Fast Update #18

Kelmarin aku kembali ke sekolah atas urusan persekolahan. Aku ternampak makmal komputer sekolah tersebut ada logo Mozilla Firefox yang di’jadikan mural.

Dinding sebelah sana ada logo Internet Explorer. Kerana tidak berminat, aku ambil gambar ini sahaja. Yang sedang berjalan itu di’fahamkan seorang guru praktikal. Gadis Cina berbaju kurung.

Tiada apa sebenarnya yang aku mahu tuliskan di’sini bila aku sibuk dengan perkara lain. Dengan lebih tepat aku sebenarnya terjumpa satu method menarik untuk memanipulasi algoritma enjin carian Google & Yahoo untuk trafik.

Masalah Pelajar (Remaja) Zaman Sekarang

Sepanjang seminggu lepas, memang heboh satu Tanah Melayu dengan dua video klip yang melibatkan remaja Malaysia. Satu, video klip pelajar menendang guru & satu lagi aksi ‘Tayangan Perdana’ di Terengganu.

Tidak banyak yang aku hendak katakan tentang kejadian yang bagi aku sudah biasa sekarang ini. Beza’nya, kedua-dua situasi ini terakam dalam telefon bimbit. Terima kasih kepada kemajuan teknologi.

Melawan guru bukan perkara baru lebih-lebih lagi jika guru tersebut seorang yang kurang juga moral’nya. Melihat kepada video, seperti kata NoktahHitam, guru tersebut sebenarnya yang over. Marah gunung berapi sekalipun, jangan main fizikal. Siapa pun akan melawan.

Remaja & keterujaan terhadap seks juga biasa. Kalau kau cukup lama dalam internet, kau pasti tahu mana untuk dapatkan klip video persis ‘Tayangan Perdana’ tersebut. Malah lebih dahsyat & professional. Jika jabatan pendidikan tahu, semua sekolah pasti di’geledah. Sekali lagi, terima kasih kepada kemajuan teknologi.

Satu sahaja harapan aku, ibu bapa lebihkan masa memantau aktiviti anak-anak. Dengan siapa mereka berkawan & bagaimana masa mereka di’habiskan. Cuma jangan sampai mengongkong, itu boleh timbul isu lain yang sama rumit’nya.

Mawi & Ekin mahu kahwin ya? Aku rasa kelakar’lah melihat siaran langsung pengumuman tadi petang. Entah kenapa. Kelakar. Tidak teruja seperti Datuk K & Siti Nurhaliza dahulu. Aku dapat bayangkan yang perkahwinan Mawi & Ekin tidak akan jauh beza dengan Akademi Fantasia.

Comments

43 Comments so far. Leave a comment below.
  1. xde org nak lukis gambar opera ke? xlama lg maybe ada google chrome kot nyer logo lak…hehe….

    yg kena kongsi part cara nak memanipulasikan search engine tuh..kena kongsi..harus !

  2. zaman makin berubah.. :)

  3. Tengoklah macam mana nanti. Maksud aku, cubalah beli majalah ataupun surat kabor sebab manalah tau, kalau-kalau muka aku ada…. (wahahahaha.. interframe laa).

  4. Ehhh…. lagi satu, bukan muka aku kat dalam henpon seks tu yea, tapi dalam perkahwinan mawi ngan Ekin nanti. Aku ingat aku nak interframe semua shot yang diambil wartawan… ekekeke

  5. sekolah pon pakai mozilla firefox..
    aku masa raya haritu ada tolong baik pulih komputer di salah sebuah politeknik…
    aku boleh kira beberapa komputer je yang gunakan browser firefox.. kuno betul.. haha..

  6. rham,

    lawa betol mural firefox tu.
    video klip pelajar tendang guru aku tau dan dah tengok
    tapi pasal video klip tayangan perdana.1st time dengar.
    Sharela mael untuk kita semua jadikan teladan.haha

  7. @life4hire dia gabungan targeting certain keyword dengan weight yg setiap click bawak utk setiap carian =) he he.. aku nk citer pun susah..

    @rohaizad okeh rohaizad.. kalo ko bawak A4 dengan URL ko, lagi gempak.. senang nk kenal =)

  8. @rham aku pun xde lagi klip tayangan perdana tu.. =) baru sgt tu, da terkantoi kat cikgu.. x pro lgsung.. ha ha

    @menteil biasa la menteil, org kira layan myspace lebih dr nk explore dunia internet ni sendiri.. bg diaorg, myspace=internet.. nothing else..

  9. mad,

    salam buat bro ismail
    dah lama saya ikuti web/blog nie
    sangat menarik perhatiansaya
    penuh dengan maksud yang tersirat

    boleh bagi tips-tips tak untuk saya mulakan blog sendiri
    saya dah cuba buat,tapi masih bercelaru lagi.
    terima kasih

  10. salam mad..

    aku bg secara pantas ye?

    1. Dapatkan domain + hosting sendiri (Fivio.com atau DataKL.com) ATAU mulakan blog di Wordpress.com

    2. Tetapkan matlamat blog; peribadi atau hiburan atau informasi gadget atau apa sahaja. Stick to it!

    3. Bersosial – Tinggalkan komen kat blog2 lain, Twitter, Digg, Negaraku.net.

    4. Jangan putus asa. Menulis blog bukan sesuatu yang menarik kalau tiada sabar.

    p/s – elakkan Blogspot. Terlalu 1999. Ha ha!

  11. aku pun rasa guru harus punya pendekatan psikologi terhadap murid2.
    Bukan dengan memarahi, mengasari. Tak akan menjadi cara macam tu.

    Berkenaan video 18sx pula, tak dpt kita nak salahkan teknologi serta telefon bimbit semata-mata. Sahsiah diri remaja yang utuh perlu dibina supaya ada benteng mereka terhadap anasir keji ni.

    p/s: bgs lagi blogging dr rakam & cari 3gp. Haha.

  12. nape pelajar skg berani lawan cikgu?

    aku sllu dgr orang tua ckp, klu dl pelajar dimarah atau dipukul cikgu, mak bapak dorang tak salahkan cikgu lgsg..tp pelajar tersebut pulak kena marah ngan mak bapak dia..

  13. yo. mail.
    bleh contact aku tak.
    ada hal penting.

  14. zool,

    Zaman makin berubah..
    Dulu pun aku penah gak kena lempang ngan cikgu …
    Merah muka aku.. Tapi tak lawan pung…
    Kena sebat pun penah…

    Kalau melawan orang yang bagi ilmu kat kita nanti adalah balasannya..
    Tapi budak sekarang mana ada hormat cikgu.. tu sekarang banyak cikgu2 ‘play safe’.. ko nak belajo2 le.. nak terlungkup ko punya pasal.. janji aku dapat gaji.. cukup makan. nasib baik aku tak terima cikgu dulu.. kalau tak aku pun akan jadi cikgu yang ‘play safe’ camtu..

  15. heh, sudah puas aku carik 3gp tu..nmpaknye aku masih noob nih..>>dh rs tercabar tk terjmpe 3gp

  16. haha.mesti dah kering idea nak lukis mural apa.
    berkenaan remaja, ibu bapa aku akan tunjukkan jari telunjuk aku

  17. aman,

    hoho…lawa gambar firefox sbagi mural kat dinding..mungkin tak lama lagi openoffice ngan gimp kot. haha. Adakah cara nak dapatkan trafik tue melalui penggunaan tajuk-tajuk panas sepanjang minggu..hoho

  18. ika,

    dengar kat era ada sorang owner butik tu siap nak sponsor lagi mekap semua2 tu.(nati dorang kawin).

    mawi dah kaya la..
    baik die sponsor mael yang dah gian nak kawin ni hahah

  19. ika,

    kawan sy still ramai lagi yang prefer IE….
    dunno why..

  20. khai,

    best la skolah ko mael.. rajin diorang lukis logo2 tu …

    hurm, pasal murid tendang cikgu tu, aku dah nengok gak. mmg patut pon kene tendang… kalau aku la, bukan setakat tendang, aku pusingkan kepada dia 360 degree.. huh ~ zaman skang ni camne la ade cikgu macam tu lagi… budak2 skang bukan macam dulu…

    pasal tayangan perdana bak kate ko tu mael, entahlah.. aku sendiri pon banyak kali terkejut dan terkucil bila video2 yang disebarkan member2 aku melalui bluetooth, banyak keluar muka2 kawan perempuan yg aku kenal juga… satu batch ada, junior bawah aku ada… WTF?

  21. khai,

    Ika, kawan awak tu rumah dia tempurung ke? hahahahhaa

  22. caya lah mozilla.. hehe..
    dalam hal cikgu and murid ni. Dua-dua salah..
    zaman sekarang ni. memang pelik.

  23. tayangan perdana mana lak kt trg??? aku xtau pun…hehehe

  24. mawi nak kawin? pigi mampus! terima kasih kepada teknologi tv yang dengan bodoh membesar2kan perkara sedemikin yang tidak memberi faedah sedemikian. huhu.

  25. sekolah pon guna firefox.. ntah bile plak jabatan kerajaan nak buat camni..

  26. p/s – elakkan Blogspot. Terlalu 1999. Ha ha! <<< Yg ni kelakar!

    Thanks for the link back Mae. Haven’t seen you around so much.. either you’re busy with work or you concentrate on your other blogs? What ever you do, good luck.

  27. saya tak pandai bermain trafik. saya pandai buat entry je. macam kesian la pulak. disebabkan menjadi anggota kesian, saya mintak diri.

  28. iziana,

    mail, aku rindu kau! haha
    dah lama tak chat & da lama gile tak baca blog ko
    still kt usm or da grad yeh?

  29. iziana,

    btw ko knal aku lg tak?
    hahahaha

  30. Adry,

    firefox ek… saya suka safari… hehehe… nanti ada gak kot… hehehe…

  31. aku selalu confuse ngan trafik2 neh
    last aku main belasah je tulis blog. haha

  32. tapi mawi ekin tak dpt la bersanding kt pentas AF mcm Khai-Rosma..
    kalo nak kene tunggu time AF6

  33. ika,

    khai : haha xtau le tu.. tapi lab comp kolej saya memang tempurung..98% comp still use IE.hampeh..dahla lambat cam siput huhu
    haa..da start kutuk kolej sndiri dah ni XP

  34. IE?? Ape tu?? Hehehe..
    kes budak kuang ajo ni benda lama sbnrnye..
    cuma cara je berubah..
    kalo masa aku form 1 dulu bdk prefer calarkan keta cikgu je..

  35. aku dulu sekolah mmg jahat, tapi tak lawan cikgu pun.. sbb bagi aku senang, moto masa aku sekolah pun senang, “Hidup Nekad Mati Muda”, jadi nak famous kena jadi jahat, so berani buat berani tanggung, bukan macam budak sekarang, bangang tak tentu pasal..

    (alhamdullilah semua gang aku yang penah kena lokap jadi org, paling selekeh pun Diploma..)

  36. [off topic] Mail masalah log in ko da ok. =)

  37. diya,

    bosan lak bila cite mawi ekin nak kawen ada kat mana2… mcm lah org lain tak penah kawen. huhu

  38. @mixterr thanks mixterr & JomStar team =) really appreciate it..

    @haritz kalo x kene lokap, mesti semua da ade degree kan? he he.. *hi haritz*

    @fabregas amboi x kenal da IE tu apa.. ha ha

  39. @NoktahHitam dua2.. dan aku rasa aku kurang da bersosial (maya atau realiti) he he… kene kembali ke asal ni..

    @chika hai chika!

  40. @iziana mesti la aku ingat lagi.. rakan2 seperjuangan awal penulisan blog.. kehkeh.. aku grad da & sedang bekerja.. apa khabar ko?

    @saffa sokong saffa.. dua2 tgh emo kot.. atau dlm ‘bulan’.. ha ha

  41. sekali 3 cerita tembak satu entri. Em..mural? teringat masa zaman sekolah dulu. Bab mawi dan ekin. Hope diorang bahagia..

    pasal video. Dunia dah berubah..

  42. Bila kita baca myth pasal firefox yang teruk tu pastinya akan ramai kembali kepangkal jalan I love IE internet explorer clean and fast..Tulah selagi kita sayang OS window takda maknanya Firefox..yg one day jadi netscape datuk firefox yg sudah terkubur di tahun 2008

    Since google pun dah tak suka firefox anak tiri yg dulu dijangka membawa legasi tetapi curang dengan mak tirinya..Apa kes nasib ada anak luar nikah bernama chrome benih sendiri yg baru2 ini cepat belajar sesuaikan diri diterima baik oleh keluarga carleone family.

    sex dan 3gp melayu akan sentiasa reliable dengan dunia melayu yg penuh scandal dan pelbagai ragam sosial bagus untuk membina ketamadunan persis ROME 1000 tahun utuh di ancient world..Ahhhh.. Apakah aku sudah dijangkiti dengan style posting Mael ? Biarkanlah hehehe

  43. Apeh,

    Budak2 skang yang manja dan cikgu pulak ngada2 mail …

    Kalo dah nakal tuh sndiri tanggung la .. aku penah kena sepak terajang sebab jeng jeng jeng … hehe

    Skang , bila pikir2 balik elok juga … kalo tak lagi teruk aku …

    Apa pun .. “Terima Kasih Cikgu”

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?