Financial Soul Mate

Sekali lagi, aku buntu untuk menterjemahkan frasa yang menjadi tajuk entri kali ini. Harapnya semua faham apa maksud am frasa tersebut.

The Key to Wedded Bliss? Money Matters — artikel terbitan bahagian Business di New York Times ini aku baca dua hari lepas dan memang menarik minat aku untuk menulis entri pendek.

Marrying a person who shares your attitudes about money might just be the smartest financial decision you will ever make.

Ayat ini mengingatkan aku dengan hadis Rasulullah S.A.W yang begitu popular di’kalangan orang-orang bujang (seperti aku).

Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya.

Di’sini aku sangat percaya yang kerana hartanya bermaksud bagaimana pasangan kita menguruskan sumber kewangan mereka. Nabi kita tidak akan ajar umat’nya menjadi materialistik ‘kan?

Kepada mereka yang masih bujang, aku cadangkan yang setiap orang perlu mempunyai matlamat kewangan & cara hidup yang mahu di’nikmati selepas berkahwin nanti.

Jangan jadi seperti kes seorang jiran aku dahulu, hidup mengikut apa yang orang lain miliki. Apa sahaja yang orang sekeliling beli, mereka juga mahu. Cerita terakhir aku dengar, mereka sedang bergelumang dengan hutang ceti haram.

Aku juga mahu tahu dari mereka yang telah berkahwin, adakah sebelum berkahwin mereka ada memikirkan tentang teman hidup yang mempunyai matlamat kewangan yang sama atau matlamat kewangan itu timbul selepas malam pertama?

29 Comments

kejadian yang berlaku pada jiran kau itu kerap sangat berlaku.. sebabnya nak tunjuk sape lebih hebat.. lebih2 lagi menjelang hari perayaan.. mula la nak perang.. tapi betul jugak ape kata kamu itu.. carilah org yang bijak menguruskan wang bukan bijak menghabiskan wang… haha..

masa aku kawin dulu, aku pun tak fikir pasal financial sangat. sebab kedua²nya bekerja. apa² yg berlaku akan diharungi bersama.pengalaman mematangkan kita.

@nikillas kita tgk raya ni siapa yang lagi hebat =) *ko carik awek pandai carik duit & tidak bergantung ngan kita sgt.. gila heaven!*

@penyubiru kahwin da ko rupanya.. he he.. alhamdulillah la kalo dua2 keje.. financial mantap da tu.. =)

AKu setuju dengan pendapat ko..
Aku pun masih mengumpul2 duit dan harta untuk persediaan bagi menyara anak orang..
Kalau diri sendiri pun tak mampu nak uruskan alamat camne nak jaga anak dara orang..
Takkan nak disara kot..

Apa pun kena buat PeRancangan yang rapi untuk MenDiriKan rumahtangga. Bukan SeTakat BerCinta dan Kahwin. Kena pandang jauh ke depan untuk lebih sejahtera.

Pada aku, berdiskusi mengenai financial sebelum berkahwin adalah lebih baik.

yup… kalau dua2 ada matlamat kewangan yg hampir sama, senang nak wat penyelarasan

plg parah bila dpt pasangan yg sgt kontra dlm matlamat kewangan. sorg suka cari & simpan duit. yg sorg lg suka perabih duit. memang boleh jadi huru hara

“Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya.”

“Maka pilihlah dari agamanya, nescaya kamu tidak akan menyesal.”

Tertinggal skit la mail ayat tu…

“who shares your attitudes about money”

kalo kite boros, die pon boros abis lah..
huhuhu.. bankrap lah family..

mael,aku rasa hadis itu tidak lengkap..aku pun pernah baca or mendengar hadis itu,tapi ada lagi ayat sambungan dia…

Macam apa yang aku dapat dari buku Rich dad poor dad ..

Rahsia orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin .. sebab orang kaya beli aset .. dan orang miskin beli liabiliti yang disangka aset ..

tolak tepi keta mewah .. atau majlis perkahwinan yang grand 2x .. kan bagus beli rumah dulu .. :)

ko tanya orang dah kawin. aku dah kawin. jawapan aku: aku tak memikirkannya sebab aku hidup sederhana saja. matlamat kewangan yang sama bagi aku tidak penting sebab aku sendiri cermat. aku lebih mementingkan perempuan yang bermaruah dan ada kerja tetap dan biasa pegang duit sendiri (dan banyak). sebab tu aku kawin ngan anak tokey beras. materialistik kah aku? er..

pengalaman aku sendiri…sebelum kkahwin kita perlu rancang ekonomi,,jangan pakai hentam,,nanti merana lerrr….lagipun ekonomi tengah teruk sekarang so kena pandai2 ler kalau tidak rumah tangga pun goncang

@wan aku google, ayat aku terjumpa tu je.. he he =) thanks anyway..

@aeropama cuba teka siapa yang suka perabih duit? ha ha ha…

@muii itu la pasal… harap2 la kalo pasangan gitu leh belaja sesuatu,, *kool la nickname ko*

@affuan anak tokey beras tu.. boleh tahan ko ye =) xpe la sekali sekala lelaki bersifat materislitik.. materialistik lelaki selalunya rasional.. *ye kot*

asas dalam memilih pasangan telah disebut dalam agama kita. selebihnya terpulang pada setiap umatnya untuk memilih jalan mereka.

tetapi klu pasangan punyai matlamat yang sama sekalipun tidak semestinya akan berlaku benda baik klu tiada pengalaman.

pengalaman tersebut berlaku selepas kahwin setelah mengenal hati budi masing-masing dan keserasian masing-masing.

kenal susah senang bersama untuk capai matlamat bersama.

walau apa pun perancangan memang penting. hehe :)

aku pilih agama..harta dan rupa boleh diperolehi di dunia ni ..tp iman dan taqwa tidak di perturunkan dari ibubapa. Bab financial yg penting bagaimana pasangan tu mahu bertolak ansur dalam perbelanjaan mereka. Jika si dara perlukan sesuatu yg penting untuk bulan itu, pastinya si teruna perlu mengalah mendahulukan keperluan/kehendak si dara dan sebaliknya..itu konsep aku..Soal duit jika tidak cukup..pandai2 tong tong.

1st, harta
2nd, agama

pendek cite, kene faham la apa yang aku nak..takkan kita je nak faham apa yg diorang nak..

bagus entri ni, rasanya mael dah nak kawen ni.. kan kan haha

jika begitu “maka pilihlah pada hal agamanya nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu…”

betul tu…
masalah often happen after the marriage..
tp bak kata ari lasso..
“badai pasti berlalu..”
so bersama2 pasangan..
harungi semua dugaan bersama

Salam Mael.

Eh, aku rasa hadis tu kau salah tafsir. Patutnya kau bagi full hadis dengan sanad dia sekali.

Aku pun bukanlah power sangat bab hadis ni. Tapi penggunaan hadis tu untuk kaitkan keutamaan memilih calon isteri yang pandai manage finance, aku rasa agak kurang sesuai.

Ada dua full hadis yang aku ingat lagi rasanya. Dari Ibnu Majah. Au qomaqol.. (semoga Allah ampunkan aku kalau aku membawa hadis yang salah pula kali ni..)

1. Sabda Rasulullah: “Kahwini lah perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, agamanya maka pilihlah yang beragama, mudah-mudahan kamu akan terpelihara dan bahagia.”

2. Sabda Rasulullah: “Jangan kamu mengahwini wanita itu kerana didorong oleh kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan merosakkan dirinya, dan janganlah kamu mengahwininya kerana hartanya, mungkin dengan kekayaan akan meyebabkan angkuh dan sombong. Tetapi kahwinlah berdasarkan latar belakang agamanya. Sesungguhnya seorang hamba sahaya yang hitam legam beragama adalah paling baik”

Setakat tu je la yang aku tau. So, simbol “kerana hartanya” adalah merujuk direct kepada jumlah harta rasanya. Setahu aku, hadis ni biasa direct je (ada juga yang tersirat..tapi tak banyak.. atau aku yang tak hafal hadis sebanyak Ibnu Majah dll). Selalu yang banyak tersirat selalunya hadis Al-Quran.

Wallahualam.

P/s: Lama dah tak komen sini. Kehkeh.. Kau tak ada tip cara-cara nak tau bakal isteri kita tu pandai manage harta ke? Takkan nak detect masa bercinta kot? Susah dowh nak detect pompuan reti jaga rete ni.. caye ar..

Pembetulan.. perkataan HADIS Al-Quran di akhir ayat itu.. aku maksudkan sebagai DALIL.. aku tersalah taip.. Kalau Mael dapat repair komen aku sblum ni, aku ucapkan terima kasih.

Dan terimalah salam sayang dariku ni.. MMuah.. ngehehe..

kalau kita dah ade isteri.. tanggungjawab dan amanah kita la nak bimbing dia… macam bini pakcik.. banyak kena psykologi..

hihihi….
keji sgt ke klo saya berpendapat,
‘materialistik’ itu penting…
hahahaha!

nway, nice pic up there!!
LOVE IT!

nampaknya mael sudah sampai seru..sila kawen je mael krn kawen itu best, pelengkap agama.

@emy eh xde la.. tp kene materialistik yang sopan santun & bijak la.. kalo membabi buta tu yang jadi parah.. ha ha =)

@kooreen entri ni lebih kepada financial.. xde makna seru2nya.. ha ha

si mail ni bodoh sebenarnya. nak tafsir hadis pun ambil sebahagian, buang sebahagian. ko tak payah menulis lagi la sebab kau ni mahklus tuhan yang paling perasan yang pernah aku tengok.

sudahlah…

Leave a Comment