Fast Update #17

Seminggu aku tidak menulis di’sini. Masa yang aku ada untuk membaca maklumat baru & menyampaikan kepada pembaca aku telah di’curi oleh satu aktiviti lain yang orang selalu panggil kerja.

Aku berminat dengan format snippet CheDet.com & apa yang kawan aku lakukan. Aku mahu cuba.

1. Aku sudah bekerja — sebagai eksperimentasi hidup & menutup mulut sebilangan orang. Bertugas menjadi eksekutif untuk satu bahagian penting di salah sebuah syarikat yang tersenarai dalan Fortune 500.

2. Untuk berlaku jujur, kerja adalah tidak menyeronokkan. Terlalu bising & pekerja bawahan seolah-olah tidak faham bahasa Melayu. Aku sedar Bahasa Melayu SPM aku B4.

3. Aku mempunyai kadar toleransi yang rendah dengan bunyi bising. Pening kepala yang berdesing akan menyerang sehingga subuh tiba. Beberapa jam selepas subuh, aku perlu kembali ke tempat bising. Shit!

4. Solusi’nya, minggu hadapan aku akan hadir interview kerja baru. Minggu lepas sahaja aku terima tidak kurang 3 panggilan untuk interview. Bak kata Steve Jobs, keep looking, don’t settle.

5. Bukan tidak bersyukur dengan pekerjaan sekarang, malah aku tahu kerja baru ini kemungkinan besar lebih rendah bayaran’nya. Aku perlukan masa lebih fleksibel & tiada bunyi bising. Duit masih bukan segalanya.

6. Seminggu ini aku rasakan yang aku ketinggalan zaman kerana kurang membaca. Ada tak kerja yang di’bayar untuk membaca? Kerja Kumprinx nampak menyeronokkan.

7. Apa cerita 16 September kita? Dengar kata sekarang kerajaan sedang giat menjalankan operasi ala Ops Lalang. Punah’lah harapan kita mahu menikmati minyak murah.

24 Comments

aku first.. bodoh punye mael.. yahoo!

kerja dgn manusia tak paham bahasa memang sgt tensen. kalau tak tahan bolh buat kau dpt penyakit jantung di masa muda. jadi cr kerja yang sesuai dgn kau mael…

kerjaan apakah kau dapat sekarang?? engineer kah?

kampeni ape?huhu

aku pon tak suka gak keja dalam suasana bising2 nie..
tak tenteram.. keja boleh tak jadi…

tapi kalau sunyi sangat pon xboleh…
bosan la pulak..

Ramai Yang Suka Mencuba Gaya yang DiBuat Oleh Tun.. Mungkin Itu yang DiTerapKan Oleh Beliau Semasa jadi PM duluKot

Mail, kerja sambil menyumbatkan telinga dengan span speaker headphone dari iPOD mungkin boleh membantu. Layan …. !!!

oh patutlah sudah lama tidak kelihatan, sudah kerja rupanya. carilah kerja yang bersesuaian dengan apa yang kau nak selagi kau tidak mementingkan duit.

jika tidak kau akan jadi seperti aku, sudah jatuh sakit. asasnya adalah kerana tekanan dan impak terlalu tinggi bekerja dengan pekerja asing spt dr korea, jepun (cakap inggeris bertabur) dll

selamat berjaya dalam hidup!

aku tiada pengalaman kerja lagi.. tiada komen perihal kerja kamu itu.. busy sungguh kamu ini ye.. hurm..

@fake mohdismail ape ke masalah ko ngan aku.. aku minta maaf la ye kalo aku ade terusik ko ape ke..

@aeropama bukan setakat xfaham bahasa, kdg2 kita di’bahasakan balik.. tau la aku org baru.. ceh!

@oliver xserunuk la nk cerita kerja yang x serunuk ni.. nnt aku dapat keje best, aku canang.. ha ha

@mrozaidi rasa senang,, straight to the point =)

Gud luck di alam perkejaan anda!

aku dah merasa keje dengan orang. Selesa tu memang tak ada. Badan mesti penat punye. Otak dan mental memang kacau. Kalau takde benda yang leh ganti balik kesenggalan tu, badan ko yang tanggung akibatnya..

Haha, aku pun cadang nak cari keje lain ni..

Tempat keje aku pun bising..
Bukan sebab mesin atau apa..
Sebab boss aku selalu bising..
Suka membebel dan merepek…

@titan Kalau takde benda yang leh ganti balik kesenggalan tu — urut? he he.. ade bini xpe la.. ni bujang, nk mintak sape urut2.. ha ha

@zool ko tulis da mcm pantun 4 kerat.. =p

haha.. tahniah kerana telah menjadikan diri kau sebagai pekerja.. huhu.. aku pon tak ske keje dlm keadaan bising sgt.. dah brape company aku keje, semua jenis opis yg sunyi sepi.. bising dgn bunyi kebod je.. huhu.. kdg2 kalo ngantuk try sumbat earphone.. yg pelik aku tros tertido dgr lagu.. wakaka..

*apsal akhir2 ni aku cam asik komen benda yg tak brape kene mengena ngan entry?*

Hidup Mael.. Aku Sekarang Pon Mengenengahkan Prinsip Aku Mencari Kerja Bukan Kerja Yang Mencarik Aku. Hahaha.. Maknanya Aku Perlukan Pekerjaan Yang Memuaskan Nafsu Dan Minat Aku, Bukannya Bekerja Kerana Terpaksa Demi Paycheck Di Hujung Bulan.

Tapi Akulah Penganggur Sejati Di Bulan Puasa. Kembali Menerjah Ke Alam Pekerjaan Selepas Aidilfitri. :D=

herm belum sampai setahun aku kerja, dan secara jujurnya aku rasa aku ‘tak berapa’ suka dengan keadaan aku sekarang.

aku nak kerja lain boleh? kerja yang lebih mencabar minda, kerja yang lebih kreatif~

Ha ha ha.. Yo ko….

@qaiyum kool la ko.. bulan2 puasa org carik duit raya, ko jadi penganggur berhias.. best gila!

@shambie freelance la.. sambil2 jual hasil kreatif ko.. dr bilik tido =) he he..

tahniah, walaupun kerja tu mgkn tak sesuai utk ko tapi nanti nanti jumpa la kerja yang sesuai utk ko. hehehe

la tak best ke kerja kat kilang kimia tuh eh…hehe :)

bunyik kimia bergaduh ker yang bising2x tuh ?

aku dulu tahan 3 bulan jerk keje di company pertama dan terakhir selepas grad..hahahaha…

Leave a Comment