Fast Update #21: Papadom, Surrogates & KreativeThemes

Alahai, sebulan sekali rupanya aku update blog rupanya. Dengan konsistensi sial begini, aku sangat berterima kasih kalau ada yang masih membaca & mengikuti tulisan di’blog ini. Ayuh!

Papadom: Tidak Cukup Rangup, Tapi Masih Sedap

Bila trailer Papadom keluar di’Youtube buat pertama kali, aku sebenarnya menjangkakan sesuatu yang lebih dari Afdlin Shauki kerana filem ini menang anugerah filem terbaik untuk tahun 2009.

Ini adalah bahaya menang anugerah sebegitu kerana orang seperti aku akan meletakkan harapan agak tinggi untuk kualiti, jalan cerita & lakonan dalam Papadom.

Minggu lepas aku tonton Papadom seawal tayangan pagi Ahad & Papadom tidak menepati piawaian aku untuk layak memenangi anugerah filem terbaik.

Jalan cerita Papadom cukup bagus tetapi Afdlin Shauki perlu ada satu ‘Humor Team’ untuk memastikan momentum humor dalam filem akan datang sentiasa berada di’tahap tertinggi sepanjang 90 minit tayangan.

Biasanya jika aku menonton filem di’panggung, jarang untuk aku berbual dengan teman sebelah, melainkan filem itu super-boring. Dengan Papadom, aku sempat merencana makanan apa untuk aku jamah untuk lunch selepas menonton.

Surrogates: Bruce Willis Versi Tidak Sedap

Surrogates adalah sebuah filem fiksyen yang mengambarkan keadaan manusia zaman akan datang yang bergantung kepada pengganti (surrogates) untuk melakukan kerja seharian termasuk bersosial.

Aku bukan peminat besar filem berunsurkan robot (ehem, Transformers adalah filem berunsurkan Megan Fox). Surrogates menambahkan koleksi filem robot sampah dalam senarai aku. Lebih-lebih lagi dengan meletakkan Bruce Willis sebagai teraju.

Live Free or Die Hard (2007) pada aku adalah filem tercanggih yang Bruce Willis boleh berlakon. Aku berharap Hollywood selepas ini meletakkan Bruce Willis sebagai teraju filem real-time story. Biar pelakon era baru ambil alih peranan dalam filem robot-robot.

Keluar dari panggung, Surrogates pada hemat aku ada sedikit mengambarkan keadaan kita sekarang — bersosial & keep in touch dengan menggunakan pengganti kita. Tontonkan video pemberi keinsafan ‘Ibu & Facebook’.

KreativeThemes: Wordpress Theme Buatan Malaysia, Sedap!

Phanatics

Sedikit berita perkembangan internet Malaysia. Sekumpulan anak muda bertopikan kreativiti melancarkan KreativeThemes semalam.

KreativeThemes mengeluarkan theme atau template untuk CMS seperti Wordpress, Joomla & Drupal. Namun buat masa ini, mereka hanya mengeluarkan theme untuk Wordpress.

Sebagai tanda sokongan, malam tadi aku beli salah satu tema Wordpress mereka pada harga diskaun dengan discount code dari Amanz.my.

Aku dapatkan Phanatics kerana gemarkan skema warnanya & design header (atau feature area) yang sangat menarik. Mereka juga ada keluarkan tema Wordpress percuma untuk di’cuba.

Comments

28 Comments so far. Leave a comment below.
  1. not,

    surrogates blh la klu nak layan mail…

    tp klu nak tonton surrogates biar tonton papadom

  2. betul tu setuju ngan 2 statement kat atas pasal movie…theme kreative pulak mmg marbeles! proud to beb malaysia blogger n supporter..kih3..
    incoming movie 2012 tu pun tak tau la camne plak..jgn indah kabar dari rupa sudahla

  3. Khai,

    Dua2 cerita tu aku belum nengok. Baru plan nak nengok tonight.. Hurm, tetiba rasa macam nak cari cetak rompak atau tunggu someone upload kat Youtube. Sigh~

    Pasal KreativeTheme, mmg terbaik. Aku pun sangat suka dengan Phanatics. Mesti Flisterz buat tu ek? Sebab design dia selalu mencerminkan dia. Hehe.

    • aku x rasa Phanatics tu asal idea Flisterz :) design dia ade trademark lain.. aku rasa yang ini Izuddin Helmi punya

      *pindah balik sbb sayang.. ha ha*

      • phanatics tu izzudin helmi yang buat..contributer woo themes..flisterz buat yang furvious ke furvivos yang tu la..yang 2-2 premium theme tu izzudin helmi yang wat..

        khai surrogates r5 version dah kuo kat tenet..download la..tak payah tgk cinema..

  4. Khai,

    mana pi blog baru ko tu mael? pindah balik?

  5. aku baru cadang nak tengok surrogates tu sebab ada bruce willis…
    aku tengok iklan dia macam best jer…

    hehehehe…

  6. papadom tetap best !!!

  7. semalam, aku layan papadom dan surrogates. aku akui, papadom lebih best banding surrogates walaupun seat full.

    Papadom, starting slow sangat. Aku tak gelak langsung dalam 10 minit terawal. Tapi aku mula ketawa tanpa henti selepas itu. Jadi, aku bagi A- untuk papadom..

    bagi surrogates, aku bagi B-. Memang tak best. Aku dah agak ending cerita macam ni. Idea dia ok. Tapi aku tengok takde watak antagonis yang menyengat. Jadi, ianya agak super bosan..

  8. hohoho, korang smue bleh tgk wayang jeles tul aku.. kene tunggu kat megaupload baru bleh tengok haha..

    weyh, mantapnyerr ko dapat diskaun beli theme tue.. aku nak gak theme baru..

  9. not,

    sikit haru lagi ada la tu org upload..

  10. h3r0,

    Aku nk tgk papadom…
    tp kat leisure cheras xde plak…
    terpaksa tgk surrogates yg hampeh tue..

  11. tunggu tgk d tv , free jer

  12. tengok papadom la. Baru best. Kebapaan.

  13. aku pun akan beli theme premium diaorang
    nantilah aku browse dulu.
    tapi rasa mcm nak upah je diaorang buat baru. hehe :)

  14. papadom menarik pada hemat aku la…mana taknya samapi awek aku terpesona nak makan papadom…moral of the story kita tak boleh percaya kat anak2 dara kita..hahaha…

  15. nwa,

    papadom terbaik?untuk msg kebapaan?my arsee!!!!
    kdg2 afdlin trying too hard…
    SEPI masih filem terbaik m’sia for the past few years..
    tp please kabir,jgnla try utk wat citer lawak…coz lu punyer SETEM xbrape kick la…tp at least xla seteruk LOS N fAUN and CUCI..hahahahaha

  16. tunggu raya depan jer tengok papadom kat tv

  17. tukang urut,

    nk filem hebat buat la sendiri……jgn la korang nk memandai sgt mengkaji filem…..tgk sudah la

  18. aman,

    yup, Izud yang wat kot. Hoho. Mael banyak projek nampak? Nak gune tema tue tuk blog mane satu? Hoho.

  19. hery,

    try inglorious basterd arahan quentin tarantino ujung bulan ni…

  20. mesti :) heh.. dr review, Brad Pitt dalam citer ni memang x mengecewakan..

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?