Graduan Baru — Cari kerja atau kejar impian?

Sekarang (ketika artikel ini di’tulis) adalah satu tempoh di’mana universiti tempatan sedang mengeluarkan produk-produk kebanggaan mereka yang kita gelarkan sebagai graduan baru. Aku salah seorang dari ribuan graduan baru yang rata-rata berasa lega kerana sudah tamat dengan ikatan sistem pendidikan negara. Aku juga.

Sekarang juga tiba masa’nya untuk graduan-graduan baru ini memulakan hidup baru mereka. Persoalan yang sedang bermain dalam fikiran aku sekarang adalah, adakah sangat perlu graduan baru mencari kerja atau mereka perlu memulakan sesuatu yang betul-betul baru mengikut acuan mereka sendiri.

Menulis entri yang membicarakan soal kehidupan ketika berusia 23 tahun & baru sahaja tamat pengajian bukan sesuatu yang mudah buat aku. Pengalaman aku hanya’lah 23 tahun hidup di’atas muka bumi ini dan peratusan untuk seseorang memanggil aku ‘dungu’ adalah sangat tinggi kerana ramai pembaca di’sini lebih tua dari aku malah ada yang sudah mempunyai anak. Tetapi, aku mahu memberi pandangan peribadi tentang apa yang sebenarnya seorang graduan baru buat setelah mereka keluar dari universiti.

1. Hidup kita telah di’rancang sekian lama

Sedar atau tidak, kehidupan seorang manusia di’Malaysia secara amnya telah dirancang sejak kecil sehinggalah mereka keluar sebagai graduan. Kita di’suruh untuk masuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej matrikulasi atau STPM, kemudian sebagai destinasi terakhir, universiti. Sekurang-kurang’nya, 23 tahun hidup kita di’atur oleh sistem masyarakat yang mahukan seseorang itu mempunyai kelayakan yang baik. Tiada apa yang salah dengan sistem ini kerana aku sendiri lalui semua’nya dan masih hidup & bernafas hebat.

Dan, apabila tiba masa kita melangkah keluar, kita sebenarnya harus mengatur hidup sendiri & tidak lagi bergantung kepada tuntutan sosial yang mahukan kita bergaji besar & berjawatan tinggi. Pemikiran yang di’tanam ke’dalam masyarakat hari ini sangat dasyat. Jika kau tidak mempunyai pekerjaan yang bergaji tinggi, kau tergolong dalam kalangan mereka yang tidak berjaya. Kita kena ubah.

2. Pendapatan tetap bukan satu jalan selamat

Jika di’beri pilihan samada bekerja dengan pendapatan tetap yang boleh hilang dengan hanya satu memo pemberhentian kerja atau memiliki beberapa cabang pendapatan yang jika salah satu’nya hilang kau masih ada yang lain, mana yang kau pilih? Aku, hari ini memilih jalan kedua kerana itu adalah lebih selamat.

Ramai berkata kepada graduan baru, dapatkan kerja & kewangan kau akan terjamin. Kebanyakan mereka yang bekerja hari ini tidak sedar yang mereka sebenarnya memperjudikan hidup mereka ke’atas mereka yang lebih berkuasa untuk menentukan samada kau akan terus bekerja atau tidak.

Semenjak aku menyewa sendiri rumah di’luar, pendapatan ’sampingan’ aku untuk sebulan yang lalu telah meningkat lebih 50% dari apa yang selalu aku perolehi ketika aku berada di’dalam kampus. Kebanyakan kerja yang aku apply menawarkan gaji permulaan yang lebih rendah berbanding dengan apa yang aku perolehi hari ini.

Aku rasa, aku hanya akan bekerja jika ada syarikat yang menawarkan gaji 2X lebih tinggi dari apa yang aku ada dengan membuat apa yang aku minat hari ini. Dan, sehingga hari ini, aku masih mencuba pelbagai cara untuk memperoleh duit tanpa perlu mengikut telunjuk orang lain. Gagal yang ini, aku cuba yang itu. Seronok dan bebas dari risiko di’lontar fail ke muka & di’maki. Itu tidak seronok.

3. Kebebasan Diri Sendiri

Aku bukan manusia yang sukakan undang-undang yang ketat & membataskan pergerakan aku sebagai manusia. Undang-undang memang mampu membentuk seseorang itu menjadi lebih berdisiplin, tetapi kebanyakan undang-undang di’tempat kerja adalah mengarut. Sudah’lah kita menukar masa & tenaga kita yang ada dengan gaji tidak seberapa, kemudian kebebasan kita di’sekat ketika bekerja.

Manusia seharusnya berasa seronok untuk bekerja, bukan berasa takut dengan undang-undang yang di’cipta untuk menjadikan manusia itu patuh atas arahan orang lain.

Jika tidak bekerja, apa harus kita buat?

Ini satu soalan yang timbul apabila seseorang itu telah terbasuh mindanya dengan tuntutan masyarakat yang seseorang itu harus bekerja. Graduan kita hampir kesemuanya seakan-akan tidak nampak jalan lain untuk menyara diri di’masa hadapan. Ketika kali pertama menjejakkan kaki ke’universiti, tuntutan masyarakat sudah berpesan, belajar rajin-rajin, esok keluar boleh dapat kerja yang bagus.

Pemikiran begini sebenarnya yang membuatkan seorang mahasiswa itu tidak dapat mengenal pasti potensi diri sendiri selain menjadi seorang pelajar yang belajar untuk sebuah jawatan yang bagus. Bila keluar dari universiti, mereka akan semata-mata mengharapkan kerja sebagai satu-satunya sumber pendapatan mereka.

Jika kau tidak bekerja, kau boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sememangnya kau akan berasa sakit di’permulaan untuk bekerja sendiri, tetapi jika sistem itu telah berjaya, kau hanya perlu mengulangi’nya semula & semula untuk melihat hasil yang lebih baik. Sehingga ke satu tahap nanti, kau tidak perlu berbuat apa-apa kerana sistem yang kau bina akan berjalan sendiri & tiada siapa akan menghantar memo pemberhentian kerja untuk kau.

Bagaimana dengan pandangan masyarakat & ibu bapa?

Aku sangat teringin untuk ungkapkan ayat, “Mak abah, ini ijazah yang Along dah dapat sepertimana mak abah nak Along dapatkan dari dahulu.. jadi, sekarang Along akan pilih jalan Along sendiri & mak abah jangan risau..”. Aku sangat teringin. Tetapi, ijazah itu belum ada secara nyata.

Satu sahaja yang aku pegang sekarang, jika aku mahu menongkah arus norma stereotipikal masyarakat kita hari ini, aku harus berani untuk di’kritik & di’kata dibelakang. Persetankan. Jika hari ini, kau memilih jalan untuk tidak bekerja & mencari sistem hidup serta kewangan sendiri, kau pasti akan mempunyai perasaan yang berbelah bagi kerana kau sendiri tidak pasti apa yang akan terjadi di’masa hadapan.

Tetapi jika kau kuatkan & tekadkan hati, suatu hari kau akan gembira kerana inilah keputusan yang paling baik pernah kau buat seumur hidup kau sebagai seorang manusia. Kebahagian melakukan sesuatu perkara yang kau suka & tidak sabar untuk mengulangi’nya setiap pagi adalah tidak ternilai — lebih-lebih lagi apa yang kau minat itu memberikan kebebasan kewangan.

Diari Kutu Lepak Handalan oleh Kumprinx

66 Comments

hoho..aku orang pertama..

pada aku la mael, terpulang pada graduan baru tersebut samada mahu cari kerja atau mengejar impian..dua2 baik pada aku, cari kerja ok kejar impian pun ok sbb xde orang mengejar impian yang tidak bagus..tapi aku tertanya2 ko nak buat ape??cari kerja@mengejar impian??

KEJAR IMPIAN!!!
ehehh..tu pendapat aku la..yg sukakan kebebasan diri n xnak ikut org jer…nak cari jalan sendiri..

Do whatever best you can do now..

aku tau setiap kita ada impian masing masing kan.Ada kebolehan dan kemahiran tersendiri.Sape yang baca komen aku,ini soalan .Apakah kau mahu bekerja dibawah satu sistem yang bakal menyekat kau dari mengejar impian atau kau rela melupakan impian kau dari kecil untuk berada dibawah sistem itu?

Mael,
Jika kau mahu menongkah arus,silakan.Aku sokong.tetapi kau perlu ingat & sentiasa berpegang pada satu prinsip dimana kau perlu jadi seorang yang profesional dalam mengejar impian kau.Jangan ada secalit “hitam� yang melekat pada diri.Jika ada,nescaya ko akan berubah!

*berapi je ayat aku*

he he.. aku kurang paham dengan secalit ‘hitam’ tu. adakah bermaksud aku tak boleh buat kesilapan atau sejarah hitam dalam hidup aku? =) he he..

ada orang, impian dia adalah bekerja dengan penuh dedikasi dan akan di’sayangi majikan.. jika itu impian dia, kejarlah.. =) tp masih, impian yang wujud di’bawah impian orang lain..

i’m agree wif u…100%
aKu sKang pon ikt ckp my parents..
well…they are knoe btter than me..
so..as daughter..jUz follow jelar… =) pnuhi impian mreka dulu..
nanti dh grad..puasler ati diorang…
kmudian…impian aku akn mnyusul..bgi aku x slah pon nk bEralah…
yg pnting LIFE MUST GO ON….
mael…
aku rse btul kot ape yg ko mksdkan ngan secalit ‘hitam’ tuh…
bg aku plak..bkn ker dri ksilapan itu akn mngajar kite lbih berusha dan matang dlm sesuatu prkara..
BTW..nobody is perfect man…!!??
okaylar tuh~~

first, kau ni perempuan rupanya.. *hai!* ha ha..

mak ayah tahu lebih dari kita.. itu memang kenyataan dan kerana itulah kita perlu dengar cakap mereka sehingga keinginan mereka utk lihat kejayaan kita tercapai.. selepas itu, mereka akan lepaskan kita dgn impian kita kerana mereka tahu, mereka dah lepaskan kita dgn didikan yang baik.. (insyaAllah).. =)

aku pun berpendapat gitu, kesilapan ‘lah yang akan mengajar kita utk buat benda betul.. sampai hari ini, kesilapan yang aku buat tak terkira.. tapi aku suka, sbb tiap kali aku buat silap, aku dapat ilmu baru.. hehe

Ahaks.. Cabaran Yang Sebenarnya Adalah Apabila Mahasiswa Telah Keluar Ke Dunia Nyata - Brand New World.. Apa Yang Telah Terkumpul Di Dalam Diri Mahasiswa Ini Sewaktu Menuntut Di Kampus Akan Digunakan.

Apapun Rasanya Mereka Sendiri Telah Mampu Berfikir Apa Cabang² Laluan Yang Akan Mereka Lalui Dan Akan Mereka Pilih. Rasanya Tidak Akan Ada Masalah Dalam Menentukan Masa Depan Dan Cara Hidup. Cuma Mereka Yang MALAS BERFIKIR Itulah Sebenarnya Yang Menguasai Statistik Kadar Pengangguran Negara.

Be Wise Be Profesional All You Graduates.. Kalau Tak Dapat Kerja Pigi Sambung Master. Amik PhD Lalu SUmbanglah Kembali Kepada Masyarakat.. :D=

aku rase mcm nak kerje kerajaan sampai pencen je rasenye (sambil2 tu buat kerja sampingan tambah duit) yang penting gaji yang konsistan tetap masyuk disamping pendapatan sampingan hasil dari kerja sampingan) kalo business tak jalan pun, still ada gaji kerajaan yang mentain agak support kita untuk hidup. wow! haha

aku nak keje cari aku..haha
ermm..macam aku, impian aku mmg ape yg aku tgh buat skrg..
disebabkan aku dari keluarga yg serba kurang, impian aku adalah duit..

& aku diajar oleh lecturer2 ntuk xkeje ngan kerajaan..jahat kan lecturer aku?

kawan2, aku rasa ade komen yang hilang atau ghaib dek kerana masalah compatibility template baru ni ngan brian’s threaded comment.. maaf jika komen anda hilang, post lg sekali boleh? hehe =)

malas post dah..

** luahan hati komenter yg tidak berpuas hati :P

he he.. aku rasa ade 2,3 keping komen hilang td.. ko punya ade satu kot.. sorry la bro..

tp, bro masih juara carta.. haha

terpulang pada sifat individu itu…
berani mengambil risiko atau tidak…
kalau tak berani, kerjalah kerajaan sebab susah ko nak di pecat, kerja pun relax²…
kalau tak berani, kerja la swasta. tapi bersedialah untuk dikerah keringat dengan gaji yg tak setimpal… atau tunggu saja VSS bila perlu…
yg berani, di sinilah kehidupan bermula… buat apa yg telah diimpi selama ini… jatuh bangun adatlah, bila lagi nak merasa kenikmatan menjadi kapten mengemudi nakhodanya sendiri?
kerja kerajaan atau swasta, samalah mcm belajar dulu, di arah-arah… ikut telunjuk org lain dan bila mau jadi pemimpin?

hehe.. komen kau sinis utk org yang sedang bekerja =) aku pun kasihan mengenang nasib mereka yg bekerja.. mlm td tonton buletin utama, kisah cuepacs tuntut itu ini.. seriau aku.. =p

bg pendapat afham la..better cari kerja yang betol2 relate ngan impian kita. kalo tk nyesal tak sudey… :P

Aku rasa geraduan mentah macam aku ni perlu bekerja di bawah orang dulu, mencari, mengorek dan membuat eksplorasi pekerjaan yang aku minat dan sampai satu masa jika aku perlu berdiri dengan kaki sendiri tanpa bantuan orang lain dalam meneruskan kelangsuangan hidup ni aku akan memilih jalan itu……

Memang lawa themes ni Mail..Sempoi lah.

oh ya, sebenrnya tak salah pun kerja dengan orang… maksudnya makan gaji…
sebab dari situ, kita boleh kutip pengalaman…
kalau ada visi, kutip segala macam dari A ke Z kat company tempat makan gaji tu… then, dah ok kejarlah impian berdasarkan ilmu yg telah dikutip…
lainlah kalau memang dari mula memang mau sehidup-semati dengan Gomen… tunggu umur 70? KUPEK-KUPEK….

keje keje gak. side earning kene ada gak. kang xpasai2 xde backup. btul, parents lg thu pasai kite, tp aku gak yg mengong. dpt tawaran sana sini reject. huhu..

ko skrg ni status penggangur bertauliah la yek mail. haha..

p/s: mael.. smart theme rev ko ni.. dlu ak ingat nk beli theme rev pro, tapi x kesampaian.. haha..

entri menarik! secara tak langsung aku mendapat semangat baru.

ya betul. lakukan perkara yang mudah serasi dengan jiwa kita. walaupun tak cukup sempurna tapi cukup jika kita rasa gembira dan dapat menikmati hidup ini.

takkan kita nak selalu ikut telunjuk orang lain yang kununnya lebih punyai kuasa utk mengarah!?

bagus la ko mael . .boleh jadi calon menantu ni

yang penting tetapkan matlamat dan impian anda, ke manakah anda selps habis belajar then apakah kehendak anda, for me memang mencari haluan sendiri dan bekerja sendiri adalah yang terbaik tp tak salah kalau bekerja untuk mencari pengalaman dan mengutip apa yg kita tak ada, seperti di sponsor oleh kompeni untuk mendapat trainning certificate dari luar negara yang kosnya hampir usd 10k, dan kalau nak amik sendiri tentulah kena betul2 ada duit,so terpulang kepada anda semua, pilih jalan yg anda mahu dan tetapkan matlamat anda 2 tahun,5 tahun dan 10 lagi anda akan berada dimana…

semua orang berhak menentukan apa yg di inginkan…!!

hanep - lebih kurang la.. haha.. serunuk sbnanya bangun tido ikut suka hati.. tp -ve dia, aku jadi kurang produktif.. haha *beli la, berbaloi utk ko kalo serius tulis blog*

megat - arah sikit2 leh ye tak? aku mmg kurang senang kalo di’arah lebih2.. rasa mcm hamba plak.. *sila bakar aku wahai pekerja sekalian*

mazuhan - hehe.. aisyah masih bujang kan? boleh la.. ha ha ha

mijie - yep.. matlamat & perancangan itu penting =) kalo xde perancangan, xde kemana pun kita ni =)

kalau aku, bila dah besar nanti mungkin aku akan start di bawah org dulu.
kayuh pelan-pelan, baru aku buat bisnes sendiri.

nak jalan mesti ada perancangan. tiada manusia yg merancang utk gagal melainkan mereka gagal alam merancang dan tidak melaksanakan apa yang dirancang.

Nak kejar impian bukan senang. Kena ada perancangan yang betul. Jangan buat keputusan secara gopoh untuk menentukan haluan kita. Matlamat yang nak dicapai kenalah fokus kepada matlamat itu tanpa menoleh kebelakang. Haha….apa dah aku borak ni. Aku sendiri pun tak fokus..haha

perghhh power la blog ko dapat 15000++ hits sehari. hehe :)

waa..kool la theme baru ko nih!

haha.. 2la pasal.. bukan murah theme ni oi.. aku da lama berkenan..
p/s: mael, xmo kasik murah kt aku? .sharing is caring… haha

theme ko gune,sumer best2 mael…kau suke cari theme ke…wei..aku baru pas viva..demn..hancus aku…tak tau ape nak jadi pasni…aduhai..

kau beli ke theme ni mael…wow…

syuxx - aku banyak baca, org kata awal umur 25 tahun ni, mmg masa kita mencari halatuju.. tu tak berapa kisah nak keje ke, nak kutip pengalaman ke.. ini masa tuk kita kenal diri kita ye tak? =)

Asharudin - yeah! fokus pada matlamat.. usaha.. insyaAllah..

hanep - aku pun tatau boleh jual balik ke tidak theme ni.. haha.. x baca pun FAQ ke terma2 tu semua.. teruja nak pakai =)

Gie - beli untuk kepuasan diri.. haha

KNizam - ngeh3.. aku pakai method2 lain utk determine statistik blog ni.. 15,000+ hits tu data dr server.. =p

huh mael..hang letak video lagu kegemaran aku.

Aku rasa kau silap satu.
Sistem pendidikan yang kau lalui kat universiti tu bukan mengajar kau bagaimana cara nak makan gaji, tapi membekalkan kau ilmu untuk kau terus survive dan mulakan hidup yang sebenar dengan pilihan bidang yang kau sendiri buat.

Mentaliti graduan kita bila keluar universiti adalah untuk mencari kerja dan makan gaji.
So, cuba tukar cara berpikir yg macam ni. Guna ilmu yang kau dapat untuk cari sumber bagi kau teruskan hidup mengikut kemampuan dan minat kau.

Pandangan masyarakat?. Bila kau mampu untuk ubah cara berpikir yang macam ni sekarang, masyarakat kau akan mempunyai pandangan yang berbeza pada generasi anak kau nanti.

Kau bebas untuk buat pilihan.

macam2 leh jadi. Mak abah aku dah leh terima aku wat keje gila nih. Hehe :)

semoga terus sukses mael. sukses! sukses! sukses!

dahlah keje skrg susah…umur bersara naik lagik…kalu nk jadik usahawan tani mari jumpe encik su…kami boleh bekalkan teknologi

[off-topic] Encik Su, kenapa url ke blog ko tu pergi ke Mega Site of Bible Studies? aneh tul.. sila periksa semula.. =)

lagipun, kat sana xde jumpa apa2 teknologi utk pertanian pun..

tak kisah la pasal kerja ALLAH dah berjanji akan memberikan rezeki..tak perlu risau cuma kita perlu usaha dan melakukan tanggung jawab sebagai hamba-Nya….

“KALAU KITA IKUT DUNIA AKHIRAT TAK KAN TURUT BERSAMA, TAPI KALAU KITA IKUT AKHIRAT DUNIA AKAN TETAP BERSAMA” pesanan Dato’ Baderuddin

Mazudi - maaf lambat approve komen ko =) he he..

aku sebenarnya x blame sistem pendidikan Malaysia, aku cuma blame tuntutan masyarakat yang membentuk kita supaya membesar dengan berfikir makan gaji adalah jalan terbaik utk terus hidup.. =)

bila bercakap pasal ni, tetiba hari ni aku dapat tawaran untuk bekerja di sekter kerajaan, apakah pendapat anda semua?patutkah menerima tawaran tersebut?

Ko memang mempunyai cita-cita tinggi mail..
memang pabila kerja tekanan memang dirasakan…
aku sendiri akui kadangkala ragam orang atasan memang menyakitkan tapi aku perlu mencari rezeki sambil2 aku cuba mencari ruang2 pendapatan yang lebih bebas..
AKu ucapkan tahniah dan semoga kau berjaya dalam apa jua bidang yang ko pilih…

mijie —> kau dapat tawaran post persekutuan atau negeri?? pikir secara rasional.. pilihan terletak di tangan ko.. kerja kerajaan sekarang tidak semudah dulu…. kenapa??? k

Betullah apa mail cakap tu.. harap en-su beri penjelasan…

Mijie - dr pandangan aku yang setahun jagung ni, terima atau tak tawaran tu bergantung kepada berapa besar tawaran tu mampu beri efek positif dalam hidup ko.. kewangan, personal, keluarga.. kalo ketiga2 ni susah nak balance, ko kene pilih mana yang ko boleh balance semua tu =) hehe..

zool - ko sedang mengutip pengalaman tu.. insyaAllah ruang rezeki yang lain akan ade utk ko.. terima kasih kerana mendoakan aku =)

Mungkin ko kena kerja dulu..untuk dapat orang panggil disiplin kerja,

zool- sy dpt tawaran dari spa, lapor diri dkt putrajaya.apa maksud ko kerja kerajaan skrg tak seperti dulu???

mael-macam mana tu aku nak balance????ok tentang kewangan of course gaji akan lebih kecik dari skrg ni…dari segi personal, what u means personal?? adakah pangkat??
then keluarga, kalau aku terima keje goment ni…aku lah org pertama dalam keluarga besar aku ni yg kerja goment…..

mijie: aku sokong kata Zool..Kami bekerja di tempat yang sama. Kerja kerajaan memang tidak semudah dulu dan cabaran dia lagi hebat dari keje swasta.

tech blog- so maksudnya tidak di galakkan masuk goverment ek? mana2 tmpt pun ada cabaran aku rasa, dan aku memang bekerja yg ada cabaran…mcm mana tu?

mijie - kalo gaji lebih kecil, tp masih dapat tampung perbelanjaan ko, masih ok =) cuma mungkin effect pada saving kot.. kalo ko rasa hidup ko akan lebih positif utk jangkamasa panjang, apa salahnya terima.. kan?

mijie —> ha ha ha ko jgn takutkan dia lah, tech blog.. tak baik… maksud aku sebenarnya keje kerajaan tidaklah sesenang dulu.. dan mungkin pressure tinggi ( bergantung pada jabatan mana ko dapat) .. tapi rasa aku baik ko terima je dulu.. tengoklah tempat mana ko dapat .. mungkin juga tekanan tu sesuai dengan ko..

sambung sikit lagi ye …
kerja kerajaan tidak statik dan kadangkala ko perlu berhadapan dengan situasi politikus yang kadangkala menyakitkan hati ..
dan kalau ko berada di peringkat jabatan yang berkaitan kelulusan sesuatu lagi tekanan..
kadar peratusan untuk ke ‘ rumah besi’ akan ada…
tapi pada aku baik ko terima.. kalau ko dapat persekutuan , jabatan kementerian mungkin kureng sikit tekanan… Wallahualam…

heh..aku suka ko mijie..pegi jer..memang tidak seperti dulu..lebih2 lagi kat upen nih..macam nak tercabut otak..

kerja kerajaan rilek ke? ntah, pening je kepala aku hari-hari..
dengan politikus opis yang tak tentu hala..
makcik2 berpikiran kolot yang selalu dengki tengok koleksi kasut tumit tinggi aku.
lelaki-lelaki gatal…
desakan bos besar dan bos kecik untuk selesaikan kerja dengan sekelip mata…

haiiiiiish… manusia macam-macam kerenah. kerja mana2 pon sama ek~
kene pandai bawa diri..phsyco dinamic~

ye tak? ;)

mael, ,ko kan dah kaya..so pi jerk enjoy.. :p

Katz - kalo aku kaya, aku xde belaja’nya.. haha =)

Shambie - desakan bos tu yg kurang gemar ye tak? bg aku la.. hehe =) lelaki2 gatal, dlm blog aku pun banyak.. ha hah a

*bakar aku*

*owh sini ramai lelaki gatal ke? mana²? … :p

like sekarang aku tengah tekanan untuk siapkan kerja.. desakan dari pelbagai pihak. alahai.. terasa ingin lari bercuti ke Bali. ayuh~

p/s:tapi sempat je check2 blog org eh, ceh!

chaiyok2 shambie! =) xpe nnt sampai masa, ada duit gaji yang masyuk, leh la bercuti sakan..

Bali — teringin tapi tiada duit & passport.. hah a

setelah di teliti,aku dah buat keputusan dan aku ingin terima tawaran bekerja di jabtan kerajaan….insyaAllah segala tekanan dan cabaran akan ku hadapi…

harapnya keputusan yang aku buat demi masa depan aku ni adalah betul insyaAllah

aku dah amik exam khas gred 41…haram susah gile nak jawab..mmg kantoi arr..so,nak masuk kerajaan,pun bukan mudah…skang ni,tgh memikirkan kerje ape yg best…

mael…hik hik….aku jumpe theme ni kat forum…backdoor nyer.. :p

menda ni…..x leh cakap jadi hamba gak .baling fail ke muka ke…kalau nak kerja dlu pun ok..sebab bg aku..kalu ko kerja…time tu ko leh kumpul duit sendiri + pengalaman…leh tgk bos ko keja camna…rule dalam bisnes…cara nak tackle projek…pe protokolnye…sambil2 follow bos ko jumpa client..secara x langsung…ko sedang mengumpul network ko sendiri…then…bila ko da matang….da nampak dengan yakin apa ko nak buat..da ckup modal…da ckup member2…da ckup network..itu jam…buat bisness je….

bg yang nk bisness pas study je..aku rasa menda ni sesuai utk orang yang dari family yang kukuh kewangan…mak ayah terlibat bisness…mak ayah leh tnjuk cara bisness,sedia modal..x yah pinjam2 dari bank…dah le ekonomi dunia cam x kena je sejak dua menjak ni…kang ekonomi down…bank naik riba..x kesakit nak bayar…kena cop muflis…x ke haru…..utk yang fresh giler kuar dari U,yang duit pun ckup2 je…memang boleh buat bisness..tapi risiko tggi dan x ramai berjaya..kena cekal giler beb…otak mau pandai….

ni semua pandangan aku je..sebab aku da lalui semua tu…da tgk membe2 berjaya,member2 yang jatuh…member2 yang baru nak menapak……aku?…aku makan gaji je….kumpul modal…kumpul pengalaman…follow bos aku yang aku tgk sporting + kamceng giler ngan staff…aku respek dia….kesimpulannya….

tepuk kepala…tanya akal…
“akal…ko da stenbai ke?….aku da nak kuar U ni…”
kalau akai cakap…
“siot ko…aku x de idea langsung nih…”…
itu jam…x yah segan2…x yah malu2…bermula la dari bawah…..sebab..tapak yang kita bermula dari bawah tu…SANGAT MASYUK DAN SANGAT STIM bila dikenang2 bila kita dah agak kukuh nanti…..syahduu…..teringat aku masa mula2 keja.. =p…….
selalu ngidam pizza…x mampu..bajet bajet….sekarang?…

moral : pizza x baek utk kesihatan.

tetiba aku rasa malu:aku merepek panjang giler…ahh…lantak le….hakhak…peaceeee…..

Wah rupa-rupanya ada jugak orang-orang yang sependapat dengan fikiran aku yek. Tapi saya ini orang Brunei and baru sahaja habis buat degree.

fikiran ko dgn aku sama lah mael, setelah aku kira-kira aku belajar kat sekolah selama 17 tahun dari tadika hinggalah masuk Universiti. Alhamdulilah atleast aku dapat buat parents aku bangga lah kan. tapi masalahnya aku dah mula fikir walau setinggi mana pun kita belajar hakikatnya dlm dunia realiti ini kita sama je. nak survive dalam kehidupan.

Siapa bijak dalam menguruskan kehidupan dia, tak kira nak keje ke tak asalkan hidup dia free. debt free and ada pelbagai aliran sumber pendapatan.

Tapi ilmu itu penting, teramat lah penting. Tak keje pun kita mesti ada ilmu. contoh jika nak berniaga kena ada ilmu niaga. kata irfan khairi kena baca 100 ke 200 buah buku baru jadi pakar dalam satu bidang.

Matlamat saya kini adalah ingin menyedarkan para graduan yang masih belajar kat Uni di Negara saya ini, untuk bersedia tentang kehidupan dunia realiti dan fikirkan kembali mengapa mereka belajar sehingga kemenara gading, apa tujuan, apa matlamat dan apa keinginan mereka sebenarnya.

By the way, the way u talk kan mael, kesemua itu Robert kiyosaki yang katakan dalam buku dia Rich dad poor dad. Fikiran kita masih lagi terkurung dengan kepercayaan masyarakat dulu.

thanks bro..

Leave a Comment