Fast Update #11

Al-Fatihah buat Nurin Jazlin

Aku mungkin antara orang terakhir yang menulis berkenaan kes jenayah gampang terkini di’Malaysia. Saat polis mengesahkan di’dada akhbar yang mayat kanak-kanak perempuan yang di’jumpai di’dalam beg sukan adalah mayat Nurin Jazlin, darah aku berderau menahan marah. Lebih hangin bila mengetahui Nurin Jazlin meninggal dunia dengan penderaan seksual sebagai faktor utama. Penjenayah yang melakukan perbuatan ini bukan manusia, bukan binatang, bukan juga syaitan. Penjenayah ini adalah salah satu makhluk pioneer yang perlahan-lahan wujud di’Malaysia dengan memiliki sifat-sifat kejam tahap ekstrim. Jika aku jumpa, aku yakin semua rakyat Malaysia juga ketika ini, pasti akan mengimpikan cara penyiksaan paling champion ala Kumprinx supaya penjenayah itu tahu, mati bukan perkara yang menyeronokkan. Salam takziah dari Mohd Ismail dot Com buat keluarga Nurin Jazlin.

Dalam Negeri

CUEPACS & MTUC menggesa pengguna memboikot peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati & menyarankan pengguna supaya tidak ke pasar dua (2) hari seminggu. Jangan buat gila weh, family aku bergantung kepada pendapatan di’pasar Ramadhan untuk beraya seperti tahun-tahun kebiasaan. Tidak datang ke pasar Ramadhan yang di’sertai family aku hanya akan merugikan diri sendiri kerana tidak dapat merasai ayam percik paling sedap di kawasan Sungai Besar, di bulan Ramadhan. Keluar’lah dan bantu sesama kita.

Angkasawan Malaysia akan ditentukan hari ini dari dua (2) orang calon angkasawan yang terpilih sebagai peserta akhir. Dari segi trend pemilihan di’Malaysia sepanjang 22 tahun aku hidup, aku percaya Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan terpilih tanpa dakwa dakwi lagi. Dr. Sheikh, kau balik dari angkasa nanti, pasti kau akan menjadi model seluar dalam Crocodile & model minuman Tongkat Ali Power Root, sebab kau handsome!

Luar Negeri

Ingat lagi entri berkenaan Yahoo! Mail Beta yang berjaya menimbulkan rasa ‘wow!’ di’hati aku? Kali ini, giliran Google pula memberikan wajah baru kepada GMail, perkhidmatan e-mail dari Google. Tiada maklumat yang keluar, tetapi nescaya, Google tidak mahu kalah kepada Yahoo!, apa barang kalah ye tak Sergey Brin?

Kepada sesiapa yang mempunyai handset dengan keupayaan menaiktaraf memori kad, pasti hari ini memori yang kau ada sekurang-kurang’nya 1GB. Keluarkan kad memori kau sekarang dan banding’kan dengan kad memori 1GB, 20 tahun nan lalu.

Jose Mourinho, meninggalkan pasukan Chelsea dengan tiba-tiba. Aku bukan pengulas sukan yang baik, tetapi peritiwa ini menyebabkan beberapa rakan aku yang dulu’nya penyanjung tinggi pasukan tersebut menyimpan jersi Chelsea mereka di’bawah almari & ketika di’minta untuk mengulas kekalahan Chelsea ke’atas Manchester United dengan jaringan 2-0, mereka berkata,”Aku tak sokong Chelsea dah, jangan tanya aku!” Ha ha. Bola oh Bola.

33 Comments

Berita rasmi tentang mohdismail[dot]net:

Wah! dah guna theme baru, keputihan, dan simple aje.

bukan apa Zik, theme sebelum ni rosak teruk dalam Internet Explorer(IE)… teruk gak aku sebab lebih 50% yang ke’sini still guna IE6… huhu…

*Zik, ko xde blog?

Hehe siapa la yang still guna ie? ie tu berat sgt bagi aku.

Dulu-dulu ada blog tapi terhenti setahun dua. Ingat nak buat blog baru, sekarang ni tengah fikir, bangunkan theme sendiri, dan buat research tentang syarikat hosting. Ingat hari tu nak up’ blog tu masa hari pertama Ramadhan bersamaan hari lahir ku, tapi semua masih tak tersedia lagi.

Aku dah boikot penjual air soya RM 1.80 …kat pasar malam RM 1 je … ni nak untung melampau , cukup la buat duit untuk baju raya tahun ni je la takkan baju raya tahun depan pun dah nak masuk budget.
Member aku peminat Chelsea pun diam membisu….. haaa …haaaa… watak manusia penuh hipokrit .lepas ni sah bertukar pasukan .

oh, template baru. ohhhhhhhhhh….

chelsea? ahahha. mereka mereka ini tidak ada tulang belakang. aku sokong man utd dari tahun 1993, tanpa jemu, tidak terlintas untuk lompat ke kapal lain walaupun pernah 3 tahun tidka menang apa apa trofi besar. dan aku masih man utd sehingga sekarang.

manusia bertulang belakang sukar di cari.

mari mari, bakar aku penyokong dan “bekas penyokong” chelsea…

hahah… memory card 20 tahun nan dulu sangat mengerikan.. jatuh atas kepala, kompem, mampos!! ahahaha…

neway mael, theme ko kali ni sangat bergaya.. i likee….. hehehehe,,,, ape kes sokong chelsea ni? ManU la macho beb!!! hahaha…. ni chelsea (blue).. mamat jiwang siot:P

penyokong chelsea adalah seperti penyokong selangor MPPJ…bila berada diatas liga semua mengaku sbg penyokong setia! tapi aku tidak…aku seperti beck, penyokong red devil sejak 1989 lagi.

aku penyokong beck sejak 2003. dan kini masih lagi.

huhuhuh…mahal gle..aku area kedah satu bungkus RM1 je….huhuh…mmg cekik lehiaq..mentekedarah duit org betul…huhuh..sape kate..aku tetap sokong…macam laa penyokong Perak…diam je lepas kene belasah..kuar awal plak..2..hgahaha…adil xkutukan aku..aku orang kedah…

jangan cakap besar ooo…AKU SOKONG KEDAH NGAN CHELSEA…XKAN HGPA NAK JD PERAK KOT…

salah….bkan macam 2..aku xsetuju…herrm..kamu semua..terlibat dalam politik bola sepak……persetankan..semua..maju laa kamu dibawah FAM dan Selangor…aku xsetuju..

hahaha…fanatik…die hard fan…walau bagaimana prestasi mereka(chelsea) …aku percaya mereka akan dapat kembali sentuhhan sebelum2 ini…walaopon dengan ketiadaan mourinho..

aku tiada komen utk ini… yang aku tahu, masih ada di’luar sana yang betul2 menyokong Chelsea dan bukan semata2 Jose… :)

*sabar Omar…

ha ha haaa

heh.. blue itu bukan Mat Jiwang Khai… bukan2… blue itu Mat Kakis… ha ha ha…

*sekali lagi, sabau ye org Chelsea… lawak je ni oi!

terima kasih Megat… ini mengungkai permasalahan mereka yang masih menggunakan IE6 dan kebelakang… ha ha :)

*cepat2, siapa mahu beli iklan?

1989 tu Chot… tegar habis ko dengan MU… aku masa tu pun baru umur 4 tahun… keyboard sama mouse pun aku x kenal lagi… ha ha

mungkin yg online kat cyber cafe masih guna IE… diorang tokey kedai tu tak install pun Firefox… diorang tau install game jek…

aku tak ckp besar wei, aku suka kalau kita sokong satu pasukan, sampai bebila pun pasukan tu. tak kira la sapa manager, berapa kedudukan dlm liga pada akhir musim. tak kira semua tu. die hard fans akan stick dgn team dia walaupun ko relegated ke championship /league div 1/2/3 … kan?

mcm kedah la. dulu time main tak bagus, stadium kosong, skrg dah bagus, semua org ngaku kedah. wuhu. aku tak ckp ko adib, tapi hakikat la kan. hakikat.

aku org kedah, tapi aku tak sokong kedah. aku tetap sokong selangor, tempat aku membesar dan byk bermain bola. dulu selalu masuk stadium dengan baju sekolah/baju pengakap, sbb masuk free nak tgk selangor main. dan walaupun selangor tak bagus skrg, aku masih dgn selangor. tak pernah plak aku nak lompat kapal masuk kedah yg menang treble musim ni. wuhu…

tgk kat liga luar la. main apa pun, stadium ttp penuh. itu diehard. team diaorang kena relegated, menitis air mata. kita tak. team kita main teruk, baling botol ngan mercun dlm padang. die hard ke? siap main maki hamun sampai bertumbuk.

so nak belajar dan menerap asas kesetiaan tu, perlu….

itu maksud aku…

dan skrg, mari bakar aku peminat kedah sekalian…

p/s:- waktu memula jose masuk chelsea, 3-4 org kwn aku yg dulunya sokong arsenal, semua lompat kapal masuk chelsea. skrg, diaorang nak lompat kapal arsenal balik. tak ke malu… uhuhu…

panas…panas..panas….semakin panas,
aku penyokong man utd masa ting. 3 lagi tahun1995,sampai skrg….tetap dgn MAN UTD.
huhuhuhu….

dan hari ni gak aku terkezut sekali lagi setelah mael tukar theme balik, tapi ok lah simple…dan sejuk mata memandang

aku penyokong beck dan persetankan….yay!!

cess…biru itu kedamaian….suasana yang harmoni….blue itu kool!!!

chot ko tak ble berkata begitu…itu hanya mereka yang berpendirian seperti lalang…bukan smua chelsea fan begitu….ada yang sememangnya die hard fan…adakah ko pikir man u punya fan shj yg tegar?huh…luaskan pemikiran chot…pandang jauh kehadapan…lihat sekeliling…intepretasikan keadaan sekeliling…

huhu ..btol ckp ko beck…mentaliti kita kt sini berbeza…hanya segelintir shj yg betul2 setia dan layak di gelar die hard fan… aku tetap yakin da percaya pada team yang aku sokong…Hidup CHELSEA!!!!

huhu..soya RM2….air tebu ade ais Rm2 atau RM 2.50 …xde ais jadi RM3 atau RM3.50…mahal giler kt shah alam nih…

cekik darah betul…bole repot x nih?

ha ha ha.. gila bab*ng mahal air soya/tebu kat sana… meh ar makan kat Nibong Tebal… *balik kg Omar, balik kg, Sungai Besar makan murah!

hahahah btol tu mail…mmg pure air tebu dalm 1.50 jek…tanpa ais…:))

Ya.. Sama Seperti Mereka. Die Hard Fans The Red Devils. Ganas..

theme aritu lagi smart la mail..
mcm best je Gmail. aku belum ade.haha..byk sgt email. pening aku nak check byk sgt..

mak aih..theme baru siot, nak tembak nak tembak..spam spam spam kau dah baca belum kisah telur goreng? :p

mixter mau ka gmail aku ble invite….walaupon skrg gmail ble register sendri…hahah….

ini mmg kipas susah nak mati ni…beck ko belanjala omar ni kfc..dasyat betul punya bodek…hahahaha

kalau korang sedar, ada sorang pakcik ni, mana saja badminton malaysia main, dia mesti ada. siap dengan baju belang merah putih, songkok, bendera, wisel, segala-galanya la. team malaysia main thomas cup, kat mana pun dia akan pergi. selalu je kamera TV tangkap papar gamabr dia menyokong MALAYSIA, walau teruk mana prestasisekali pun.

ITU BARU CONTOH DIEHARD FANS!!!

p/s:- perhatian, penyokong man utd, jgn guna perkataan “MAN U” bila bercakap pasal man utd. itu sebenarnya insult team lawan seperti liverpool terhadap man utd. gunakan man utd, MUFC, United, dan sebagainya, tidak “MAN U”. sekian, harap maklum…