Fast Update #16
- 39
- Add a Comment
Itu dia! Bila aku check balik, kali terakhir aku bikin entri jenis Fast Update adalah pada 22 Februari lalu. Dan, Fast Update #16 akan merungkai sedikit tentang kehilangan (yang tiada siapa peduli pun sebenarnya) untuk seminggu yang lalu.
Apa khabar, sihat?
Aku baru pulang dari Johor, atau lebih spesifik Pasir Gudang sana. Sekali lagi aku ke’sana tetapi kali ini untuk menghadiri temuduga dengan syarikat yang bagaikan Hollywood untuk pelajar Kejuruteraan Kimia. Aku sanggup menghabiskan masa hampir 24 jam (pergi & balik) perjalanan di’atas bas semata-mata mahu menghadiri temuduga ini.
Tetapi, secara jujurnya, temuduga ini adalah sessi temuduga paling relaks pernah aku hadiri. Orang’nya di’sana sangat mesra alam, awek-awek ofis pemanis mata & barisan makanan yang tidak putus sejak pagi hingga habis sessi. Kami makan, kami bersembang, kami makan lagi, kami buat sessi lakonan ala Apprentice & kami makan lagi. Temuduga ini merubah perspektif aku 100% tentang Titan Chemicals.
Memerangi SPAM Durjana
Aku letih padam SPAM. Akismet sudah tidak jalan dengan blog ini kerana ada masalah di’bahagian server. Aku malas mahu fikir dengan lebih dalam. Aku terpaksa (terpaksa) untuk letakkan sedikit ujian kemanusiaan di’bahagian komentar untuk mengurangkan atau melupuskan terus komentar SPAM di’sini. Jika ada sesiapa yang tidak selesa akan ujian ringkas itu, beritahu aku dan aku akan lakukan sesuatu yang lain. Mungkin minta untuk kalian daftar. Boleh?
Entri lain akan ke’udara seperti biasa. Untuk sekarang, orang-orang tua selalu kata, jika satu permintaan atau doa itu di’aminkan oleh lebih 40 orang, ia akan termakbul — aku mahu doa kalian supaya aku di’terima kerja di’Pasir Gudang sana.

39 Comments
Siti Nurhaliza
June 17th, 2008
at 11:42pm
percubaan komentar 1,2,3…
Mohd Ismail
June 17th, 2008
at 11:43pm
ok sekarang sudah boleh bebel balik.. ha ha.. sgt saket kepala la ini wordpress.. baru tinggal seminggu da jadi mcm2.. ha hah a
zen
June 17th, 2008
at 11:47pm
blog ko dah menjadi target berbagai jenis spam ubat-ubatan…famos jg tuh
Mohd Ismail
June 17th, 2008
at 11:53pm
xjalan gak la letak math ringkas gitu.. jahanam tul spam ni.. server ni lak xleh synchronize dengan Akismet..
skang siapa mahu komen, kene register.. kalo lepas ni melambak gak spam.. aku disable komen terus.. ha a ha ha
noris
June 18th, 2008
at 1:26am
kene register ke?
aku tak register, maka komen ni takkan keluar la ye.
nota:aku dgr WP SpamFree plugin agak okay. cube try.
Mohd Ismail
June 18th, 2008
at 1:29am
skang aku tgh pakai WP-Spam Free.. kita tgk camne.. hehe =)
register ni mcm leceh2 la plak.. aku pun xmo kalo blog org lain komen kene register.. ha ha
MK
June 18th, 2008
at 2:46am
waow.. Siti komen kat sini.. wahaha
saje try komen testing testing
Mohd Ismail
June 18th, 2008
at 3:01am
aku kene wat manual gak nih.. aku kene approve komen satu2 unless korang pernah komen kat sini sebelum ni =)
mari bebel!
cikahmad
June 18th, 2008
at 6:06am
Ada hikmahnya tu mael..jangan risau!
Makna nya blog ko ni nak meletop tak lama lagi.Ha ha ha
KNizam
June 18th, 2008
at 7:22am
besar tuh company titan. memang besar kilang dia. berkilat2 paip2 besi dia aku tengok. hehe
aku dah pakai 2 spam killer sekarang. both akismet ngan spam karma. akismet dah kureng menyengat la sekarang. haha
mrkay
June 18th, 2008
at 7:39am
ces.. penat aku melompat sbb dpt komen 1st smlm.. tp tak masuk uper nye.. ada prob yek.. arghh.. haha..
lagi skali aku doakan semoga ko dpt kerja itu.. amin…
ambsmart
June 18th, 2008
at 9:02am
Aku tumpang SPAM sini bole? Hehe..
syam
June 18th, 2008
at 9:55am
spam komen mmg jahat mael…tp klu ko soh org register semata2 nak komen, mmg menyusahkan peminat kau. kurang sket populariti kau. mcm dolah badawi hilang populariti sbb naikkan harga minyak
duo
June 18th, 2008
at 9:57am
Mail,beruntung kalau ko dpt keje kat Titan tu,brother aku pernah keje sana,dia ckp tmpt keje plg best cari pengalaman & duit.kwn dia dh bertahun berkerja kat situ,last2 berhenti dpt keje plk kat Qatar(melalui pengalaman kat Titan tu la)Selamat maju jaya ko mail.
xmindfreakx
June 18th, 2008
at 11:07am
gila ah..ko nak kerja kat titan mael…tahukah kau wahai mael,bahawa jika apa2 berlaku di titan pasir gudang,maka secara rasminya setengah JOHOR akan mendapat kesan..ah..gila ah..
ika
June 18th, 2008
at 2:34pm
:D dah bleh komen balik hehe
tak payah la register2 tu. leceh =]
kooreen79
June 18th, 2008
at 3:40pm
goodluck..semoga dpt keja yg diimpikan itu..
zool
June 18th, 2008
at 4:40pm
Best le ko nanti .. Dapat keje kat Pasir Gudang..
tapi lagi best sbb masa interview pun siap dapat makan2..
tak penah aku interview ada makan2..
Saharman
June 18th, 2008
at 5:39pm
Kepada Saudara Mohd Ismail,
Aku harap kau dapat kerja kat Titan Chemicals tu kerana aku adalah salah sorang pemilik syarikat gergasi tu ….aku harap kau kerja rajin rajin bukan macam office mate aku yang asyik berchating jee kerja dia ….dah la datang lambat . Dengan kerja rajin kau tu aku harap syarikat akan lebih untung dan saham syarikat akan naik lebih RM 1.77 sen supaya aku boleh jual saham aku tu yang sampai sekarang tak naik naik …..RM1.29 sen …cuba kau kira berapa aku rugi …cilaka betul . Aku beli masa IPO lagi …cis …
Yang Benar,
Pemegang Saham Titan Chemicals
asx
June 18th, 2008
at 6:16pm
Spam kn? . aduhai . macam dah menjadi2 . Spam Poison dah cuba? . Search di google ya .
laling
June 18th, 2008
at 9:44pm
Hello Mael
Terima kasih atas lawatan anda ke blog laling..Anggaplah ini satu kunjungan balas..Tu jer nak kata harap awak berjaya dengan kerja tu ada rezeki awak tak kemana janji awak tahu how to manage people.
Mohd Ismail
June 18th, 2008
at 11:37pm
ha ha.. ko pemegang saham Saharman.. =) ko rekemen la aku tuk ke’sana.. mesti aku keje baik2 punya kasi harga saham naik.. dan ko boleh beli keta api mainan lebih banyak tuk Hariz.. he he
Mohd Ismail
June 18th, 2008
at 11:39pm
ai laling.. aku konfius ko ni laki ke pompuan =) selalu je tersesat ke’sana dek kerana link2 aneh.. ha ha
*alasan*
Mohd Ismail
June 18th, 2008
at 11:40pm
aku tahu bila interviewer tu bgtau aku yg titan penyimpan bahan mudah terbakar terbesar kat sana..
dia tanya, sanggup?
aku jawab, sanggup!
ha ha ha
Mohd Ismail
June 18th, 2008
at 11:41pm
itu la pasal.. mmg heaven gila masa interview.. ha ha =) ari2 interview pun xpe..
bajet
June 19th, 2008
at 12:09am
Alamak mail!
Kau mintak keje kat sana? nak tau?
Tu tempat keje lama aku la…keciknya Malaysia ni ye,pusing2 terkena kat tempat kerja paling nostalgik..semoga berjaya dapat keje kat sana!
Jgn lak kat paip2 yang berserabut tu nanti kau tulis http://www.mohdismail.net banyak2 dah le..he he
sallikin@nikillas
June 19th, 2008
at 4:13am
wah.. mantap r mael.. bakal graduan USM ni dah nak dapat kerja dah…
aku doakan ko berjaya dapat kerja kat sana…
bab SPAM ni aku x leh nak kata apa dah…
apesal la wujud SPAM neh..
buat serabut je…
sob3.. email aku penuh dgn beratus² SPAM..
abdfatah
June 19th, 2008
at 8:01am
nak kerja ke? takper laaa kiranya doa untuk mudah kerja dan tidak terketar lutut terkumat kamit masa interview dan sebagainya… moga berjaya dapat kerja.
nih dah bukan 40 orang dah mael, seluruh malaysia… setiap saat hari hari doa dapat kerja. hahahahaa…
abdfatah
June 19th, 2008
at 8:03am
hehehe… rasanya depa tau ke time online dengan tak online agaknya. itu pasal derang buat serangan berduyun2 hahahahaa…
megat
June 19th, 2008
at 9:39am
ko interview kat titan petchem ke mael? tempat keje lama aku tapi dalam department it.
ko tak helo aku lak. klu tak boleh lepak sama eheh. lagipun apa yg aku tahu cara titan interview ko kena humble, derang suka amik orang yg ada komitmen nak belajar!
insya allah selagi ko dlm kriteria derang ko dpt keje tu… amin.
kakeru
June 19th, 2008
at 10:31am
Ismail,
Hopefully dapat keje tu nanti. KLu dapat, kena belanja kami semua selaku tukang komen yg baik hati lor…hoho…
ika
June 19th, 2008
at 10:56am
macam masa nak interview masuk utp je ni..hehe
makan 100% ditanggung. oh! sedapnya…
catzer
June 19th, 2008
at 5:00pm
muhahahaha..mmg awesome lah..titan chemical. Aku ada few kawan disana and surelah mereka lelaki sbb titan byk amik graduate lelaki dr girl..itu terbukti dr penyiasatan aku bersama kawan2 disana..kah kah.kalau ko dpt keje disana jgn lupe shot apa2 picture menarik erk. :D
titan
June 19th, 2008
at 6:19pm
hoho. semoga ko dapat. Dah cukup 40 lum?
Mohd Ismail
June 20th, 2008
at 1:15am
betul gak Catz.. masa aku pi itu hari, pesaing2 aku semua lelaki.. hehe =)
tp diaorg claim, ade jurutera pompuan gak kat plant Titan =)
ko try la!
Mohd Ismail
June 20th, 2008
at 1:16am
nnt aku pos sorang sebijik karipap kalau aku dapat.. boleh? ;p
thanks kakeru!
Mohd Ismail
June 20th, 2008
at 1:18am
aku x sempat nk hello sapa2 pun Megat.. ZakiYamani pun x sempat =)
kalo ko bahagian IT, mesti kenal En.Fauzi kan?
*ramai rupanya ex-Titan kat sini ye*
Mohd Ismail
June 20th, 2008
at 1:20am
bajet, nape stop keje sana? atau ko da dapat offer baik dr company lain? he he
haah, kecik je Malaysia ni.. dgn ada internet, lagi la kecik.. haha
gie
June 20th, 2008
at 8:35pm
so,camne..dapat tak kerja kat sane mael…kalau dapat,leh la aku jumpe ko..chewah..amik photograph..bukan autograph..hehe..