilst the content is good, the rest fails miserably. they should hire a new web team.

miahaha..darah tgn kanan ko same kutub ngan magnet tuh..sebab tuh die menolak..huhuhu…amacam leh jadi centu..kesian ko..klaka pun ade..kofkofkof..

ape la gua tu..byk button tak menjadi..huhu..klik sane tak kuar..klik sini tak kuar..

ko beli gadget ape nih mael..

aku memakainya.. kerana aku supplier gelang magnet nih.. hehehe memang elok utk kesihatan.. keh keh keh..

sapa nak gelang magnet murah2 (stengah harga dari harga pasaran) sila pm aku.. hohohohoho

Aku teka henfon ko guna Symbian OS, nokia kan, pasal aku pun guna, YM, GMail, Internet GPRS semua boleh

Gelang Magnetik haha benda baru ni, ayah aku pakai gelang kristal je

gelang tangan magnet & cirit birit?mail, kau ada masalah sistem penghadaman.perbanyakkan makan buah betik, kasik cuci perut. takpon rembat truDtox kat farmasi yang berdekatan. mesej komuniti ini dibawakan oleh kidd & sarang kata²nya.

bagai mana cara mengisi lagu kedalam ipod

gelang magnet tu bukan utk jaga tulang ke? yg kebanyakkanya dipakai oleh makcik2 dan pakcik2…

Apeke Pelik Nye Kesan Khas Gelang Magnetik Tue?
Tah Mael Oi. Gadget Ape Ko Bli Oi? Nak Tau Gak. Aku Pon Baru Tukar Gadget Baru Gak. Tapi Perubahan Tahap Kecangginhan Gadget Itu Hanyalah 12.7%

balik kampung ye mail, gadget apa yang kau baru angkat tu? blogkannya

gelang magnet? mahal tuuu..

huhu….pakai gelang magnet pon ble cirit birit…hmmm…entah ler aku pakai jg tp blom lg mngalami fenomena tercirit tsebut…mungkin gelang tuh bekesan ker ko sorang sj..susah ler kalu pakai jer cirit…hehe..susah mau bawak jejalan kalu cam tuh.

gadget baru.?? pasni leh la simpan banyak2 file 3gp yek..hahahahhaha..

gelang magnet tu cuma boleh berfungsi untuk sembelit je ke? lain2 x boleh?

wooot… brapa ramai yang pakai gelang tu kena cherry berry angkat tangan?… wawawa… ko memang pembawak la… betul la… ade a few kengkawan gak yang pakai gelang tu kena cherry berry dan yang kertu (tua) mengaku tak sakit2 badan lagi…

huhu…gelang magnet tu edynium pe ke jadah nama die…kalo x silap…ahaha..mail ko balik sbb mendapat gadget baru ek…ahahah

aku baru mau review tentang GUA di blog aku tapi ko dah bgtau dulu… kensel…
kalo Nokia 5300 XpressMusic tu gadget jugak kan? yeay, aku pun turut ada gadget jugak…

aku pun baru dapat gelang…tapi,jed….

Wah gua.com.my ingatkan website pasal gua2 menarik kat Malaysia..
wah ada gajet baru lah…boleh pinjam??
dengan gelang magnet tu sekalilah..

yea… baru saya teringat akan noorizamshah yang menjadi tokei magnetiknya akan gelang tersebut…

ha ha ha.. sempat ko promote gelang magnetik ko… :)

ngeh3… dlm hujung bulan ni jugak sampainya kot… ha ha.. xlarat beb nak angkat iTouch.. ya iTouch! sepatutnya iPhone Touch itu di panggil iTouch!

aku rasa satu je silap diaorg, market terlalu awal sebelum web betul2 ready… org datang tgk pun mcm tak senang hati tengok byk function lg x boleh pakai… :)

ha ha.. ye kot kidd.. kalo gua pakai Clorox ataupun easy-off BANG!, boleh x?

aku muda2 dah jaga tulang Chot… supaya aku aktif & sihat sehingga tua… ha ha ha

wawa, mcm2 aku rasa kegunaan gelang magnet ni, selain utk menyembuhkan sembelit (aku xde ar…), ia juga boleh di’gunakan sebagai hiasan di’pintu peti ais…

ha ha ha ha

well, i heard from my fellow ‘artist’ friends, that it was a hype! because they are planning to bongkarkan all the artists nye rahsie. i dont want to know bout artist sgt pon.

they are just famous because most raw talent wants to pursue a professional life ;)

gajet baru.. nice.. opera mini? not so good laa.. guna opera 8.60.. suma fungsi ada.. mcm browser asal.. hehe..

untuk YM try guna ni.. Causerie Unified Messenger atau agile messenger.. sure puas hati..

owh thanks… maklumla Arynet oi.. aku baru nak mula berjinak2 dengan dunia gadget ni semua… ha ha ha.. nnt aku cuba mencarik.. email’kan pd aku kalo ko ada?

he he he

oh… gelang tangan megnet tu ek yang a.k.a gelang ketot….. penah gak pakai dulu, tapi tak rasa pon menfaat die…. mungkin sebab pakai tak lama kot…. atau magnet gelang yang saya pakai tu yang tak power…. apa-apa pon, makhluk satu sen pon tak de kuasa…. Allah je yang berkuasa… Maha Kuasa…..

ismail , the gelang magnet is a hoax. someone who feel any good thing from is must be from the placebo effect. its against the basis scientific knowledge . i know u can easily understand if u google since ur from engineering background.

apa ko nyer gadget baru ni? aku pun baru ade satu.. namanya Anne :P