Fast Update #14

Lama sudah aku tak bikin entree’ dengan tajuk Fast Update. Entree’ jenis begini akan timbul jika aku terlalu sibuk dan aku ada banyak perkara yang berfaedah untuk di’sampaikan. Mungkin. Mungkin. Theme baru? Apa dia? He he.

Advertlets telah kembali!

Sudah lebih 24 jam Advertlets boleh kembali online dan meter nombor di’dashboard aku pun sudah kembali berjalan. Tahniah kepada team Advertlets yang bertungkus lumus supaya Advertlets boleh kembali berjalan seperti biasa. Josh Lim tengahari tadi secara personal menghubungi aku meminta maaf & menerangkan berkenaan apa yang terjadi. Tidak mengapa Josh Lim, seperti pensyarah saya selalu kata, shit happen. Dengan tindakan Josh Lim menghubungi publisher secara peribadi begitu, menunjukkan kredibiliti Advertlets sebagai media pengiklanan Asia & Malaysia khasnya. Khabar’nya akan ada pampasan dari segi kewangan dari pihak Advertlets selepas apa yang terjadi, perlu ke?

Kelab VIP Nuffnang

Mari kita bercakap tentang Nuffnang pula. baru-baru ini, Nuffnang telah melancarkan sebuah kelab yang di’panggil The Nuffnang Glitterati. Aku lebih suka untuk menggelarkan kelab ini sebagai Kelab VIP Nuffnang. Syarat untuk menyertai kelab ini mudah sahaja, jangan sertai mana-mana media pengiklanan dari region Asia Tenggara atau dalam ayat mudah’nya jangan letak mana-mana iklan dari Advertlets,GrabMyAds dan Nufflets. Untuk jangkamasa pendek, aku rasa berbaloi untuk penulis blog bebas menyertai Kelab VIP ini dengan janji pendapatan 20%-40% lebih dari ahli biasa. Tapi untuk jangkamasa panjang, John Chow selalu berpesan, jangan letakkan semua telur anda dalam satu bakul. Sekali jatuh, kau tidak akan punya telur lagi. Langsung. Kosong.

MohdIsmailAds

Oh yeah! Pengiklanan di’Mohd Ismail dot Com kembali. Oleh kerana ada yang menghantar e-mail berkenan untuk mengiklan di’sini serta biasiswa JPA aku di’khabarkan akan masuk lebih lewat dari kebiasaan, maka ini’lah peluang untuk mereka yang berminat untuk mengiklan di’sini membantu aku membeli nasi lemak & air sirap sebungkus dua. Dengan kadar RM0.99 sehari, pengiklanan di blog yang menerima lebih 5.5 juta hits setahun adalah lebih dari berbaloi. Hubungi aku, kita sembang tengok.

27 Comments

hehehe telah tiba bro mail ni tukaq dia ounya themes :P pasal adverlets tu lega lah siap josh contact bro lg. so, kengkawan ku yg lain mana dh geram n ada yg hampa pun pikir2 la balik ek. apa2 pun kita semua insan biasa. hnya layak rancang je beb..

cun lah fat update ni. ye la, 3 update terus. cayalah bro…

P/s: nk adverlets atau vip nuffnag ek? :P

ha ha.. sebab itu la di’panggil Fast Update :)

soalan yg sebenar’nya patut berbunyi, berbaloikah sertai VIP Nuffnang sedangkan kita mungkin boleh dapat lebih dengan menyertai banyak media pengiklanan lain?

*rahsia ni tau, sepanjang 3 hari aku letak Nuffnang, aku telah berjaya generate earning sebanyak RM 0.. jangan tak caya!*

ha ha ha..

wah mael..ko slalu tukar theme, memang berbaloi aku visit blog ko tiap-tiap hari,

then advertlets sudah kembali,namun aku masih terfikir nak letak ke tak lagi advertlets …kan anything happen lagi kat advertlets, aku outstation seminggu tak leh nak online n check, jawabnyer seminggu blog aku 0 pengunjung,,,huhuhhu

sedikit hura hara…sibbaik blog ko awal2 da bitau apa sebab yg menyebabkan blog aku xble buka…hahah

kalo x konfem byk hosting2 kena marah bagai nak rak…miahahah

insyaAllah.. lepas ni dah takde dah kot jadi camtu.. :) mereka kan profesional.. he he

itu la pasal.. tp aku kat sini xde rasa camtu sbb kampus aku da siap blog redirection gitu ;p

berapa kali theme yg kau dah tukar dalam masa 4 minggu?

4 kali kot.. ha ha :) x lari jauh pun theme aku suma.. selera aku masih 3 kolum.. ;p

harap2 mcm tu la, lepas ni boleh la letak balik iklan advertlet, dan harap kali ini mereka betul2 professional,heheheh

slm bro,

Stiap pengiklanan ade cara masing2…mcm aku mle2 aku xpuas ati ngn nuffnang sbb dah 3 mingu ltak code tp xde income. pstu die trangkn kt aku, advertiser yg plih blog utk ltak die pnye iklan and minimum unique visitor mstilah 20 shari.

Lps 3 bulan aku letak code and unique visitor aku dlm 800++ shari ..dh 6 syarikat yg plih blog aku utk advertise [Digi, TM, Nokia, Fridays, Realbidz, 88DB].

Kne pkir jgk…ade syarikat yg nk mengiklan dkat blog2 yg visitor die bwh 10 shari? Even kalo kte mntak scara personal tnp org tgh..blum tentu dpt…mlainkan ade kabel(org dlm).. Sbb tu la blog2 yg psg nuffnang pnye ads kadang2 tu xde iklan yg appear, sbb xde syarikat nk mengiklan kt blog tu..myb sbb traffic rendah..

Ingt, nuffnang tu baru lg..so die ade la strategi marketing sndri..mybe die yg cari penaja2 utk pengiklanan utk permulaan..sbb baru establish..lain la mcm google adsense yg dah lame btapak…org yg cari die(Adwords).Myb ms mule2 adsense nak btapak, die cari sponsor dlu..

Aku pon ade join advertlets gak… tp aku rs income aku xslaju nuffnang..

Myb ko dah biasa ngn advertlets sbb ko dah gi rumpun die n ko knal ngn bos die…so ko lbih “pro” ngn die la..

tp xpe la..itu pndpt masing2….btol x mael?

betul tu aku sokong.. yg aku nampak la kan.. kalo letak kod ni, kene letak dlm satu span masa yang panjang.. baru cukup data utk advertiser yakin dgn blog kita.. he he..

cuma skang ni, aku rasa lebih selesa dgn advertlets..

:)

Mael.. Rajen Bonar Ko Tukar Theme.. Hehe..

kali ni, bersempena dgn kembalinya Advertlets.. ha ha ha

:)

aku rasa ingin gelarkan mael sebagai raja menukar theme.. cakap takde masa.. nak buat fast update.. tapi rajin tukar theme.. upload sana sini balik.. hihihi.. mael mael..

pasal advertlets, kalau dah josh call ko, mean diorang dah betul2 ok.. so jom ramai2, sangkut balik advertlets.. letak tinggi-tinggi… turunkan yang lain!

sperti mael, aku dan advertlets mmg x leh dipisahkan. haha.. bukan ape, perut aku dah agak buncit makan makanan ringan dengan menggunakan duit dari mereka.. belum pernah aku rasa begitu….

mael, insyaAllah, aku akan PM kau untuk letakkan iklan.. supaya kau boleh buncitkan lagi perut tu dengan air yg lebih enak-enak.. bukan dengan air sirap.. hihii..

tukar theme ni kejap je Khai oi.. maklum la da selalu sangat.. ha ha.. lagipun theme da siap tgl guna ;p

*dgr tu kawan2, Khai sampai kembung perut makan duit Advertlets.. ha ha.. satu peningkatan taraf hidup yang unik di’situ..

*come come Khai.. contact aku, nnt kita sembang tengok camne :)

aku da up balik advertlets…tp mcm biasa blog aku masih berpenghuni aku shj..haha

byk masa ko mail….huhu… msg aku balik weh, psl photo hunting tuh…

xpe Omar oi.. pelan2 kayuh.. blog ko perlukan lebih gadis2 manis mungkin ;p

he he.. aku saje je usik2 korang pasal foto hunting tu.. aku belum tentu balik. ;p minggu sebelum tu aku mungkin ke Langkawi.. ko amikkan gambar utk aku Omar..

dari pemerhatian aku, Mail memang rajin tukar theme belah malam… time aku masuk ke sini belah malam, aku tgk theme ditukar dan maybe berlaku error kat mana² dia tukar balik ke asal…

dan tindakan Mail sering menukar theme ni membuatkan aku dapat idea untuk theme web yg lain… thanks aaa Mail…

ko selalu dapat cari theme yang best. aku pula asyik mencari theme yang sesuai. adoi. mana aci!

aduhai.. rajinnye tukar2 theme.. blur syia tiap kali masuk site ni.. ingatkan silap blog dah.. hehe

nak tanye ni.. kenape RM0.99 ye?? kenapa x terus RM1.00 ..

he he.. ko banyak duit WaWa, upah la sorang buat theme ikut citarasa ko.. ramai kat Mesia ni sudi amik order :)

he he.. RM0.99 tu buat promosi & harga unik saja.. lagipun jimat RM0.01.. kumpul lama2 boleh beli eskrem vanila ceklat ;p

Bincang pasal advertlets dan nuffnang, walaupun aku mendpt pendapatan di advertlets dan meletak iklan nuffnang seminggu lambat tapi nuffnang lebih laju.

Lagi pun aku masih kaji tentang advertiser ni. Kalau tiada pun aku tetap menulis eheh.

Nuffnang? Aku mengharap pada nuffnang banding advertlets. Tapi harap2 dapatla..susah nor income dr asia nih..

agak suka dengat ayat ini.
“Sekali jatuh, kau tidak akan punya telur lagi”