Fluorescent untuk Chelsea

2689-chelsea1.jpg
*untuk penerangan gambar di’atas, sila baca entri ini sehingga habis

Aku turun dari kereta. Jam 2.32 pagi, di’hadapan Restoran Nasi Kandar Naseer untuk bersahur. Awal bukan? Kerana esok aku ada makmal unit kawalan proses jam 9.00 pagi, tetapi aku masih tidak boleh tidur kerana aku sedang mencari maklumat tentang perkara aneh ini, walaupun seperti biasa, aku orang yang terakhir sekali mengetahui hal-hal berkaitan dunia bola sepak.

Seorang rakan aku yang tiba lebih awal di’restoran tersebut sangat terserlah kehadiran beliau dek kerana memakai safety jacket. Ya! Itu prediksi pertama aku apabila melihat beliau duduk di’meja sana. Gila kentang mamat ni pakai safety jacket pergi bersahur. Bila aku ajukan kepada rakan aku yang bersaing dengan aku, dia bantai tahan perut kata,”Ko jangan cakap jersi Chelsea dia tu safety jacket,terbalik meja karang… ha ha ha”, Jersi Chelsea?!

chelsea_away_kit.jpg

Jangan kata ini adalah trend terbaru untuk memakai warna fluorescent di’badan ketika bermain bola sepak. Jersi kit-bertandang-ke-rumah-lawan (away-kit) Chelsea ini memecah semua jenis warna jersi yang pelik pernah aku lihat. Aku masih tak percaya, Chelsea tergamak mengambil warna fluorescent sebagai warna rasmi jersi mereka. Aku tidak senarai’kan banyak sebab kenapa warna fluorescent langsung tidak sesuai sebagai warna jersi, baju, t-shirt, kebaya atau apa sahaja.

Salah satu sebab utama; Warna fluorescent hanya boleh,dan kebiasaan’nya di’gunakan sebagai warna rasmi keselamatan (safety jacket, warning sign, sticker), kertas warna untuk Kerja Kursus Murid Tahun 1-5, dan sebagai warna latarbelakang profilus Friendster, MySpace & blog untuk mereka yang buta warna serta tidak tahu apa maksud contrast.

Warna fluorescent untuk jersi hanya kelihatan cantik di’atas skrin komputer ataupun di’atas kertas cadangan. Bila kau tranformasi’kan ke jersi secara realiti, ia sangat buruk & tidak semua orang cantik untuk memakai warna fluorescent.

Dialog dari mamat yang sama, kerana kami duduk bersebelahan,”Abu, ko tengok jersi tu, lawa siot…kena rembat sebelum raya ni, baru boleh melaram…”. Aku sedikit pun tidak berniat untuk menyinggung hati sesiapa, tetapi, jersi bola sepak untuk Hari Raya adalah satu lagi faktor mamat ni tergolong dalam mereka yang mempunyai masalah jiwa. Aku sampaikan pendapat aku tentang keinginan beliau membeli jersi untuk Hari Raya,”Mana ada orang pakai jersi raya-raya, orang beli baju Melayu, t-shirt Metroseksual, baru kool…”

“Suka hati kami la nak pakai baju apa pun masa Raya, Raya sebulan, 31 hari!”. Ha ha ha ha. Belum lagi aku beritahu jersi yang beliau pakai kelihatan seperti safety jacket.

Disclaimer: Entri ini hanya’lah pandangan peribadi & tidak bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa. Jika tidak tahan di’kritik, lain kali jangan pakai baju warna fluorescent atau apa-apa pakaian aneh pergi bersahur, atau sekurang-kurang’nya di’hadapan aku. Jangan juga memakai jersi bola sepak di’pagi Hari Raya, kebarangkalian sangat besar untuk gambar anda di’hantar ke’sini. Aku sayang peminat Chelsea, sungguh!

58 Comments

Huahuahua.. Safety Jacket? Huhuhuhu.. Ko Ni Lucu La Mael. Huahuahua.. (Gelakkan Sinis Peminat MU)

ni mcm kaler jersi untuk pengadil jek….

hahahaha…entri kali ni menarik dan mcm di tujukan untuk Peminat Chelsea……

Kelakar gak la orang pakai baju yang terang benderang mcm tu, mungkin untuk keselamatan masa nak naik motor di tengah malam kot

“SAFETY FIRST”

nasib ako bukan peminit sukan bola :p
tapi ako sedikit sokong dan sealiran pendapat dengan pak cik mael :P

barca punye jersi away pon ade yang fluorescent gak..

aku rasa mail mempunyai agenda untuk memangkah peminat chelsea. ahahhaha!!! peminat chelsea, mari bakar mail…

oh satu lagi, aku hampir membeli suit spiderman 2 di ebay untuk melaram di hari raya. sayangnya, suit getah latex tersebut yang sebijik adalah prop filem itu, tidak sesuai untuk lelaki berketingginan seperti aku, ia lebih sesuai untuk lelaki yang rendah sedikit…

untuk yang berminat, bolehlah search di ebay international…

wakaka… menarik entri ko nie. tp aku player RUGBY dan hy minat pd sukan ‘lasak’ tersebut :p

betul tu..kaler jersey mcm safety jacket…nampaknya chelsea fans byk berdiam diri lagi disini…hehehe

mmg pun mcm safety jacket.. mcm jer la.. tp sbnrnya.. baju utk polis trafik hahahahhaha

aku suka kumpul jersi pasukan england, sbb lambang dia bunga ross. plus, jersi siam ada size L utk jersi ragbi… ahhahaha… nampak la lain sikit bila pakai jersi rugby, org ingat lasak, dari pakai jersi chelsea… ahahhaa….

chelsea kena bahan kat sini…

kutuk-kutuk chelsea skrg ni bagussss. club yahudi tu…. dari owner sampai coach haahahah

@mohdismail : so?

@maxi : just nak bagi satu FACT Manchester United tu pun owner dia American Israel. :) so pikir2 kan sendiri.

nampaknya ada orang dah panas disitu…hehehehe

warna fluorescent sesuai bila main dlm gelap jer mael….

owh ye? ermm… maaf’lah sbb aku tak pernah nampak fan Barca pakai… mungkin kadar kurang cantiknya lebih tgi.. ;p

ha ha ha.. tidak sesekali aku nak hentam fan Chelsea.. tp lebih kepada hentam baju yg diaorg ada.. ta’kesah la… itu baju je pun.. jnji main ok..

*mari’lah bakar aku… biar aku lebih hitam & manis macam Perillys.. ha ha

kamen raider… carik kostum Kamen Raider buat raya.. mesti habis metroseksual.. Bali pun boleh join… ha ha ha

*Kamen Raider punya kostum hi-lite’kan dada yang bidang…

@SkyJuice - heh.. aku tak rasa ko akan tanya soalan ‘kehabisan idea’ begitu kalo ko betul2 baca yg aku tulis… jika kau maksudkan apa kesimpulan aku, terang2 aku tulis di’perenggan ke-5, jersi fluorescent adalah buruk…

tapi ye la kan… selera masing-masing… Khai dr Scukz minat kaler pink.. apa nak heran kalo team Chelsea minat fluorescent..

*entri ini tidak menghentam sesiapa.. hanya menghentam scheme warna jersi… itu sahaja

aku rasa… aku rasa la… *aku tak pernah ke stadium tonton bola*, lampu stadium sudah cukup terang.. tidak perlu rasanya ‘jersi keselamatan’ utk mengelakkan pemain berlanggar sesama sendiri…

ha ha ha haaa…

safety jaket.. siot jer.. pagi pagi sejuk la kene pakai jaket ngn cap.. kang kene embun demam pulak!!

dia pakai fluorescent kasik nampak, kot kot lampu stadium blachout, senang nak passing bola. ahahhaha…

demmit lucu siut…

lagi best kalau ade kelebihan glow in the dark kan..kan kan kan?

ke yang buat jersi tuh main taram kaler pakai high lighter jer…bape batang abis tuh…haha

huhuhu….aku takut dia passing bola ker soccer stewardess sj - kan stewardess bola kat sana pakai baju warna fluorescent. dok tepi padang jg penonton…hahaha

argh… sememangnya ismail berniat untuk menjadikan peminat chelasea ilang arah…hilang sabar walaupon di bulan puasa ni.

aku merasakan bukannya teruk sangat pon kaler itu…kali pertama aku melihatnya …aku pon merasa tertarik…sungguh menarik…mungkin jersi yg ko tgk tu bukan ori…sbb itu kelihatan seperti jaket keselamatan…

bukannya kaler itu membuatkan pemain lawan tak bole memandang player chelsea pn….begitulah agenda mail hari ini.

huh… aku takde baju kaler tuh… aku ske kaler biru…sbb biru menawan

heheh chot…baju ko nk cat kaler mcm tu gak ke?miahahaha

owner yahudi pun nak jadi masalah dunia ker.

warna kulit badan takde ker?

Aku sokong pasukan yang aweks aweks tu sokong ….. LiverFool ke MU tu?

dude, yang oripun sama je kaler. lagik fluorescent yg ori dari yg local. serious. ahahhaha….

dah ah, pasal jersi pun nak kecoh. pakai jersi malaysia la wei. lagi bermakna…

awek awek tu sokong negeri sembilan… ahahhaa

hahahah lawa seh ijau2 floresen nih…2 dalam satu kegunaan…

1.berlagak dgn member2 lain…
2.keselamatan didalam gelap..

ahahaha

chelsux~!
tak minat
dan aku juge tak minat MU
hahahaaha
aku ske arsenal

haha. jersi diorang pelik pelik..

theme da tukar.huhu

tak sabar aku nak berkenalan dengan mamat yg berjersi chelsea di hari raya…..

Memacam ler korunk nih!!!

biar ku pakai baju CHELSEA FLUOROSENT di pagi HARI RAYA AIDILFITRI akan ku post gambar ku dan ku Letak di PERSETANKAN.com SEMPENA TEMA CAHAYA ATAU HARI RAYA NANTI HAHAHAHAHAH

BIKIN GEMPAK SKIT!!! BIAR ORANG MELIHAT DIRIKU TERPANA DENGAN KECANTIKAN BAJU CHELSEA KU 4EVA

p/s: AKU ADALAH PEMINAT CHELSEA SEJAK ZAMAN Marcel Desailly LAGI muaahaha jadi jangan kalian cuba mempersendakan KeChelsean aku hahaha CHELSEA Foreva Chelsea Foreva!

@mohdIsmail : Baju tu dah lama dah kuar kenapa la korang baru perasan T_T

bukan ‘kami’ yang baru perasan, cuma aku sahaja yang baru perasan.. sekali lagi aku rasa ko tak baca apa aku tulis… :) mereka2 semua dah tahu…

aku tetap dgn arsenal..hahaha..

sian nye sape penyokong chealsea

Apela Korang Nie. Tak Semangat Malaysia Betul. Hidup Pasukan Negara. Hidup Squad Harimau Malaya. Hidup MyTeam2. Kalahkanla Indonesia Nanti.

Hidup PCMalaya…

Aku penyokong setia Manchester United FC sejak dari zaman Brian Mclair

Ingatkan awek kat atas tu pakai safety jacket..hehe…

Apapun memang pelik jersi tu.. tapi pada aku memang bagus jersi tu untuk naik motosikal…. senang nak nampak & lebih selamat dari pakai baju hitam… stylo jugak dari pakai safety jacket biasa tu…hehehe

baju ke? ingatkan sarung bungkus nangka….tolonglah!…

blog ini tidak cantik untuk paparan IE.

kerna itu aku tawarkan sesuatu buat pengguna IE.. kawan2, bukak blog ini di’IE… ada tawaran menarik untuk anda… yg masih pakai IE, berubah’lah… :)

Hahah..berikan blog ini sebagai mesra pengguna.

aku lihat blog ni masih ok untuk IE7… IE6 dan ke’bawah sepatutnya sudah tak wujud di’atas muka bumi ini… kill IE! KILL! menyusahkan org bodoh cam aku utk compatiblekan theme dgn IE…

aha…dpt bertukar kepada firefox…itulah hadiahnya…

hahah sibbaik template aku tak terjejas walopon pakai ie…miahahah

stuju2…KILL IE….KILL IE…!!!

aku rase orang post ko nie bkn sebab baju tue, tp psl gambar atas tue.cm panas je. pose nih.tahan2.

@omar - aku tahu punca dia lari sidebar dlm IE, brian threaded comments ni ar.. cis aje.. ha ha
@oden - owh.. banyakkan bersabar bulan2 puasa ni.. tgk sekali sudah. ha ha

huhuhu…aku pun tak faham apesal jersi away tahun nie macam tue.. :P

ok la tuh ada jersi baru..
pengubat luka tak dapat juara EPL..
hahahah cian tul,,,

real women dated MU fan!!!hehehe