Filem Malaysia, sekali lagi
- 33
- Add a Comment

Semalam adalah hari minggu & aku berkesempatan untuk menonton filem seram sebutan ramai, Jangan Pandang Belakang. Aku tidak berminat untuk melakukan review filem ini kerana aku rasa ramai yang sudah sedia maklum dengan jalan cerita & feedback yang rakyat Malaysia berikan. Pemenang kategori ‘Filem Box Office’ di Festival Filem Malaysia ke 20 tempoh hari ini tidak mengujakan aku sebagai penonton filem tegar. Aku sendiri tidak tahu ada kategori ‘Filem Box Office’ di festival tersebut. Betul’kan aku jika aku salah.
Sekarang, aku mahu sentuh berkaitan lakonan Pierre Andre dalam filem ini dan dan lakonan beliau dalam filem terbaik Malaysia, Cinta. Banyak perbezaan yang aku nampak antara dua filem tersebut. Bukan jalan cerita’nya, tetapi gaya lakonan Pierre Andre. Dalam Cinta, Pierre Andre sangat sangat menjadi diri sendiri. Dengan perwatakan anak emak yang di’bawa di’luar set, watak Taufiq dalam Cinta menunjukkan perspektif sebenar Pierre Andre. Berbeza dengan watak Darma dalam Jangan Pandang Belakang, walaupun jalan cerita filem ini dia sendiri yang tulis’kan, aku tak nampak yang cerita ini datang dari dalam diri Pierre Andre. Aku tak enjoy melihat Pierre Andre dalam Jangan Pandang Belakang. Banyak reaksi wajah & gaya bahasa yang di’buat-buat. Nampak masih kekok walaupun beliau telah berlakon dalam 11 filem semenjak 2005.

Aku suka untuk menbandingkan dua filem ini kerana satu’nya adalah filem biasa-biasa yang memecah panggung manakala yang satu lagi adalah filem terbaik Malaysia, tetapi tidak memecah panggung. Di’mana silapnya? Jika Jangan Pandang Belakang di’bawa keluar ke US kata’kan, Ahmad Idham tidak akan termampu menerima kritikan dari peminat-peminat filem. Filem Jangan Pandang Belakang terlalu biasa buat aku. Tiada yang istimewa melainkan aku tahu makhluk Allah yang satu itu boleh di’simpan di’dalam jagung, dan aku tertanya-tanya, jika ini boleh di’lakukan, kenapa tidak di’lakukan di’awal filem? Kan pendek sahaja filem ini jadi’nya. Lebih seronok & banyak masa boleh di’habiskan menonton filem lain.
Filem Malaysia, kebanyakannya, sangat sangat kurang dari segi nuetraliti lakonan. Banyak adegan yang di’buat-buat. Apa pengarah filem Malaysia tidak cukup profesional untuk menilai lakonan sehinggakan peminat kata’kan pelakon itu kayu, pelakon ini kaku, masih di’ambil berlakon berulang kali. Sudah tengok Zombie Kampung Pisang? Alahai, kasihan aku lihat pelakon-pelakon’nya. Seolah-olah terpaksa berlakon untuk watak yang aneh-aneh.
Lagi satu, dialog. Bahasa Melayu sangat indah sebenarnya. Tetapi, dialog filem kita? Kau lihat filem-filem dan drama dari Korea, berapa kerat orang Malaysia yang tergila-gilakan filem & drama dari sana faham akan bahasa Korea? Itu tidak penting, yang penting adalah pengolahan bahasa yang meninggalkan kesan pada penonton. Dalam Jangan Pandang Belakang, dialog paling kerap di’ulang adalah,”Darma, kau kat mana sekarang?”. F**k!
Be creative, itu sahaja yang rakyat Malaysia perlukan, dan berhenti meniru cerita dari luar negara, Impak Maksima bukan The Fast & the Furious versi Malaysia. Be creative atau filem Malaysia akan berakhir seperti bola sepak Malaysia. Ya, bola sepak Malaysia sudah berakhir.

33 Comments
duez
August 6th, 2007
at 2:38pm
FIRST ONE!!!!
Mohd Ismail
August 6th, 2007
at 2:47pm
ha ha.. baca entri dulu woi!
*alahai.. ada gambar anjing lak kat nuffnang aku ni.. leh je kan?
edt83
August 6th, 2007
at 2:50pm
mail dialog tu salah…dlm jgn pandang belakang sepatutnya “Darma, kau kat mane skrg” …taufiq watak lam filem Cinta.
Aku stuju flem Cinta adalah filem terbaik aku pernah tgk…sungguh seronok..teruja..semua ttg erti sebenar Cinta…:D
musnazdotnet
August 6th, 2007
at 2:56pm
dalam banyak-banyak filem yang mael sebut tuh, saya cuma pernah tengok citer ‘cinta’ jek, tu pon dari member yang beli vcd cetak rompak (cewah, tak nak mengaku sendiri beli) - *tak pe Mael, anjing masih leh terima lagi, tak nak la pulak nanti muncul haiwan yg lagi satu tuh, ***!
profidz
August 6th, 2007
at 3:12pm
sy kalu bab tengok wayang ni, cerita melayu memang tak penah tengok pun sejak azali… lebih rela mengeluarkan duit melihat cerita luar… huhuhu
bukan membenci hasil usaha karyawan tempatan tp dah tahu hasilnya… tahun depan sure kluar TV :)
btw anda telah pun ditag
abdfatah
August 6th, 2007
at 6:06pm
tiru? tiru meniru biasalah untuk melengkapkan kreativiti yang usang. idea dah takder maka tirulaj jawabnya walaupun tak sama…
azraai
August 6th, 2007
at 6:41pm
saya tunggu 20 September
haha. 6 kali aku tukar nama aku.
edt83
August 6th, 2007
at 6:46pm
azraai 20 sep tu pe?…yang aku tau…filem sterusnya piere andre ngn fasha sanda tu 9 september…ko tarikh 20 sept tu ade sommething..
azraai
August 6th, 2007
at 7:11pm
20 september hanya untuk tatapan mereka berjiwa sosialis, reformasi dan komunis. oh, satu lagi untuk mereka yg bukan berjiwa kera jaan.
BAGAK
August 6th, 2007
at 9:13pm
filem Malaysia…hehehehheee
sukar aku fahami, hanya pengarah dan pengeluar filem yang syok sendiri
unicorn
August 6th, 2007
at 10:03pm
aku sokong bagak….
“hanya pengarah dan pengeluar filem yang syok sendiri”
edt83
August 6th, 2007
at 10:41pm
ohh….aku igtkan filem 9 sept tuh….mane nak baca lagi lanjut wahai azraiii…ttg 20 spt tu
Wizurai
August 6th, 2007
at 11:17pm
ada jugak penonton yg syok sendiri…
hahaha…
So'od
August 7th, 2007
at 6:35am
aku ade masalah dengan dialog cerita2 melayu nih.. susah nak berkesan di hati.. sama ada terlalu direct atau terlalu stereotype.. yg kasik impak umphhh, yg org boleh ingat sampai bila2, jarang skali.. melainkan filem2 Allahyarham P. Ramlee.. kebanyakan filem dia org ingat sbb dialog, kan?
adila
August 7th, 2007
at 8:56am
kekadang, diwar-warkan citer tu hebat, best, lain dari yang lain..bla-bla….tapi bila kita tengok sendiri…tak rasa pun macam yang dihebohkan tu…
erk…rasanya Pierre tu sesuai untuuk citer cintan cintun dan anak mak jer…muka pun nampak baik dan penuh kelembutan…tu yang Fasha sangkut kot..
edt83
August 7th, 2007
at 9:41am
huhu fasha sangkut…maksudnya..diorg bercinta ek..huhu..tp betulla apa yang adila ckpkan tuh..sebenarnya aku rasa..kutipan jgn pandang belakang tu tggi adalah sebb di war2kan…aku tgk pon sbb membe aku ckp best…kesimpulanya nice try..n do it much2 better nx time..
beckzaidan
August 7th, 2007
at 10:13am
ahaha. pelakon malaysia bagi aku bukan pelakon. hanya tangkap muat je. sbb itu takde naturaliti dalam sebarang lakonan. hanya old skool rocka sahaja yg tahu berlakon. tgk fauziah nawi, tgk azean irdawaty… pergh. meleleh berlakon. kalau jahat, jadik jahat, menyampah aku ludah ludah. itu lah yang paling hebat dan jitu tahap klass seorang pelakon.
tapi pelakon baru atau muda skrg, byk yang kita benci sbb watak buat buat yg mcm ntah hapa hapa. itu je.
festival atau apa apa majlis anugerah kat msia ni hanya satu tempat untuk memilih kroni kroni. hanya org org luar sahaja yg layak memilih filem apa yang terbaik, kerana mereka tiada kroni atau kepentingan dalam industri kita.
so bagi kita yg ada berakal ni, tgk je la. kita punya taste kita sendiri. sesetengah dari kita, ada yang mainstream bersuapkan semua budaya pop. ada sesetengah kecil pula, berhaluan kiri yang disuapkan dengan benda aneh dan unik.
untuk buka minda, cuba tgk movie movie yg tak masuk wayang, tak masuk mainstream. last sekali aku tgk adalah “A Guide to Recognizing Your Saints” lakonan SHIA LEBOUF (sam dlm transformers) dan ROBERT DOWNEY Jr., amat tense citer ni dan kita amat boleh relate. Robert Downey ni adalah character actor antara paling hebat pernah hidup walaupun org lain tak pernah recognized dia. dia boleh bawak watak pelbagai dengan jaya dan trustable. lepas tgk movie ni, try cari buku dia juga, same title ditulis oleh dieto montiel kalau tak salah aku… a good read…
kaSyah
August 7th, 2007
at 10:25am
cerita melayu memang tak best.jgn membazir duit wayang anda. baik beli mcd. tapi kalo awek belanja takpe :P
beckzaidan
August 7th, 2007
at 10:50am
dari awek belanja tgk wayang, baik belanja mkn. mkn sushi oi, mkn sushi. ahahhaha… uhuhu~
henshin…
beckzaidan
August 7th, 2007
at 12:25pm
rata rata kat sini pakai .com sendiri. woh. blogger tegar… huhu~
duez
August 7th, 2007
at 12:45pm
tidak tegar pun broo…hanya menikmati kelazatan .com sendirik je
affuan
August 7th, 2007
at 1:14pm
Mulut aku termuncung menengok site Impak Maksima. Sungguh daif poster nyerh. Huhu.
Mohd Ismail
August 7th, 2007
at 1:19pm
hari ini, Beck bertanyakan tentang kenapa dia perlu dapatkan .com sendiri.. jom ke blog selebriti blog baru ini & yakinkan beliau untuk membeli .com sendiri.. ha ha :)
syok & nikmat Beck kalo ade domain sendiri..
beckzaidan
August 7th, 2007
at 1:50pm
satu je nasihat aku. mkn tu pilih pilih. jgn suap je semua. kekadang org suka kasik kita makan sampah. huhu~
mixterr
August 7th, 2007
at 4:51pm
yerla Pierre Andre mcm kekok skit bile berlakon.. tp Jangan pandang belakang not bad la.. cerita cinta tu best ke.. tgk poster mcm xleh belah jer?? haha
aad_lfcfn
August 7th, 2007
at 10:21pm
itu bukan jagung biasa, tapi jagung rebus..jagung rebu s takkan boleh tumbuh kan?.. sila tegur kalau hamba salah.. bagi aku, pengajaran dari cerita ni, jangan simpan saka dan perlu berfikir di luar kotak..
dan sebenarnya, aku tk berasa puas hti ngan lakonan sis gf pear (pierre).. :( nampak kekok..overall, not bad la citer ni..mael, nice review.
Nazirah Ashari
August 8th, 2007
at 2:50am
one thing for sure mael, ko punya knowledge felem ni limit arr. kau patut tgk disebalik semua tu. apa yg ko ckp sumer ni tipikal.
filem malaysia belum mati.
ko cuma tgk ahmad idham, pierre andre, razak, rashid sibir even… yasmin ahmad.
tp disebalik sumer dorang tu ada lagi yg akan buat ko tarik balik statement ko.
edt83
August 8th, 2007
at 4:07am
so..ko rasa…spe yg spatutnyer kita tgk???
beckzaidan
August 8th, 2007
at 8:35am
porno.
Mohd Ismail
August 8th, 2007
at 11:19am
ya.. aku tahu ko maksudkan pembuat2 filem bebas yang berlegar di’Malaysia ni.. aku tahu tu.. tp aku di’sini memperkatakan tentang filem yang di’komersialkan..
jika filem itu bagus mana pun, jika tidak di’komersialkan, dan umum tidak tahu akan kewujudan filem tersebut, filem itu useless… jangan la kata diaorg buat filem kerana minat atau cuma suka-suka..
kalau mereka bagus. buktikan mereka bagus.. hebahkan pada msyarakat yang di’sini ada satu sudut perfileman yang jauh lebih baik.. masalah’nya mereka tidak berani.. ya, perkataan paling sesuai, tidak berani..
ayuh!
edt83
August 8th, 2007
at 12:21pm
ya…komersialkan…naikkan martabat filem negara…bersaing ngn filem2 luar…buktikan Malaysia Boleh!!!
azwanhadzree
August 8th, 2007
at 10:27pm
Satu-satunya filem melayu yang aku tonton di panggung tahun lepas telah dinobatkan menjadi filem terbaik Malaysia. Aku memang puas menonton sehinggakan runut bunyinya pun aku beli sebaik sahaja keluar dari panggung.
Tuah ini, aku yang bawa.
Kepada pengarah2 dan penerbit2 filem di luar sana, jika anda mahukan filem anda meletup, sponsorlah aku untuk menonton filem kamu.
ha.ha X3
impak maksima
August 12th, 2007
at 1:44am
Saksikan dari pengarah yang sama “Ahmad Idham” cerita aksi yang berjudul Impak Maksima
Layari http://www.impakmaksimathemovie.com
sokonglah industri perfileman tempatan