GuaMuzik - Kekurangan & Idea yang Harus Ada

Aku sentiasa impi’kan satu laman web dari Malaysia yang membenarkan kita memuaturun lagu secara sah & membangunkan kembali industri muzik Malaysia. Aku akan sentuh kemudian bagaimana internet boleh kembalikan kegemilangan muzik Malaysia. Tetapi, hari ini aku mahu menyentuh tentang sebuah laman web menjual muzik yang di’panggil, GuaMuzik.

GuaMuzik adalah satu division di’bawah kelolaan Gua yang duduk di’bawah Media Prima Sdn. Bhd. Kepada yang tidak tahu, Gua adalah laman web penyokong rasmi untuk semua channel di’bawah Media Prima — TV3, NTV7, 8TV, TV9. GuaMuzik secara asas’nya memberi peluang kepada peminat muzik tanah air untuk membeli muzik kegemaran mereka di’internet dengan harga serendah RM3.00 per lagu.

Idea yang menarik, tetapi aku nampak beberapa kekurangan yang ada pada GuaMuzik yang seterusnya menjadi sesuatu yang menyusahkan — bukan menyenangkan.

1. GuaMuzik tidak support Firefox

…dan mana-mana pelayar internet yang lain’nya. WTF! Mereka hanya mahukan Internet Explorer 6.0 dan ke’atas. Kool! Aku tidak tahu jenis apa seorang pembangun web atau perekabentuk web jika mereka tidak tahu apa kepentingan sebuah laman web itu untuk mesra kepada semua pelayar internet. Menyokong Internet Explorer tidak salah, tetapi mengetepikan pelayar internet yang lain untuk survive dalam dunia rakyat Malaysia semakin celik IT adalah tidak bijak.

2. Gua & GuaMuzik bukan Jabatan Pendaftaran Negara

Tidak salah untuk meminta maklumat peribadi sebagai data untuk statistik di’kemudian hari. Tetapi, semua semua yang di’atas selain Username,password & e-mail boleh di’minta kemudian. Kemudian di’sini bermaksud Gua atau GuaMuzik boleh buat reminder untuk pengguna update profile mereka dari hari ke hari. Serius, pendaftaran dengan maklumat yang banyak begini sangat memeningkan bagi aku.

Cukup dengan meminta 3 perkara asas — Username, Password & E-mail, yang lain boleh di’peroleh kemudian atau tidak perlu langsung. Serius, sangat perlu ke, maksud aku, adakah sangat perlu untuk mengetahui jantina, pendapatan, asal keturunan, pekerjaan, taraf pendidikan semua untuk muat turun satu lagu? Aishh!

3. Kaedah Pembayaran

Itu screenshot yang aku buat untuk menguji kaedah pembayaran di GuaMuzik. Kau tahu, dia minta sekali lagi e-mail aku yang telah aku masukkan semasa pendaftaran tadi. Come on, kau sudah ada e-mail aku bukan? Ambil sahaja dari user database, pembangun web kau mesti tahu bagaimana mahu buat — jika tidak, mari aku sekeh kepala dia.

Untuk kaedah pembayaran, aku mahu ada satu idea yang ringkas & mudah untuk orang membeli muzik di GuaMuzik. GuaMuzik perlu sedar tidak semua orang mempunyai akaun Maybank2U, atau aktif membeli MOL e-Points atau mempunyai kad kredit. Satu-satunya yang rakyat Malaysia sentiasa & harus ada adalah telefon bimbit & kenapa tidak pembelian muzik di’GuaMuzik guna kredit yang ada di’dalam telefon bimbit?

Pembelian dengan telefon bimbit akan membabitkan 3 langkah mudah;

  1. Setelah lagu yang di’hajati telah di’pilih, penguna akan proceed ke check out. Laman check out ini akan bagi satu kod untuk pengguna SMS ke satu nombor (e.g 32666) sebagai langkah untuk confirm beli. Bagi satu reminder ringkas yang kredit pengguna harus lebih dari harga pembelian sebanyak 40% contoh’nya. Supaya tidak berlaku insiden “adeh kredit abes la plak!”
  2. Setelah sistem GuaMuzik menerima SMS pengguna, sistem akan secara automatis generate satu kod lain untuk di’hantar kepada pengguna, juga melalui SMS. Pengguna terima kod, dan perlu masukkan ke’dalam laman check out tadi.
  3. Setelah sistem mendapati yang kod itu sah, pengguna akan di’bawa ke laman muat turun dengan URL unik, bermaksud ia hanya boleh di’gunakan sekali sahaja. Pengguna muat turun lagu, done!

Jika aku ada wang puluhan ribu ringgit, pasti aku labur untuk setup sistem sebegini. Jika tidak cukup, akan aku kipas Tony Fernandes supaya boleh beliau hulurkan aku sejuta-dua untuk sistem begini. Media Prima, jika kau laksanakan sistem ini, aku mahu sedikit share. Haha!

49 Comments

X lama lagi, Astro pun akan wat MuraiMuzik plak. Muehehe…

aku xmo MuraiMuzik.. aku nak satu laman baru completely bebas dr mana2 pihak.. haha..

*mcm aku sorang je nak beli muzik*

Erm… Mael, agaknya kalau nak bukak laman camni, brape agaknya modal?
Rasanya kena apply lesen dulu kan?
Pastu harga setiap lagu, adakah kita yg tetapkan, atau dari pihak recording?

Ececece… Cam aku plak yg nak bukak. Heh…!

mmg agak banyak proses nak realisasikan laman web gini..

1. dengan recording company
2. dengan telco (kalo akunyer idea la)
3. dengan undang2 (mcm2 intelectual act nak kene follow)
4. dengan sumber hardware & software
5. dengan sumber tenaga manusia..

bagi aku Tony Fernandes, mesti boleh jalan punya… ha ha ha

Tony Fernandes ke Freddie Fernandez? Hahaha…

Rasanya dulu BlueHyppo ade buat portal macam ni gak, tp lebih kepada artis² indie / artis yg baru nak naik. Mungkin golongan artis yg mempunyai nama dlm industri muzik ni agak mahal kosnya. Warghahaha….!!!

Ape² pun, aku ske ngan idea ko kat atas tu. Heh…!

aku setuju untuk ko sekeh web developer tuh sebab tanya balik email ko. aku pun geram kalo camtuh. haha :)

sebab itulah malaysia tak maju. kalau semua developer malaysia pikir macam google, nak buat semua simple tanpa memeningkan kepala - aku yakin orang kita akan berjaya. peace bebeh.

Aku setuju jika satu music download site yang bebas dari pembisnes gergasi yang macam mereka. So semua pembikin music mainstream atau underground bebas nak jual produk mereka.

Terlebih dulu kena buang sikap orang kita yang semua benda nak free….

Jom la kita develop satu site yang macam kau citer tu. Muahaha.

haha. freddie fernandez takde duit. haha. dia kepala kat maestro je kan. jaga artis yang berpuluh2 org. haa.. tony fernandes banyak duit, woah! haha. kalo sape dpt kipas dia suruh melabur dlm sistem ni, haa, mesti boleh jalan punya idea korang2. ;)

Salam,

Konsep pembayaran menggunakan telefon mudah alih sememangnya dilihat sebagai alternatif paling mudah untuk urusan penjualan produk digital.

Tetapi ada satu perkara yang kurang diketahui umum iaitu pihak penyedia talian atau telco di Malaysia menetapkan bahawa 50% dari harga runcit akan masuk ke dalam kantung poket mereka. Justeru sanggupkah kita membayar pada harga dua kali ganda dari harga sebenar untuk mendapatkan keuntungan?

Contoh mudah, katalah harga untuk satu lagu ialah RM 5.00, jadi keuntungan kasar yang tidak ditolak kos penyelenggaraan dan lain-lain ialah RM 2.50. Nilai ini perlu dikongsi bersama pihak yang terlibat contohnya artis, pembekal sistem dan lain-lain lagi.

Namun begitu konsep sebegini masih relevan untuk produk digital tetapi tidak untuk produk fizikal kerana pengguna pasti terbeban dengan penawaran harga yang tinggi berbanding harga pasaran biasa.

Isu selanjutnya ialah berkenaan cetak rompak. Memang gah dilaungkan berkenaan DRM atau digital rights management yang mampu menyekat aktiviti lanun durjana tetapi harus diingat terdapat seratus ribu satu cara untuk memecahkan sebarang kunci drm malah cara paling mudah ialah dirakam semula secara terus yang pasti sempurna tanpa kekurangan satu bit pun.

Peranan teknologi adalah antara tindakan aktif yang boleh dibuat untuk menyekat aktiviti kurang sihat ini. Tindakan lain ialah memupuk kesedaran masyarakat bahawa lanun cetak rompak itu adalah seburuk-buruk manusia dan aktiviti cetak rompak itu menempah tiket ke neraka jahannam.

Tambahan kepada perkara ini, pihak telco juga tidak membantu dari segi meningkatkan penjualan produk digital kerana masih mengenakan kos GPRS pada harga yang tidak begitu munasabah. Sebagai contoh untuk satu lagu biasa format mp3 sepanjang 5 minit pasti akan bersaiz sekitar 5 mb. Mengikut kadar caj GPRS sekarang, iaitu 1 sen untuk 1kb, maka 5mb akan dicaj sebanyak RM51.20! Ya, ini bukan fakta dongeng. Tanyalah kepada pembekal talian anda. Tetapi setakat ini prasarana tanpa talian Malaysia masih kekal utuh pada era pra-sejarah. Oleh itu muat turun 5mb ke dalam telefon mudah alih masih lagi satu dogengan yang hanya keluar dari mulut para penglipurlara. Nota: Masalah ini tidak relevan jika muat turun adalah menggunakan Internet.

+ aku tersampuk jin tanah putrajaya. komen aku boleh jadi entri blog. guamuzik gagal opera & firefox. sah penganut ajaran IE totok.

salam Mystrique =)

info yang bagus.. berkaitan 50% cas dr retail price tu, mmg aku tatau.. kalo gitu, mmg mahal la jawab’nya kalo nak guna prepaid beli produk muzik ye x?

berkaitan cetak rompak, aku rasa kerajaan sendiri da pening nak mendidik rakyat pasal cetak rompak sebab mmg lumrah manusia sukakan mende percuma.. satu cara adalah memudahkan mereka download lagu dgn harga yg lebih murah =)

*aku x pernah download apa2 guna GPRS atau 3G, mmg akan menakutkan kadar yg di’kenakan..

terima kasih Mystrique

dah bleh masuk dah?
dulu aku try xbleh pon,,,

banyak betul dia punya leceh ek..
tutup terus jer la..
huahua…

Cadangan aku pulak Mail. Maaf kalau ia akan menjadi lebih panjang dari biasa. Sebenarnya, masalah yang paling susah adalah bagaimana untuk mewujudkan satu platform yang mudah di antara pembeli dan penjual, dan mengurangkan penglibatan orang ketiga. Dan yang lebih pasti, dengan bermacam-macam yang perlu kau isi untuk membeli hanya satu lagi, ianya memang bullshit.

Lebih-lebih lagi, ia melibatkan label-label besar yang sudah tentu bernafsu jerung. Sebab itu kalau GuaMuzik ini tidak menjadi apa yang patut ia jadi, aku tidak berasa hairan. Kosnya sahaja sudah memakan belanja yang besar dan sifat semulajadi rakyat kita yang memang sangat suka dengan piracy.Tetapi, mungkin ini tidak berlaku jika ia hanya berkaitan dengan label-label indie atau direct terus kepada kumpulan atau pencipta lagu itu sendiri.

jadi, apakah solutionnya.Ianya adalah hadir dari idea di dalam kocek aku yang sudah bertahun dan hampir berkarat. Aku tidak pasti samada ianya masih relevan atau tidak, tetapi jika ada yang berminat, aku ada fail PDF tentangnya dan ia adalah paperwork yang pernah aku hantar ke PUNB suatu masa dulu, tetapi ditolak mentah-mentah.

di usm, gua.com.my tidak dapat di akses~..hee~

penambahan info dari mystrique, ia sememangnya tak munasabah untuk membuat pembelian melalui sms @ gprs, kenara caj yg dikenakan oleh telco. aku try menjawab persoalan yg timbul mengenai registration yg detail , tahukah anda bahawa sekarang ini data maklumat pengguna merupakan data yang paling berharga? sebab tu la facebook, myspace dan social networking lain amat berharga sehingga harga yang diramalkan boleh mencecah berbilion dan dengan userprofile la revenue sebenar untuk social network… kerana profile, age, minat anda boleh digunakan bagi tujuan marketing… jadi jika anda register dalam gua, mereka mendapat maklumat tepat mengenai profile, minat music, music apa yg anda download, etc .. dan jangan terkejut jika ada sampai surat or sms promote barangan yg anda minat. :)

ps : aku rasa tak perlu tony fernandas sebab dia dah buat apa yg sedang dibincakan ni, untuk music product dia tune*alk dan untuk social network nama dia *oolred.

pergh..terlalu detailed nak isi form.kureng berminat aku.. :p lagi satu any site tak kool kalau tak support musang berapi

Salam Mael. Terpanggil aku nk bagi komen w/pun dh selalu singgah. Google Adsense pun tak penah mintak IC. Social number pun untk bayar tax. Diorang nie nk tubukan parti politik kot.

makaih.. komplikated sungguh die punya borang yang nak kena isi.. Dah macam nak mohon kerakyatan pulak

Hmm.. Murahan punyer Web Programmer Diorang Pakai Nie.. Ke Pakai Blasah Je Nak Bikin WEbsite.. Ko Dah Try Beli Ke Mael?

bukan murahan, tp web developer dia hanya mengikut arahan boss.. he he =) aku rasa’lah… biasalah keje ngan org. kreativiti ni tersekat sikit =)

ha ha.. betul! adsense pun sekadar tahu nama penuh aku.. lain2 tatau.. itu siap bg duit lg.. =)

damn you telco! meranapkan idea aku.. haha.. =)

tapi Facebook, MySpace, Friendster, apa2 semua x perlukan maklumat secara details masa pendaftaran, semuanya boleh buat kemudian… dan aku yakin, walaupun kene buat kemudian, orang akan isi jugak kalo sentiasa di’ingatkan.. mcm Friendster buat dengan invite friends with e-mail.. hari2 kuar reminder, hujung2 aku buat jugak.. =)

*oh.. sejak bila Tony Fernandes jadi VC tuk internet product? nama mcm kool.. aku nak tau lg lanjut leh?*

aku berminat gak nak sentuh pasal PUNB & MDeC terutamanya.. selalu aku tgk iklan SMS kat tv yang di’sokong oleh syarikat ala-VC ni… tak pernah lg kot mereka venture dalam web apps, kalo ade pon, bukan untuk kegunaan awam.. =)

apa kata ko try Tony Fernandes walaupun dia da ade rancangan sendiri bak kata Ayeh.. =)

aku rase ko patut buat satu laman web muat turun muzik ni mael..ko lebih mahir dan aku yakin kriteria yang ada untuk laman web muat turun lagu(yang bakal dibina oleh ko) lebih bermuta..

hehe.. tak jugak beb.. aku ni mcm Simon Cowell dalam American Idol, pandai kritik, tp bila suruh buat mmg la tak pandai mana…

*Simon Cowell pernah kata sekali dulu — sebab aku bukan penyanyi’lah, aku mengkritik penyanyi…*

pergh detail sgt sampai kan ic pon nk tau data..myusahkn.

dari ape yang ko ulas ni mael, membuatkan aku terus bernafsu untuk membeli lagu cetak rompak atau download free saja di internet.. hahahaha.

Ops… talk to my finger…

oh, ko mau dia tolak dari kredit eh?
yg jenis² camtu diorang lambat dapat ‘cash’…
kena tunggu 3 pat bulan baru dapat claim dr telco…
sama macam peraduan SMS tahi kat tv, paper tu…

saya masih lagi dengar kaset… :)

nak tunggu “guamael” lah! ho ho

SAper-saper ader lubang x? aku nak beli iPhone.

nak beli iPhone, try carik kat Lowyat atau Lelong la.. =) siap crack lg..

*kalo boleh beli 2, bg aku satu.. aku akan sayang ko sampai bila2..* ha ha

Beck mana layan kaset.. Beck layan iTunes.. aku tahu.. Beck kan metropolitan.. =)

*cough* long live piracy! *cough*

uhuk…

loh..rupanya kene bayar jugak erk nak download kat situ..
*kecewa..haih~
**weii..skrg jamban pon kene bayar..ape daa..

isk! sk sgt merendah diri..

metro? ahaha, bali metro, aku kampung je. serious wei, dgr kaset…

muxtape apa. tali kaset mmg sedap didengar

Ceh..boleh-boleh..kau bagi aku iklan kat blog kau sampai bila2..hahahah..by the way, berapa rate iklan kau nih..antar kat editor@miijoo.com

aku amat menyokong kata² itu.. haha..

sebab² camni la membatkan piracy lebih giat berjalan..

tapi kebanyakan lagu² sekarang boleh dapat dengan mudah dan percuma melalui internet.. lagi² org² yang tahu selok belok internet ni.. guna Encik Google pun boleh.. hehe.. sekali boleh amik satu album lagi..

so, apa alasan untuk membeli sedangkan yang percuma berlambak..??

hehe.. aku cam menyokong piracy je..

yeah..i agree wif ur statement… =)

Hidup cetak rompak…!!!!!!!!

ah mati.. wahai badan pencegah cetak rompak, komen mereka tiada kene mengena dengan aku… ha ha ha =)

belilah yang original..keh keh.. :D

weh mael dah ade google adsense… bagus info ni mael..!!

macam mana nak muat turun lagu di gua muzik???

ak0m k0rang??? weh,aku da banyak kali da nak download lagu kat GuaMusic tuh…tapi haram x leh ponn..apsal erk??? kat tempat len ok jek..

aku dh beli 2 lagu, tp smapai skrg x blh2 gak dload ke pc. bila test guna sample diorg ok plak! anta email asik return balik.invalid.HARAM ‘J’ btul la diorg nih!!! ader sesape tau ke no tpon diorg nih????

Leave a Comment