Gula di’celahan kopi Afrika

motor-dalam-hujan.jpg

Jam 6 petang, aku pulang dari makmal universiti milik penuh kerajaan yang masih menggunakan Mesin Kromatografi Manual yang sama semenjak 17 tahun dulu. Jika mesin penting itu mampu di’ganti, mungkin aku boleh pulang lebih cepat & tidak perlu menahan lapar sehingga jam 6 petang. Sarapan pagi, makan tengahari & makan malam aku rangkum’kan. Seronok sebenarnya menjadi seorang pelajar universiti.

Masih, Rumpun 2007

Chot, memberikan pautan satu artikel berasaskan komentar jujur di’blog Azhar Ahmad. Aku baca dua kali. Satu kali untuk baca sekali imbas & selepas aku selesaikan makanan aku, aku baca kali kedua dengan lebih teliti. Banyak point dalam artikel itu benar belaka. Tidak aku sanggah walau sepatah ayat. Aku, HappyPeople Media & Rumpun masih terlalu baru dan teguran jujur begini’lah sebenarnya yang mematangkan kami. Aku copy & paste artikel Azhar Ahmad tersebut sebagai simpanan & rujukan untuk Rumpun seterusnya, insyaAllah. Kepada Azhar Ahmad & seorang lagi wakil dari Johor Bahru, aku sebagai wakil penganjur meminta maaf jika kalian berdua terasa terasing di’Rumpun 2007. Aku sendiri terkilan kerana tidak punya banyak masa untuk bersembang secara personal dengan setiap hadirin. Dan, aku sangat berbesar hati kerana Azhar datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk Rumpun 2007. Aku berkenan untuk menjawab tag dari Azhar Ahmad berkaitan Rumpun 2007.

Apakah impresi awal anda sebaik sahaja melangkah masuk ke tingkat atas Restoran Pelita Nasi Kandar KLCC?

Aku tiba lewat, dan aku sebenarnya teruja dengan kehadiran para blogger. Terima kasih sekali lagi kepada semua. Dan, sedikit terkejut dengan ruang tingkat atas Pelita Nasi Kandar yang lebih kecil dari apa yang di’sampaikan oleh Pengurus Restoran ketika kami berbincang soal lokasi & makanan.

Adakah suasana gathering seperti yang anda sangkakan sebelum ini?

Ini adalah gathering blogger pertama yang aku hadiri. Yep! Jangan tanya kenapa.

Peserta gathering manakah yang paling ketara kehadiran kepada anda?

Chot, dia sangat sibuk!

Perkara / acara apakah yang paling anda berpuashati sepanjang gathering ini.

Kehadiran & wajah manis peserta gathering walaupun bersesak dalam ruang yang terhad & pengudaraan yang kurang selesa. Sebenar’nya, plan asal adalah untuk mengadakan gathering ini di’Taman KLCC. Syukur kerana gerak hati seseorang menyelamatkan gathering ini dari basah kerana hujan. Backup plan untuk gathering di Taman KLCC lebih mengharukan.

Apakah cadangan perubahan bagi memantapkan RUMPUN tahun hadapan?

Aku harap akan ada venue yang lebih besar & selesa dan lebih ramai mahu turut serta sebagai urusetia. Siapa mahu sila angkat tangan dan kata’kan heyyy..ya!

Perkara yang hendak anda sumbangkan kepada RUMPUN untuk gathering akan datang?

Mungkin, jika di’izinkan dan masih di’letakkan kepercayaan, Rumpun akan datang masih berada di’bawah HappyPeople Media. Maka, aku akan menyumbangkan tenaga & buah fikiran seperti kali ini. Lebih baik. Mungkin.

Adakah anda ada gambar-gambar menarik yang ditangkap sepanjang gathering? Tampal di sini atau tunjukkan kami fotoblog anda.

Aku tidak bawa sebarang kamera & jika ada sekalipun, belum tentu aku punya masa untuk mengambil gambar. Sebenarnya, aku tahu Chot akan ada. Ha ha.

Oh ya! Tiada Rumpun untuk majlis berbuka puasa, majlis hari raya atau apa-apa yang mempunyai similariti. Rumpun seterusnya akan berlangsung sekurang-kurang’nya 350 hari dari Rumpun 2007. Dan, jika ada Rumpun seterus’nya. sila’lah daftar supaya penganjur tahu siapa yang akan hadir siapa tidak. Orait! Sehingga Rumpun yang seterusnya, jaga diri & teruskan menulis tanpa rasa jemu.

Popularity: 7% [?]

There Are 21 Responses So Far. »

  1. hoho. komen pertama! yeah~

    sama mcm di blog azhar, aku nak komen, wpon aku x datang ke RUMPUN, mgkn RUMPUN boleh ambik sedikit tips dari RAPAT (anjuran geju). tapi aku rasa, RUMPUN mungkin boleh dikekalkan konsep ‘informal’. hoho. kalo RAPAT tu, selepas 7 tahun (atau 6 tak pasti), dia dah jadi sedikit formal.

    idea RUMPUN hadir tak lebih dari sebulan kan? tahun depan, boleh plan lebih awal. hoho. cadangan menggunakan tag nama dan sesi memperkenalkan diri seorang satu pun elok juga!

    itu saja. daaaa…

  2. pakai K2 pulak?..mael..taun depan buat lagi

  3. erk..cam sama je instinct kita..aku pun baru je download k2 theme dari obharath kumar nyer site..cuma dalam progress nak make up..tah elok tah tidak..haha..aku suka tukar theme dari tulis entry

  4. insyaAllah… doakan Rumpun semakin mantap setiap tahun.. jika tahun depan ada lagi… ;p ko kene datang wawa!

  5. ha ha ha.. aku suka dua2! tp nikmat menukar theme itu sgt best.. rasa macam buat rumah, then runtuhkan balik kalo x suka.. then buat balik… runtuh balik.. ha ha..

    *kawan2 sila cuba…

  6. mmm lagipon mail..rumpun ni…agak tergesa2…itupun bersyukur…ramai bole join..ahah

  7. Mm Mael.. Aku Sebagai Orang Kerdil Di HappyPeopleMedia Meminta Maaf Jika Aku Tidak Banyak Menyumbang Kepada Rumpun. Secara Mentalitinya Aku Bukanlah Siapa Dalam Dunia Blogger. Aku Dahulu Pernah Menghandle Gathering² bagi Kaki² Chatting Di dalam IRC. Bukan Satu Tapi Lebih 3,4 Gathering Yang Aku Terajui. Tapi Bila Di Rumpun Aku Jadi Kaku. Huhu.. Apepun Semoga Kita Dapat Perhalusi Lagi Rumpun Akan Datang. InsyaAllah..

  8. Wah.. Theme Baru Ka?

  9. insyaAllah. kalo ada duit, maka akan hadirlah aku di rumpun. bukan dekat ni, jauh! hehe. tapi tiba2 rasa segan la pula nak dtg. hahaa.

  10. tq mail krn menghargai kehadiran aku ke rumpun. aku sanggup jadi fotografer rumpun buat selama-lamanya.

  11. nak buat gathering planning kene baik punye..plan ahead utk elak kan masalah yg tak diingini..

    kene ade event manager..name tags and sesi “suai-kenal”(mcm pelik pulak bila sebut byk2 kali huhu)

    lagi satu..kan kite suma para bloggers..kan best ade mcm call card or mini tag ade link blog and name blogger (atau gambar skali ala2 gravatar gitu) ;) baru la asyik skit..leh kembang kan network

    dan buat juga sesi swap hadiah.. so ppl will look forward to meet up dan lebih teruja!! betul tak?? sambil2 tu boleh berkenalan

    nak buat suma tu kene perancangan dan sedikit wang..tak salah nak charge a very small fee kn

    huhu cakap banyak aku, Rumpun’07 tak pergi pon.. jangan marah! :)

  12. klo aku nk dftar jd ajk utk rumpun 2008 bleh x mael? tp aku bukan blogger..huhu. kira cm kakitangan sokongan la. :D. em, mybe leh buat sticker ada nama&logo, lekat kt baju yg hadir, boleh la nmpk nama masing2..hehe.(sekadar pandangan dr pinggiran saje)

  13. rumpun 2008! here I come! InsyaAllah! (Azam tahun 2008! hins hins)

  14. walaupun saya berada di kl, hampir dekat dengan klcc, saya tidak mempunyai keinginan untuk bertemu dengan blooger lain untuk rumpun 2007. Tetapi, bila membaca dan melihat gambar-gambar gathering rumpun 2007 tu, saya rasa rugi walaupun ramai yang komen rumpun 2007 tu sekadar ‘indah khabar dari rupa’.

    Bagi saya, memang benar ‘first trial’ pasti banyak kelemahannya. selepas ni diharap pihak penganjur lebih bersedia dan berbesar hati untuk mengadakan rumpun 2007 kali ke dua.

    saya pasti hadir! insyaAllah.

  15. bernas jugak idea ko ni.
    (sama, tak pegi)

  16. aku ini kali ketiga mengikut gathering, memang benar byk kelemahan. aku pon berasa pelik seketika sampai disana, kerna tiada meja pendaftaran atau peyambut bloggers.. tiada pass,tag atau sticker diberikan kepada bloggers yg datang. lain kali buat sedikit bayaran pon xpe mael… iejal plak tunggu dibawah sahaja.. aku yg yg ckp mungkin dieorg ade kat atas.. buat kali pertama ia sudah berjaya juga.. kami enjoy ape…. ade gak org yg xkenal..dan skang sudah kenal.. hehehe. next year buat yg terbaik dari ini…Rumpun roxz!

  17. aku suda byk kali bergathering…tetapi kebiasaan nya gathering kami sempoi…dan simple…more loke hangout together…yg skema pon ada gaks….tp aku rasa utk permulaan rumpun …3.5 star aku kasu….

  18. aku seperti biasa mail. kalau ko perlukan pertolongan, hanya jerit nama ku 3 kali. BECK BECK BECK!!!

    kalau aku tak tido, aku datang la.

    ataupun kalau aku dlm toilet, tunggu la kejap dlm 5-6 minit.

    tapi kalau aku dgn tunang aku, esok saja la aku datang…

    henshin!!!

  19. ha ha ha… baik! esok aku cuba try jerit nama BECK BECK BECK bila aku nampak ko kat tv tika perarakan merdeka berlangsung.. kalo ko tak toleh.. mmg la..

  20. erm..aku tetap sukekan rumpun yg tidak formal ini..kawan2 jgn cepat melatah atas kesilapan ok. thanks pada yg sudi menegur, itu menunjukkan betapa mereka sayangkan rumpun 2007 ini. kita tebus kembali rumpun 2008 nanti dgn memperbaiki apa yg patut.

  21. sticker moto tu bila nak tukar?..