Fikiran dalam seluar

rainbow-bridge-1.gif

Aku tak suka’kan kontroversi. Kontroversi adalah untuk mereka yang tak tahu menilai nikmat populariti sejati. Tetapi, aku terpanggil untuk menulis entri ini, di’petang begini, bila Fuad, penulis dari BlogAnything menegur aku di Yahoo Messenger!. Dia bertanyakan aku samada aku ada mendengar cerita tentang beliau. Aku kata’kan tidak kerana 2,3 hari ini aku tak sempat menjengah ke blog-blog rakan lain. Dia berikan aku satu URL yang merujuk kepada cerita yang berlaku kepada Fuad & beberapa orang lain. Ini berkaitan Fuad yang di’tuduh sebagai spammer di’beberapa blog lain. Dalam hati aku, owhh, sekali lagi!

Aku tidak mahu ulas siapa salah, siapa betul, siapa nak masuk side siapa. Aku duduk di’sini, aku baca apa mereka tulis tentang Fuad, aku jadi sedih. Aku, kau, kau & kau yang membaca blog ini, yang membaca blog yang menulis tentang Fuad, semua’nya Melayu. Aku jadi pelik sendiri, ini’kah sebenarnya Melayu? Jika di’campak ke mana pun, tetap akan jadi perkara yang sama. Jika ada rakan seperjuangan yang melakukan kesalahan, walaupun sekecil mana, akan di’hebah seantero alam.

Ini antara sebab aku tinggal’kan forum. Aku dulu aktif di’beberapa forum seperti Jiwang & WangCyber. Di’kedua-dua forum ini, aku ada kes tersendiri di’mana aku melakukan sedikit kesalahan yang aku rasa, adalah kesalahan untuk aku belajar. Ajar’lah aku jika aku salah. Ajar’lah aku untuk jadi betul. Jangan la memaki hamun, super-impose’kan gambar pesalah dengan gambar perempuan separuh bogel. Dengan cara ini, hati kau akan puas ke? Jika Fuad salah sekalipun, jangan aibkan sampai ke’tahap itu. Kau, dia, dan sesiapa yang membaca, ketawa berdekah-dekah, semua’nya manusia. Hari ini, kau di’atas, esok kau takkan tahu.

Blog yang menulis hebat tentang Fuad itu juga, apa kes meletak’kan page khas untuk gambar & video 3GP? Walaupun benda tu tak wujud di’situ, kau memandang rendah kepada bangsa sendiri, kau tahu? Dan, jangan mencarut dalam bahasa Melayu. Hodoh!

Fikir. Fikir. Jangan stereotaipkan bangsa Melayu.

[tiada sebarang url untuk entri ini, jangan minta]

Popularity: 12% [?]

There Are 53 Responses So Far. »

  1. ahahhaa. aku tak campur. sendiri gali, sendiri kambus. bau pun sendiri bau. aku taknak dekat… ahahha. tahi! tahi! tahi!

  2. Thanks sebab siarkan pasal penyamar tu.., ni penerangan daripada aku..: Pautan

  3. humm..aku tak peduli kau di pihak mana..sebab bagi aku, lain org lain style….

    dan aku baru bercadang mau suruh budak tu turun kan pic dulu….

    sebenarnya aku tak mau masuk campur pun….tapi kalu org dah stat, aku go on jer…

    mungkin komuniti kami tidak sebesar dan sepopular kamu..tapi kami jugak tidak suka di kacau…selama ni pun, kami berblog hanya di kalangan kami sahaja…

    dan aku jugak tidak mau cari pasal dengan dengan mohdismail-dot-com sebab aku hanya ikan kecil..

  4. hoho..anda patut baca explanations dari blog saya, beckzaidan jika anda benar-benar orang yang inginkan kebenaran…www[dot]bloganything[dot]net

    penyamar yang sial..beware ngan mamat tu..mungkin korang pulak yang akan jadi mangsa lepas ni.

  5. walawei, bahaya ni…hehe gua tgk dari tepi selalunya kes cenggini. menarik

  6. anda sebar tanpa siasat, kenapa..? orang bodoh jer yamg akan rosakkan reputasi dia sendiri..definitely clear yang aku bukan dia..dan pic tu pun bukan aku..aku baru jer form 4 tahun ni..logic ke kalau gambar aku nampak tua sangat..?

    baca explanation kt blog aku..

  7. kedua2 org tu adalah kengkawan aku.. kami slalu sama2 mengarut dan mengutuk.. tapi ada batasnya.. tapi aku tak masuk campur dalam hal ni bukan sebab aku lupa kawan atau apa.. tapi sebab aku tak tau sape yg betul.. dan juga aku cuma dengar cerita dari sebelah pihak..dan juga aku bukan biar kengkawan aku buat camtu tanpa dilarang.. sebab aku tau diaorg tau mana baik dan buruk.. aku cuma nampak banyak pihak melatah sebab bende ni.. ape punca aku tak tau.. apesal nk dengki sesama sendiri aku tak tau… tapi yg aku tau.. utk menegur seseorang budak yg baru berumur 18 tahun menulis blog.. macam kita ajak budak kecik berjalan.. tak perlu tampar die kalau die tak pandai lagi berdiri.. atau maki sebab belum boleh berlari..

    terima kasih

  8. tapi yg aku tau.. utk menegur seseorang budak yg baru berumur 18 tahun menulis blog.. macam kita ajak budak kecik berjalan.. tak perlu tampar die kalau die tak pandai lagi berdiri.. atau maki sebab belum boleh berlari..

    assalamualaikum, bro…bukan aku yang kacau korang dengan menyepam/menghina,..tapi orang lain menyamar guna nick aku dan letak link weblog aku. aku pun tak tau motif dia..rasanya dia pilih untuk menyamar sebagai aku sebab aku run tech-related blog..
    walaupun pemilik bloganything.net b’usia 16 tahun..aku learn a lot pasal blogging..siap order buku pun dari loreille..aku always aware kt rules tu semua..tk pernah nk bermusuh dengan sesiapa melainkan dia cari pasal ngan aku dulu..though blogging ni just as hobby, aku read a lot pasal proper ways to blog..
    aku tk pernah pun pergi kacau hariz tu selama ni.. tiba-tba jer nick/nama aku ada sana..siapa tk rasa panas kalau encounter bende cam tu..bila anda diprkotak-katikkan, blog anda dihina, atas kesalahan yang anda tidak pernah buat..lebih parah, ada orang yang menyamar sebagai anda.. huhu..agak-agak siapa penyamar sial tu..

    mael: sori, komen panjang..tak tau pulak ko nk blog pasal ni..

  9. Ish. Ingat nak buat komen panjang tapi aku tak tau apa cerita sebenar. Dok diam dah la. Ekeke.

    p/s: Jangan gaduh kawan2ku. Jangan benci sesame sendiri. Dari benci sama sendiri, baik benci kat NameWee bengong tu. Huhuh.

  10. tiba-tiba aku tahu yang blog aku ada beberapa silent reader.. ha ha.. welkam bebeh!

    nah.. aku tak ada di’pihak mana-mana.. sungguh ni.. tak juga aku nak mengganggu komuniti siapa2.. dan bagi aku, jika kita menulis blog, kita adalah serumpun.. :) tiada puak2.. ok ye?

    *sebagai teguran manja, bak kata Beck ;p

  11. uish takut nya bace.. though i do not thoroughly understand all these..

    ada gak bace2 from blog to blog psl kes ni, yang aku paham..ini kes nyamar-menyamar, curik mencurik indentiti orang la ni ek..

    isk, macam takda kerja je.. ini kes dengki
    tapi perlu ke carutan dilempar kan?

    Fikir. Fikir. Jangan stereotaipkan bangsa Melayu.

    fikir2 kan lah!

    much love~ ♥

  12. aku kah silent reader itu?? aku kah??? hahaha… perasan nya saya.. terpaksa la saya membuat balik kuang diatas udara seorang diri…

    tapi betul.. kawan kawan taknak lawan.. sesama melayu plak tuh.. baik jadi gei dari bunuh2.. erkk..???

  13. citer dia: seseorang menyamar jadi hariz, meninggalkan spam di weblog khai@scukz.com dan insult..lepas kantoi ngan hariz dan khai, dia mengaku jadi aku..insult hariz kt blog hariz pulak (guna nick, nama dan url aku)..aku tk kenal mereka bertiga kecuali khai..

    hariz, ngan geng dia eventually percaya aku yang buat (walhal si penyamar tu sedang permainkan diaorang..). terus buat entry pasal details + weblog aku sedangkan aku tak tau apa-apa pasal hal diorang..diaorang jumpa gambar, hariz super imposekan gambar tu..but definitely bukan my pic. bila difikirkan, nasib baik aku tk store apa-apa personal photo dalam blog aku..

    sehubungan dengan entry hariz, ada entry yang dbuat menuduh blog aku sebagai blog copy+paste semata-mata walaupun tiada langsung bukti disertakan..mereka juga memboikot blog aku dan menganggap aku sebagai blogger bermasalah, memalukan nama malaysia..mencadangkan langkah pembaikpulihan “go to hell”..

    aku rasa diaorang dh kenal aku kt forum.jiwang.org.. tapi kenapa tak contact aku untuk pastikan sama ada aku orang yang ‘cari pasal’ kt diaorang ker tak? …kenapa tk siasat identiti sebenar ‘penyamar’ sebelum menyebar sesuatu khabar angin yang boley membawa salah faham orang t’hadap individu yang dituduh..?

    aku rasa baik berhenti sini jerk untuk isu ni..rasa malas nk layan bende camni..aku tk cari gaduh ngan sesiapa..dh letih dan takde masa pun..anyway, korang.. hati-hati dengan penyamar tu..dia semacam parasit homoseksual..

    sorry kalau ada sesapa terasa sini..
    again, mael..sorry sebab komen panjang..ok chow.. -_-!

  14. Ye aku dah baca, kesian ko. Tapi apsal dia spam kat blog aku pulak. Terasa berkecamuk hati seketika. Tapi takpelah. Sabar².

  15. bro…cek ur email plz…

  16. tak jumpa..cuba guna contact form kt site aku..tq

  17. maksud aku pasal ko cakap tak inform ko…aku ada email kau pasal benda nie…

  18. kalo gitu kita kena buat daftar ahli komuniti jika dah berlaku sedemikian rupa untuk mengelakkan penyamaran.

    maka saya cadangkan usul untuk dibahaskan dalam gathering nanti berkenaan pedaftaran ahli komuniti mohdismail… apo macam?

    ada plugin pendaftaran ahli wordpress tak???

    manusia takleh lari dari salah dan silap kena nak kena kutuk habis-habisan sedemikian rupa???

    alahai… macam2 hal…

  19. aku tk jumpa e-mail tu..aku search nick ko ngan hariz pun takde dalam gmail..tengok dalam both inbox ngan spambox pun takde e-mail dari ko..mungkin ko salah taip e-mail aku kot..try guna contact form kalau nk resend balik…

  20. Aad, there’s a problem and it need to be managed. The best thing but not so popular one is to keep quite. You have published your post saying that’s not you and I think it’s enough. Why bother? Yes, people may think otherwise but what’s the point to please everybody when yourself is not happy.

    You’ve made your point and now it’s time to move on.

    Live IT!

    p/s I’ll still visit your blog and continue to leave comments :)

  21. And lagi satu … darah kau masih muda, aku tahu perasaan itu, aku pun masih muda.

    Kepada yang lain2 tu. Stop thinking in your pants. If you think you were attack, apa salahnya singgah diblog tuan punya dan tanyakan kenapa. There’s no harm to have some courtesy.

    oh ..before it gets to serious …

    To Ismail, berfikir dalam seluar .. bukan ke itu indah :)

  22. Apa2 pun yang patut kita kutuk sekarang adalah si kepala botak dari Muar Johor tu. Nak kutuk goverment ok la, tapi bab agama memang saya x setuju.

    Apa cita? Baca kat Metro tadi budak tu nak kerja dulu kat Taiwan selepas habis belajar. Ha.. bagus la tu, duduk sana Taiwan diam2. Sorry off topic tapi berkaitankan? Hu2..

  23. aad,

    same meaning with azwan. my advise, defense yourself only once.

    this is definitely not good.

    berfikir dalam skirt pendek lagi best

  24. masalahnya kalo berfikir dalam perut macam mana pulak? kalo berfikir dalam urat darah macam mana? maka berfikirlah dengan mata tempurung…

  25. sekali lagi kemudahan disalahgunakan…. mmg sadis kerja menyamar nih…n tak mustahil org lain akan kena juga…huhu.. smakin was-was aku di alam cyber nih…

    diharap kalau ada kes mcmni lagi..sila siasat betul2..jgn tuduh2 jek..kita manusia ..ada fikiran..berbincang secara baik..secara ilmiah..huhu..

  26. uik takde keje betul..sungguh saiko~~
    orang tu split identity takpon dengki dengan ke’femes’an orang lain..maka wujud la identity theft!

    sabar2 tau! hati berkecamuk seketika saja..

    **aku dah lama buang shoutbox kerana spam :p

  27. Hi, very interesting blog with lots of cool articles - definitely for people with open mind!

    Salam perkenalan dari United Kingdom!

  28. hahaa… itulah ceritanya yer? spammers punya pasal orang lain menjadi mangsa keadaan…

    mybloglog ada… nuffnang ada… advertlets ada… kenapa tak trace melalui mereka ip ip adress yang sedia ada?

    maka gathering yang bakal dianjurkan ini mungkin boleh mempertemukan mereka dan mengeratkan sillaturahim… macam mana???

    mana gambar mael??

  29. fuh! saya yang newbie jadi takot pulak! adeh… semoga Allah Ta’ala menyatukan hati-hati kita sumer, amin…..

  30. saya tak campur. benda benda begini, aku lebih suka tgk je. sbb kelakar. lagipun, internet ni, rugi la kalau sesapa guna buat kaco kaco ni. sbb aku rasa, mcm takde tlur plak. settle depan depan la. jumpa, bercakap, berhujah. jgn bertumbuk dah le. maybe yg keruh tu boleh jadik jernih.

    sesapa yang buat salah, mintak maaf je la. tak semua org baik mcm malaikat. sbb aku tgk, penggunaan perkataan kat situ, mcm melampau la. dlm penerangan masing masing, dan juga dlm shoutbox masing masing.

    sendiri mau ingat la.

  31. pendek citer, pakai blogspot best. takde sapa nak spam. ahahhaha….!!! terima kasih blogspot….!

  32. siapa kate blogspot takleh kene spam? apa pun cerite mcm ni byk kali berlaku.. especially bila blog dah high traffic.. pasti akan ade manusia yg buat kerja gile ni.. ape pun.. buat fuad.. sabar aje la..

    p/s:- aku tidak suke berforum sejak jumpe mod giler kuase kat satu forum yg sgt femes..

  33. yerke? letak word verification la. senang…

    senang je, kalau ko nak spam spam, watpe wat kat blog org. spam blog sendiri. lebih afdal… ahahha…

  34. kalo gitu wajibkan mereka letakkan mybloglog di setiap blog masing2 agar mudah untuk dikenali dan menjadi femes macam mael…

    sekadar cadangan semata-mata… sapo2 pun bleh menyamar.

    lepas nih bleh cadangkan pulok sapo2 yang nak buat blog perlu daftar terlebih dahulu dengan mybloglog…. wuahahaa….

  35. alamak… siap ada main puak2 plak… jgn menalibankan diri udah ler…

    Nape masih kuno pemikiran, nape masih meyahudikan pemikiran. Berpuak-puak ni hanya pemikiran yahudi. Kita semua sama, walau berlainan bangsa dan agama. Yang membezakan hanya hati dan perasaan. Janganlah terlalu mengikut nafsu… bughokkk.

  36. Nice thought, wakakakaka

  37. wordpress pun boleh. set kan comments allowed for registered users only, tapi tak best la ..

  38. Kalau aku rajin baca blog, Cikgu Suraya yang famous atau LIndsay Lohan yang famous?

    –sebol

  39. Lor.. Belum ’sejuk’ lagi kes ni. Kini aku dah paham. Huhu. Kalo nak elakkan mender gini, jangan cari pasal dan bermusuh dengan sesiapa atau merasa diri macam bagus.

    Biasa la manusia ni. Baik pon tak leh, jahat lagi la tak leh. Ade je dengki.

  40. apakejaddah la.. konfius gak aku.

  41. ade jugak perkara mcm ni yer.mcm mcm..

    uikk ko tukar .net ke mael??

  42. saya silent reader anda kuikuikui

  43. sapo2 yang mempopularkan dirinya akan menjadi femes laa….

  44. aku tahu pasal hal ni dari blog draxter.. tak tahu la sape yang salah tapi perkara macam ni boleh di selesaikan secara aman.. tak perlu nak menuduh, memburukkan, mengkeji sesiapa.. kalau berterusan macam ni melayu tak akan maju sebab melayu asyik dijatuhkan oleh kaum sendiri..

    -only my 2 cents

  45. kalo begitu guna sahaja plugin ip adress trackers… mengesan ip adress dengan mudah sekali…

    atau ada cara lain selain dari anti spammers 21 hari? shoutbox takder anti spammers ke?

  46. saya pulak kena spam kat shoutbox saya oleh orang yang menyamar hafiz (Hafiz.org)…. pastu hafiz tipu ni pegi spam kat banyak blog melayu yang lain. pastu tengok2 orang yang menyamar tu mengaku die fuad (bloganything.net)… dah si hafiz nih naik hangin satu badan….

    rupa-rupanya pada hemat saya, ada orang jahat nak lagakan hafiz dengan si fuad nih…. begitulah pemerhatian saya…..

    so, saya rasa, kesimpulannya…. kalau ada benda super negatif hinggap di blog kita, jangan cepat melatah…

    Allah tak akan uji pada hambanya melainkan nak beri hikmah padanya…. pada orang yang buat jahat tu, saya harap, insaf dan taubat lah, kalau nak buat spam, pegi buat spam kat blog bush lahanat tuh!

  47. mahunya nak spam blog bush? maka taktik batu apinya telah berjaya untuk membuat sengketa yang lebih dramatik lagi… orang lain punya pasal, orang lain yang menjadi mangsa…

    dan dia ketawa berdekah2 geli hati, maka mereka yang terkena penangan spammers panas hati tak senang duduk…

    siapa yang senang hati sekarang melihat orang yang bersengketa itu bertekak bagai nak rak???

  48. Ohho rupanya begitu, menyamar dan mendengki orang. Harap² aku jauh la dari perkara mcm ni.

  49. hangat bangat mael…itulah yang dapat den komenkan…setelah pergi ke sana ke mari untuk tahu cerita dia…den pun amik keputusan-better make youself a cute and beautiful mouse…when you meet a big and cheerfull cat.

  50. dalam korang semua berebut dunia yg kecik tak besar mana ni, ada lagi perjuangan yg patut korang kisahkan. seperti maruah agama, bangsa dan negara korang.

    pergi ke sini untuk menjadi org islam, melayu dan malaysia yang bermaruah, yang tidak mahu diperbodoh bodohkan oleh orang lain, orang orang yang mengambil mudah tentang value anda…

  51. kaki SPAM tu memang makhluk paling tak berguna sekali atas bumi ini……

    no doubt about it!! anak sape tu weiii…… gi picit idop idop skang gak!! ngee..

  52. kalau aku jumpa budak jahat tu… aku nak ikat dia kat pokok tanpa baju dan kerengga kan dia, tidakpun aku ikat kaki dia, tonggengkan kepala dia kebawah, lepas tu bakar sabut kelapa yang lembab, biar berasap…. kalau nak buat buai2 pun boleh…nak pusing2 kan boleh… heeeee. mcm pernah kena je..

    Mesti si jahat tu bengang dengan fantasi aku…
    kah kah kah .. padan mukak lo….

  53. adesh… kelakarnya sungguh cara siksaan sedemikian rupa. maka kalo dapat, sumbat je kerengga dalam mulut dia. lebih teruk sedikit, ikat kakitangan dan letak dalam akuarium pacat. pacat???