Fast Update #15

Tesco Malaysia jual ayam sembelih secara tidak sah. Ini boleh aku berikan status WTF! Moment secara total. Mana tidak, Tesco adalah satu hypermarket yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jual ayam yang tidak sah cara penyembelihan hanya akan membangkitkan kemarahan & sensitiviti masyarakat Islam Malaysia. Alternatif? Lebihkan makan ikan, serius ikan lagi sedap & berkhasiat, atau beli ayam organik atau bela ayam sendiri.

PAS hanya letak 65 calon parlimen untuk Pilihanraya Umum ke-12. Aku tidak pandai mencatur politik. Tetapi, aku mempunyai sebiji kalkulator saintifik yang aku guna sudah lebih 4 tahun. Kata’kan, PAS memenangi semua kerusi parlimen yang di’tandingi, PAS hanya memperoleh tidak sampai separuh dari jumlah majoriti 2/3 kerusi parlimen yang mereka perlukan untuk membentuk kerajaan. Pakatan barisan alternatif? Tahun ini kita tiada manifesto Barisan Alternatif bukan? PAS, DAP & Keadilan semua’nya keluar dengan manifesto sendiri. Apa cerita minyak petrol murah seperti di’katakan, lebur la impian aku nak pakai Fairlady. Cis!

Harga minyak naik lagi, dan lagi, dan lagi. Fairlady aku sudah tidak kelihatan. Tahi’lah kau Amerika!

5 kesan maut akibat pemanasan global. Ok. Fairlady aku gugur’kan dari senarai kehendak aku. Sekarang aku masukkan green car kedalam senarai keperluan, atau aku perlu naik basikal?

55 Comments

Yahu.. Komentar Pertama.. Heh..

Waahh.. Susah Betul Sekarang Nak Pastikan Makanan Kita Tu Halal Ke Tak. Kalau Asik Was-was. Konfemla Tak Makan Kite Karang. Oleh Itu, Marilah Menyahut Cadangan Mael. Makang Ikang..

PAS Juga Telah Keluarkan Manifesto Negara Islam. Perjuangan Yang Berubah 2 Seperti Angin.

Minyak Naik. Jom Naek Beskal!!

ngeh3.. ikan je pun satu2nya makanan yg senang nak dapat & makan tanpa was2.. ;p *ade ke isu ikan x halal?* ha ha

aku pelik sebenarnya ngan pembangkang ni.. aku nak sokong pun jd serba salah.. ha ha..

Tula.. Last-last Pening Takyah Sokong Memane. Kita Tubuhkan Parti Sendiri. Sudahnya Beribu Lak Parti Kat Malaysia Nih.

mael, aku kira kita rakyat malaysia tidak ada masalah dengan harga minyak sepatutnya kerana kita adalah pengeluar. satu pendapat bernas dari aku [konon]. haha.

ramai pemikir kata begitu, kita tak patut ada masalah harga minyak kerana kita pengeluar… tp bayangkan la kalo aku memiliki sebuah kilang yang mengeluarkan tayar kereta..

jika tayar kereta aku pecah, aku semestinya tak boleh amik tayar kereta dr kilang aku, letak kat keter sendiri sesuka hati.. walaupun kilang tayar kete tu aku punya.. ye tak?

kita sekarang hidup dlm dunia global.. salahkan Amerika yang kawal kadar pengeluaran minyak.. damn!

aku tetap tidak rela dengan pengeksportan minyak kita ke luar negara, kui3.

pakai je la basikal. orang UK pakai basikal buruk, rilex je. bukan basikal mountain bike tu tau atau BMX, basikal apek tu pun ramai je orang pakai. yezza. kool je.

aku cuma akan cakap sekali. kalau PAS, DAP dan Keadilan menang kat semua kerusi Parlimen yang mereka tanding, (aku tak ada kalkulator, so agak2 je ni), MUNGKIN lah kan, BN menang 2/3 majoriti dengan majoriti yang sikit. tapi tak bermaksud, BN kalau berjaya bentuk kerajaan, akan menjadi kerajaan lemah. tak, tak. ia bermaksud, kerajaan dan pembangkang akan sama kuat di parlimen. MAKA, segala usul akan diperhalusi (harap-harap begitu) dengan teliti. sebab suara kedua-dua pihak pun besar. make sense tak?? ok. tu je.

tadi aku ada tulis komen, masuk moderation ke? aih…

itu perlu.. ada apa dengan malaysia? nak maju camnek kalau x jual minyak..

penjualan minyak untuk pembangunan yang di depan mata kita.. berbaloi tak?

jangan salahkan tesco.. diorang nak untung dgn cara mudah je.. salahkan jabatan agama islam yang tidur.. jika aku seorang yang beragama kristian (mintak dijauhkan), peduli ape aku nak potong ayam cara islam…. bukan ada jabatan agama islam yg nengok pon..

khai, try cek berapa petronas untung masa dulu ngan la ni. aku bukan kata x bleh jual minyak ke luar tapi harga kat dalam ni tak patut naik. kan? kan? kan? kui3.

jadi untuk mengelakkan termakan ayam tak halal dtglah ke temerloh dan makan ikan patin saja..

Minyak milik mesia grd yang bagus. Selain untuk kegunaan kapal terbang selebihnya sudah tentu dieksport. Bila yang selebihnya dieksport camana nak gunakan untuk kegunaan rakyat. So terpaksa import..bila dah import terpaksa ikut harga dunia..coz amerika yang control. Akhirnya kita yang kena tanggung.Kalau melawan pun nak tak nak kena isi jugak minyak. Nak protes pun bukannya satu perkara ynag mudah untuk diguna pakai apa yang kita luahkan.

So dulu2 dari duit side income seribu dua dah cukup tapi sekarang…sendiri rasa.Aku bukannya tak sokong 100% apa yang kerajaan buat, tapi ada sesetengah perkara tak betul jugak.Kerajaan pun manusia biasa seperti kita..takkan semua yang dibuat 100% betul dan begitu jugak pembangkang. Cuma apa yang orang ramai nak….nak tengok sejauh mana kewibawaan parti pembangkang.

Apapun kita semua diberi akal untuk berfikir dan tak salah kalau kita gunakan kelebihan akal yang diberi untuk berfikir sedalam2nya.

Yang penting aku tetap dgn pendirian aku..mana yang hampir kepada Islam itulah pilihan aku

Sori mael….terpanjang komen ;) Jangan ko marah aku pulak..heheheh

Khai…bahaya ayat ko tu…Jika **** seorang yang beragama kristian.Aku tahu ko tak bermaksud sebegitu. Tapi pada pandangan aku yg daif ni…rasanya cuba ko bertanya ngan yang arif untuk kebaikan.

Salam.

Dah Lama Aku Tak Naik Dan Miliki Kembali Basikal..Teringat Masa Zaman Pra-Remaja Dulu..Jom Ramai2 Pakai Basikal..Bankgrap Kan Pasaran Minyak..Haha

Kita akan Rugi Kalau Pakai Minyak Kita Yang Mahal Jadi Murah..Sebab 2 Kita Eksport Minyak Murah Ke Dalam Negara. Supaya Ada Timbal Balik..Petronas Untung Setahun 80 Bilion Setahun..Kaya Tu..

Calon parlimen PAS 65
Calon Parlimen Keadilan 66

kedua-dua parti pro kepada negara berkebajikan.

kalau menang kesemua 131 kerusi parlimen, sudah boleh membentuk kerajaan “BA” walaupun bukan 2/3

perr susah tau nak tubuh parti sendiri ni.. nak kene ada pengaruh..

tapikan ikan pun bukannye smuenye fresh

Pakai saja basikal.Malu?Apa nak malu.Biar nampak diluar tade apa apa,asalkan dalaman penuh dengan sesuatu.Aku pernah suatu masa terkagum tengok bos AEON Jusco kat sini naik basikal je pegi kerja.

So,sapa sokong naik basikal angkat tangan….

sokong2.. minyak mahal kite tu kalau tak jual..memang susah nak dapat duit majukan malaysia.. takkan nak pinjam dari negara lain

Aku terus terang yang aku tak konfiden langsung makan ayam yang di jual di hyper market atau super market…
Takut sembelih tak betul atau dpa tipu Jakim. Dah lama aku tak beli ayam kat tempat2 tu.
Tapi tak bermakna beli ayam kat pasar atau gerai OK juga? Kita memang susah sekarang sbb masalah penipuan sijil halal…

Aku suka sgt makan ayam, tapi lantaran was-was, aku tak makan nasi ayam masa pegi Giant food court minggu lepas…t’paksa bantai ikan…

Memang org UK pakai basikal especially kalau tempat tu landai dan rata + kena ingat, UK tu sejuk…

Naik basikal kat mesia nie sesuai pagi, petang dan malam je kot…tak sanggup aku naik tengah ari buta

saya pakai basikal pergi CC dari JMTi ni..
walau tengah hari buta pun

skang tak la, dah ada tenet kat bilik

ya, orang temerloh di sini juga.. ^^

bebudak aku rilek je pakai nissan tu..(org kaya agaknya takpun dia tokey skim cepat kaya)

takyah naik kereta la..joggin je..badan pun sihat :D

naek basikal la best..exercise..hehe..mmg susah la nak tau ayam skrg halal ke tak..emm

mmg la pas tanding 65 kerusi parlimen, dan keadilan tanding 60 kerusi parlimen dan tolak sarawak(yg dah mengundi) -28 kerusi, jadi 219 -28 lalu kita ada 191 kerusi yg dipertandingkn dlm PRU-12 kali ni… 125 kerusi di tanding oleh pakatan BA dan ada yg selebihnya ditandingi oleh DAP..

Teori 1 : walaupun kebarangkalian agak sedikit namun jika PAS&Keadilan menang melebihi 100 kerusi parlimen, maka peluang utk membentuk kerajaan adalah cerah…kalau korang baca manifesto PAS dan Janji Anwar(nama kpd manifesto keadilan), nada yang disuarakan adalah sama…penurunan harga minyak dan pendidikan percuma misalnya tertenra dalam kedua2 manifesto-itupun kalau korang membaca sebelum menulis..

Teori2 : there’s no permanent enemy in politic…teras kpd pemerintahan malaysia ialah org melayu.Let say UMNO kalah dalam banyak kerusi parlimen yg ditandingi lalu akan berlaku perubahan dalam pakatan BN kerana mereka bersatu atas nama kuasa…Katakan semua menteri termasuk PM dan TPM kalah dikawasan masing2…lalu xkanlah MCA dan MIC masih nak bekerjasama dgn UMNO?

disini aku tgk ramai yg cuba congak politik dgn kakulator..ikhlas aku ckp, korang silap jika berbuat demikian….politik perlukan byk strategi dan semuanya tak semudah yg disangka…paling utama ialah, kalau xleh turunkan harga minyak, pastikan harga minyak tak naik dgn nafikan majoriti 2/3 BN…

Kalau BA mengatasi BN walaupun dengan kelebihan 1 kerusi, maka secepat kilat parti komponen BN yang kecil akan lompat ke BA.

Bayangkan PP memang 1 kerusi, tapi duduk dalam BN yg kalah, saya jangkakan mereka akan melompat

Hoh.. Encik Ady Tiru Stail Menaip Aku. Haha.. Apeda.. Pasni Aku Buat Huruf Yang Last Pada Setiap Perkataan Lak Yang Besar..

haI.. apE khabaR ?? hahahA.. peninG kepalE. maraH datuK raiS yatiM..

hehehe.. ingat, ingat. UK ni sejuk. saje je tu.

(abaikan apa yang aku ckp tadi. sebab aku tak tau berapa jumlah kerusi utk Keadilan dan DAP)
seperti apa yang melayubuntu cakap, aku sangat setuju. sebab ni lah juga yang aku nak cuba sampaikan. harap maklom.

minyak naik? cis! aku bakal menjadi pengguna jalanraya

Tapi Sekarang Dah Pinjam Duit Kat China Nak Wat Projek Besar2..Dulu Tak Yah Pun Pinjam2..Pok Lah Oh Pak Lah..

Ni Ko Punya Pengaruh La Ni..SalahKan Orang Lak..Haha

kena bela ayam sendiri dan sembelih la lepas neh. kat melawati neh seb baik ada kedai sembelih ayam. kita nampak sendiri dia sembelih. hehe :)

Ramai betul pengkomen untuk post nie….
Kita tunggu camne nanti..

aku suka makan ayam walaupun tau ayam jenis urban ni memang tak baik untuk kesihatan…
harian metro ada keluarkan isu ayam/itik sembelih tak betul oleh sebuah pasaraya tak lama dulu, tapi diorang hide kan sape pasaraya tu…

Mael, tolong emelkan file PSD untuk logo selebrific. I nak guna you, hehe..

hi aku tulis ni dr iPod touch kat kedai switch ha ha ha

siol..aku baru beli ayam kat Tesco..Tahi’ betul!

Yaa..Itu Lebih Selamat..Kalau Sembelih Sendiri Baru Slamat..Yakin Lagi Penuh..

jangan Fahmishah oi.. jangan beli kete, langsung.. ha ha.. mulakan gaya hidup sihat, jalan kaki walau kemana jua ;p

wokeh.. aku akan emel :) tgu saja ye Bat..

:) he he.. taktau la plak aku nak kata apa.. kalo ko yakin ayam itu molek utk makan, makan je..

ahh sudah. masing-masing nak tunjuk kreatif. kalau terer cube tulis terbalik.
muyok komeg, amek ko!

ko tulis pakai ipod touch?
kat kedai lak tuh.
gile ah ding dong!

ya bro..skrang ni masa tk cukup ar nk berblog..busy ma..

cakap pasal ayam neh… alahai, hari tuh ada sorang budak kolej aku pg makan kat kafe kolej dan ayam gorengnya dipenuhi ulat di dalamnya. naseb baik aku bukan kaki pg makan dining, skung neh takder lah aku nak gi dining lagi. tapi sian gak kawan2 aku yg terpaksa bergntung makan kat dining sebab dining tutup. apasal admin kolej tak pantau bende ni. dah jadi mcm ni baru nak nyesal. skung student nak makan apa. alahai ayam. tesco dah tak halal. pastu ayam masuk ulat plak. adoi.

barisan alternatif katanya kalu menang nk bg air free..pi dah,kelantan PAS dah 18 taun memerintah, air xfree2 pon, dahla berkarat jer.damm(walau ak penah praktikal dgn air kelantan,kutuk jgk,xkire,ahha)..propaganda semata2.tipu kanak2 bole aa

ops tertinggal..kelantan bru ada tesco.gtau nik azis,kene bom tesco kelantan.hoye

Ehm..susah nak cakap bab ayam ni. Aku dengar pun dari kawan aku. Ayam kat tesco memang murah katanya. Sekarang, aku nak makan ayam. Aku balik kampung nenek je. Ayam kampung. Lagi best makan. Hehe..

harga minyak naik, orang kaya masih lagi tersenyum kambing. tapi kalau harga minyak naik juga, orang kampung naik besekal macam zaman jepun la.

ayam kat kampung aku, memang selamat dimakan, tiada bird flu.. oho

ko cakap macam kanak-kanak la

harga minyak naik juga, maknanya rakyat naik angin.

Tak salah rasanya kalau pembangkang rampas 2-3 negeri untuk tempoh 5 tahun akan datang