Fast Update #12

Jadi, apa yang ke’atas kawan? (So,what’s up friend?). Jangan la kalian amalkan tranlasi secara terus begitu, English bahasanya tidak’lah seindah mana jika di’ungkapkan dalam Bahasa Melayu. 2,3 hari tiada update di Mohd Ismail dot Com bukan kerna aku kehilangan sentuha magis untuk menulis atau pun ketiadaan idea, tetapi aku tiada masa. Esok adalah paper pertama untuk sessi peperiksaan semester ini. Perpustakaan yang sejuk bagai peti ais itu menjadi rumah kedua aku. Dan, sepanjang sessi mengulangkaji, aku rasa kadar kandungan gula dalam badan aku meningkat dengan mendadak dek kerana aku tidak boleh keputusan bekalan gula-gula. Itu sahaja’lah pengubat mengantuk aku ketika di’perpustakaan. Jika tidak, tulisan di’dalam buku hadapan mata akan menari-nari mengajak tidur. Gila punya teks!

Advertlets, iklan semakin mewah
Aku tak tahu samada ini aku sahaja atau orang lain juga dapat rasa. Statistik pendapatan aku di Advertlets meningkat dengan mendadak semenjak 2 minggu kebelakangan ini yang memberikan aku duit yang lebih laju kadar kemasukan’nya berbanding sebulan yang lepas walaupun tidak banyak iklan baru di’perkenalkan. Cuba kalian check statistik duit masing-masing, dan jika ada kenaikan seperti yang aku rasa, mari kita ramai-ramai lambung Josh Lim. Ha ha!

Mohd Ismail dot Com PR4 > PR3
Google faham Bahasa Melayu’kah? Ada pejabat operasi Google’kah di’Malaysia ataupun di Parit Sulong sehingga laman blog picisan ini juga di’penaltikan kerana menjual pautan teks. Kelakar la kau Google sehingga aku ingin peluk-peluk kau dalam mimpi. Dan, kenapa kita di’Malaysia tidak ada sistem PR(Pagerank) kita sendiri untuk blog/laman web berbahasa Melayu? Siapa-siapa yang rajin tolong buatkan, biar meriah lagi suasana blog Malaysia dengan benda-benda berfaedah dan bukan sekadar tempat rujukan jika ada gambar bogel yang terbocor.

Dan sebagai penutup entree (sekarang aku akan eja entri sebagai entree, lebih kool aku rasa), sebagai seorang yang tidak banyak ilmu, aku mahukan pandangan ikhlas dan bernas dari sesiapa yang tahu, antara Canon 350D, Sony Alpha A100, Nikon D50 (second hand) dan Nikon D40X, yang mana satukah lebih molek untuk di’beli buat jangkamasa panjang? Dan, aku seorang yang suka mengambil gambar potret.

Popularity: 9% [?]

There Are 37 Responses So Far. »

  1. Mael..daripada senarai list yang ko berikan pasal camera tuh,aku cadangkan untuk ko Nikon D50.Jika ko suka amik gambar potret,camera mana pon aku rasakan sama sahaja,cuma p-enggunaan lens itu banyak membantu disamping watak utama,iaitu ko untuk menggarap komposisi gambar.

    -2yen dari aku-

  2. Haha.. Aku Tidak Tahu Menahu Etika Profesional Fotografi. Jangan Tanya Aku. Wah. Entri Ko Nih Menyentuh Soal Advertlets & Kamera. Macam Ada Hint² Mau Rembat. Kan?

    Macamana Mahu Check PageRank Kita Ye?

  3. Aku tidak tahu yang mana lebih baik. Tetapi antara jenama di atas akan ku beri 2 pilihan, nikon dan canon. Dua-dua jenama pernah ku miliki, cuma nasib tidak menyebelahi canon. Sekarang aku menggunakan nikon D80. Sebelum ni canon 400D. Bagi aku memang berbeza. Nikon lebih kepada focus, tapi canon ok juga tapi tidak sehebat nikon punya focus. Itu semua bergantung kepada lens yang digunakan!

    Sebelum ini aku lihat canon + tamron lens gelap tanpa flash tambahan. Cuba tanya Beck, rasa dia guna canon 350D. Kalau ada bajet lebih lebih baik angkat D80 daripada D50. Sebab D80 lebih kepada D200, kira jimat sedikit dari angkat D200. D40 pun hebat kalau kena gaya.

  4. Mael, aku rase Canon 350D lagi baik..lebih profesional dan lebih membawa kpd kesayangan ko pd dunia fotografi..tp kalau nikon D50 pn ok gak..
    aku pnah gak blaja dunia fotografi sket2

  5. ermm.. banyak gak forum yang aku masuk, kata pasal lens..’it’s all about lens..lens..lens..’ he he..

    thanks Duez!

  6. he he.. rahsia.. *xde cakap apa-apa pun*

    nak check pagerank, ini salah satu site yang bg khidmat tuk check PR –> http://www.checkpagerank.com/

  7. dan, aku ada terjumpa Canon 350D yang berharga bawah RM2k.. he he.. lebih mesra poket nampaknya..

    thanks senyuman :)

  8. sebagai pengguna canon ko sudah pasti dpt agak cadangan aku. aku pernah juga pakai D50. Tp hati aku dekat 350D, bila lens2 aku dah canon, speedlight aku pun canon, dgn canon lah aku sampai bila.

    cuma, jauhilah D40 mahupun D40x

    untuk alpha100, ciri2 CCD shift dia amatlah menarik sekali… utk canon ko kena angkat IS lens, utk nikon ko kena angkat VR lens. utk a100, angkatlah apa2 lense..

  9. Uiks… Bercakap pasal kamera, aku mengaku kalah. Aku tak tahu apa² pun. Yang aku tau, ambik gambar je. Hahaha…

    Bercakap pasal PR, memang ramai blogger di Malaysia yang jatuh PRnya. Tapi ada juga yang PR nya naik. Apa yang aku dengar sekarang, PR tak lagi penting. Mungkin Google sendiri akan ikhtiar cara lain untuk menggantikan PR.

  10. huhuh…untuk ko yg pro mesti laa yg power dan leh sapot untuk jangka masa panjang..tp klu aku yg hanya suka2
    nikon coolpix pon ok dah..

  11. hahah jgn amik 350D…nnti jadi beck..skrg beck mau jual body 350D die…aku rasa D40X lebih mesra…:D…much2 better..:P

  12. aku tau DSLR ni memang best… tapi aku lebih gemar yg compact je… senang di bawak…

  13. D50 vs 350D…?

    kalo ko nak angkat nikon..
    dr D50… better lagi D70s dan ke atas..

    nikon ngn canon..
    texture ngn keberatan mereka berlainan..
    kalo mahu nampak pro.. cool.. ensem kacak begaye..
    angkatla nikon..
    canon ringan sket.. kalo lens ko xde IS (image stabilizer).. memang konfem la bejuta handshake timbul pada mana2 gamba.

    diakui..350D memang dah jatuh harga rm1900.. rm1800 pon ade juge.. dibekalkan ngn standard lens sume cukop lengkap.. dan harga dia skang da x jaoh sangat beza ngn d50.. makanya… baekla angkat canon.. kalo nak angkat nikon.. aku x galakkan amek d50.. amekla d70s alang2 kalo beli nikon..

    dr segi metering.. white balance dan beberapa features lain.. memang nikon ngn canon ade pebezaan yg ketara.. mcm nikon.. diorang ada 3d metering (correct aku kalo tesalah term)…emm macamana nak cakap ek.. ko try la nikon ngn canon.. pinjam member2.. br ko tau pebezaan die..

    dr segi bentok badan ngn features.. aku suke nikon punye lagi.. sbb aperture button ngn shutter button die tu separate.. kalo canon.. die sekalikan.. berat mereka.. nikon bes lagi.. hehe.. tp aku pakai je canon.. laen2 features lagi.. sila rujuk kedai kamera bedekatan..

    dr segi ko nk amek potrait pic tu… standard lens canon 35mm f4.5 tu dah wide lens sebenarnye.. kira boley aje kalo nk amek potrait.. tapi kalo nk lagi bes.. ko beli la extra lens 50mm f2.8… dlm harge rm200+ ke rm300++ kot skang kat market.. itu memang sedap gile la nak bantai potrait pic..gambar memang ‘bokeh’ (depth of field = kadar blur) habes… sebab aperture die boley bukak sampai f2.8… besar tu.. tp kalo jumpe f1.4 ke ape ke lagi bagos la.. cume lagi rendah nilai ‘f’ tu.. lagi beriban-riban la harge lens tu.. hee hee hee..

    pendek kata… ikut sedap ko la nak beli mana..
    cumenye… aku x galak sangat beli d50.. kalo nk angkat gak nikon.. amek la d70s.. tp rasenye da takde sangat kat market kot.. dah discontinued… geledah la sungai wang.. situ memang port bes nak beli kamera DSLR..

    haha. da terbuat entri plak..
    sori la east yek.

  14. selamat study hard and smart! jangan lupa baca doa penerang hati sebelum study, yeah!

  15. hahahaha… canon mmg mesra harga kalau body dia. tp bab masuk lenses ko akan sakit mail. Ko amik nikon jek… nikon fleksible, nak masuk lenses tamron pun leh. ko amik d40 bagus, snang nak faham kalo amatur ni. Tp nak lebih kepuasan, amik d80.

    http://www.candidsyndrome.com/

  16. aku lebih suka canon dr nikon..ternyata canon lebih cemerlang dlm indoor shooting berbanding nikon…350d aku setakat ni pun byk berjasa…

  17. tahniah..bnyk earning bermakna pilihan utk mendapatkan kamera lebih mudah..silap2 kau boleh beli dua skaligus..haha

  18. Itu GoogleDance aa.. haiya.. kali ini talak untung punya maa…

  19. mael kan setia dengan cap ayam punya? tentunya dah terpengaruh ngan keunikan zaman kamera yang semakin berubah. kamera lama mael dah jadi koleksi ke?

  20. lens = money!
    ko cari la Mael yang mana ko rasa `into` dengan ko.Tak kisah la canon atau nikon.Sape yang kata canon tak best atau nikon tak best,duk diam-diam.Mungkin mereka tak menguasai lagi camera.

  21. ah… nama aku disebut sebut… patut aku kurang selesa tidur semalam. jgn sebut nama aku wei. nanti org tertanya tanya, siapakah gerangan BECK yg disebut…

    kalau pasal advertles, minta maaf, takleh komen, pendapatan aku telah terfreeze sekian lama. akibat kurang melawat blog org dan meninggalkan komen. salah aku juga, tetapi kekadang, aku tidak ada apa apa untuk dikomen balas. hanya blog kwn kwn sahaja yg dpt diberi komen, kerana aku rapat dengan mereka. yg anonymous, minta maaf. jadi aku nak tamatkan adverlets dan hanya berblog untuk pussy dari duit… ahahhaa… lama tak guna perkataan tu…

    berkaitan DSLR, Canon 350D, Sony Alpha A100, Nikon D50 (second hand) dan Nikon D40X.

    pendapat aku mudah. jauhi nikon yg dibawah Nikon D80. di bawah d80, Mpikselnya rendah. d70s pun hanya 6Mp. 350D yang cikai pun 8mp. plus noise canon kurang berbanding nikon di kala hari gelap dan ISO tinggi. jadi nikon d40 dan d40x, jauh jauh kan diri. lagipun, kita org org gasar wei, bertubuh tinggi dan bertangan besar. d40 dan d40x sgt kecil. tak sedap ko pegang dude…

    jauhi sony alpha. walaupun teknologinya latest, lens nya amat mahal. dan mahal pun, tak tentu GLASSnye menarik. ko kena beli lens sama harga ngan IS lens dan VR lens untuk dpt gambar lawa. serious. dah byk aku baca, lens untuk sony alpha byk yang mengecewakan.

    jadi untuk permulaan, cuba 400D. skrg 2000-2200 saha utk basic kit. carik omar untuk ketahui mana nak dpt. kalau tak sedap pakai sbb tangan besar, leh tambah battery grip. plus, lens canon hanya perlu satu je untuk potrait, 50mm f1.8 II USM. itu cuma rm300. serious!!!

    dan beza canon n nikon, adalah interface control dia. aku serious amat kecewa dengan nikon nye button setup dan postition. canon is the way to go. aku boleh main dial dan button canon mcm taip sms kat phone. pantas…

    ahahhaha. pendapat aku. kalau ko nak try mail, meh jumpa aku, aku kasik ko main kamera aku dulu… ada mau?

  22. mail, ko kena approve comment dulu ke baru jalan? atau komen aku tadi masuk dump sbb panjang gile?

  23. oooit..mael..pesal entry ko mcm bosan2 jerk skang ni..aku tahu sebabnya ko sgt busy utk final kan..muahahaha..nak aku wakilkan ke pi amik exam utk ko.. :p

    PR kau jatuh nak tahu sbb apa? Cuba check SERP ko..

  24. aku rasa better ko pilih 350D sebab beck pakai 350D. dia superstar hahaha macam mawi laaa

  25. SERP tu pekebende weh?

  26. nak buat pagerank bukan mudah bro. kurang2 kene ade 4-5 dalam satu team. mcm google kene paham la, dorg kaye raye. kite.. takkan nak harapkan kerajaan lg kot?

  27. uish en.Beck suggest jauhi D80 kebawah..
    saye pengguna D70..sob3..mane mampu beli D80 lagi

    gud luck dlm pencarian en.ismail!
    btw NIKON is the best of all.

    cecima

  28. huhu..mail sudah membeli kamera baru..esok aku nak tumpang sekaki mail..bermain bersama ‘kekasih hitam’ ko tuh!!!hahahaa

  29. Oi Mael Sebok Exam Ko?

  30. dari apa yang ko kata Beck, aku assume ko rekomen aku amik 350D, dan hari ni dah pun aku pegang dan belai-belai manja.. woot!

  31. SERP tu Search Engine Ranking Position kalo tak silap aku.. ngeh3..

  32. ngeh3.. abg shutterspeaks rekomen Canon juga.. thanks!

  33. terima kasih untuk semua yang sudi bagi cadangan & wish gudluck untuk exam..

    maaf untuk update yang berterabur, aku ada banyak mende nak cakap.. angkasawan kita, minyak naik, menteri gaduh, apa semua.. he he :)

    doakan aku sentiasa sihat.. insyaAllah :)

  34. alahai maaf cik Famia.. komentar masuk dalam kotak utk approve.. tapi sy dah amik Canon pun.. he he.. dan sy mmg bercadang utk beli lens 50mm tu, aritu tanya kedai, dia leh bagi 250.. heh2.. seb baik ta’de duit ;p

    terima kasih ye cik famia atas cadangan dan pandangan.. sgt di’hargai.. dan datang la lagi utk kritik foto gila sy.. :)

  35. Your domain in your profile doesnt match . Please update your domain profile in our blog manager section

    (apsal adverlet aku kuar error mcm ni, padahal memang domain aku dah sama dah?, ke sumer orang ada error ni?)

  36. Hampir semua blog camtu gak. Cuba baca kat blog Advertlets:
    http://www.advertlets.com/weblog/2007/11/03/advertlets-scheduled-downtime-tonight-discounted-hosting-for-advertlets-members/

  37. Great comment.
    I am sure you will read our website..
    Thanks